CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Proton Inspira dah boleh order-Terima 1,100 tempahan dalam masa 10 hari!!

  [Copy link]
 Author| Post time 4-11-2010 11:52 AM | Show all posts
PROTON Inspira janji kelainan
Oleh Ahmad Farizal Hajat
[email protected]
2010/11/04



PEKERJA PROTON melakukan pemasangan kereta PROTON Inspira di PROTON Shah Alam.


Sentuhan teknologi Lotus mampu mempertingkatkan ciri pemanduan


PROTON Inspira yang bakal dilancarkan 10 November ini, menawarkan pengalaman pemanduan berbeza berbanding Mitsubishi Lancer yang ada dalam pasaran ketika ini, terutama aspek keselesaan pengendalian berikutan sentuhan teknologi Lotus pada model itu.

Pengurus Projek PROTON Inspira PROTON Holdings Bhd (PROTON), Zulkiflee Bidin, berkata sentuhan teknologi Lotus itu mempertingkatkan ciri pemanduan dan pengendalian model berkenaan, sekali gus memberikan pemandu serta penumpang Inspira pengalaman memandu lebih menarik dan selesa.


“Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.

“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.

“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.

PROTON Inspira dibangunkan bersama oleh PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun menerusi kerjasama strategik baru antara syarikat berkenaan.

Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Lancer versi terkininya kepada PROTON untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model PROTON.

Syarikat Jepun itu juga sebelum ini mengadakan kerjasama hampir sama dengan Peugeot yang mana model Outlander diubahsuai serta dikeluarkan sebagai model SUV syarikat Perancis itu.

Zulkiflee berkata, peningkatan pengendalian dan keselesaan pemanduan yang dilaksanakan PROTON itu mendapat pujian MMC apabila tiga juruteranya yang ditugaskan memantau pembangunan model itu, memberikan maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.

“Meskipun hasrat PROTON untuk membuat beberapa perubahan kepada Inspira ditentang, namun selepas beberapa sesi penerangan dan ujian, mereka terkejut dengan peningkatan dibuat, sekali gus memuji usaha PROTON itu,” katanya.

Inspira yang setakat 3 Oktober lalu sudah menerima 1,500 unit tempahan, akan ditawarkan pada harga permulaan RM79,888 seunit.

Sebanyak 300 unit model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter dan didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih itu, kini sedia untuk diserahkan kepada pembeli, manakala hampir 500 unit dalam peringkat pengeluaran akhir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2010 09:08 AM | Show all posts
Inspira catat prestasi luar biasa
Oleh Ahmad Farizal Hajat
[email protected]
2010/11/10




MODEL PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini.


PROTON mampu penuhi semua tempahan, kurangkan masa menunggu


PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini mencatat prestasi luar jangkaan dari segi tempahan dengan purata lebih 100 unit sehari, justeru meneruskan kecemerlangan prestasi jualan model keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON) sebelumnya seperti Saga dan Exora.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sehingga semalam, model dita-warkan dengan tiga versi iaitu 1.8 liter dengan transmisi manual lima kelajuan; 1.8 liter dengan transmisi CVT; dan 2.0 liter dengan transmisi CVT itu, sudah mencatatkan jumlah tempahan keseluruhan 1,800 unit sejak ia dibuka pada 14 Oktober lalu.

“Sambutan terhadap Inspira melampaui jangkaan dan amat memberangsangkan. Ini adalah petanda baik menjelang pelancaran rasminya esok (hari ini).

“PROTON yakin dapat memenuhi semua tempahan dan pada masa sama komited mengurangkan jangka masa menunggu bagi model itu,” katanya selepas sesi pandu uji eksklusif model berkenaan bersama Berita Harian di Putrajaya semalam.

Sesi pandu uji model yang ditawarkan dengan harga permulaan RM79,888 seunit itu, turut disertai tiga jurutera yang terbabit dalam program pembangunan Inspira, Pengurus Projeknya, Zulkiflee Bidin; Pengurus Ujian Kenderaan, Abdul Wahab Long; dan Jurutera Pemanduan dan Pengendalian, Mohamad Sharafuddin Salleh.

Syed Zainal berkata, meskipun Inspira dibangunkan hasil kerjasama PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC), ia tidak bermakna PROTON hanya membuat salinan dengan menukarkan logo dan tanda jenamanya semata-mata.
“Proton Inspira hasil usaha sama antara dua syarikat pembuat kereta iaitu PROTON dan MMC.

“Menerusinya, PROTON melakukan usaha penambahbaikan terhadap model asal bagi memberikan nilai tambah kepada pemiliknya.

“Paling ketara adalah penambahbaikan penalaan pemanduan dan pengendalian menerusi sentuhan Lotus, sekali gus meningkatkan prestasi model asal dari segi teknologi dan kebolehannya,” katanya sambil menambah kandungan tempatan Inspira akan ditingkatkan secara berperingkat sehingga 40 peratus menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, berkata model yang dimulakan pemasangannya di Shah Alam pada 28 Oktober lalu itu, dilihat berada dalam landasan terbaik untuk di eksport ke luar negara.

“Mengikut perjanjian dengan MMC, Inspira hanya dikeluarkan untuk pasaran tempatan, namun PROTON akan berunding dengan MMC bagi tujuan eksport dan kalau tidak wujud percanggahan kepentingan, Inspira berkemungkinan boleh dieksport,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by evolutionary at 10-11-2010 09:18




perhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:17 AM | Show all posts
Reply  kucingTomey

memang masalah quality sebelum syed zainal begitu terserlah.

sekarang ni n ...
observateur Post at 3-11-2010 18:11



    kalau ikutkan batch proton yang paling teruk adalah keluaran awal 90an...sebelum tu kualiti proton bagus jer...yang awal 90an yang bermasalah pada power window ...interior semua ok ajer....aircon patco ...berbanding denso...tapi ada pilihan utk mengunakan denso...tempat duduk semua mmg mantap...ni berdasarkan proton saga yang dah hampir 20 tahun kat umah aku ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:20 AM | Show all posts
perhhhh
evolutionary Post at 10-11-2010 09:11



    muka jepun tu mmg ada kat inspira ni ...aku rasa cam pecah kepala jugak camner nak buat grill depan tu supaya x sama dengan lancer...akhirnya tu laa hasilnya...dari segi aerodinamik semua sama ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:26 AM | Show all posts
orang Msia mmg pandai ubahsuai....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2010 09:30 AM | Show all posts
kos tukar bumber nak bagi sama balik dengan lancer berapa agaknya? sebab buruk la bumber inspira
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:43 AM | Show all posts
dah tgk dah gambar insipira ni.. cam robot ajer.. apa pun.. waja lama ku tetap menjadi pojaan hati ku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 04:49 PM | Show all posts
Langkawi Prices

    * Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
    * Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
    * Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

lancer GT CBU japan 71k kt langkawi..proton salah tulis rega ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 05:07 PM | Show all posts
dah ada kat showroom ker keta ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 05:09 PM | Show all posts
dah ada kat showroom ker keta ni....
eragon Post at 10-11-2010 17:07



    ade dah blk nnt leh tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 05:10 PM | Show all posts
Reply 851# kecimpret


jangan lupe ambil gambar tepek kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 05:16 PM | Show all posts
Reply  kecimpret


jangan lupe ambil gambar tepek kat sini..
along3746 Post at 10-11-2010 17:10



    aku guna henpon 3310..xde kamera




mlm nnt aku review lps gi showroom
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 05:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by observateur at 10-11-2010 17:21
Langkawi Prices

    * Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
    * Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,99 ...
kecimpret Post at 10-11-2010 16:49



memang proton mahal sebab takde production volume berbanding mitsu.

ex. proton mungkin order 20,000 bumper sets dari supplier/manufacturer. Tapi mitsu probably order 200,000 (or more). Jadi cost per unit mitsu jauh lebih rendah. Tu belum cerita bateri, parts2 lain....

satu hal lagi, kita tatau berapa rega basic lancer mitsu tolak ke proton. Mungkin dah siap calculate; kat mainland inspira buleh jadi murah sebab tax/duty break (berbanding lancer) ... tapi bila masuk duty free area macam langkawi/labuan, harga inspira lebih tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:27 PM | Show all posts
review lps blk dr showroom..

+ keta terbaik proton dr segi kualiti pembuatan
+ kabin agak luas
+ potensi utk modifikasi sgtla besar
+ harga yg sgt berpatutan

- ruang bateri yg x praktikal..kena tanggalkan saluran udara utk tukar bateri..leceh!
- tempat barang x byk..glovebox kecik
- but x besar mana..besar lg ruang but city

7/10
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:29 PM | Show all posts
review lps blk dr showroom..

+ keta terbaik proton dr segi kualiti pembuatan
+ kabin agak luas
...
kecimpret Post at 10-11-2010 20:27



   harga mahal depa cakap, makcik felda still tak mampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 08:41 PM | Show all posts
harga mahal depa cakap, makcik felda still tak mampu
honam Post at 10-11-2010 20:29



    kalo kt m'sia yg penuh tax ni kira murah laa..mana nak dpt lancer 79k kecuali kt langkwi dgn labuan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:42 PM | Show all posts
besh la ko worang sume,dapat ketet errr maksud kucen kete baru,,kucen naik muto ja,,tu pon nak kena tarik dah ,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:44 PM | Show all posts
patut ar semalam nampak lori angkut inspira, lupe dorang nk launch arini..

aku igtkan lancer..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:49 PM | Show all posts
besh la ko worang sume,dapat ketet errr maksud kucen kete baru,,kucen naik muto ja,,tu pon nak kena  ...
kucingTomey Post at 10-11-2010 20:42



   tucing bukan pakai bmw sama cam penyo ke, bila nak upgrade ke 5 series plak, anyway 3 series tucing yang minggu lepas gi servis tu dah power ke nak melaram kat kampung raya haji ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.178571 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list