|
tadi baca kat bod gossip.. pelakon ismail din meninggal kat mekah.. untung nya
Innalillahi wainna ilaihi roji'unn... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 6-10-2005 09:18 AM
tadi baca kat bod gossip.. pelakon ismail din meninggal kat mekah.. untung nya
Innalillahi wainna ilaihi roji'unn...
al-fatehah utk nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 6-10-2005 09:18 AM
tadi baca kat bod gossip.. pelakon ismail din meninggal kat mekah.. untung nya
Innalillahi wainna ilaihi roji'unn...
Innalillahi wainna ilaihi roji'unn... saper eh pelakon ni? |
|
|
|
|
|
|
puteri81 This user has been deleted
|
dpt email dr my fwen dis mornin...
Assalamualaikum
Skarang tengah nak bulan puasa.............berhati-hati........Be careful
Kurma Yahudi ... Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi
dihasilkan dari negara Israel..dan diimport serta dikotakkan di Singapura
tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian
timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang
Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil
penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin
sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat
Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi |
|
|
|
|
|
|
puteri81 This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 6-10-2005 09:18 AM
tadi baca kat bod gossip.. pelakon ismail din meninggal kat mekah.. untung nya
Innalillahi wainna ilaihi roji'unn...
innalilah...bln posa meninggalnyer...;) |
|
|
|
|
|
|
puteri81 This user has been deleted
|
dpt lagi satu email berguna....
Subject: Fw: JAKIM Announcement
Tolong sebarkan yang baik.
HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol & the tiramisu contains RUM.
Please pass this message to our muslim friends.
Thanks, call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you,
Ahmad Sabri Abdul Rashid
System Engineer
Komputer Sistem Malaysia Sdn Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puteri81 at 6-10-2005 09:20 PM
dpt email dr my fwen dis mornin...
Assalamualaikum
Skarang tengah nak bulan puasa.............berhati-hati........Be careful
Kurma Yahudi ... Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jord ...
BH date bila?.. aku tak baca.. kasi link ah..
Hadiklaim has several brand-name date products, which are sold throughout the
Middle East, Europe, Australia and the Americas. Most prominently, Medjoul dates are sold under the King Solomon brand, while Jordan River remains a symbol of quality for numerous date varieties. Jordan River Bio-Top brand appears on all our Bio-Organic products.
Of course, we also supply dates to supermarkets, retail chains, manufacturers
and distributors wishing to market the fruit under their own brand names.
yang ini eh?..
[ Last edited by Browneyes at 6-10-2005 11:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 6-10-2005 11:56 PM
BH date bila?.. aku tak baca.. kasi link ah..
Hadiklaim has several br ...
terang2 situ taruuk PRODUCE OF ISRAEL apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 7-10-2005 12:13 AM
terang2 situ taruuk PRODUCE OF ISRAEL apa.
itu pasal lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chicsee at 6-10-2005 09:46 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'unn... saper eh pelakon ni?
Chic...ni dia pelakonnya :~
Pelakon Ismail Din meninggal di Mekah
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pelakon Ismail Din, 54, yang terkenal dengan watak Datuk Meera dalam filem Mami Jarum, meninggal dunia ketika sedang bertasbih di sisi Kaabah di Mekah, selepas menunaikan solat sunat Terawih, malam tadi.
Allahyarham berada di Tanah Suci sejak 30 September lalu bersama isterinya, Kalsom Idris, 58, untuk menyambut Ramadan dan dijadualkan kembali ke tanah air 15 Oktober ini. Selain Kalsom, Allahyarham meninggalkan seorang lagi isteri, Siti Zubaidah Abidin, 40, dan lima anak, Syujauddin, 16, Thohiratun, 15, Muhammad Saifullah, 12, Makqiuddin, 8 dan Muhammad Zakiuddin, 4.
Katanya, dia dimaklumkan berita kematian suaminya itu oleh Kalsom pukul 1 tengah hari ini.
``Sewaktu menelefon saya, Kak Kalsom beritahu jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di sana,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini.
Allahyarham katanya, yang menunaikan umrah bersamanya Mei lalu memang menyimpan niat untuk menyambut Ramadan di Mekah.
Katanya, Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum berlepas ke Mekah.
Tambah Zubaidah, demi untuk menyambut Ramadan di Mekah, Allahyarham sanggup mengambil cuti daripada penggambaran Chef Papa drama 13 episod.
Dalam drama komedi terbitan Combination Supply Sdn. Bhd., Allahyarham memegang watak utama.
Pengarah Rashid Sibir, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia lakonan.
Menurutnya, Allahyarham telah memberi lakonan berkesan dalam telefilem arahannya, Pondok Buruk.
``Allahyarham dikenali sebagai seorang pelakon yang kuat agama dan berdisiplin. Beliau jarang menimbulkan masalah ketika di lokasi.
Filem terakhir lakonan Allahyarham, Tipah Tertipu dijangka menemui penonton pada 29 Januari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gadis_aries at 7-10-2005 09:35 AM
Chic...ni dia pelakonnya :~
Pelakon Ismail Din meninggal di Mekah
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pelakon Ismail Din ...
yg last filem yg i nengok..dia berlakon criter 'Lady boss'. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gadis_aries at 7-10-2005 09:35 AM
Chic...ni dia pelakonnya :~
Pelakon Ismail Din meninggal di Mekah
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pelakon Ismail Din ...
ooh he is quite popular~
al-fateha ~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puteri81 at 6-10-2005 09:26 PM
dpt lagi satu email berguna....
Subject: Fw: JAKIM Announcement
Tolong sebarkan yang baik.
HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Please not ...
:cry::cry::cry:
Kata dulu diorang dah nak apply sijil halal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gadis_aries at 7-10-2005 09:35 AM
Chic...ni dia pelakonnya :~
Oh yang ini eh...Al FAteha... |
|
|
|
|
|
|
|
DUA DIJEL KERANA BLOG PERKAUMAN
Hakim turut beri amaran kepada penulis diari maya serupa
DUA pemuda yang dituduh menyiarkan diari maya atau blog berbaur perkauman, semalam dikenakan hukuman penjara setelah didapati bersalah di bawah Akta Hasutan.
Benjamin Koh Song Huat, 27 tahun, dijatuhi hukuman penjara sebulan bagi setiap satu daripada dua kesa lahan yang dihadapinya sementara tuduhan ketiga yang dikenakan ke atasnya diambil dalam pertimbangan.
Lim Yew Nicholas, seorang penolong pengurus berusia 25 tahun, pula dihukum penjara sehari dan denda $5,000.
Hakim Daerah Kanan, Encik Richard Magnus, yang menjatuhkan hukuman ke atas mereka, turut memberi amaran kepada para penulis blog yang membuat ulasan serupa supaya 'menarik balik ulasan tersebut dengan segera'.
Dalam keputusnanya itu, beliau memerintahkan agar hukuman penjara ke atas Koh berjalan serentak.
Ini bermakna Koh, bekas penjaga anjing, hanya menjalani sebulan penjara.
Beliau menekankan, ulasan Koh telah menimbulkan respons meluas lagi tajam daripada orang ramai sehingga ada daripada 200 komen tersebut berbaur perkauman terhadap kaum Cina dan Melayu.
'Ini merupakan faktor yang memburukkan keadaan. Dalam kes Nicholas Lim, pihak pendakwa raya berkata komennya tidak begitu serius jika dibandingkan dengan apa yang dinyatakan oleh Benjamin Koh.
'Hal ini berdasarkan perbandingan ke atas perkara yang diketengahkan,' ujarnya.
Menurut Encik Magnus, keputusan Koh dan Lim untuk meminta maaf serta menarik balik ulasan mereka turut diambil kira sebelum beliau menjatuhkan hukuman.
Namun, bentuk hukuman yang dikenakan ke atas setiap pesalah bergantung kepada tahap kesalahan mereka.
Koh dan Lim dipercayai adalah kumpulan pertama di kalangan pengguna diari maya setempat yang dihadapkan ke muka pengadilan kerana membuat ulasan yang boleh menjejas keharmonian kaum di sini.
Koh menghadapi tiga tuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman anti-Melayu dan anti-Islam dalam blognya, Phoenyx Chronicles, di www.upsaid.com antara 12 dengan 17 Jun lalu.
Lim pula menghadapi dua tuduhan melakukan perbuatan yang sama dalam blognya di Forum Perbincangan Awam di www.doggiesite.com pada 16 dan 17 Jun lalu.
Blog merupakan diari atau jurnal yang digunakan penggunanya untuk mencurahkan pendapat di alam siber.
Dalam amarannya, Encik Magnus berkata bahawa meskipun umumnya alam siber tidak dipantau, namun seseorang itu tidak seharusnya berselindung di sebalik ruang itu seperti yang dilakukan Koh dan Lim.
'Adalah bersesuaian dengan perilaku sosial dan tanggungjawab setiap warga Singapura dan rakyatnya untuk menghormati kaum lain dalam kehidupan masyarakat kita yang berbilang bangsa.
'Setiap individu yang menetap di sini, tanpa mengira asal bangsanya, harus memastikan tidak ada sesuatu pun yang boleh menimbulkan persengketaan atau menimbulkan keganasan kaum,' tegas Encik Magnus. |
|
|
|
|
|
|
|
Forum : 8 Oktober 2005
PENYALAAN LAMPU RAYA INDAH KHABAR DARI RUPA
SAYA merujuk kepada acara perarakan sempena penyalaan lampu Hari Raya anjuran Majlis Pusat dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Sebelum itu, dilaporkan sebanyak 40 kumpulan, termasuk lima kereta berhias, akan menyertai perarakan tersebut.
Pada malam itu, ramai yang datang dan menanti di tepi-tepi jalan.
Namun, segala jangkaan hampa kerana per arakan yang disajikan begitu biasa-biasa sahaja.
Setiap kumpulan bergerak selang lima minit, dimulakan dengan kumpulan kompang, silat budak kecil dan sebagainya.
Yang diuar-uarkan kereta berhias, tetapi yang kelihatan cuma lima beca yang dinaiki lima wanita.
Hampa rasanya dan kelihatan ramai yang bersurai tatkala melihat perarakan yang tidak seberapa itu.
Memang usaha Majlis Pusat dan STB adalah baik, namun biarlah diadakan perarakan yang lebih baik dan memuaskan.
Jika tidak, ia bak indah khabar dari rupa.
Zainal Ahmad,
Haig Road. |
|
|
|
|
|
|
|
nih yg kata nk tunjuk kat Suria live tu kan?? tp org xtgk pulak..sian eh org yg dtg, mengharap nk tgk...sure menyumpah dlm hati...huhhuh |
|
|
|
|
|
|
puteri81 This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 6-10-2005 11:56 PM
BH date bila?.. aku tak baca.. kasi link ah..
Hadiklaim has several br ...
me pon tak tau BH date berapa..ni me dpt dr email from ma fwen..
yg 2nd one lah...niway me tk pernah nampak pon dates tu kat supermarket ;).. |
|
|
|
|
|
|
puteri81 This user has been deleted
|
Originally posted by chicsee at 7-10-2005 09:57 AM
:cry::cry::cry:
Kata dulu diorang dah nak apply sijil halal....
tulah ...but i think yg nk apply tu kat s'pore kan?
but this email dr m'sia... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|