CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

[Copy link]
Post time 14-7-2006 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by JulietTheOrange at 13-7-2006 10:03 AM


hm....actually dh memang tawar ati ngan die pon
kalu die kembali,xmgkn i trime lg sbb die dh bersama dgn ppuan tu
skang mulekan idup baru,sume no hp dh tuka.tmpt keje pon dh tuka
so die takl ...

betul ke apa ustazah tu kata???
my opinion eiks kalau org ngubat dia tak dedah aib org.. may be slip of tongue kot.
apa2 pon cuba la cari ketenangan diri sendiri dan bina hidup baru.
tak payah pk kesusahan yg u lalui bersamanya tp syukurlah setiap detik dan waktu u terlepas dr gangguan mereka.

selagi u tak maafkan dia, hati akan bertambah sakit.. maafkan dan lupakan insya Allah u bleh hidup tenang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 09:25 AM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 14-7-2006 08:44 AM
kita plak bukan sesak nafas tapi sakit dada..sampai nak bangun pun mintak tolong hubby..kalau bangun tu rasa menyucuk kat dada..cam tak izinkan kita bangun...nak menunduk pun sakit...gi cek kat dr  ...

sian kat ac.. kalau baca ayat Quran benda tu reda tak?
Reply

Use magic Report

rozaimi This user has been deleted
Post time 14-7-2006 04:56 PM | Show all posts
aku penah kena santau ni, memang menyeksakan, ingat ke dah nak mati masa tu, boleh la share pengalaman ngan kawan2 sume
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 12:21 AM | Show all posts
kakak sy pon kene buatan org gaks..ader opis mate die dengki kat akak..sib baik mak yg perasan dulu..pastue tros berubat..rupe2nyer dah dekat 2 taun dah kene..ishk2..geram giler blier dengar akak kene mcm tue..saper ah yg dengki sngt sampai nak pedajalkan org nie..dengar citer..die pakai bomoh dr thailand..uih..teruk gaks ah..skrg nie dah baik..sib baik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by rozaimi at 14-7-2006 04:56 PM
aku penah kena santau ni, memang menyeksakan, ingat ke dah nak mati masa tu, boleh la share pengalaman ngan kawan2 sume


cerita lah pengalaman rozaimi...boleh kija jadikan ikhtibar
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 09:55 PM | Show all posts
Originally posted by rozaimi at 14-7-2006 04:56 PM
aku penah kena santau ni, memang menyeksakan, ingat ke dah nak mati masa tu, boleh la share pengalaman ngan kawan2 sume


please... nak tau mcmana ciri2 org terkena benda2 gini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2006 02:52 AM | Show all posts
Originally posted by mYa at 13-7-2006 02:50 PM
assalamualaikum sume

ade sesapa penah kena camni tak..rasa sesak napas masa maghrib sampai la waktu nak tido..cam susah nak napas ...


ko tak gi jumpa doktor ke? ada satu ceramah tu ustaz tu cakap biasanya disebabkan penyakit, kalau dibiarkan lama2 boleh menyebabkan pesakit berhalusinasi sampai tahap terbayang ada lembaga cekik dia... kalau bukan sebab penyakit mungkin sebab "benda2" halus ni...cuba la ayat2 Kursi apa yang patut
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 03:13 AM | Show all posts
tak pasti kalau orang ada bagi dah link ni, video pasal rawatan orang yang disihir

http://islam-universe.com/Exorcism.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aturcara This user has been deleted
Post time 22-7-2006 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by eva at 14-7-2006 09:25 AM

sian kat ac.. kalau baca ayat Quran benda tu reda tak?


alhamdulillah sekarang ni dah tak sakit langsung dada tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 02:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum...kepada kawan2 semua ada x alamat dan no telepon darul shifa kat bangi tu...kalau ada tolong beri ye....ingat nak pergi sana lah...tapi x tau alamat nya..terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by Arrisha at 24-7-2006 02:49 PM
Assalamualaikum...kepada kawan2 semua ada x alamat dan no telepon darul shifa kat bangi tu...kalau ada tolong beri ye....ingat nak pergi sana lah...tapi x tau alamat nya..terima kasih

ko bukak kat sini...
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D4
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 05:17 PM | Show all posts
ni dari sudut saintifik plak;


Punca gejala dan penyakit Busung
WARNA cecair yang disedut keluar akan menerangkan punca penyakit busung. Foto ihsan DR. AHMAD SHUKRI.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh: AIZAWATI AHMAD

PENYAKIT busung sering dikaitkan dalam masyarakat Melayu dengan kepercayaan kepada kewujudan ilmu hitam.

Keadaan pesakit yang menderita berikutan perut mereka membesar seperti wanita mengandung turut menyumbang kepada tanggapan negatif masyarakat terhadap pesakit, lebih-lebih lagi jika si penghidap itu seorang lelaki.

Tanggapan umum akan bertambah buruk sekiranya pesakit itu juga mengalami muntah darah.

Bagi mencari jalan penyelesaian, bomoh selalu dijadikan tempat untuk mendapatkan rawatan dengan harapan penyakit yang dikatakan akibat buatan orang ini dapat diubati segera.

Kepercayaan karut ini tanpa disedari telah menyebabkan nyawa pesakit turut terancam hanya semata-mata kerana mereka enggan merujuk masalah kesihatan mereka kepada doktor pakar.

Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi Hospital Kuala Terengganu, Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh berkata, busung bukan penyakit buatan orang seperti yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu selama ini.

Menurut beliau, busung atau asites merupakan satu keadaan di mana air terkumpul di dalam abdomen pesakit berpunca daripada penyakit tertentu.

``Biasanya pesakit yang menghidap sirosis hepar berisiko tinggi untuk memperoleh penyakit busung,'' katanya.

Gejala penyakit ini boleh berlaku secara cepat atau perlahan dan punca yang paling kerap ialah apabila berlaku kerosakan hati (sirosis hati) hingga menyebabkan fungsi hati terganggu. Ini kemudian menyebabkan berlaku pengumpulan cecair dalam badan yang masuk ke abdomen.

Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, biasanya pesakit busung akibat sirosis hepar akan mengalami penurunan berat badan akibat kurang selera makan dan kekurangan kandungan protein di dalam badan.

Mereka juga berhadapan dengan masalah limpa yang membesar. Punca utama sirosis hepar adalah virus Hepatitis B yang kronik.

Beliau berkata, 80 peratus daripada pesakit hepar yang kronik boleh mengalami busung semasa jangka hayat pesakit berkenaan.

Selain sirosis hepar, ada segelintir pesakit mengalami masalah buah pinggang yang menyebabkan kehilangan protein melalui air kencing.

Malah setiap kali bangun pagi, mereka akan mendapat kebengkakan di sekeliling mata dan pada waktu petang pula, kaki mereka menjadi lebih bengkak.

Busung akan terjadi akibat kekurangan kandungan protein di dalam darah.

``Jika busung ini berpunca daripada masalah jantung pesakit akan berasa sesak nafas,'' ujarnya.

* Tanda-tanda

Dr. Ahmad Shukri menasihati orang ramai supaya lebih peka terhadap penyakit busung kerana ia boleh menjadi tanda bagi penyakit yang lebih serius seperti barah.

Katanya, barah yang berpunca daripada usus, hepar dan organ dalaman yang lain boleh merebak ke permukaan peritoneum dan menyebabkan busung.

Antara tanda-tanda busung ialah:

* Pembengkakan dan ketidakselesaan di bahagian abdomen

* Penurunan berat badan.

Apabila busung tersebut semakin membesar ia akan menyebabkan berlakunya umbilical hernia iaitu pusat menjadi besar dan tersembul keluar.

Jika busung berpunca daripada sirosis hepar, pesakit juga mungkin mengalami muntah berdarah disebabkan oleh pembengkakan saluran darah di esofagus yang dikenali sebagai esophageal varices.

* Punca

* Sirosis hepar

* Radang hepar

* Kegagalan jantung

* Sindrom nephrotic iaitu penyakit buah pinggang yang menyebabkan kehilangan protein pada air kencing dan menyebabkan pengumpulan air di bahagian abdomen

* Radang pankreas akan menyebabkan berlakunya pengeluaran cecair. Pesakit juga akan berasa sakit di ulu hati yang boleh merebak di bahagian belakang badan di mana pesakit akan mengalami sakit belakang

* Barah yang merebak ke peritoneum yang berpunca sama ada daripada usus, hepar, ovari, pankreas dan organ dalaman yang lain

* Tuberculosis

* Trauma

* Sindrom Budd-Chiari

* Komplikasi

* SBP iaitu radang pada permukaan peritoneum di sebabkan oleh infeksi

* Pleural effusion iaitu satu keadaan apabila cecair terkumpul pada lapisan luar paru-paru

* Pusat membesar serta tersembul keluar (Umbilical hernia)

* Kegagalan buah pinggang.

* Pemeriksaan

Pemeriksaan fizikal termasuk di bahagian abdomen dan jantung pesakit adalah penting untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan busung.

Ultrasound dilakukan bagi melihat keadaan hati dan organ-organ dalaman yang lain seperti pankreas, ovari. Ia juga akan dapat mengesan tahap busung atau pengumpulan cecair di dalam abdomen.

CT scan abdomen mungkin perlu dilakukan sekiranya ultrasound gagal memberi sebarang maklumat yang dikehendaki.

Diagnostik tap iaitu pengambilan contoh cecair di bahagian abdomen untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca busung di mana lebih kurang 10 hingga 20mls cecair akan dibuat secara aspirasi.

Warna cecair akan menerangkan punca penyakit busung.

Sekiranya warna cecair jernih ia disebabkan oleh radang. Jika cecair itu berwarna kemerah-merahan seperti darah ia berkemungkinan besar disebabkan oleh barah.

Pemeriksaan darah juga akan dilakukan ke atas pesakit bagi ujian hepatitis, fungsi hati dan keupayaan buah pinggang.

* Rawatan

Setelah punca busung dikenal pasti, rawatan untuk mengubati busung dirancang. Sekiranya ini tidak berjaya, rawatan akan diberikan untuk mengurangkan kandungan cecair di dalam abdomen.

Air akan dikeluarkan dari abdomen dengan mengalirkannya keluar melalui saluran tiub. Proses ini di kenali sebagai paracentesis atau drainage.

Pengeluaran cecair dengan cara ini boleh mencapai sehingga 5-10 liter dalam masa beberapa jam.

Human Albumin akan dimasukkan melalui darah sekiranya didapati paras protein dalam tubuh pesakit terlalu rendah bagi mengelakkan penurunan tekanan darah semasa proses paracentesis.

Ada juga rawatan yang menggunakan ubat-ubatan untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing.

Bagi memperlahankan proses pengumpulan semula cecair, ubat diuretic akan diberi kepada pesakit.

Jika busung disebabkan sirosis hepar dan tidak dapat dirawat atau dikawal melalui drainage dan ubat diuretic, maka kaedah pemindahan hati boleh di lakukan bergantung kepada punca penyakit hepar berkenaan.

Selain itu, pesakit juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan garam kerana pengambilan garam boleh menyebabkan cecair berkumpul di bahagian abdomen.

* Ubat

* Diuretic digunakan untuk mengeluarkan cecair melalui air kencing

l Human Albumin akan diberi jika didapati paras protein dalam tubuh pesakit terlalu rendah

* Pesakit akan diberi antibiotik kalau terdapat tanda-tanda infeksi pada peritoneum.

* Pemakanan pesakit busung

Secara umumnya pesakit perlu mengamalkan pemakanan yang mengandungi kandungan garam yang rendah iaitu 22mmol sehari. Pengambilan air pula tidak boleh melebihi 1 liter sehari.

Mendapatkan rehat yang mencukupi amat penting untuk pesakit busung. Mereka juga perlu memantau berat badan. Sekiranya berat badan bertambah, ini menunjukkan pengumpulan semula cecair di dalam abdomen.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 06:08 PM | Show all posts
kalo dah kena sihir, x guna pegi jumpa doc.. dia bukan buat apa pun..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by eva at 21-7-2006 09:55 PM


please... nak tau mcmana ciri2 org terkena benda2 gini


va, aku rasa baik ko cari sesiapa yg boleh pulihkan semangat ko tu..aku rasa ko mmg dah ada tempiasnya cuma x berat lagi..aku dulu kena demam panas tiap2 hari selama 2 bln lebih..gi klinik n hospital bila time demam tgh panas, siap ambik darah but x de apa2.last jiran aku suruh aku try urut badan bcoz aku bernah kemalangan dulu.mungkin urat2 aku ada problem.sekali bila akak tu nak urut je dia cuma sentuh sikit je..tapi aku rasa sakit sgt dia urut.aku start demam time nak naik matahari(tghari)pastu semua sendi2 aku mcm dicucuk2.pastu aku x leh org bising nanti aku nak marah..aku suka dok dlm bilik seorg2.tp x tido bila dlm bilik.bila nak senja tulah nak tido..ngantuk gile..pernah kena raba time tido..

satu ayat akak tu pesan baca allah hu..buat mcm zikir..bila dok ke buat apa ke baca allah hu..telinga eva ada mcm berdesing tak?
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 1-8-2006 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by cymax at 31-7-2006 08:26 PM


va, aku rasa baik ko cari sesiapa yg boleh pulihkan semangat ko tu..aku rasa ko mmg dah ada tempiasnya cuma x berat lagi..aku dulu kena demam panas tiap2 hari selama 2 bln lebih..gi klinik n ho ...



Hmm..sejak kebelakangan ni...selalu ngantuk waktu maghrib..pastu malam tak leh tido...telinga pun kadang2 berdesing hmm....
Reply

Use magic Report

liez This user has been deleted
Post time 1-8-2006 12:02 PM | Show all posts

CINCIN EMAS???

Ada tak sesapa sini tau pasal "cincin emas"? dia cam air gitu, kaler cam brown skit... kononnya oghang pompuan sapu kat area vagina dia, so that bila suami merasa time bersetubuh, gila sedap dan akan tergila2 kat vagina isteri dia dan takkan nak ngan pompuan lain lagi...

Ada sorang makcik ni dok laa rekemen kat aku... dia kata halal, bukan sihir, diamalkan sejak para sufi lagi... aku sbb tak tau benda2 ni, nak laa tanya korang...

Ada sesapa boleh cite skit?? Kalau betul boleh, apa salahnya cuba kan? Sbb kalau suami best, isteri pun tumpang happy :malu:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 1-8-2006 08:31 AM



Hmm..sejak kebelakangan ni...selalu ngantuk waktu maghrib..pastu malam tak leh tido...telinga pun kadang2 berdesing hmm....


dulu masa i kena tu time nak magrib tu mmg mengantuk..n bila baring kat hall sure tertido but kalau masuk dlm bilik n baring seorg x mau tido..pastu melayan pikir yg sedih2..pikir nak mati ler..pikir org benci ler..lepas tu kalau org tedur sikit sedih..mcm org dah benci tgh muka i ..

i rasa ac cuba buat2 busykan diri..cuba la baca allah hu tu..tapi kita ni manusia kan..kekadang lemah..jgn byk fikir.kalau keta selalu bersedih lagi senang benda2 x elok berdamping..
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 1-8-2006 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by cymax at 1-8-2006 12:42 PM


dulu masa i kena tu time nak magrib tu mmg mengantuk..n bila baring kat hall sure tertido but kalau masuk dlm bilik n baring seorg x mau tido..pastu melayan pikir yg sedih2..pikir nak mati ler. ...


ha'ah la selalu rasa sedih je...pastu datang rasa nak nangis...pelik betul....hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by cymax at 1-8-2006 12:42 PM


dulu masa i kena tu time nak magrib tu mmg mengantuk..n bila baring kat hall sure tertido but kalau masuk dlm bilik n baring seorg x mau tido..pastu melayan pikir yg sedih2..pikir nak mati ler. ...


itu macam eh.  sbb bpk aku dulu pun cam tu. selalu pasan dia baring sensorg cam nak tido gitu time nak masuk maghrib.  aku pk maybe dia penat sgt kot.  tak sampai ati lak nak kaco.  cuma skrg ni sejak dah tak ngubat org & dia sendiri sakit (jantung) tak nampak pulak dia baring2 time petang/maghrib. aku pun dah bekalkan air musofa tu, asal dia rasa berdebar je kat dada dia sapu air tu.  nmpak ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 04:41 PM | Show all posts
yer aaarrr....
kecian kt org yg kena tu kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081454 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list