CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aza

All About Kisah Seram/Misteri Di Opis/Pejabat

[Copy link]
Post time 20-4-2009 12:13 PM | Show all posts
Aku citer2 kat opis aku dudlu kat menara tm memang lah boleh buat buku.. kene plak aku keje malam time tu, adoilah.. ada masa aku citer, tapi mana2 tempat pon kalau dah duk soorang2 ade lah yang sibuk nak mengacau kan.. :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by libra_gurlz at 20-4-2009 10:28 AM
kebetulan ada thread nie, aku nak citer pengalaman aku kena kaco kt ofis......

aku keja gomen kat ptrajaya.....
kejadian nie tjadi masa bulan 2 baru2 nie....
aku baru jer ditukarkan ke unit ...


Erkk.. dia panggil nama ke, cammner suaranya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 03:55 PM | Show all posts
fuhhh....seram
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 04:36 PM | Show all posts

Balas #45 princebrunei\ catat

aku tak tau camner sore coz aku tak dgr........ hubby aku yg dgr sore sayup2 panggil anak aku.........
aku just dgr org ketawa ramai2.....
bile aku risik2 dr staff kat sini, rupanya kat ofis nie mmg angker skit......
depa dah selalu kena......... boss lama depa dulu lagi best..... benda tu siap lalu lalang depan dia tp boss tu steady jer...............
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:17 PM | Show all posts

Reply #47 libra_gurlz's post

eee,scarynya

nasib bek la masa tu hubby ada kan,xla takut sgt kan..kalo sorang2??
ntah2 anak ko nmpk x menda alah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by princebrunei at 20-4-2009 12:13
Aku citer2 kat opis aku dudlu kat menara tm memang lah boleh buat buku.. kene plak aku keje malam time tu, adoilah.. ada masa aku citer, tapi mana2 tempat pon kalau dah duk soorang2 ade  ...


Yenil ada gak dengar citer pasal makhluk2 mistik kat pucuk rebung tu..

Citer la prince..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by yenil95 at 21-4-2009 14:31


Yenil ada gak dengar citer pasal makhluk2 mistik kat pucuk rebung tu..

Citer la prince..


pucuk rebung?? citer la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 11:00 AM | Show all posts
x nk lah....dengar seram..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 12:43 PM | Show all posts
citer pasal ofis ni
kat department aku nih pernah la dengar
tapi, cite dah lama
aku tak keja kat sini lagi

aku keja kat spital besar
jadinya, patient mati tu dah biasa ar
kiranya banyak ler yang bergentayangan tuh..

citernya, mesin pemeriksaan kat satu unit kat dept ni rosak
so, datang la  technichian nak betulkan mesin tu
dia datang pun dah petang camtu ler, kiranya lepas opis hour ler
datang terus deal dengan nurse in charge kat situ
elok jer dia  borak2 ler ngan nurse tu
chinese woman, kiranya senior nurse kat situ ler
sembang2 sampai la dah malam kot dan dia nak sambung keja esok ler

esoknya dia datang lagi bagitau nak jumpa ngan nurse tu
siap bagitau nama penuh
tapi terperanjat giler dia bila dibagitau nurse tu dah lama meninggal
terus demam tak hingat...
sian jer..

pastu, baru dengar cerita
rupanya dah banyak kali staff kat situ terserempak ngan roh nurse tu
kena yang bernasib baik tu leh borak2 & kena tegur ngan dia

memang dia lama keja kat dept ni sebelum meninggal sebab kanser kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 12:53 PM | Show all posts

Balas #52 cyan\ catat

waaa......siap borak smpai malam lg.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:07 PM | Show all posts

Lembaga menyerupai Teoh Beng Hock dilihat merayau-rayau di ibupejabat SPRM !

Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM
Dec 4, 09 7:49pm




Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.

Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.

Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu.

"Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.

Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak bertugas ketika itu.

"Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ. Lalu saya berjalan ke arah tandas... kemudian saya nampak seorang lelaki di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.

Pada masa itu, tidak terlintas di fikiran pengawal tersebut bahawa ia adalah lembaga yang menyerupai Teoh itu.

"Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif.

"Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang pun dalam lif tersebut.

---------

Forummers yg dok dekat area tu ada dengar tak citer ni? TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:09 PM | Show all posts





terasa seram menyelubungii ku...aiyorkkk..
rohnye bergentayangan sebb nak cari org yg suke berasuah kott....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:12 PM | Show all posts
harap2 dia kacau malaon2 yg tolak dia dr bangunan tu sampai malaon tu mengaku
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:21 PM | Show all posts
abes laaa..
kena panggil abe jepp nehh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:23 PM | Show all posts
penah kije kat situ. menyaksikan mase die jatuh tu. mayat Teoh terkampar atas lantai ...
~ bangunan Masalam mmg menyeramkan wokkkk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:24 PM | Show all posts
mujur laa ku tak cam muka si mendiang..
heheh

haruslah lepas nehh, semua muka cina kurus2 lalu lalang kat situ..
semua orang dok pakat tenung jerk.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 08:28 PM | Show all posts
'Tiada jelmaan Teoh di Plaza Masalam'
Jimadie Shah Othman
Dis 8, 09
4:02pm         


kemaskini 5.16pm


Kisah hantu jelmaan mendiang Teoh Beng Hock menjadi buah mulut di kalangan kakitangan pejabat dan pelanggan yang berurusan di Plaza Masalam setelah dilaporkan akhbar minggu lalu tetapi ia tidak wujud, kata kakitangan sebuah syarikat kawalan keselamatan.



Ruslan Nordin, pegawai kanan Evergreen Venues Sdn Bhd berkata selepas laporan China Press 4 Disember lalu, banyak pihak yang bertanya kepada pasukannya mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan tiada sebarang aduan dibuat oleh kakitangan syarikat tersebut - yang bertanggungjawab menyelia sekitar kawasan terbabit - berhubung kewujudan fenomena ganjil tersebut.

"Saya sendiri dengar dua tiga hari lepas daripada pelanggan-pelanggan kita (di Plaza Masalam).

"Tetapi saya menafikannya (laporan tersebut) kerana kita sendiri tidak terima apa-apa laporan daripada anggota saya.

"Tahu itu tahu daripada surat khabar Cina, tetapi saya tidak ambil kisah sangat. Saya tinjau dulu. Saya tanya anggota saya, mereka kata, 'tidak ada tuan'.

"Selama ini kita buat rondaan di atas, bawah, tingkat bawah tanah, sejam sekali, tidak ada apa-apa pun," katanya kepada Malaysiakini dalam tinjauan di plaza tersebut, lokasi Teoh ditemui mati dan juga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor.

Ruslan berkata, kes-kes paranormal lain juga tidak pernah dilaporkan kepada pihaknya sebelum ini.

"Hantu lain pun tidak pernah wujud, hantu air ke, hantu jerangkung ke tidak pernah wujud," katanya.

Tiga individu dilaporkan mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh - pembantu exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - merayau-rayau di ibu pejabat SPRM negeri itu.

Menurut laporan akhbar berkenaan, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima plaza tersebut, tempat Teoh ditemui mati, dan di tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM.

Akhbar harian itu memetik seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM - semuanya tidak dinamakan - terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu, lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.

Ditemui Malaysiakini di pejabatnya di tingkat bawah plaza tersebut, Ruslan menyifatkan khabar angin tersebut "seperti cerita kartun" dan "cerita drakula".
Katanya, pada jam 6.30 petang, ketika hantu Teoh didakwa muncul, masih ramai lagi kakitangan berada di situ dan menggunakan lif di bangunan berkenaan.

Tambahnya, kemunculan cerita tersebut kini membuatkan pihaknya lebih berwaspada dan tidak lagi membenarkan pemberita dan jurugambar membuat rakaman di sekitar kawasan tersebut tanpa kebenaran.

"Kita tidak benar lagi, melainkan dapat surat bertulis (kebenaran) daripada pejabat pentadbiran kita untuk masuk buat penggambaran," katanya, sambil menambah, ia merupakan tempat persendirian.

Untuk satu-satu masa, terdapat empat atau lima anggota keselamatan syarikatnya bertugas menyelia keadaan sekitar, tambahnya.

Bagaimanapun, syarikatnya tidak bertanggungjawab terhadap kawalan keselamatan di pejabat SPRM di tingkat 14 dan 15 kerana suruhanjaya itu mempunyai anggota keselamatan sendiri.

"Mereka ada jaga sendiri. Kita tidak pernah pun berbual dengan mereka," katanya lagi.

Sementara itu, Malaysiakini turut mengunjungi pejabat SPRM di tingkat 14 bagi mendapatkan ulasan pihak keselamatannya.

Pergerakan wartawan dan juruvideo akhbar web ini dikawal agak ketat sehingga seorang petugas keselamatan diarahkan mengiringi mereka ke pejabat suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, seorang penyambut tetamu di situ memberitahu bahawa pengarah dan pegawai lain tiada di pejabat wakut itu.

Beliau sebaliknya meminta Malaysiakini membuat temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan sebarang ulasan.

Sementara itu, inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam bagi menyiasat punca kematian Teoh, yang mencipta kontroversi besar, yang dijadual esok ditunda ke 17 Disember ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:36 PM | Show all posts
penah kije kat situ. menyaksikan mase die jatuh tu. mayat Teoh terkampar atas lantai ...
~ bangunan Masalam mmg menyeramkan wokkkk!!!
mr.december Post at 2009-12-8 20:23




yeker mr.dec..ishhhh.....xdpt nk dibygkn.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:45 PM | Show all posts
Rohnya tak aman kut
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 09:27 PM | Show all posts
5# mr.december


ada citer menarik kew?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.164806 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list