CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Scheherazade

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 36

 Close [Copy link]
Post time 7-6-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 6-6-2021 07:34 PM
hehe... tapi boleh membeli lagi kan walaupun lockdown

Masalahnya byk bisnes tutup...x buka2 dah...huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 6 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
BY DG OF HEALTH ON JUNE 6, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

6 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,133 kes (526,809 kes kumulatif, 85.4%);
Kes baharu : 6,241 kes (616,815 kes kumulatif);
Kes import : 14 kes (5 warganegara, 9 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,227 kes [5,404 warganegara (86.8%); 823 bukan warganegara (13.2%)];
Kes aktif : 86,628 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :890 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 444 kes;
Kes kematian : 87 kes (3,378 kes kumulatif, 0.55%; 84 warganegara, 3 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 2,338 kluster;
Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,625 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 713 kluster.
Sebanyak 87 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 34 kes di Selangor, 12 kes di Johor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing tiga (3) kes di Kelantan, Terengganu, dan Pahang, serta masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebanyak 30 kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 18 kluster adalah dari kategori kluster tempat kerja dengan 10 kluster melibatkan sektor perkilangan. KKM menasihatkan para majikan untuk sentiasa memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), agar dapat mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan di samping membendung penularan COVID-19.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PENINGKATAN KES SPORADIK HARIAN DAN KEMATIAN COVID-19 DI MALAYSIA

Mutakhir ini, negara berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dan kes-kes kematian COVID-19 terutamanya selepas 1 April 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-13]. Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana majoriti kes baharu COVID-19 dan kes kematian COVID-19 adalah merupakan kes-kes-kes sporadik ketika ianya dilaporkan. Kes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Kumulatif mingguan kes baharu COVID-19
Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati jumlah kumulatif kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 8,968 kes (52.0 peratus adalah kes sporadik). Pada ME ke-19, jumlah kes baharu COVID-19 pula adalah sebanyak 29,386 kes (77.7 peratus adalah kes sporadik). Negara kemudiannya merekodkan kes kumulatif mingguan tertinggi setakat ini pada ME ke-21, iaitu sebanyak 53,419 kes di mana 85.1 peratus adalah merupakan kes sporadik. Tren kes kes sporadik kekal tinggi pada ME ke-22 (sehingga 5 Jun 2021), dengan jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,040 kes (84.3 peratus adalah kes sporadik). Graf 1 menunjukkan peningkatan peratusan kes-kes sporadik COVID-19 berbanding kes-kes kluster mengikut ME.


Kumulatif mingguan kes kematian COVID-19
Bagi kumulatif kes kematian COVID-19 pula, didapati ianya semakin meningkat dari minggu ke minggu. Kes kematian COVID-19 yang dilaporkan pada ME ke-13 (sehingga 3 April 2021) adalah sebanyak 35 kes (26 kes sporadik), manakala pada ME ke-19 adalah sebanyak 209 kes (187 kes sporadik). Jumlah ini melonjak dan pada ME ke-22 iaitu sebanyak 641 kes kematian COVID-19 (559 kes sporadik). Graf 2 jelas menunjukkan peningkatan pecahan kes kematian COVID-19 yang merupakan kes-kes sporadik berbanding kes kematian daripada kluster COVID-19. Salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut adalah berikutan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti dengan kadar kebolehjangkitan dan kematian yang lebih tinggi, selain penularan COVID-19 secara lebih meluas di dalam komuniti berbanding ME yang sebelum.


Justeru, KKM ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di  dalam komuniti termasuklah tempat beli belah, tempat kerja, dan sebagainya. Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti.

Sehubungan itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP). Lindungilah diri, keluarga, dan komuniti dalam memerangi pandemik ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;

Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu;
Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jika boleh, wakilkan kepada hanya seorang bagi setiap rumah/keluarga untuk keluar bagi sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
WAJIB mengenakan sekurang-kurangnya satu lapis pelitup muka di tempat awam (jenis perubatan atau fabrik). Pelitup muka 3 lapis perubatan menawarkan perlindungan yang lebih baik;
SANGAT DIGALAKKAN mengenakan pelitup muka berganda terutama di tempat awam yang sesak dan kurang pengudaraan, iaitu satu (1) pelitup muka perubatan (3-ply medical/surgical mask) di bahagian dalam DAN satu (1) pelitup muka fabrik di luar;
DINASIHATKAN juga untuk mengenakan pelindung muka (face shield) bersekali dengan pelitup muka berganda di KAWASAN AWAM BERISIKO TINGGI untuk perlindungan tambahan (misalnya hospital/klinik, kawasan awam yang sesak, kawasan kurang pengudaraan);
Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan
Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
KKM menyeru semua pihak untuk sama-sama memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, dan negara kita.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        2,178 (10)        202,146
SABAH        305        63,870
WP KUALA LUMPUR        415 (1)        62,917
JOHOR        565 (1)        61,543
SARAWAK        600 (1)        51,171
PULAU PINANG        271        30,753
KELANTAN          270        30,142
NEGERI SEMBILAN        556        29,972
PERAK        174        22,426
KEDAH        125        20,452
MELAKA        225        13,531
PAHANG        155        10,726
TERENGGANU        158        9,871
WP LABUAN        212 (1)        4,752
WP PUTRAJAYA        30        2,006
PERLIS        2        537
JUMLAH KESELURUHAN        6,241 (14)        616,815
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 87 kes kematian pada 6 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian        Negeri        Jantina (Warganegara)          Umur (Tahun)        Hospital / Tempat Kematian        Latar Belakang Penyakit
3292        Sarawak        Lelaki (WN)        72        Hospital Sibu        Darah tinggi, dislipidemia, dan           paru-paru kronik
3293        Pahang        Lelaki (WN)        60        Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan        Kencing manis
3294        Selangor        Lelaki (WN)        52        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis dan asma
3295        Pahang        Lelaki (WN)        59        Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3296        Selangor        Perempuan (WN)        69        Hospital KPJ Damansara        Buah pinggang kronik dan penyakit autoimun
3297        Selangor        Lelaki (WN)        61        Hospital Sungai Buloh        Penyakit jantung
3298        Selangor        Lelaki (WN)        57        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis dan darah tinggi
3299        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        62        Hospital Tampin        –
3300        Pulau Pinang        Perempuan (WN)        67        Hospital            Lam Wah Ee, Pulau Pinang        Obesiti
3301        Selangor        Lelaki (WN)        54        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis dan darah tinggi
3302        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        61        Hospital Sungai Buloh        Penyakit autoimun
3303        Kedah        Perempuan (WN)        63        Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani        Penyakit tiroid, jantung, kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia  
3304        Sarawak        Perempuan (WN)        73        Hospital Sarikei        Darah tinggi
3305        Kedah        Perempuan (WN)        56        Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3306        Selangor        Perempuan (WN)        68        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis dan darah tinggi
3307        Selangor        Lelaki (WN)        69        Hospital Selayang        –
3308        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        81        Hospital Tampin        Strok
3309        Kelantan        Perempuan (WN)        63        Hospital Raja Perempuan Zainab II,               Kota Bharu        Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3310        Kedah        Lelaki (WN)        63        Hospital Kulim        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan paru-paru kronik
3311        WP Labuan        Lelaki (WN)        49        Hospital Labuan        Darah tinggi dan dislipidemia
3312        Selangor        Perempuan (WN)        75        Hospital Banting        Kencing manis, darah tinggi, dan asma
3313        Johor        Lelaki (WN)        50        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        –
3314        Johor        Lelaki (WN)        69        Hospital Sultan Ismail,               Johor Bahru        Kencing manis dan darah tinggi
3315        Johor        Lelaki (WN)        70        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3316        Sarawak        Lelaki (WN)        62        Hospital Miri        Darah tinggi
3317        Pulau Pinang        Lelaki (WN)        84        Hospital             Pulau Pinang        –
3318        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        83        Hospital Tampin        Darah tinggi, jantung dan dislipidemia
3319        Pahang        Lelaki (WN)        82        Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
3320        Pulau Pinang        Lelaki (WN)        75        Hospital Pulau Pinang        Darah tinggi
3321        Pulau Pinang        Lelaki (WN)        35        Jenazah dibawa ke Hospital Seberang Jaya        Obesiti
3322        Melaka        Lelaki (WN)        55        Hospital Melaka        Kencing manis dan darah tinggi
3323        Selangor        Perempuan (WN)        44        Hospital Ampang        Penyakit asma, darah tinggi, dan jantung
3324        Kedah        Perempuan (WN)        38        Hospital Kulim        Obesiti dan darah tinggi
3325        Selangor        Perempuan (WN)        71        Hospital Tampin        Kencing manis dan darah tinggi
3326        Selangor        Lelaki (WN)        49        Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur        Darah tinggi dan buah pinggang kronik
3327        Sarawak        Lelaki (WN)        62        Hospital Sibu        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3328        Johor        Perempuan (WN)        52        Hospital Sultan Ismail,               Johor Bahru        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3329        Kedah        Lelaki (WN)        63        Hospital Kulim        Kencing manis
3330        Selangor        Lelaki (WN)        64        Hospital Selayang        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan obesiti
3331        Selangor        Lelaki (WN)        63        Hospital Selayang        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3332        Selangor        Lelaki (WN)        45        Hospital Sungai Buloh        Penyakit jantung, darah tinggi, dan dislipidemia
3333        Johor        Lelaki (WN)        69        Hospital Sultanah Aminah,            Johor Bahru        –
3334        Melaka        Perempuan (WN)        38        Hospital Melaka        –
3335        Selangor        Lelaki (WN)        79        Hospital Serdang        Dislipidemia, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3336        Selangor        Lelaki (WN)        73        Jenazah dibawa ke Hospital Serdang        –
3337        Johor        Perempuan (WN)        62        Hospital Sultanah Aminah,           Johor Bahru        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
3338        Terengganu        Perempuan (WN)        68        Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu        Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3339        Terengganu        Perempuan (WN)        76        Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu        Kencing manis dan darah tinggi
3340        Johor        Lelaki (WN)        70        Hospital Sultan Ismail,               Johor Bahru        Darah tinggi
3341        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        67        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Darah tinggi dan penyakit jantung
3342        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        44        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
3343        Terengganu        Perempuan (WN)        58        Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3344        WP Labuan        Lelaki (WN)        63        Hospital Labuan        Darah tinggi dan dislipidemia
3345        Selangor        Lelaki (WN)        66        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, tuberkulosis, dan strok
3346        Selangor        Lelaki (WN)        60        Hospital Putrajaya        Kencing manis
3347        Selangor        Perempuan (WN)        47        Hospital Banting        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3348        Kelantan        Perempuan (WN)        74        Hospital Tanah Merah        Penyakit jantung, darah tinggi, dan paru-paru kronik
3349        Kedah        Perempuan (WN)        59        Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani        Kencing manis
3350        Selangor        Lelaki (WN)        70        Jenazah dibawa ke Hospital Serdang        Kanser, darah tinggi, dan dislipidemia
3351        Selangor        Perempuan (WN)        89        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis dan darah tinggi
3352        Selangor        Perempuan (WN)        55        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, dan obesiti
3353        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        85        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3354        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        79        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3355        Selangor        Lelaki (WN)        88        Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur        Darah tinggi, penyakit jantung, dan dislipidemia
3356        Selangor        Perempuan (WN)        82        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3357        Selangor        Lelaki (WN)        80        Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3358        Selangor        Perempuan (WN)        77        Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur        Darah tinggi, penyakit jantung, dan dislipidemia
3359        Selangor        Perempuan (WN)        77        Hospital Serdang        Kencing manis, darah tinggi, dan strok
3360        Selangor        Perempuan (WN)        74        Hospital Ampang        Kencing manis, dislipidemia, dan penyakit tiroid
3361        Selangor        Perempuan (WN)        68        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3362        Selangor        Perempuan (WN)        69        Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, asma, dan penyakit saraf
3363        Selangor        Lelaki (WN)        25        Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh        Penyakit sawan
3364        Selangor        Lelaki (WN)        57        Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh        –
3365        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        60        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3366        Johor        Lelaki (WN)        71        Hospital Sultanah Aminah,             Johor Bahru        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3367        Johor        Perempuan (WN)        68        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Kanser, penyakit hati, dan dislipidemia
3368        Johor        Lelaki (WN)        64        Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru        Darah tinggi, penyakit jantung, kanser, dan obesiti
3369        Johor        Lelaki (WN)        64        Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru        Kencing manis dan darah tinggi
3370        Johor        Lelaki (WN)        46        Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru        Kencing manis, darah tinggi
3371        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        33        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Obesiti
3372        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        84        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis dan darah tinggi
3373        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        70        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan asma
3374        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        65        Jenazah dibawa ke Hospital Tampin        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3375        Selangor        Perempuan (WN)        79        Hospital Ampang        Kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
3376        Selangor        Perempuan (BWN)        54        Hospital Serdang        Kencing manis, darah tinggi, obesiti
3377        WP Kuala Lumpur        Lelaki (BWN)        44        Hospital Kuala Lumpur        –
3378        Kelantan        Perempuan (BWN)        55        Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai        Kencing manis, darah tinggi, dan strok
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,241 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI        JUMLAH KES        KLUSTER        KONTAK RAPAT        IMPORT A*        LAIN-LAIN
SELANGOR        2,178        88        1,593        10        487
SARAWAK        600        32        443        1        124
JOHOR        565        199        256        1        109
NEGERI SEMBILAN        556        153        297        –        106
WP KUALA LUMPUR        415        32        228        1        154
SABAH        305        65        178        –        62
PULAU PINANG        271        87        106        –        78
KELANTAN        270        42        184        –        44
MELAKA        225        84        96        –        45
WP LABUAN        212        64        80        1        67
PERAK        174        59        93        –        22
TERENGGANU        158        29        111        –        18
PAHANG        155        63        65        –        27
KEDAH        125        8        77        –        40
WP PUTRAJAYA        30        6        20        –        4
PERLIS        2        –        2        –        –
JUMLAH KESELURUHAN        6,241        1,011        3,829        14        1,387
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara


LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 6 JUN 2021

No.        Nama Kluster        Kategori Kluster        Negeri        Daerah        Jumlah Kes        Jumlah Disaring
1        Jalan Silat   Harimau 21        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        12        43
2        Jalan Bertam 23        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        6        61
3        Jalan Teknologi Perintis Dua        Tempat Kerja        Johor        Johor Bahru        15        353
4        Jalan Kebun Sayur        Tempat Kerja        Johor        Muar        55        145
5        Jalan Parit Haji Zain        Tempat Kerja        Johor        Muar        33        71
6        Ladang Tereh        Tempat Kerja        Johor        Kluang        25        171
7        Taman Aman        Tempat Kerja        Johor        Kluang dan Batu Pahat        17        118
8        Jalan Utama        Tempat Kerja        Sabah        Sandakan        15        79
9        Sawit Kinabatangan        Tempat Kerja        Sabah        Kinabatangan        29        111
10        Jalan Ketiau Tombovo        Tempat Kerja        Sabah        Putatan        9        145
11        Persiaran Sabak 26        Tempat Kerja        Selangor        Petaling dan Klang        30        75
12        Jalan Waja Enam Belas        Tempat Kerja        Selangor        Kuala Langat        22        160
13        Sri Cemerlang        Tempat Kerja        Kelantan        Kota Bharu dan Pasir Mas        17        41
14        Industri Chain Ferry        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah        25        318
15        Hilir Sungai Kluang Tiga        Tempat Kerja        Pulau Pinang        Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara        71        683
16        Industri Bukit Nian        Tempat Kerja        Melaka        Alor Gajah        41        79
17        Dah Saga        Tempat Kerja        Kedah        Kota Setar, Pendang, dan Sik        42        133
18        Jalan Alamanda Dua        Tempat Kerja        WP Putrajaya dan Selangor        Putrajaya, Hulu Langat, Petaling, dan Sepang        8        108
19        Gusi        Komuniti        Sabah        Papar        25        49
20        Tamalang        Komuniti        Sabah        Kota Belud        27        121
21        Murni C        Komuniti        Sabah        Nabawan dan Penampang        22        127
22        Bukit Jong        Komuniti        Kelantan        Machang dan      Kota Bharu        13        78
23        Kampung Bakong        Komuniti        Kelantan        Pasir Mas        8        13
24        Kampung Jejawi        Komuniti        Kelantan        Pasir Mas        7        17
25        Jaya Gading        Komuniti        Pahang        Kuantan        53        466
26        Jalan Kasturi Satu        Pendidikan Lain        Selangor        Hulu Langat        15        85
27        Behrang Stesen        Pendidikan Tinggi        Perak        Muallim        37        173
28        Bukit Gasing        Kumpulan Berisiko Tinggi        Selangor        Petaling        26        42
29        Kilometer 35 Kemendor        Keagamaan        Melaka        Jasin dan        Melaka Tengah        33        91
30        Pagar Jalan Sultanah        Pusat Tahanan        Johor        Mersing        21        247

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 6-6-2021 07:37 PM
suami KB beli kambennn la pula arini... huhu. ramainya umat kat rumah ni

Helok tu laku keras ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-6-2021 09:36 PM
Esk @ lusa baru sampai kot double glass coffee cup. Hehehehe.. Baru elok buat video kan.

Bulan ...

tiktok legging? apa tu?? hihahiha hihii
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 6-6-2021 10:41 PM
ha ah.. katanya kerajaan saudi ada discriminate between vaccines dalam pemberian visa
tentu manuf ...

Walawei...dah le yg Mesia dah pelik2 je vx ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-6-2021 06:56 PM
Mula hari ni nonton Lets Fight Ghost...Taechyon 2PM...n my faberet heroin jd antu...tengok tutup f ...

uiii ada taecyeon?? hensem tinggi dia ni tp dah ada gf laa...
terigt dia berlakon bodoh2 alang jd intern utk chayoung
real life, tgk dia polite jaa.. sejuk mata mandang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsjones replied at 6-6-2021 11:33 PM
uiii ada taecyeon?? hensem tinggi dia ni tp dah ada gf laa...
terigt dia berlakon bodoh2 alang j ...

Vicenzo, jadi jahat...oloh muka dia...nampak hero gak
Lawak Lets Fight Ghost ni...goody2 memang makanan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsjones replied at 7-6-2021 12:19 AM
tiktok legging? apa tu?? hihahiha hihii

Hahaha.. Tiktok legging ni.. Kat montotnya sexy habis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2021 02:20 AM | Show all posts
adila39 replied at 1-6-2021 08:21 AM
ishh sayang botol perfume tu, instead baling kasutla

koh koh.. syanag kasut la pulak
kasut ni, hilang sebelah je, yang sebelah lagi pun dah tak boleh pakai dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 02:23 AM | Show all posts
sarah82 replied at 1-6-2021 06:56 AM
Lauk kari ayam..kalau arwah tok sy dulu dia suka cicah peknga dgn gula.

saya pun baru habis dinner ni ha; dinner lauk kari dari kedai pakistan dekat area sy ni.
habis makan, kemas2 turun ke library tgk PC tgk forum ha ha
keje melambak tapi mengelak huhu

peknga tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 02:24 AM | Show all posts
mrsjones replied at 7-6-2021 12:33 AM
uiii ada taecyeon?? hensem tinggi dia ni tp dah ada gf laa...
terigt dia berlakon bodoh2 alang j ...

pelakon citer apa tu mrsjones?
ada k-movies baru ke? isteri sy kaki k-movies and k-pop.. bts tu kegemaran dia la
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 02:29 AM | Show all posts
kuihbakar replied at 1-6-2021 02:58 PM
lauk ni ha je  hahaha. Sb makan apa tu

celery dgn baby tomato to best
sy sayur hari ni watercress dan kacang botol
sy suka ulam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 02:32 AM | Show all posts
keypochino replied at 1-6-2021 01:56 AM
Oh sy pun tak wish lagi rasanya.. hopefully it's not too late. Eid Mubarak to u too..

jazakillah
tak too late
syawal kan sebulan
rindu nya kepada Ramadhan
dan kepada tarawikh
insyaAllah bila maghrib mula turun ke pukul 1930 balik, i akan mula puasa seolah ia syawal (tak larat posa syawal ni sbb maghrib kol 2200 dan subuhnya 0240

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 02:39 AM | Show all posts
keypochino replied at 1-6-2021 01:50 AM
Tak la doc..mcm quotes yg sy selalu baca
Good friends are hard to find, harder to leave and impos ...

good friend ni bila kita teringat dia, kita rasa senang hati
kalau mampu besarkan circle of friends, besarkan lah, better utk kita, kan Allah soh kita baik2 dgn semua org
tapi bergantung pada personality lah, kan?
kita tahu lah kita sesuai mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 02:42 AM | Show all posts
keypochino replied at 1-6-2021 01:41 AM
Hehe ok.. but hopefully sy xde la jumpa org jahat..tp mmg perempuan perlu tahu langkah2 utk menyel ...

iya, perlu ada pepper spray ke, mace ke dalam handbag
perlu beritahu seseornag if kena keluar seorang diri eg if kena drive ke bank, ckp kat hubby, also ckp la kat adik lelaki ke etc dan plan selepas itu
eg akak nk gi bank jln rajan chulan pastu nk minum kopi kat Kueh dgn kawan, kol 5 nk drive balik.
org pompuan (laki pon) kena gitu
safe-netting
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 7-6-2021 02:23 AM
saya pun baru habis dinner ni ha; dinner lauk kari dari kedai pakistan dekat area sy ni.
habis ma ...

Peknga = lempeng kelapa.. Arwah tok sy suka cicah dgn gula... Sy pulak suka buat nipis2 dan cicah dgn kari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 7-6-2021 02:29 AM
celery dgn baby tomato to best
sy sayur hari ni watercress dan kacang botol
sy suka ulam.

ya dulu2 saya suka makan sayur dimasak. skrg makan begitu sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-6-2021 12:18 AM
Helok tu  laku keras ni...

tak taulah nak kata apa. dia beli tak bagitau pun  . masa sampai semalam pun KB mamai2 tengah tido... tetiba petang tengok ramai pula ummah kambing ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsjones replied at 7-6-2021 12:14 AM
hi kk leen!!
sedap kyochon ni, selalu order mix flavor spicy dgn soya garlic..
wedges pun sedap ...

Amboi.. Memang sedap le tu kalau dia makan x nak kongsi..
Akak kat tengah2 Johor ni xde Kyochon. Tunggu gi Serdang je nampaknya .

Masuk list jjcm akak dulu. Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 6-6-2021 05:03 PM
Oo hehe sy dah topup shopee pay siap2.. tp xleh guna pulak.. ada certain shop je boleh guna

Akak baca ramai org complaint SP x boleh guna.. Memang kalau sale mcm ni, selalu ada problem.
Akak beli sikit cloth mask malam tadi. Kasi lepas 6.6 dulu. Kikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.796491 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list