|
✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿
[Copy link]
|
|
pastu bkn ke ader tunjuk apiz bagi kertas yg bertulis "WATAK" kat lelaki tu....aku rasa mcm pelik ...
delima Post at 16-1-2012 13:48 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hi Delima...Pasal kertas tu kalau tak salah...Hafiz sign personally kat atas tu berserta ucapan sebagai tanda terima kasih pada semua yang terlibat dalam MV Watak tu...So semua dapat kertas tu...Just sebagai penghargaan & kenang2an pada yang nak simpan kertas tu laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Hi Delima...Pasal kertas tu kalau tak salah...Hafiz sign personally kat atas tu berserta ucapan ...
Anok_Tupa Post at 16-1-2012 17:25 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ha'ah kan? hehe.....mcm cenderahati.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by delima at 16-1-2012 19:55
AF TALENT
Hai Fans! Hari ini Hafiz ke Stesen Radio Bens Radio untuk interview dalam sagmen Temenan. |
|
|
|
|
|
|
|
eh....kita boleh undi Hafiz secara online, sms and hantar borang....nanti kalo dah tahu cara aku tepek/inform kat sini....kalo ada sesapa yg dah tahu sila promote di FB, twitter, porem and blog HafizFC.....thank u.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel Berita Harian: Siapa dalam Top 10?
Monday, 16 January 2012 @ 12:14pm
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
KETIADAAN beberapa calon pilihan dalam senarai akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menimbulkan tanda tanya apatah lagi sebahagian daripada nama yang tercicir itu begitu sinonim dengan acara yang mendekati kemuncaknya pada 8 April depan.
Nama seperti Erra Fazira, Liyana Jasmay, Salih Yaacob, Datuk AC Mizal dan Shahir ialah antara calon yang dilihat mempunyai potensi untuk mara dalam senarai Top 5 ABPBH 2011.
Malangnya, impian besar peminat mereka patah di pertengahan jalan gara-gara undian tidak mencukupi sekali gus memberi laluan kepada nama besar lain untuk meneruskan perjuangan dalam ABPBH 2011.
Tatkala tanda tanya ligat bermain di minda ramai, ketiadaan Shahir dalam senarai Top 5 ABPBH 2011 paling dirasai kerana juara Akademi Fantasia musim kelapan itu cukup menyinar pada musim lalu.
Penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu menang selesa dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular, ABPBH 2010 malah mempamerkan potensi di luar jangkaan meskipun terpaksa akur kepada keampuhan populariti Faizal Tahir yang menjulang trofi Penyanyi Lelaki Popular.
ABPBH 2010 menyaksikan Shahir unggul pada kedudukan kedua di belakang Shaheizy Sam yang menjulang trofi utama, Bintang Paling Popular meraih 126,168 undian.
Shahir pula berada di tempat kedua dengan 66,764 undian menafikan Zizan yang disebut ramai akan membawa pulang trofi itu yang sekadar memperoleh 41,436 undi.
Dua finalis lain yang turut mendapat undian tertinggi kelompok lima nama teratas atau Top 5 Bintang Paling Popular ialah Faizal Tahir dengan 12,732 undian dan Lisa Surihani 10,592 undian.
Berbeza Shahir yang tercicir namanya dalam senarai Top 5 ABPBH 2011, empat nama lain masih unggul untuk meneruskan perjuangan mereka dengan sokongan peminat.Sebagai sebuah acara hiburan yang telus, ABPBH 2011 akur peranan peminat dalam melakukan pemilihan pemenang. Membuktikan ketelusan itu, B*POP menyenaraikan Top 10 bagi setiap kategori untuk dinilai peminat. Harus diingat senarai Top 10 dibentangkan secara rawak dan tidak mengikut turutan jumlah undi diterima.
TOP 10 PENYANYI LELAKI POPULAR:
Aki/ Alif Satar/ Anuar Zain/ Aizat/ Black/ Faizal Tahir/ Hafiz/ Hazama/ Tomok/ Shahir
TOP 10 PENYANYI WANITA POPULAR:
Adira/ Alyah/ Misha Omar/ Mizz Nina/ Najwa Latiff/ Najwa Mahiaddin/ Shila Amzah/ Stacy/ Yuna/ Ziana Zain
TOP 10 ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR
6ixth Sense/ One Nation Emcees/ Bunkface/ Forteen/ Hujan/ Jaclyn Victor/ Ning Baizura/ Shila Amzah/ Jinbara/ KRU/ Meet Uncle Hussain/ Hazama/ Sofazr
TOP 10 ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Aeril Zafrel/ Amar Baharin/ Arja Lee/ Awi Rafael/ Beto Khusyairi/ Hazama/ Johan Ariff As'ari/ Syazwan Zulkifly/ Zain Saidin/ Zalif Sidek
TOP 10 ARTIS BARU WANITA POPULAR
Arrora Salwa/ Faralyna Idris/ Kilafairy/ Izara Aishah/ Izreen Azminda/ Miera Liyana/ Najwa Latif/ Neelofa/ Nur Fathia/ Tasha Shilla
TOP 10 PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Adi Putra/ Aaron Aziz/ Shaheizy Sam/ Bront Palarae/ Farid Kamil/ Remy Ishak/ Shahir/ Stephen Rahman Hughes/ Syamsul Yusof/ Zahiril Adzim
TOP 10 PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Diana Danielle/ Eja/ Faezah Elai/ Lisa Surihani/ Liyana Jasmay/ Maya Karin/ Mia Sara/ Scha Alyahya/ Tiz Zaqyah/ Yana Samsudin
TOP 10 PELAKON TV LELAKI POPULAR
Aaron Aziz/ Adi Putra/ Fahrin Ahmad/ Fauzi Nawawi/ Fizo Omar/ Fizz Fairuz/ Johan Ariff Asari/ Remy Ishak/ Rosyam Nor/ Shah Jaszle
TOP 10 PELAKON TV WANITA POPULAR
Erra Fazira/ Fasha Sandha/ Fouziah Gous/ Izreen Azminda/ Noorkhiriah/ Nora Danish/ Rozita Che Wan/ Scha Alyahya/ Siti Saleha/ Tiz Zaqyah
TOP 10 ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Afdlin Shauki/ Along Cham/ Angah/ Harun Salim Bachik/ Johan/ Nabil/ Saiful Apek/ Salih Yaacob/ Usop Wilcha/ Zizan Razak
TOP 10 ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
Adibah Noor/ Aliza Abdullah (Enot)/ Amyza Aznan/ Almy Nadia/ Didie Alias/ Ifa Raziah/ Kenchana Dewi/ Noorkhiriah/ Sharifah Shahira/ Zila Bakarin
TOP 10 PENGACARA TV LELAKI POPULAR
AC Mizal/ Ally Iskandar/ Awal Ashaari/ Aznil Nawawi/ Faizal Ismail/ Johan/ Ikhwan/ Nabil/ Qi Razali/ Zizan Razak
TOP 10 PENGACARA TV WANITA POPULAR
Cheryl Samad/ Didie Alias/ Dira Abu Zahar/ Faraf AF/ Fara Fauzana/ Nurul Syuhada/ Raja Azura/ Sarimah Ibrahim/ Sharifah Shahira/ Vanidah Imran
TOP 10 PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
AG/ Aznil Nawawi/ Faizal Ismail/ Halim Othman/ Khairil Rashid/ Kieran/ Haniff/ Salih Yaacob/ Ray/ Usop Wilcha
TOP 10 PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Abby Fana/ Dina Nadzir/ DJ Lin/ Fara Fauzana/ Leya/ Linda Onn/ Nila Kurnia/ Raja Azura/ Sharifah Shahira/ Suraya
Credits: abpbh.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
eh....kita boleh undi Hafiz secara online, sms and hantar borang....nanti kalo dah tahu cara aku tep ...
Along_XX Post at 16-1-2012 19:56 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Online just untuk yang listed dalam kategori artis popular online je Along...Hafiz xde...Maybe medium SMS dan Borang je...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Online just untuk yang listed dalam kategori artis popular online je Along...Hafiz xde...Maybe m ...
Anok_Tupa Post at 16-1-2012 20:18 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
ha'ah....betul tu....baru je nak cakap dgn along tadi....tapi undian SMS masih tak bole kan?...![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Online just untuk yang listed dalam kategori artis popular online je Along...Hafiz xde...Maybe m ...
Anok_Tupa Post at 16-1-2012 20:18 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
orait.....so kita boleh fokus pada undian borang BH and sms sahaja.....thanks YB.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Teh_90 at 16-1-2012 21:23
eh....kita boleh undi Hafiz secara online, sms and hantar borang....nanti kalo dah tahu cara aku tep ...
Along_XX Post at 16-1-2012 19:56 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Untuk SMS .50/sms: BH ABP A05 F01 H01 J05 (4 kategori maksimum)
send to 33333
Nanti dpt reply supaya undi bintang paling popular
Selamat malam semua fans Hafiz |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk SMS .50/sms: BH ABP A05 F01 H01 J05 (4 kategori maksimum)
send to 33333
...
Teh_90 Post at 16-1-2012 21:21 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
selamat malam Teh! thanks for the info.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
15,000 pengunjung hadir untuk lihat artis
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
‘ROAD show’ Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL26) yang berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminat dan pencinta muzik.
Khabarnya anggaran penonton mencecah 15,000 orang dan TV3 selaku penganjur harus diberi pujian diatas usaha menggerakkan program seumpama itu yang bukan saja mempromosi AJL26 sebelum menjelang hari bersejarahnya di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 29 Januari, tetapi juga mendekatkan artis dengan peminat.
Difahamkan, pusat beli-belah popular itu mulai dibanjiri pengunjung seawal pagi meskipun persembahan yang dihangatkan oleh barisan finalis AJL26 iaitu 3 Suara (Ning Baizura, Jaclyn dan Shila Amzah), Aizat, Alyah, Hafiz, Hazama, kumpulan Projek Pistol dan Ilusi hanya bermula sekitar jam 1.30 tengah hari.
Dimulakan dengan sesi beramah mesra, satu demi satu persembahan mantap bergema di segenap ruang legar pusat beli-belah yang sering menjadi tumpuan ramai itu.
Acara nyanyian dimulakan dengan persembahan tiga penyanyi cantik dan berbakat iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah yang terbabit dalam projek album 3 Suara.
Mereka menyampaikan lagu Di mana Di mana, Beribu Sesalan dan diikuti persembahan solo dari Shila yang menyanyikan single terbarunya, Patah Seribu.
Usai persembahan Shila, ia diteruskan dengan dendangan Aizat yang memetik gitar akustik melagukan bait-bait indah Sungai Lui nukilan abang kandungnya sendiri, Amar yang sejak mula lagi sudah dijangka akan menempah tiket akhir AJL26. Mana Oh Mana adalah sebuah lagi lagu yang diperdengarkan Aizat.
Alyah yang menggayakan gaun ‘torquise’ dan aksesori ikatan di kepala ala-ala turban melaungkan vokal mantapnya dengan lagu hitnya, Kisah Hati dan Kau Bisu.
Diikuti pemilik vokal bernada tinggi, Jaclyn Victor yang memukau dengan Jatuh Cinta dan Sedetik Lebih.
Lebih istimewa mengenai persembahan Road Show AJL26, kumpulan Ilusi yang pernah popular sekitar 90-an diundang untuk membuat persembahan Istimewa.
Mereka menyampaikan medley Segalanya Ku Terima dan Puisi Cinta (Ilusi), Inang Bujang dan Dara.
Pentas berganti tangan dan kali ini Hafiz pula menghiburkan penonton dengan menyampaikan lagu Ombak Rindu dan Awan Nano. Persembahan kemudiannya diteruskan lagu oleh Hazama yang memperdengarkan dua lagunya Cinta Teragung dan Simetri juga kolaborasi duet dengan penyanyi legend, Amy Search.
Bagaimanapun, persembahan paling menarik dan boleh dianggap eksklusif buat pengunjung apabila Hazama dan Aizat spontan mencetuskan idea untuk membawakan lagu Pokok bersama-sama.
Acara berlangsung selama dua jam itu merakamkan persembahan penutup yang mantap apabila Projek Pistol mengakhirinya dengan lagu Syurga dan Wanita Seluruh Dunia.
Sementara itu, sehari sebelum ‘showcase’ itu berlangsung semua finalis yang terbabit sempat mengikuti lawatan amal ke Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Mencoretkan serba-sedikit perkembangan persiapan AJL26 yang semakin rancak, malam kemuncaknya nanti bakal menyaksikan perebutan 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 26.
Lebih dua dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) secara jelas dan telus bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.
Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, elemen air telah dipilih sebagai konsep dan tema persembahan pada tahun ini.
Selari dengan arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah mengikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen-elemen baru dalam berkarya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, selepas lebih dua dekad penganjurannya, AJL terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang terus dinantikan setiap peminat muzik tanah air.
Ini terbukti berdasarkan sambutan menggalakkan AJL saban tahun dengan catatan jumlah peratusan penonton yang tinggi.
“Sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan Anugerah Juara Lagu 26 terus diangkat sebagai acara yang berprestij dan pembuka tirai tahun 2012 yang hangat diperkatakan.
“AJL sering membawa konsep berlainan setiap tahun dan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-26, elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini.
“Pada malam berkenaan AJL26 akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik serta persembahan istimewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung,” katanya.
Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 26 bakal menyaksikan gandingan hebat Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos.
Lagi berita baik untuk seluruh peminat muzik tanah air, nantikan kemunculan istimewa Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid yang bakal menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama menerusi bakat vokal luar biasa mereka iaitu Black, Azlan The Typewriter dan Hazama. Anugerah Juara Lagu 26 dicetuskan Celcom sebagai penaja rasmi.
Credits: hmetro.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
salam & morning uoolllss!
damia76 Post at 17-1-2012 09:10 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
w'salam & gud morning.....![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam and good morning KPH!!! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
thank u for the articles, VCs and pictures delima.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|