CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Jawapan Sultan Johor

  [Copy link]
Post time 30-5-2012 04:45 PM | Show all posts
Reply  RedDevils


    sbb tu kene check n balance
kritik nizar ni salah satu la..
atira Post at 30-5-2012 16:39


Setuju

Aku tak rasa ramai yg faham apa yg aku cuba sampaikan, last last bagi hujah kononnya aku nak back up Sultan Ibrahim pasal dia sultan negeri aku    Moteto aja yg faham kot apa aku nak sampaikan..

aku ulang suara :

Aku sependapat bahawa memanglah membazir bid 520K tu, tapi adakah atas alasan tu, kita ni boleh lagak diva macam tuhan nak persoalkan amal ibadat sultan tu..pong pang pong pang suruh menderma lah, buat masjid lah...tahu ke for sure sultan tak menderma? Dia derma senyap2...kita tahu ke? kang dia buat press statement masa derma, org keji jugak, kata RIAK

Dan point nya HIPOKRIT yg aku cakap, dan kau sendiri ulang2 tu

- Di mata kita 520K banyakkkkkkkk..
- Dimata kita kita beli beger /makan steak harga RM50, tak membazir...di mata org miskin, dia akan kata "membazirrrrrrrr nya makan steak RM50"

Faham tak?

Buka mata hati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 04:45 PM | Show all posts
Reply 858# moteto


    cemana la aku tak buat rumusan uols ni sensitip terlebey
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:45 PM | Show all posts
amacam motote, seronok reasoning dgn berok?
kasmela Post at 30-5-2012 16:44


Hmm..Payoh, Payoh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:46 PM | Show all posts
Reply 862# RedDevils


    abih tu... dah title nye ulil amri....
sapa yg hipokrit sebenarnye
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:47 PM | Show all posts
Reply 864# moteto


    Tak heran bukan kalau ada org main lestikkan je berok2 itu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:47 PM | Show all posts
Kenyataan Nizar tidak wajar: Zambry

2012/05/30

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan kritikan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim, berhubung bidaan nombor plat WWW 1, sebagai tidak wajar.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak terkejut Mohammad Nizar boleh mengeluarkan kritikan seumpama itu kerana bekas Menteri Besar Perak itu sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang tidak betul sehingga mengelirukan rakyat. "Mohamad Nizar sepatutnya menyemak fakta dan membuat kajian sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini. Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohammad Nizar berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar menyatakan dalam Twitternya bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Akhbar hari ini melaporkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahanda baginda, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2012 04:47 PM | Show all posts
isu sini....
uols puak plet J tak puas hati sbb agung aman2 je tak kene kutuk
biasa le...
manu ...
atira Post at 30-5-2012 16:42



    See? Kau sedap2 aja fitnah kononnya anak negeri Johor tak puas hati sebab Sultan kena kutuk?

   Aku tak tau lah budak2 plet J yg lain, tapi aku bagi pendapat aku secara bebas, bukan atas sebab carry plat J...Oh, tapi ada ke kau nak percaya, nanti kau cakap, aku konar...wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:47 PM | Show all posts
Of course not lah..walau mcm mana pun saya berstuju dgn nizar , terasa sgt besar pembaziran ...
nour2001 Post at 30-5-2012 16:40


eleh,
nizar kesayangan ko tu dah takde kuasa jadi em bii

boleh la cakap banyak meraban ke hulu merapu ke hilio

bukan tak tau tahap hipokrit tahap gaban pakatan riot

cuba dia tu masih jadi em bii, bukan setakat beli plet kete,
kilang buat plet kete pun dia sapu tau tak yeop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 04:48 PM | Show all posts
as for me... tak salah kalau mampu untuk membeli sesuatu yg boleh memberikan kita keselesaan hidup di dunia ni mcm rumah, kereta... Allah pun bukan  mahukan hambanya hidup dlm kepapaan, melarat ...
tp biarlah berpada-pada ... untuk sekeping plat .. for a big, huge amount of price...ianya suatu pembaziran
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:48 PM | Show all posts
Ok la, aku kesampingkan politaik aku nie kalau ko pun kesampingkan politaik ko, setuju?? Jangan  ...
moteto Post at 30-5-2012 16:32



    i see...setengah juta utk sekeping plet itu BERSEDERHANA....splendid
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:48 PM | Show all posts
Reply  RedDevils


    abih tu... dah title nye ulil amri....
sapa yg hipokrit sebenarnye :l ...
atira Post at 30-5-2012 16:46



    Ok lah...aku rasa aku dah cukup panjang lebar bagi explanation. I rest my case. terpulanglah apa jua pendirian kau...everybody entitles to their opinion
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 868# RedDevils


    aiyooooo...
dah yg dok membackin ni geng2 plet J...

aku buat rumusan hipokrit shj
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply 862# RedDevils

Kalau steak tu you boleh dpt tempat lain dgn kualiti dan servis yg sama tapi cuma harga 5 hengget, maknanya you adalah seorang pemurah dan baik hati, mod.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:50 PM | Show all posts
amacam motote, seronok reasoning dgn berok?
kasmela Post at 30-5-2012 16:44

bagi peluang dia kenal berok2 seantero alam porem ci



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:50 PM | Show all posts
ko yang guna perkataan jasa tadi,
ko lah yang kena bagi

ala, satu je la dokk

bukan banyak ...
d'zeck Post at 30-5-2012 16:43



    Hahahaha..dah petang2 ni dzeck oiii..oxygen dah kurang kat otak, tak leh nak fikir....aku pun bukan follow sgt politik2 ni...nak berdebat politik aku bukan hebat macam macai2 politik CI .

nantilah, aku baca2 harakah ke, aku borak2 dgn totok ke, boleh la aku bagi tau jasa PAS kat kau
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:51 PM | Show all posts


Nizar mohon maaf isu bidaan WWW1

10:19AM Mei 30 2012

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf berhubung mesej Twitternya berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," lapor akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tambahnya

Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi:  "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 04:51 PM | Show all posts
Lestik kepala berok2 PIS tu dgn batu, rasanya mampu membuat mrk guna otak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:51 PM | Show all posts
Reply 872# RedDevils


    aku tak peduli pon sultan2 yg berlambak ni nak belanja sampai terlangkup pon.. ulil amri mewah pon.. mewah la

ni dah sampai alasan sedekah balik ke rakyat (tau bukan dari ko.. kang sentap plak )
tu yg aku beria joinT tered ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:52 PM | Show all posts
Kalau NIZAR di pihak yg benar, kenapa perlu mohon maaf?

Minta pencerahan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:53 PM | Show all posts
Hahahaha..dah petang2 ni dzeck oiii..oxygen dah kurang kat otak, tak leh nak fikir....aku  ...
RedDevils Post at 30-5-2012 16:50


tu la dok,

kalau ada dah lama dok boleh senarai hatta dua muka surat A4 pun

masalahnya takde langsung tau tak dok

PAS memang takde satu jasa pun selama ni
walopun usianya dah amat tua bangka

sebagai seorang propesyenel,
dok kena la akui satu2 fakta itu tanpa dolak dalik tau dok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.112881 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list