|
LFC ~ Wanted: Tuan rumah sewa baru.. no ahli KEJI plishhhh...
[Copy link]
|
|
LIVERPOLL dah pandai masuk litar F1....cayalah.............. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #862 sesusah jer's post
teringin nengok abe jerat julang piale liga cam tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
tim gundeks haku tahun neh mmg terer la...ke inzal awal lagi neh? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sesusah jer at 9-10-2008 01:23 PM
http://superleagueformula.com/var/ezflow_site/storage/images/news-media/multimedia/photo-gallery/liverpool-fc/sf-round-3-belgium/sl_zol_05_10_0744/147150-1-eng-GB/SL_Zol_05_10_0744_central_banners.jpg
bertambah koleksi dlm kabinet... |
|
|
|
|
|
|
|
Man City offer Liverpool ace Torres
Manchester City are ready to make Liverpool ace Fernando Torres the Premiership's first |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #871 koben19's post
agak kureng sopan manciteh nih.......player kesayangan liverpul nak dibelinya......sorry......... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak lagi yang bakal ditampilkan Liverpool
SELAMAT berjumpa lagi.
Apabila berbicara tentang bola sepak, banyak perkara yang boleh disentuh.
Seronok dan menghiburkan. Tetapi kadang-kadang, ia menyakitkan apabila sesebuah pasukan yang kita sokong tidak mencapai apa yang kita harapkan. Inilah bola sepak.
Sebenarnya banyak cara untuk meraih kejayaan dalam sukan No. 1 di muka bumi ini.
Minggu lalu, Liverpool telah membuktikan kepada kita cara paling sukar untuk meraih kemenangan.
Mereka ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama dan kemudiannya tampil hebat untuk mencatat kemenangan.
Saya tertanya-tanya tentang apa yang diarahkan oleh pengurus, Rafael Benitez kepada pemainnya pada waktu rehat, namun saya yakin tiada apa yang menarik.
Pada perlawanan menentang Manchester City itu, Liverpool lebih banyak menguasai bola tetapi gagal menyempurnakannya dengan baik.
Kelemahan itu dipergunakan sepenuhnya oleh City yang dilihat mempunyai penyudah yang baik pada separuh masa pertama.
Bila menyaksikan rentak Liverpool pada separuh masa pertama, saya merasakan mereka tidak mampu untuk meraih kemenangan.
Terus terang saya katakan bahawa memang sukar untuk bangkit pada separuh masa kedua lebih-lebih lagi selepas ketinggalan dua gol.
Tetapi sebenanrnya ia bukan halangan buat Liverpool. Fokus mereka adalah untuk mendapatkan gol dan ia direalisasikan dengan baik.
Liverpool tampil membuktikan reputasi mereka (walaupun dalam keadaan sukar) dan yang lainnya tercatat sebagai sejarah.
Fernando Torres membuktikan kepada kita bahawa dia sememangnya seorang pemain yang cukup istimewa apabila meledak dua gol pada separuh masa kedua.
Gol pertamanya merupakan jaringan ke-1,000 Liverpool dalam sejarah Liga Bola Sepak England.
Torres juga menjadi pemain asing terbanyak menjaringkan gol buat Liverpool sekali gus mengatasi pencapaian Patrick Berger yang dibawa masuk oleh Roy Evans pada tahun 1996.
Seperti yang saya jelaskan dalam kolum saya musim lalu iaitu seorang penyerang yang hebat bukan setakat mampu menjaringkan gol di gelanggang sendiri tetapi juga berupaya melakukannya di tempat lawan.
Torres telah melakukan jaringan di luar Anfield dan ini boleh dianggap sebagai satu amaran bahawa Liverpool pasti sukar digugat seandainya prestasi Torres tengah memuncak.
Begitupun, sebelum peminat setianya bersedia untuk melihat? Liverpool meraih gelaran liga?, saya fikir eloklah bertenang dan sabar dulu.
Tunggulah sehingga bulan Januari sebelum kita membuat ramalan. Seperti mana musim-musim sebelumnya, Liverpool agak hilang sengat selepas perayaan Hari Krismas tetapi jika mereka berjaya mengekalkan prestasi seperti mana yang dipamerkan pada perlawanan menentang City minggu lalu, saya yakin The Reds bakal menikmati sesuatu yang lebih besar.
Di sebalik kemenangan bergaya ke atas City itu, berita buruk yang dilalui skuad bimbingan Benitez itu ialah kecederaan yang dialami Martin Skrtel.
Ia agak serius dan dia bakal terlepas aksi dalam beberapa perlawanan selepas ini.
Saya harap, kecederaannya akan pulih seperti biasa dalam masa terdekat ini.
Selepas sekian lama, Liverpool kini dilihat semakin serasi dengan barisan pemain yang sama dan persefahaman di kalangan mereka juga semakin mantap.
Dua pertahanan tengahnya, Skrtel dan Jamie Carragher semakin serasi dan kekebalan mereka merupakan faktor kejayaan Liverpool pada peringkat awal ini.
Saya juga merasakan bahawa Liverpool tidak mempunyai masalah dengan pemain di barisan pertahanan.
Saya membayangkan Daniel Agger perlu mengambil alih tugas Sami Hyypia yang saya lihat sudah tidak mampu untuk bersaing lagi.
Terus terang saya katakan bahawa Hyypia sudah tidak boleh berlari seperti dulu lagi. Bukan setakat pertahanan, semua posisi perlu ada pelapis berwibawa kerana saingan musim ini masih jauh lagi.
Jika mereka mampu menyelesaikan masalah ini, Liverpool mungkin boleh mengorak langkah untuk bergelar juara.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=su_03.htm |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by koben19 at 10-10-2008 04:22 PM
Manchester City are ready to make Liverpool ace Fernando Torres the Premiership's first |
|
|
|
|
|
|
| |
|