CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
Post time 20-8-2007 11:17 AM | Show all posts
rdza,

btul ke manusia bule berkahwin dgn pontianak dan beranak - pinak? and betul ke pontianak bule berubah menjadi manusia.. jika di paku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 12:09 PM | Show all posts

Reply #834 rdzaccess's post

sama-sama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2007 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by lily_kama at 20-8-2007 11:17
rdza,

btul ke manusia bule berkahwin dgn pontianak dan beranak - pinak? and betul ke pontianak bule berubah menjadi manusia.. jika di paku..


Manusia tak boleh berkahwin dengan benda macam ni, tapi berzina boleh lah.( bukan ngan pontianak)
( ini ada beberapa sebab dan kemungkinan )
Memang dia boleh beranak pinak ( jin sahaja- pd pengetahuan saya) tetapi bukan anak manusia.
Kerana keintiman yang dia rasa terlalu sedap.
Jin betina akan menumpang tuanpunya badan dan jin jantan akan bersenggama melaluinya.

Pontianak boleh menyerupai manusia kerana tusukan paku hanyalah pada cerita ( pendapat saya lagi..)
Orang2 tua dahulu banyak pantang larang dan petua mereka.
Pantang larang adalah perkara yang jangan dibuat kerana mungkin mencederakan seseorang kalau tidak diikuti.
Petua adalah untuk mempermudahkan sesuatu pekerjaan.
Menusuk paku pada entiti adalah saranan kepada pemuda2 dahulu agar tidak takut .
Selalunya mereka tak der konfiden nak menyunting anak dara yang cantik2 ( banyak persaingan sudah tentu).
Bila dah ada konfiden dengan membuat perkara begini ( walaupun  tak berjaya sebab orang takut hantu ) maka berjayalah pemuda yg menyunting anak dara lawa tadi. (lagi-lagi pendapat saya)
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by nauze at 19-8-2007 11:28 PM
Reply  #856 kroit92's post

sebelum masuk periksa, pergilah "beramas mesra" dgn hantu tu dulu..

mana tau dia boleh tolong mana2 yang patut...


beramas mesra?? astaghfirullahalazim..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 05:53 PM | Show all posts

Reply #863 rdzaccess's post

oooohhh... jadi crita filem pontianak dulu-dulu tu cuma khayalan penulis jer lah baru chick paham
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 05:54 PM | Show all posts

Reply #858 rdzaccess's post

penin..penin...,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-8-2007 09:00 PM | Show all posts
Cerita dari Orang Yang Empunya Cerita..


Nanti kejap cerita dah hilang pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 09:06 PM | Show all posts

Reply #867 rdzaccess's post

boleh plak ilang-ilang ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2007 09:18 PM | Show all posts
Aishah tinggal di tingkat 12 di sebuah pangsapuri..
Satu hari sedang dia sibuk kat dapur... ada saja bunyi-bunyian yang membingitkan dia yang tak menyenangkan
ketenteraman fikiran dia...

Kekadang bunyi kerusi di seret, guli dan ketukani... bunyinya kedengaran datang dari tingkatatas rumahnya...

Oleh kerana dia dah tak boleh tahan lagi..
Dia pun menjerit2 memaki hamun ...
dan diasuruh diammmmmm..! ! ! ...


Tapi.... lepas dia maki hamun semua..
Dia pulak terdiam...
Baru lah dia sedar akan kesilapannya....

Dia tengok di sebelah tepi tingkap...
Apa pulak benda terbang di situ?
Benda tu lalu masuk ke dalam rumah..
Terbang kat depandia...


Kemudian ia berhenti seketika...
dan memandang Aishah...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2007 09:21 PM | Show all posts
Aishah tergamam...
Tak dapat berkata-kata...


Kemudian benda itu pun terbang ke ruang tamu sebelum ia hilang...

sehingga kini Aishah tak dapat melupakannya...
dan segera meminta suaminya pindah....


Dia tinggal di tingkat palingggggggggg atas....... ~"


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2007 11:49 PM | Show all posts


Awal tahun ni, tahun 2007, Aku selalu lepak ngan kawan aku kat Nilai, Negeri Sembilan.
Sebenarnya aku selalu datang sana adalah hampir beberapa tahun on and off.
Bila waktu malam lak aku ngan kawan ku menghabiskan sisa malam sehinggalah ke pagi...
Sejak akhir-akhir tu kami  lepak kat stesen komuter Nilai.
Untuk pergi kat rumah dia kena pusing jalan , masuk bawah jambatan komuter dan menyusuri kawasan perumahan semi- kampung.
Laluan ke situ adalah yang paling gelap sekali demi ketiadaan lampu jalan.
Terdapat rimbunan pepohon renik dan beberapa batang pokok pisang dan juga rumput yang maha tinggi hidup di kiri kanan jalan menutupi pagar kawasan.

Terdapat gerai makanan yang di buat ala pondok pisang sesikat.
Satu ketika maka di ceritakan oleh kawan aku ni tadi kerana aku lihat sesapa yang naik motor melalui jalan gelap tu ( masa malam ajer lah), mereka akan menunggang ngan laju sekali.
Walau pun terdapat selekoh tajam kat bawah jambatan keretapi ni.
Tiada lagi kereta yang melalui kawasan tersebut seperti dulunya, memula aku sangkut releks kat sana.
Setelah aku bertanya apa sebabnya , kawan aku ni tersenyum simpul saja.
Dia diam sambil menghirup nescafe yang sememang nyata kegemaran dia dan aku; dan aku yang selalu bayar.
Dia sememangnya mengenali aku, jika memberitahu sesuatu memang aku akan menyiasat sehingga aku puashati.








[ Last edited by  rdzaccess at 22-8-2007 11:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 11:52 PM | Show all posts
finally katam gak membaca dari page 1 ....memang best... teringat masa zaman bidak2 baca buku tamar jalis.. bestnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 12:08 AM | Show all posts
iza rasa iza kenal pakcik mahmud yang meninggal dgn anaknya dikenyir tu.. sedara mak.. nanti esok nak tanya mak lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 12:13 AM | Show all posts
Jam ketika itu menunjukkan ke angka 2 pagi.
Kawanku menghisap rokok perlahan-lahan.
Aku memerhati ke stesen komuter, melihat Pak Gard, membentangkan kerusi malasnya dari lipatan.
Aku memandang senmula ke muka kawan ku tadi.
Kemudian dia tersenyum dan berkata kapadaku " Kat situ ada entiti"
Dengan cepat aku menoleh ke arah muncung mulut nya yang menunjukkan ke jambatan keretapi tu.
" Kat situ ? " aku bertanya ingin kepastian.
" Tak de lah, aku tak nampak pun " aku memberitahu.
" Kak, oh kak," dia memanggil kakak yg berniaga kat gerai tu.
Kak tu memandang dan datang dekat.
" Semalam ada orang nampak kan,..? soalnya .
" Akak tak tau, ko tanye abanglah" jawab kakak tu yg sememangnya aku lihat gelagat dia menyembunyikan sesuatu.

Aku kemudian pergi ke kereta ku dan mengambil lampu suluh berjenama Dolphin buatan Eveready.
Aku letak atas meja dan menunggu.
Seketika abang yang dimaksudkan pun kembali setelah melayan pelanggan yang duduk agak berjauhan dari kami.
" Bang, semalam kat sini ada apa ? " soal aku kat abang tu.
" Ko tanya Asmi " dia menyuruh aku mengarahkan pertanyaan kat kawan aku pulak.
" Haa..apa dia ?" soalan terpacul dari mulut aku secara otomatis.

"Kat situ haa.. ada entiti melayang-layang di antara jambatan tu ngan tiang telepon " dia memberitahu sambil memendekkan tangan nya yang sepatutnya boleh dipanjangkan lagi.
" Kat situ ?.. Soal ku sambil menunjukkan dengan pasti supaya lokasi yang sebenar dapat aku maklumkan.
" Ha..ah " katanya pendek.

Lepas tu kami minum lagi...
Perbualan kali ini bersalut jenaka semasa.
Bergelak dan ketawalah kami dengan sesekali diselangi sampukkan abang dan kakak yang berniaga kat situ....

Sedang enak gusi masing belum kering, kawan aku, mengusik paha aku.
" Bro, ko lihat kat depan "  aku secara biasa melihat dihadapan ku.
Dia mengadap aku, oleh itu aku hanya perlu mengankat muka ku dan memandang.
" Kat mana ? soal ku.
" Kat depan , yang I tunjuk tadi , nampak tak ?"
" Abang dan kakak yang kat situ dah duduk jauh dah, mereka duduk ngan beberapa orang pelanggan jauh dari kami.
Entah apa yang mereka perbualkan.
" Tak de apa-apa pun" jawab ku.
Aku mengambil lampu suluh dan memicit punat, kemudian menyuluh kawasan yang ditunjukkan.
Mereka semua terdiam.
Tergamam dengan tindakan aku yang tidak mereka sangkakan.
Setelah menyuluh beberapa ketika, aku menutup suluhan.

Kami diam sambil memerhatikan.Tumpuan jitu diberikan ke arah tempat yang dikatakan.
"Bro, ada lagi, kat situ" kata kawan aku kemudian.
Kali ini aku bangun , mencapai lampu suluh dan berjalan ke arah jambatan keretapi itu.
Sambil menyuluh ke kiri dan kanan, mencari.

Bulu roma ku tetiba meremang.
Aku kini dah hampir agak-agak lagi 50 meter dari selekoh jambatan.
Aku mencari dan memerhatikan.
Kawan ku tidak mengekori. Dia cuma memerhatikan ku dari jauh.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by me_shhiza at 21-8-2007 00:08
iza rasa iza kenal pakcik mahmud yang meninggal dgn anaknya dikenyir tu.. sedara mak.. nanti esok nak tanya mak lah....


Okay ,...nanti beri lapuran...yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 12:23 AM | Show all posts
Aku kali ni menyuluh di tempat lain.
Ini taktik.
Sambil menyuluh di tempat lain sambil aku menjeling kat tempat tu...
Memang aku nampak kelam-kelam berwarna putih.
Kedudukan nya tinggi sikit dari aku, terawang-awang.
Macam mana ni, aku nak buat ?
Jarak adalah dalam tiga puluh kaki dari aku.

Aku menyuluh lagi di tempat lain sambil perlahan-lahan aku mengundurkan diri.
Ia seakan memerhatikan aku.
Mungkin ia menanti apakah tindakan selanjutnya yang aku lakukan nanti.
Bulu romaku dah meremang sekarang ni satu badan.
Walaupun aku cuba kontrol, hanya sedikit kejayaan yang aku capai.

Brappp,
Kedengaran satu bunyi di tepi celah-celah rumput tinggi di sebelah ku.
Aku terus menyuluh ke arah tu.
"Astaghfirullah,....Masya allah,...celaka kau..."
Aku berkata dengan spontan...
Suluhan ke tempat tersebut tidak ku ganjakkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 08:58 AM | Show all posts
Apa bendenya dicelah-celah rumput itu... tungguuuuuuuuuuuu................
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 20-8-2007 03:33 PM


Manusia tak boleh berkahwin dengan benda macam ni, tapi berzina boleh lah.( bukan ngan pontianak)
( ini ada beberapa sebab dan kemungkinan )
Memang dia boleh beranak pinak ( jin sahaja- pd  ...


oo.. gitu..
sbenarnye kat kg lily ni adalah org sibuk2 pasal ada satu family ni kengkononnya keturunan pontianak.. x tau la keturunan dr pontianak, pontianak tu ke........................ atau asal usul family diaorg dr PONTIANAK, INDONESIA..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by lily_kama at 21-8-2007 10:34 AM


oo.. gitu..
sbenarnye kat kg lily ni adalah org sibuk2 pasal ada satu family ni kengkononnya keturunan pontianak.. x tau la keturunan dr pontianak, pontianak tu ke........................ ...


saspen je ler tu....rupanye ponti, indon.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 10:51 AM | Show all posts
bersambung slps nightline.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.256875 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list