|
[ B A R C A ]...sekadar melukut di tepi gantang...
[Copy link]
|
|
839# shadowmoon
relax la..bukan slalu ada pembakaran kat sinih...br nk rasa nikmat membako...bako2 syg jek... |
|
|
|
|
|
|
|
lwn tim hobbit bulih la mng 4-1...cuba lwn tim boboi tgk..
ibra injet...(bagus gak..leh bg bojan main...) |
|
|
|
|
|
|
|
"Let's be clear, Walcott was not the determining factor, the determining factor was [Manuel] Almunia, who saved 12,000 balls,'' Guardiola claimed. |
|
|
|
|
|
|
|
dgn budak hingusan arsengal pun takut ka |
|
|
|
|
|
|
|
wenger " adusss kena buli gi la budak2 ni mlm ni".... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat nya tim ni, selamber badak jer titik arsenal 4-1. messi score 4 gol plak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lionel Messi celebrates his first goal against Arsenal
Match Stats | | Barcelona | Arsenal | Shots (on Goal) | 14(8) | 6(2) | Fouls | 16 | 19 | Corner Kicks | 3 | 2 | Offsides | 1 | 3 | Time of Possession | 68% | 32% | Yellow Cards | 0 | 3 | Red Cards | 0 | 0 | Saves | 1 | 4 |
Match Information | Stadium: Estadio Camp Nou, Spain
Attendance: 95,000
Match Time: 19:45 UK
Official(s):
Wolfgang Stark (Referee)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Empat jaringan Messi bawa Barcelona ke separuh akhir
2010/04/07
LONDON: Penyerang antarabangsa Argentina, Lionel Messi menjadi wira Barcelona apabila mencipta empat jaringan gol bagi menumpaskan Arsenal 4-1 pada perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah, di Stadim Nou Camp, Barcelona, awal pagi tadi.
Kedudukan itu membolehkan Barcelona layak ke separuh akhir dengan keputusan agregat 6-3 selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 pada suku akhir pertama sebelum ini. Messi tampil menghasilkan tiga gol pada separuh masa pertama untuk bangkit selepas Arsenal melakukan kejutan awal menerusi jaringan Nicklas Bendtner pada minit ke-18. Tiga jaringan Messi dilakukan dalam masa 12 minit sahaja, iaitu minit ke-20, 37 dan 42, sekali gus membolehkan Barcelona mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.
Masuk separuh masa kedua, Arsenal kembali menyengat dengan menyaksikan beberapa serangan bahaya dengan tendangan Bendtner hampir melakukan jaringan kedua, tetapi berjaya ditampan kemas penjaga gol Barcelona, Valdes.
Namun, Messi sekali lagi menyerlah dengan larian bola pantas serta mengelirukan pertahanan Arsenal bagi menambah koleksi jaringan keempatnya pada mint ke-87.
Barcelona: Valdes, Dani Alves, Marquez, Milito, Abidal, Busquets, Xavi, Keita, Pedro, Bojan, Messi.
Simpanan: Pinto, Iniesta, Henry, Maxwell, Toure Yaya, Fontas, Jeffren.
Arsenal: Almunia, Sagna, Vermaelen, MIKAEL SILVESTRE!!!, Clichy, Denilson, Diaby, Walcott, Nasri, Rosicky, Bendtner.
Simpanan: Fabianski, Eduardo, Eboue, Traore, Merida, Eastmond, Bloke
Pengadil: Wolfgang Stark (Jerman) - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
dengar debaran jantung ronaldo and the gang makin kencang nih...dan aku x nmpk mcm mana real nak menang dgn barca...messi mmg magic... |
|
|
|
|
|
|
|
syabas barca.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_toaster Post at 7-4-2010 08:21
demmm... kat san siro buleh menang.. kat barnebeu buleh menang...
kat nou camp kantoi lak |
|
|
|
|
|
|
|
Messi is Playstation - Wenger |
|
|
|
|
|
|
|
masa ni la nk puji messi melambung2...kang ms dia flop sume lyn cam sampah.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Seperti permainan PlayStation'
BARCELONA - Arsene Wenger menganggap empat gol jaringan penyerang Barcelona, Lionel Messi pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi semalam tidak ubah seperti dalam permainan PlayStation.
Selepas terikat 2-2 di Stadium Emirates minggu lalu, Nicklas Bendtner meletakkan skuad The Gunners di hadapan sebelum Messi melakukan gerakan solo yang menarik untuk meledakkan empat gol di Stadium Nou Camp.
Messi menjadi pemain keenam dalam sejarah Liga Juara-Juara selepas Andrei Shevchenko melakukannya lima tahun lalu untuk membantu Barcelona mencatat kemenangan 4-1, sekali gus melangkah ke separuh akhir dengan agregat 6-3.
"Tahniah kepada Barcelona, mereka berhak untuk menang selepas dua pertemuan ini. Mereka adalah sebuah pasukan yang baik tetapi Messi menjadikan ia berbeza ketika mereka memenangi perlawanan itu pada setiap saat.
"Dia seperti pemain dalam permainan PlayStation, dia tidak mempersia-siakan peluang yang diperoleh.
"Bagi saya, dia adalah seorang pemain terbaik di dunia dan mungkin lebih daripada itu. Apabila dia berada pada prestasi terbaik, dia sungguh berbahaya. Setiap kali dia mendapat bola, ia pasti mengundang bahaya.
| MESSI menyumbang empat gol ketika Barcelona menewaskan Arsenal 4-1 pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
|
"Saya yakin kami tewas menentang sebuah pasukan yang lebih baik daripada kami dan mempunyai pemain terbaik di dunia. Tahniah kepada Barcelona, mereka lebih baik daripada kami.
"Kami melakukan terlalu banyak kesilapan mudah setiap kali kami mendapat bola dan kami menerima akibatnya. Kami adalah sebuah pasukan yang masih muda dan kami masih boleh meningkat.
"Masa depan sangat positif tetapi kami kurang matang untuk mengawal bola malam ini (awal pagi semalam).
"Selepas kami menjaringkan gol pertama, kami memperoleh peluang yang baik untuk menyumbat satu lagi gol tetapi membuat keputusan yang buruk.
"Saya tidak tahu sekiranya Barcelona akan memenangi Liga Juara-Juara tetapi mereka mempunyai peluang terutamanya dengan barisan pemain yang ada.
"Mereka adalah sebuah pasukan yang terbaik buat masa ini tetapi ia adalah sebuah trofi dan kami mungkin telah menyukarkan mereka," kata Wenger. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
858# Nesta13
milan mmg suka sapu player tgh flop... |
|
|
|
|
|
|
|
barca lwn dgn real madrid minggu ni kan. ada siapa tahu game dia hari ape dgn kul berape?? nk tgk messi mengganas lagi ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|