|
Post Last Edit by moyas at 8-5-2011 10:16
tarah................................
Pantun Untuk UMI
UMI kau adalah ratu segala ratu dihati ku
terbayang wajahmu dimalam nan kelam
terima kasih kerana melahirkan ku
menjaga dan mengasuhku siang dan malam
UMI membelai ku tanpa jemu
aku nak barbie doll pun diberi
ku saja yang suka ganggu lena mu
sakit la, itu la dimalam hari
UMI tiada masa untuk membeli belah
tiada juga bergosip tingkap sama cik kiki
rutin hariannya menghantar ku sekolah
walaupun hanya menapak berjalan kaki
Nasi dan lauk sentiasa ada dibawah tudung bawal saji
semua UMI buat sendiri, sebab tak ada orang gaji
pada malamnya mengajar ku pula mengaji
solat,,,juga menemani ku mengulangkaji
hobi ku bersenapang terung pipit dari membaca buku
bila di marah ABI, UMI pasti tidak terima
Umi, kaulah pendengar yang sangat setia pada ku
dikala ku dirundung sedih atau delima
ku tahu UMI sangat suka handbag bonia
walaupun UMI remaja purba, tetapi berjiwa muda
Umi kau lah UMI yang paling paling sporting didunia
best..rasa macam kawan-kawan pun ada.
terima kasih UMI atas pengorbanan besar mu
akan ku kenang sepanjang hayat ku
ampon dan maaf dari anak selebet mu
selamat hari ibu wahai UMI ku
hari ibu x bole nyayi lagu soley-soley.
UMI ku hantam lagu dato shake boley? |
|