|
[Tempatan]
Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering
[Copy link]
|
|
Anden posted on 23-6-2014 10:19 AM 
Setiap sudut aku fikir dan....aku cuba duduk di sepatu Lolaq ni...aku ttp tak dapat nak faham kenapa ...
Kan...
cuba nak fhm klu xdan nak mandikan pon xdan ke salin baju
seminggu dua baju dah reput gitu ke
klu pon htr mkn sekali sehari ada ke kurus kering gitu
siap mkn polisterin mkn kekabu
pernah tgk oprah... Mcm ni jugak mmg kurung bertahun smp budak2 gigit kayu tingkap sbb kebuluran
|
|
|
|
|
|
|
|
poison_paradise posted on 23-6-2014 10:09 AM 
Takde mase sgt.. Mase nk melawa n main game Fb pon ada.. Kwn pon jenis bimbo bosia tua agaknyer..b ...
actually kwn dia lelaki. sesame keje dkt brahim skychef tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
arinieva posted on 23-6-2014 10:56 AM
actually kwn dia lelaki. sesame keje dkt brahim skychef tu.
Bf die kot tu yg turut bsubahat..
Takkan tak rase kesian tgk bdk tu?.. Sesuatu Sgt kan.kang gigih komen backup..kene tahan polis sb bsubahat |
|
|
|
|
|
|
|
ladyxez posted on 23-6-2014 09:58 AM
puan loklak sebatang kera ke ,tak de sedara mara yg boleh jaga sementara lalo pi keje
Bapa tiri k ...
bapak tiri bini pun 2
ank sendiri blehlah dia jaga
patut di cari si penyumbang sperma
lg satu datuk nenek n apak sedara belah penyumbang sperma patut malu..
sila terjun bangunan jika kalian masih idup
kalo si penyumbang sperma udah lenyap dr muka bumi ini tanggungjwb menanggung idup budak tu jatuh pd datuk/apak sedara belah penyumbang sperma
|
|
|
|
|
|
|
|
tinker_bell posted on 23-6-2014 01:07 AM 
dorang nk tunjuk konon2 intelek..konon2 mnentang arus..dianggap bijak la konon..
tak pun..
memasing gigih nak dicop positif thinking kekdahnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah la tp bk BF kot sbb dia pangey Kak Lola. tp care dia komen mmg back up Lola mcm lantak la budak tu nk jadi ape. Haish! pun x paham. Lola tu dh besor pjg ada otak boleh pikir tp anak dia mcm tu. nape la dia buat anak dia cmtu. |
|
|
|
|
|
|
|
syadail posted on 23-6-2014 10:43 AM 
Aku sangat yakin ada lagi kat luar sana Oku yg sedang pd saat aku menulis ni dianiaya mcm adik Firda ...
aku pun yakin masih ramai.
tak kan 1 kes je per berjuta malaysia..kan?
suruh org pergi mendaftar tu dah tak valid aku rasa.
mmg JKM ni kena kerah tenaga turun padang cari OKU.
mcm nak memberi zakat jugak.
(pungut zakat, pandai bukak kaunter.
tapi nak bagi zakat..kena gi naik pejabat).
choii
kalau kena dgn family susah, cmn depa nak gi daftar..dah la x tahu kemana nak dituju, nak tambang bas lagi.
dah tu, kena bwk dokumen lagi sebemban..byk karenah.
karang x cukup dokumen..x blh daftar.
tahu je la khidmat kaunter ni kan..letih!
|
|
|
|
|
|
|
|
ellZack posted on 21-6-2014 10:57 PM 
KUALA LUMPUR, June 21:
A 15-year-old special needs child was discovered covered in his own faeces a ...
Norhayati omar ni ticer english den maghin... bekas somi sheol pelakon yusuf wahab.... always tgk dihantar ke sekolah naik volkswagen... anak laki sebijik muka bapak dia.. hihihi selingan ... (sheol pun garang kat sekolah .... ) |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag posted on 23-6-2014 09:36 AM
mana bapak budak ni (ex-hasben lola?)
nampak sgt jantan ni lepas tangan
kdg2 ada sstgh jantan ni m ...
ntahlah kes dah kecoh satu malaysia membohong sgt kalo xtau
sdgkn si pengasuh blh dtg sepital pi jenguk
aneh bapak kandung n sedara mara sendiri mcm tak wujud kat muka bumi
ntah duk tgk berita sambil maki2 si ibu tanpa sedar ank sedara dia yg kering kontang tuhhh..
kdg2 ade yg dah bercerai terus terputus hub sampai tak kenal sedara mara sendiri
tak patutlah gitu, itu waris kalian.. apa2 jd pd ibu bapa kndung datuk/nenek/bapa saudara wajib bertanggungjwb menanggung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Firdaus kini stabil
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
[email protected]

Faizal Fazri Othman (kanan) melihat gambar lama Muhammad Firdaus yang dibawa oleh Norfitri Radius (dua dari kanan) semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA
SEREMBAN 22 Jun - Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen negeri dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah bilik ketika melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI), kira-kira pukul 2.30 pagi semalam, dilaporkan stabil setelah dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman yang melawat remaja itu bersama pegawai dan anggotanya di wad berkenaan berkata, Muhammad Firdaus telah diberi rawatan, dibersihkan dan rambutnya dipotong.
Malah, katanya, remaja itu juga kelihatan lebih segar setelah diberi makan bubur dan minum oleh petugas-petugas hospital yang turut bersimpati dengan nasibnya.
"Perutnya sudah berisi dan tidak lagi kempis seperti semasa ditemui semalam. Syukurlah dia diberi penjagaan yang baik,'' katanya ketika ditemui di pekarangan HTJ, di sini hari ini.
Menurut beliau, bekas pengasuh Muhammad Firdaus, Norfitri Radius, 42, yang pernah menjaganya sebelum ini turut mengunjungi remaja itu.
Jelasnya, Norfitri turut membawa gambar lama Muhammad Firdaus yang dalam keadaan sihat dan berisi.
Sementara itu, mengimbas kali pertama bertemu mangsa, Faizal Fazri mengakui sukar menggambarkan perasaannya kerana tidak menyangka akan bertemu remaja itu dalam keadaan terlalu daif.
"Saya hanya mampu mengucap kerana terkejut. Keadaannya amat menyedihkan. Kurus-kering, memakai baju koyak dan berlumuran najis," katanya yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana membantu menyelamatkan mangsa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... tabil#ixzz35QdBMyad
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
aku kagum si Lola ni ada hati paste video bdk kecik kena dera tu dlm fb dia... nak belajar cara nak dera anak sendiri dr video tu ker?  |
|
|
|
|
|
|
|
Fantaghiro posted on 22-6-2014 12:47 PM 
Mak aku ada 5org anak oku!!sorang pung xpenah Mak aku buat gini..masa semua meninggal,semua montel2 ...
adik uol sakit apa?
pernah masuk TV? |
|
|
|
|
|
|
|
matahari8011 posted on 22-6-2014 09:15 PM 
Tak mampu dah nak baik sangka. Mula heran juga mcm mana dia dan anaknya yg lain tggl dlm rmh yg sama ...
erk..mohon pencerahan.maksudnya..budak ni tinggal sorang2 kat umah ni ker?
mak dia tinggal kat umah lain ngn bapak tiri n adik tiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah adik Firdaus x de sakit apa2....semoga cpt sihat semula.... |
|
|
|
|
|
|
|
'Tidak ubah seperti mimpi ngeri'
KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
23 Jun 2014

KISAH remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dikurung dalam rumah dengan keadaan menyedihkan terus menjadi topik hangat dan mendapat tumpuan ramai pihak.
Semua pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan remaja berkenaan diperlakukan sedemikian.
Bagi Norfitri Radius, 42, yang pernah menjaga Muhammad Firdaus seawal usia empat tahun, kejadian yang berlaku memang sukar dipercayai dan tidak ubah seperti mimpi ngeri.
“Berderai air mata saya apabila melihat keadaannya sekarang. Berbeza benar semasa kali terakhir saya melawatnya pada Jun tahun lalu.
“Pada masa itu, tubuh Muhammad Firdaus sangat berisi dan serba-serbi terjaga. Dia sudah mula pandai berdiri dan bertutur secara ringkas, selepas dibawa berubat di beberapa tempat sepanjang dijaga oleh saya dari 2003 hingga 2011,” katanya.
Bagaimanapun, Norfitri langsung tidak menyangka, perpindahannya ke Gemencheh kerana mengikut suami lebih kurang tiga tahun lalu, merupakan titik permulaan kisah duka remaja berkenaan.
“Saya sangat terkilan kerana tidak dapat menjaganya lagi, selepas mendirikan rumah tangga. Apakan daya, saya terpaksa akur dengan takdir ILAHI.
“Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini, berikutan Muhammad Firdaus sudah saya anggap seperti anak sendiri.
Seandainya tidak berpindah dahulu, saya akan tetap menjaganya,” katanya ketika menziarahi Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Muhammad Firdaus pernah dipukul atau didera ibunya selama ini, Norfitri menafikan perkara tersebut.
“Kita tidak boleh menyalahkan ibunya seratus peratus dalam hal ini. Dia banyak menanggung dugaan seorang diri, memandangkan suami yang jarang pulang ke rumah.
“Tambahan pula, fikiran ibunya mungkin terganggu rentetan masalah kesihatan dialami akibat keguguran beberapa bulan lalu,” katanya.
Bercerita lebih lanjut, Norfitri memberitahu, dia hanya mengetahui nasib malang menimpa remaja terbabit menerusi laporan berita, malam kelmarin.
“Namun, kesedihan saya sedikit sebanyak terubat selepas melihat perkembangan positif ditunjukkan Muhammad Firdaus sepanjang menerima rawatan di hospital.
“Saya juga bersedia mengambil Muhammad Firdaus sebagai anak angkat, sekiranya pihak berwajib mahu memberikan hak penjagaan kepada saya,”
katanya yang tiba di hospital kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Katanya lagi, dia juga pernah berhasrat mengambil Muhammad Firdaus di bawah jagaannya pada Jun tahun lalu, tetapi terpaksa dibatalkan atas beberapa kekangan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman ketika melawat remaja berkenaan, di sini, semalam ternyata berpuas hati dengan keadaan Muhammad Firdaus.
“Setakat ini, Muhammad Firdaus sudah mula menerima makanan lembut dan keadaannya bertambah baik, berbanding ketika ditemui sebelum ini.
“Kita harap, kehadiran bekas pengasuhnya dapat memberi kekuatan kepada remaja itu dalam usahanya untuk kembali pulih seperti sedia kala,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan bahawa ibu kepada remaja berkenaan telah ditahan reman selama empat hari, sehingga Rabu depan.
“Kes disiasat bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001, di mana kita akan melihat pelbagai aspek dan merujuk kepada beberapa pihak seperti hospital, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pendakwa raya, sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya.
Pengarah JKM Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi pula berkata, kes tersebut hanya akan diambil alih oleh pihaknya untuk tindakan lanjut selepas pemeriksaan kesihatan lengkap selesai dijalankan terhadap remaja itu.
Rujuk kepada JKM jika hadapi masalah jaga anak OKU
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu bapa yang tidak mampu menjaga anak-anak OKU disaran merujuk masalah mereka kepada JKM daripada menganiayai anak-anak istimewa itu.
Katanya, walaupun sering kali menekankan penglibatan JKM adalah cara terakhir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun jika tiada penyelesaian pihaknya tidak menolak untuk mengambil alih tanggungjawab itu.
“Bagi saya daripada mereka mendera, membiarkan tanpa arah, serta mengabaikan anak-anak istimewa yang seharusnya dibantu itu, sila serahkan kepada kami, Insya-ALLAH kita akan meletakkan anak-anak OKU ini di dalam institusi kementerian untuk kita pulihkan,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam Selami Kasih dan Apresiasi Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (STB) Kuching, di sini malam kelmarin.
Bagaimanapun, Rohani berkata jika ibu bapa anak-anak OKU ingin terus menjaga anak-anak istimewa itu biarpun menghadapi masalah, pihaknya boleh menyalurkan bantuan menerusi Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
“Ada 488 buah PDK di seluruh negara. Penglibatan JKM adalah jalan terakhir kerana kita hendak semua OKU ini tidak dipisahkan daripada keluarga mereka. Pemulihan boleh dilakukan di dalam komuniti menerusi PDK itu sendiri,” katanya.
Rohani berkata PDK diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan. “PDK merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana peluang diberi kepada OKU menjalani pemulihan, mengecap peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat,”katanya.
Tubuh Pusat Peduli OKU Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik mencadangkan Pusat Peduli OKU ditubuhkan bagi membela nasib golongan
tersebut.Beliau berkata apa menimpa remaja OKU kelmarin patut dijadikan pengajaran.
“Kepada institusi agama, seperti pusat zakat kenapa tidak ada pusat sehenti untuk orang OKU. Kita ada kutipan zakat yang bernilai jutaan ringgit setiap tahun.
“Jadi sepatutnya pusat zakat tubuhkan pusat peduli OKU, bagi mereka pendidikan, bagi mereka perlindungan,” katanya ketika menyampaikan seminar Protaz VS Uspro: Realiti Dakwah Masa Depan
anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Politeknik Shah Alam, semalam.
Dalam perkembanganyang sama, Maszlee berkata, Malaysia boleh belajar daripada negara Eropah dalam mengendalikan golongan OKU. “Pegawai kerajaan atau sesiapa yang bertanggungjawab dalam perihal OKU boleh pergi ke negara Eropah bagi mempelajari sendiri cara pengendalian golongan OKU di sana.
“Jika di Eropah, ibu bapa yang mempunyai anak OKU tidak menyesal memiliki anak OKU, kerana sistem yang ada akan membuatkan mereka ‘bangga’ memiliki anak OKU,” katanya.
Dr Maszlee berkata, amat malang sekiranya pusat zakat yang memperoleh kutipan jutaan ringgit tidak dapat membantu golongan memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
spital pun boleh laporkan lepas branak patutnya
|
|
|
|
|
|
|
|
betapa sygnye pengasuh tu kt adik firdaus ni..dia rela nk amik firdaus sbg ank angkat..semoga naseb firdaus terbela..menteri2 yg kaya raya yg tiap2 taun bercuti sakan di obersi tu tlgla tampil membela naseb dia..tanggungla segala perbelanjaan dia seumur idup..supaya peristiwa menyayat ati camni xkan berulang lagi kt dia..  |
|
|
|
|
|
|
|
better JKM jer la yang jaga..bekas pengasuh ni pun kita tak tau apa tujuan sebenar dia kan.. kes firdaus ni surely banyak orang nak derma itu ini..takut bekas pengasuh ni take advantage je |
|
|
|
|
|
|
|
Remaja OKU sah tidak didera, tapi diabaikan - Pengarah Hospital Seremban
2014/06/23 - 11:39:55 AM
Cetak Emel Kawan
SEREMBAN: Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat, mengesahkan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, tidak didera tetapi tetapi keadaan fizikalnya yang kurus kering adalah akibat pengabaian. |
|
|
|
|
|
|
| |
|