Sinopsis : Bleach Episod 256
Anime : Bleach
Episode : 256
Title : Sword Fiend (Rampant Zanpaktou)
Prebiu
Ke semua ahli pasukan divisi 6 pimpinan Byakuya Kuchiki sedang mengadakan satu pertemuan kumpulan di Mansion @ Istana Kuchiki bersempena musim sakura berkembang. Tujuan perhimpunan ini dilakukan juga dengan tujuan untuk merehatkan ahli pasukan 6 selepas bertungkus-lumus bertempur dengan zanpaktou yang dihipnosis oleh Muramasa.
Ketika ini, Mansion Kuchiki's (yang juga merupakan barrack pasukan 6th division) telah siap dibina semula setelah ianya dimusnahkan oleh Sode no Shirayuki dan Senbonzakura ketika mereka berada di bawah pengaruh Muramasa.
Rukia Kuchiki yang terdengar jeritan pembantu di bahagian dapur meluru ke lokasi kejadian dan mendapat ada dua orang yang tidak dikenali sedang melakukan onar. Pertempuran berlangsung dan Rukia telah diserang oleh kedua-dua penyerang sebelum diselamatkan oleh Sode no Shirayuki yang melancarkan Teknik White Lotus.
Kedua-dua penyerang meneruskan serangan namun sekali dihalang oleh Sode no Shirayuki. Penyerang berbadan besar (warna hijau) cuba melarikan diri namun cuba dihalang oleh Sode no Shirayuki yang masih belum sedar dia cuba diserang hendap oleh penyerang berbadan kurus (muka berbalut kain berwarna ungu) yang kemudiannya ditewaskan oleh Senbonzakura; lalu bertukar kepada sebilah pedang.
Rukia yang amat terkejut dengan kemunculan kedua-dua Sode no Shirayuki dan Senbonzakura. Dia kemudiannya bertanyakan kenapa mereka (Sode no Shirayuki dan Senbonzakura) tidak menjadi pedang semula?!?.
Sode no Shirayuki membalas dengan menyatakan bahawa tidak ada persetujuan yang menyatakan mereka (zanpoktou) perlu @ akan kembali kepada bentuk asal pedang tuan mereka.
Senbonzakura kemudiannya menambah kenyataan Sode no Shirayuki dengan menyatakan bahawa mereka (shinigami) harus menyalahkan kebodohan mereka sendiri kerana telah tersalah faham mengenai perkara tersebut. Scene Rukia wat muka marah!! ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Kemudian, Byakuya Kuchiki muncul dan mereka kemudiannya pergi ke ibu pejabat Pasukan 12th Division untuk bertemu Mayuri Kurotsuchi bagi menanyakan permasalahan tersebut. Mayuri memberitahu bahawa dia tidak membuatkan zanpaktou yang dihipnosis oleh Muramasa kembali kepada bentuk tetap zanpaktou tetapi hanya menghilangkan kesan hipnosis tersebut sahaja (sambil menunjukkan materialization Ashisogi Jizō kepada mereka yang kemudian terbang mengelilinginya).
Mayuri menyatakan bahawa insiden ini berkemungkinan kesan daripada shinigami yang tidak berjaya menewaskan zanpaktou mereka sendiri lalu dibunuh. Ini mengakibatkan zanpaktou ini melakukan "rampant" atau merusuh dan melakukan huru-hara. Mayuri turut menyatakan bahawa insiden ini boleh dipanggil sebagai "Sword Feind".
Mereka ini (rampant zanpaktou) tidak dikelaskan sebagai shinigami @ hollow mahupun zanpaktou lagi dan hanya semata-mata zanpaktou yang sudah tidak bertuan. Sekembalinya daripada bertemu Mayuri, Kuchiki menyerahkan tugas menyelesaikan masalah tersebut kepada Rukia dengan bantuan Sode no Shirayuki dan Senbonzakura.
Mereka bertiga memikirkan cara bagaimana mahu menarik keluar perhatian penyerang berbadan besar (hijau) dan kemudiannya Sode no Shirayuki[ dan Senbonzakura masing-masing memberikan idea yang kurang munasabah kepada Rukia. Berikut adalah cadangan mereka:
1.) Senbonzakura: Musnahkan barrack 6th division dan tarik perhatian Seireitei kepada mereka dengan harapan ianya akan menarik perhatian penyerang itu juga. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
2.) Sode no Shirayuki : Membekukan ke semua orang di Seireitei termasuklah penyerang tersebut. Ini akan menyelamatkan Seireitei daripada musnah. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Rukia: BOTH KENA REJECT!!!! ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Kemudian Sode no Shirayuki memberikan cadangan kedua : iaitu mengadakan parti di Mansion Kuchiki. Taichou kumpulan 10th division iaitu Tōshirō Hitsugaya dan fukutaichou Rangiku Matsumoto telah ditugaskan sebagai pembantu @ pengawal.
Hitsugaya yang pelik kenapa ianya (parti) dilakukan telah mendapatkan jawapan yang sengal daripada Senbonzakura : Mereka diserang oleh penceroboh ketika sedang mengadakan jamuan, maka dengan melakukan satu lagi jamuan yang seakan-akan sama... pastinya akan dapat menarik keluar penceroboh sekali lagi!!! ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Kemudian. semua org didapati telah mabuk dan tertidur...termasuklah fukutaichou Rangiku yang mabuk dan melakukan aksi yang tidak sesuai ditonton oleh penonton bawah umur 18 tahun!!!. Hitsugaya kemudiannya beredar bersama Rangiku yang masih lagi dalam kemabukkan.
Scene berubah kepada kisah pertalian di antara Rukia dan Sode no Shirayuki yang sedikit memperlahankan jalan cerita sebelum kemunculan penyerang berbadan besar (hijau) sekali lagi yang kini sudah menjadi semakin kuat dan memiliki reiatsu yang semakin banyak. Mereka diserang bertubi-tubi dan tidak dapat mempertahankan diri meskipun mereka berkerjasama. namun, setelah Sode no Shirayuki kembali menjadi zanpaktou, penyerang tersebut berjaya ditewaskan oleh Rukia yang membekukannya dengan gaya "White Lotus".
Pengakhiran episod ini menunjukkan jalan cerita akan ke Pekan Karakura di mana Kurisaki Ichigo telah diserang oleh seorang yang tidak dikenali.
![](http://www.freeimagehosting.net/uploads/294bec0ec6.jpg)
Penyerang yang melakukan onar di Mansion Kuchiki yang sebenarnya adalah zanpaktou yang sudah tidak memiliki tuan.
![](http://www.freeimagehosting.net/uploads/64904ee599.jpg)
Mayuri tunjuk ekspresi muka yang pelbagai waktu dilawati oleh Kuchiki's. Aku rase muka dia sangat kelakar and memang "Tak Boleh Blah!" @ dalam bahasa Inggerisnya "Cannot Go!!!"
![](http://www.freeimagehosting.net/uploads/78811fa563.jpg)
Idea sengal yang Sode no Shirayuki ngan Senbonzakura kasik kat Rukia
![](http://www.freeimagehosting.net/uploads/b97eba1474.jpg)
Rukia guna Sode no Shirayuki yang jadik pedang lancarkan Teknik White Lotus
![](http://www.freeimagehosting.net/uploads/c02b095d5d.jpg)
Penyerang tidak dikenali yang muncul di Karakura Town
![](http://www.freeimagehosting.net/uploads/490e6cecaa.jpg)
Gin bagi explanation pasal "Sword Feind"
|