|
[V2] ALL ABOUT FATTAH AMIN.#Photoshoot for EH Magazine, and #Special Screening H
[Copy link]
|
|
mlm ni eahhh kol 10
akak dah tazzabar niiiii!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
hamboi ko
|
|
|
|
|
|
|
|
hi besan. *PENGSAN*
hehehehehehhe
yg penting bile mereka berdua happy, kite pun.... HAPPY!
|
|
|
|
|
|
|
|
aramcna replied at 19-6-2017 11:34 AM
Jika dilihat pada ilmu numerologi, gabungan antara DOB Fatah dan Lofa memang ada unsur betrayal. S ...
Mak my ex partner percayaaaaaa sgt ni, mati2 tak restu I dgn her son sebab katanya our numbers are not compatible if we continue we would wreck each others lives. |
|
|
|
|
|
|
|
yes mlm ni bleh mendoniaaaaa ngan fatt n faz |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu sangat uolss ni hahaha #apeapejelah
|
|
|
|
|
|
|
|
lostfaith replied at 19-6-2017 01:48 PM
Dulu memang nampak macam minyak air...fazzy urban girl.....fa lelaki melayu tipikal baik baik....s ...
Baca tak posting MUA faz semalam, dia tulis kat faz mintak yang baik2 Allah dekatkan dengan orang baik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Depends pada combination energi, kalau tengok dob faz dan lofa, kedua-duanya nombor akar 3. Itu persamaan diorang dan meletup bila gabung dengan Fattah. It is about combination energi diorang dengan Fattah. Terpulang pada diorang nak ikhlas dlm hubungan diorang atau ada manipulation. Of course out pun yang keluar pun tak sama. |
|
|
|
|
|
|
|
induk replied at 19-6-2017 12:36 PM
tasha shila pun kene idolat n family mengutuk kat socmed kan
Aahh.. kalau xsilap sebab dia sokong anzalna kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
DyBBora2 replied at 19-6-2017 03:40 PM
Meols penah sebut b4 this...ms zmn lofattah...sumer lupa sisi gelap hajah...ms zmn fattzura...sume ...
Tak jugak, masa mula2 shooting hsc dulu habis segala kisah silam fazzy kena sebut.....siap ada buat fake ig, khas utk hencap fazzy....tp faz macam biasa la, who care saje...... |
|
|
|
|
|
|
|
Numerologi ni guide je, bukan untuk percaya 100 peratus. Bila tahu ada problem, cari jalan untuk solve masalah , give and take. Bukan terus buat keputusan . Hidup kena merancang bukan just by default. Selagi ianya belum berlaku sesuatu ia bukannya takdir.
|
|
|
|
|
|
|
|
aramcna replied at 19-6-2017 03:14 PM
Fazura dengan Fattah, sebenarnya tengok secara sepintas lalu je, bukan mendalam seperti Lombok dan ...
Iols suka sangat analisis numerology uols. Iols minat tapi tak gi belajar. Tapi part faz seorg yg sgt spiritual ni mmg sgt btl. Kita blh tgk life path dia selama ni mcm mana. Dia bnyk blajar from life experience (kalau org biasa suka sebut kesilapan dlm hidup). Itu yg menjadikan dia seorang Fazura yg sekarang. Totally agreed with u. Dorang punya personality complete each other. So tak heran pun kalau they end up together nanti |
|
|
|
|
|
|
|
PERANCANGAN RAYA #FATTZURA
19 Jun 2017 4:00 PM
FAZURA bersama Fattah Amin semasa pengambaran Cinderella Sudah Hilang Kasutnya
Berbaki seminggu lagi menjelang raya, pasangan yang kini menjadi fenomena, Fattah Amin dan Fazura masih lagi di set penggambaran bagi menghabiskan adegan-adegan terakhir sebelum bercuti dan meraikan Syawal.
Kedua-duanya berharap agar penggambaran drama Hero Seorang Cinderella selesai seperti yang dijadualkan kerana tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat persediaan berhari raya.
“Sebenarnya dari segi persediaan awal semua sudah dilakukan tetapi setiap kali raya mesti ada yang dilakukan pada saat-saat akhir dan itu yang kalau dapat cuti awal, lebih senang,” kata Fazura.
Fattah yang saban tahun menyambut detik Syawal di Bagan Datoh, Perak, juga memberitahu yang persiapan untuk meraikan lebaran sudah dilakukan dan tahun ini dia beraya dengan 200 koleksi baju Melayu.
“Jumlah itu adalah kuota untuk saya atas kerjasama dengan Altelia Amani. Itu pun sudah terlalu banyak sebenarnya,” jelasnya.
Kata Fazura yang memiliki 35 pasang baju kurung daripada jenama butiknya sendiri, House Of Doll:
“Setiap tahun saya akan pulang beraya di Pekan, Pahang dengan keluarga.
“Tiada yang berbeza berbanding sebelum ini cuma mungkin disebabkan drama yang sedang ditayangkan.
“Mungkin lebih ramai tetamu yang akan saya terima dan sebagai seorang artis, itu bukanlah satu perkara besar.”
Dikaitkan dengan hubungan intim, timbul pertanyaan sama ada mereka akan saling kunjung-mengunjungi ke rumah masing-masing sempena Syawal ini.
Fazura dengan nada seloroh berkata, mungkin mereka akan menziarah antara satu sama lain jika berkelapangan.
“Kalau ada masa, boleh sahaja berkunjung ke rumah satu sama lain.
“Sebagai mengeratkan hubungan silaturrahim antara sahabat,” jelasnya yang mengambil cuti selama empat hari untuk sambutan Syawal tahun ini.
Bermula dengan lakonannya yang dianggap ‘kayu’, Fattah kemudian terus berusaha tetapi tetap mendapat kecaman menerusi hal lain pula. Antaranya termasuklah buku yang dihasilkan, hubungannya dengan Neelofa dan juga peminatnya yang terlalu fanatik.
Kesemua ini mengundang kecaman buat Fattah dan dia mengakui, tidak sedikit pun terkesan dengan perkara itu.
“Saya sudah lali dikecam sejak saya mula terlibat dengan industri seni sampailah sekarang dan semua itu saya ambil sebagai penguat semangat saya.
“Sebelum ini pun saya sudah beritahu, kejayaan saya hari ini adalah kerana usaha dan komen-komen negatif yang dilemparkan pada saya sebelum ini,” jelasnya.
Ada individu yang apabila dikritik akan mula berdendam dan mengambil keputusan untuk tidak memaafkan orang lain.
Tetapi bagi Fattah, dia tidak mahu mengambil tindakan sedemikian rupa. Memaafkan seseorang itu menurut Fattah adalah lebih penting daripada dimaafkan.
“Industri kita ini kecil. Pergilah jauh mana sekalipun, pasti akan bertemu kembali satu hari nanti.
“Jadi, buat apa nak bermusuhan dengan sesiapa sedangkan kita boleh ambil keputusan untuk memaafkan dan menjernihkan keadaan,” jelasnya.
Cuba kawal peminat
KETIKA ini sambutan peminat terhadap Fattah sememangnya tidak dapat dinafikan. Apa sahaja yang dibuat atau ke mana sahaja lokasi dia berada pasti akan diserbu.
Sikap fanatik sebegini bagi sesetengah peminat ada buruk dan baik. Dari sudut positif, sudah pasti ini adalah bukti jaminan kukuh kestabilan kerjaya seseorang pelakon.
Negatifnya pula menyaksikan ada antara peminat yang nampaknya gagal mengawal emosi sehingga mengeluarkan perkataan yang kurang enak kepada orang lain.
Perkara itu sekali gus menjadi perbalahan dan secara tidak langsung memberi kesan yang tidak baik kepada pelakon. Tidak hanya bergaduh sesama peminat sahaja, jika ada artis lain yang tercuit, artis pujaan mereka juga akan dikecam dengan kata-kata yang negatif.
Bagi Fazura dan Fattah, yang berlaku melibatkan peminat mereka bukanlah sesuatu yang boleh dikawal apatah lagi masing-masing mempunyai pendirian dan pendapat tersendiri.
Namun kedua-duanya lebih senang untuk mengawal keadaan dengan memberi inspirasi kepada peminat mereka untuk sentiasa positif.
“Dalam setiap status saya di Instagram, pasti akan diselitkan ayat seperti #doayangbaikbaik dan #cakapyangbaikbaik.
“Itu antara langkah saya kepada rakan-rakan dan peminat untuk tidak membuat tuduhan dan komen-komen yang tidak baik,” jelas Fattah.
Menurut Fazura pula, sebagai pelakon sememangnya kehadiran peminat dan haters (pembenci) juga sama penting buat pelakon.
“Haters sebenarnya membuatkan persaingan itu menjadi lebih sihat.
“Kalau asyik memuji sahaja tak seronok juga. Apabila ada haters yang hadir dengan kritikan, itu akan memberi seseorang itu semangat untuk terus tampil dengan lebih baik,” jelasnya.
Seperkara yang turut berkait dengan Fattah dan Fazura yang terkenal dengan gelaran #Fattzura adalah apabila peminat mula membandingkan drama yang dilakonkan dengan drama-drama pelakon lain.
“Setiap drama ada nilainya tersendiri dan bagaimana seseorang pelakon itu mewujudkan hubungan antara wataknya dengan watak lain dalam sesebuah drama.
“Perbandingan ini sebenarnya sesuatu yang tidak baik dan untuk artis jadi adalah penting untuk mereka mengawal diri daripada membalas semula komen-komen seperti ini,” ujar Fazura.
Fattah pula melihat setiap drama mempunyai kekuatan masing-masing dan itu juga sebahagian penat lelah seseorang pelakon menonjolkan wataknya. Justeru tidak perlu dibanding-bandingkan sesebuah drama dengan drama lain, katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan ... 94888#ixzz4kRKBJzxs
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama jadi sr. Tak naklah jadi epot. Tapi takde ke org yg perasan apa yg aku lihat. Nampak bam tah tu bila ada uqasha dlm iglive, tenung dia semacam n gemar nyakat uqa. I seram bam tah ni masih lagi nak flirt ard at same time nak serious dgn faz. Harap harap lindungilah faz dari kekecewaan. Kesian dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dapat duit bonus raya dari fmly hajjah kot
Aunties dia semua tak kaya mcm hajjah n fmly
|
|
|
|
|
|
|
|
perempuan mereng neh tak payah layan lah...dia dah masuk league lain...league dia sama dgn adik ramyun besen tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiyokk. Reporter utusan ni tluis tajuk drama pun dah salah..
|
|
|
|
|
|
|
|
ohemgeeeee serious? wah, ni pun aka ter-miss cerita ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|