Post time 24-4-2017 10:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
KUALA LUMPUR: : "Daulat Tuanku!" Sultan Muhammad V hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.
Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia telah mempunyai ketua negara yang baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.
Sultan Muhammad V, 47, sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan itu, pada 13 Dis lepas, bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh tersebut.
Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seumpamanya di dunia.
Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D''Raja Kelantan yang memainkan lagu ''Raja Bertabal'' berkumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyempurnakan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
Ia disusuli dengan laungan "Daulat Tuanku!" sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara Mej. Jen. (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah dan disahuti para hadirin di dalam Balairung Seri yang diadakan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.
Sejurus laungan itu, lagu ''Negaraku'' dimainkan oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan berserentak dengan itu tembakan meriam sebanyak 21 das.
Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V itu turut disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Terdahulu, Istiadat Pertabalan itu dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri dengan diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D''Raja Kelantan yang mengalunkan lagu ''Raja Berangkat''.
Keberangkatan masuk baginda didahului oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima lain yang membawa alat-alat kebesaran Diraja.
Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak adalah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja yang begitu signifikan dalam istiadat pertabalan dan menjadi lambang kebesaran institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia.
Sultan Muhammad V yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu ''Muskat'' (seperti kot hitam labuh) bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dan memakai Tengkolok Diraja yang soleknya (bentuk ikatan) dinamakan ''Dendam Tak Sudah''.
Baginda juga memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.
Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.
Seri Paduka kemudiannya bersemayam di Singgahsana di Balairung Seri itu untuk Istiadat Pertabalan.
Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian menghadap Sultan Muhammad V bagi memohon perkenaan untuk memulakan Istiadat Pertabalan itu yang kemudian membuat pengumuman bahawa istiadat itu dizahirkan selepas mendapat perkenan baginda.
Sejurus selepas itu, Datuk Paduka Maharaja Lela memohon perkenan baginda untuk membawa masuk naskah Al-Quran dan baki alat-alat kebesaran Istiadat Pertabalan ke Balairung Seri.
Kemudian, dengan iringan tiupan serunai dan paluan gendang lagu ''Seri Istana'', Datuk Paduka Maharaja Lela diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz membawa masuk naskhah Al-Quran dan Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan serta Warkah Ikrar yang dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara lain, diikuti Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob.
Nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh Datuk Paduka Maharaja Lela yang disambut baginda lalu mencium naskhah suci itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kanan baginda.
Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan Surat Pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri yang tampil ke hadapan Singgahsana, mengangkat sembah dan membacakan perisytiharan itu.
Ini diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu menghunus dan mengucupnya, simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka, sebelum baginda menyarungkan semula keris itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kiri baginda.
Istiadat kemudian diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar oleh Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.
Sebaik sahaja selesai ikrar dilafazkan, tiupan serunai dan paluan gendang dengan lagu ''Raja Bertabal'' dimainkan, diikuti laungan ''Daulat Tuanku'' sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairung Seri.
Sejurus selepas itu lagu Negaraku dimainkan sekali lagi dan serentak itu tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.
Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap Seri Paduka untuk mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda sebagai mewakili kerajaan dan rakyat.
Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyampaikan Titah Diraja, sebelum Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob membacakan doa selamat.
Selepas itu, naskhah Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 selamat disempurnakan.
Seterusnya, Balairung Seri sekali lagi didendangkan dengan gemersik tiupan serunai berserta gema paluan gendang yang memainkan lagu ''Raja Berangkat'' bagi mengiringi Seri Paduka meninggalkan istiadat yang didahului Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja serta diiringi panglima-panglima yang membawa alat-alat Kebesaran Diraja.
Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt 2016, bagi tempoh lima tahun.
-- BERNAMA
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Share this:
FACEBOOK
TWITTER
GOOGLE+
From Cape Canaveral, Florida, Navy Commander Alan Bartlett Shepard Jr. is launched into space aboard the Freedom 7 space capsule, becoming the first American astronaut to travel into space. The suborbital flight, which lasted 15 minutes and reached a height of 116 miles into the atmosphere, was a major triumph for the National Aeronautics and Space Administration (NASA).
Post time 26-5-2017 08:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
KEMANGKATAN SULTAN ALI, PERAK
Pada hari ini 26.5.1871 baginda Sultan Ali, Perak telah mangkat. Seisi negeri telah bergabung 100 hari tanda dukacita di atas kemangkatan Baginda. Menurut adat istiadat Negeri Perak tiada boleh Sultan yang mangkat itu dimakamkan selagi penggantinya belum dilantik. Istiadat inilah yang menjadi punca kelewatan pemakaman Baginda Sultan Ali. Istiadat pemakaman telah ditangguhkan selama 32 hari kerana menunggu ketibaan Raja Muda Abdullah dari Hilir Perak. Baginda adalah raja yang paling berhak menggantikan Sultan. Raja Muda Abdullah enggan hadir menziarahi jenazah Sultan Ali atas dua sebab:
Baginda tidak mahu melalui kawasan Senggeng tempat Raja Yusof iaitu musuh baginda untuk sampai ke Sayong.
Baginda memang tidak disukai oleh rakyat di Utara Perak.
Oleh kerana pemakaman sultan Ali tidak dapat ditangguhkan lagi, Pembesar-Pembesar Negeri dengan nasihat Ngah Ibrahim Menteri Larut telah mengambil keputusan melantik Bendahara Ismail sebagai pengganti Sultan. Perlantikan Bendahara Ismail yang lemah itu sengaja dirancang oleh Ngah Ibrahim bagi memudahkan beliau menguasai Kerajaan Perak kelak. Lagi pun sebagai pembesar yang terkaya dengan pendapatan sebanyak 200 ribu ringgit setahun memang mudah sekali bagi beliau memperngaruhi rakyat Negeri Perak. Tindakan dan rancangan Ngah Ibrahim itu amat dimurkai oleh Raja Abdullah. Untuk membalas perbuatan itu Baginda telah membantu kumpulan Kongsi Gelap Ghee Hin menentang Hai San yang disokong oleh Ngah Ibrahim dalam peperangan di Larut. Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Harry Ord cuba mengatasi masalah peperangan ini secara rundingan tetapi gagal. Walaubagaimanapun masalah kuasa ini dapat diselesaikan oleh Gabenor Sir Andrew Clark pengganti Sir Harry Ord dengan menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Dalam Perjanjian ini Raja Muda Abdullah telah diktiraf sebagai Sultan yang sah manakala Sultan Ismail diberikan sebuah Wilayah yang kecil dan dibayar wang pencen sebanyak 1,000 ringgit setiap bulan. Di samping itu mengikut perjanjian ini seorang Residen akan dilantik bagi menasihatkan Sultan dalam segala hal pentadbiran negeri kecuali mengenai soal agama Islam dan adat resam.
Pada hari ini dalam tahun 1950, bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat kali pertama di perkarangan Istana Selangor, di Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney. Corak bendera itu telah diluluskan secara rasmi oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 19 April kira-kira lima minggu sebelum ia mula dikibarkan. Bendera itu dibentuk dengan simbol-simbol tertentu sesuai dengan sifatnya menjadi bendera tunggal menaungi sebelas buah negeri yang terangkum dalam Persekutuan Tanah Melayu. Ia mengandungi 11 jalur, 6 jalur merah dan 5 putih. Di sudut atas sebelah kiri ialah petak biru dengan bulan dan bintang berwarna kuning. Sebelas jalur dan sebelas pecahan pada bintang melambangkan perpaduan kesebelasan negeri-negeri Persekutuan, iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Bulan sabit dan bintang pula menjadi lambang agama Islam. Warna kuning yang diberikan, merupakan tanda kedaulatan institusi kesultanan di sebahagian besar negeri-negeri di Tanah Melayu. Warna merah pada jalur, membawa makna gagah berani, putih menunjukkan hasrat rakyat yang suci murni. Gabungan tiga warna, merah, putih dan biru pula bermaksud adanya hubungan kerjasama antara Persekutuan dengan United Kingdom dan negara-negara anggota pertubuhan Komanwel. Dengan berkibarnya bendera Persekutuan pada hari ini dalam tahun 1950, hubungan antara negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi satu ikatan yang lebih padu, dalam menuju ke arah cita-cita bersama.
Sukarno elected 1st President of Indonesia by the Preparatory Committee for Indonesian Independence (PPKI)
Sukarno was a prominent leader of Indonesia's nationalist movement during the Dutch colonial period and spent over a decade under Dutch detention.
Released by invading Japanese forces, Sukarno and his fellow nationalists collaborated to garner support for the Japanese war effort from the population in exchange for Japanese aid in spreading nationalist ideas.
Upon Japanese surrender, Sukarno and Mohammad Hatta declared Indonesian independence on 17th August 1945, Sukarno was appointed the fledgling state's first president.
He led Indonesians in resisting Dutch re-colonization efforts via diplomatic and military means until the Dutch acknowledgment of Indonesian independence in 1949.
Michael Jackson is born on this day in Gary, Indiana. Died on June 25, 2009, in Los Angeles, California, just weeks before a planned concert tour billed as his “comeback.” He was 50 years old.
1. Jackson, famously known as MJ, made it to showbiz at the age of five when he was part of the famous family vocal group, Jackson Five. From then onwards, he developed a flair for singing (not that it was not in his blood!) and at the tender age of 18, Jackson became a billionaire owing to his music and performances.
2. Do you know who named Michael Jackson the King of Pop? Elizabeth Taylor was so impressed with Jackson’s music that she gave him this title for his continued fame and glory, at the American Music Awards.
3. When Michael Jackson performed at the half time of the 1993 Super Bowl, the number of people who watched and raved about his performance has been estimated to be the largest American audience ever to watch one particular performance.
4. King of pop, Michael Jackson won 8 Grammy awards in 1984 breaking the record for the maximum awards any individual has taken in one single year. Now that is why he was known as the best pop singer in the world!
5. Jackson was known to be a spiritual person who believed in God. For him, everything that humans had was God-gifted and so was his singing and dancing talent. According to sources, Jackson voiced his feelings about how he could feel God in everything around him.
6. MJ’s marriage to Deborah Jeanne Rowe lasted for 19 months, bearing two children, Michael Joseph Jackson Junior (Prince) and Paris Michael Katherine Jackson, both of whom lived with their father after 1999.
7. Jackson’s famous record Thriller had the world gripped in its lyrics when he sang it for the first time. This song alone sold 50 million copies worldwide and to date remains one of the best sellers among pop music fans.
8. Not only was Jackson known for his amazing music, he was one of the first singers to popularize his own moves on stage. Some of his signature moves were the Moon Walk and Robot, both of which garnered a cult following amongst his fans.
9. Apart from having some of the most electric dance moves and songs, Jackson’s music was always paired with equally catchy videos. For instance, the video made for Scream was arguably the most expensive video ever made for any singer in the history of pop music. The total value of this video has been ranked at £ 3.8 million.
10. Jackson was one of the few famous celebrities who worked relentlessly for charity. He was known to donate huge sums of money and help children with their education via his charity, Heal The World Foundation. After completing a world tour in 1993, performing live in 67 concerts, Jackson gave away all its proceeds to the foundation to help people live a quality life. He received a Presidential Humanitarian reward in 1984 for his efforts.
11. According to most writers, Jackson was a private person whose life was full of tales. When his first autobiography, The Moon Walk, was written, it took over four years for it to be completed and published, hitting the New York Times bestseller category.
12. Not only have Michael Jackson’s song broken world records, his concert themes were known to be the first of their kind. The “This is it” concert was the first 3D concert to be held in the history of the world and took the audience by surprise and awe.
13. Jackson’s looks also had fans going crazy for him. Even though he suffered from skin disease and had two nose-jobs done, Jackson had the looks of a superstar. In 1984, a French fan committed suicide after he was unable to get plastic surgery to look exactly like Michael Jackson.
14. Michael Jackson was one of those artists who entered the Rock and Roll Hall of Fame twice, once for his performance in the Jackson 5 in 1997 and again for his solo records in 2001.
15. Ever wondered why Michael Jackson wore his signature black band in every concert? Being an Afro American himself and constantly involved in charities, for Michael Jackson the black band was a reminder of the suffering of poor people around the world, especially children. He wished to impart the same awareness with his music to his beloved audience.
16. Jackson’s moves were no small dance numbers. When it came to performing live on stage Michael Jackson had one of the best plans up his sleeve. Under his name was a patented shoe device that enabled him to lean towards the audience during his dance moves, making it look like he was going against the gravitation pull!
17. In 1984, a U.S library claimed a million dollar fine for unreturned books on Jackson. Talk about an intense reading habit! However, Mr. Jackson was way too esteemed to be caught in a library suit; therefore, the unit agreed to forfeit the fine if Jackson would return all the overdue books with his autograph in them so that the books could be kept as prized possessions in the library.
18. Singing was not only Michael’s passion, it was in his blood. His father Joseph Jackson performed in a band called the Falcon while his mother, Katherine, used to play the piano and the guitar before getting married. With a family of nine children, Jackson was one of those who thought differently and wanted a life that defied one that was led by an Afro-American in those days.
19. Michael Jackson suffered from a skin disease called Vitiligo, even though popular rumors were spread that his skin was bleached. After his ailment was revealed, Michael Jackson’s Press dermatologist made a statement that this disease was not contagious but merely a loss of skin pigmentation.
20. Did you hear about the World’s largest Thriller Dance? In 2008, 4177 people from 42 cities performed a synchronized zombie dance from Michael Jackson’s Thriller album. This collective dance is known to be the largest group performance ever. None other than Michael Jackson could create such a cult following among his fans.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
4 Disember 1977 : Sebuah pesawat MAS, MH653 terhempas di Tanjung Kupang, Johor.
Asalnya pesawat MH653 itu sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Subang.
Ketika berada di ruang udara Batu Arang, tidak jauh dari Lapangan Terbang Subang, pesawat MH653 didakwa telah dirampas oleh sekumpulan pengganas yang tidak dikenali.
Menara komunikasi mendedahkan bahawa pesawat akan terbang ke Singapura.
Dikhabarkan juga beberapa das tembakan turut kedengaran, dan juruterbang serta pembantunya terkorban. Ini mengakibatkan pesawat terbang tanpa jurupandu.
Dan sesampainya di ruang udara Tanjung Kupang, Johor, hanya beberapa kilometer lagi hendak memasuki ruang udara Singapura, MH653 terhempas.
Sebab musabab terhempasnya pesawat tersebut masih misteri.
Pelbagai spekulasi timbul. Hanya akhbar, siaran berita di radio dan televisyen yang menjadi rujukan maklumat oleh rakyat pada waktu itu.
Ada dua kemungkinan, samada ia meletup angkara pengganas, atau pun ditembak jatuh oleh pihak berkuasa samada Malaysia sendiri ataupun dari pihak Singapura.
Kes yang hingga kini diklasifikasikan sebagai ‘unsolved’.
100 orang terkorban yang terdiri daripada kru dan penumpang. Antara mereka yang menjadi mangsa termasuk lah orang-orang kenamaan dan para diplomat asing.
Tentera Merah Jepun atau Japanese Red Army yang pernah menawan Bangunan AIA pada tahun 1975, disyaki sebagai kumpulan yang bertanggungjawab ke atas insiden terhempasnya MH653. Dekad 70an, sememangnya Tentera Merah Jepun begitu giat menawan bangunan-bangunan penting dan pesawat-pesawat di negara-negara tertentu untuk kemandirian ideologi mereka.
Meski Tentera Merah Jepun menjadi suspek nahas, namun tiada bukti susulan yang mereka terlibat. Malah di pihak Tentera Merah Jepun sendiri, tiada sebarang pengakuan atau kenyataan dibuat berkait dengan nahas itu.
Satu tugu peringatan telah dibina di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Memorial Tanjung Kupang ini turut memahat nama-nama mangsa yang terkorban dalam nahas itu.
Nahas ini meningkatkan tahap piawai keselamatan oleh MAS. Kesiapsiagaan pesawat sentiasa dititikberatkan sejak itu, sebelum negara kita dikejutkan dengan dua rentetan nahas yang cukup memilukan, kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17.
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KETENTERAAN MALAYSIA DAN PAPUA NEW GUINEA DIMETERAI Tarikh Peristiwa : 10-01-1991
[url=] Cetak[/url]
Pada hari ini dalam tahun 1991, Malaysia dan Papua New Guinea telah memeterai Perjanjian Persefahaman bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang ketenteraan. Perjanjian itu telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak dan Menteri Pertahanan Papua New Guinea, Encik Bernais Sabumei, bertempat di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Dibawah perjanjian ini, Malaysia akan membantu Papua New Guinea meningkatkan kepakaran dan peralatan ketenteraannya dalam usaha kerajaan Port Moresby menghapuskan anasir subversif di negara itu. Bantuan yang diberikan antara lain meningkatkan peralatan komunikasi tentera, latihan teknikal dan baik pulih pesawat. Sesungguhnya, perjanjian ini telah membuka era baru dalam bidang ketenteraan di kalangan negara Asia dan Pasifik sejajar dengan kepentingan kedudukannya di strategi antarabangsa.
1 Febuary - Hari Wilayah Persekutuan (juga disingkat sebagai Hari Wilayah sahaja) ialah cuti umum di Wilayah Persekutuan, Malaysia.
Ia disambut di wilayah ini: Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 1 Februari setiap tahun. Tarikh ini bersempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1974. Kuala Lumpur sebelum itu merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.
Secara amnya warga Wilayah Persekutuan mengetahui 1 Feb adalah Hari Wilayah Persekutuan dan hari cuti umum bagi Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya, namun sejauh manakah “perayaan” itu disambut dan dirai?
Kuala Lumpur selaku ibu negara, mendapati terlalu sedikit bukti yang ada untuk menggambarkan signifikan Hari Wilayah Persekutuan kepada warganya.
Tidak seperti sambutan Hari Merdeka yang menyaksikan kibaran Jalur Gemilang
hampir di serata tempat, Hari Wilayah Persekutuan seakan sepi tanpa bendera
rasminya yang menampilkan tiga jalur – kuning, biru dan merah – dengan lambang
jata negara di tengah-tengah, menghiasi premis perumahan mahupun komersial.
Penduduk turut mendapati rata-rata “tidak tahu” sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan selain tidak pernah mengibarkan bendera itu di kediaman masing-masing.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd Aziz dilapor
berkata DBKL telah mengedarkan 100,000 bendera Wilayah Persekutuan kepada badan
bukan kerajaan, agensi kerajaan dan badan korporat.
Sejarah Wilayah Persekutuan bermula apabila Kuala Lumpur yang dahulunya
sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu,
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan persekutuan selepas menyedari
hasrat kerajaan persekutuan untuk memiliki sebuah ibu negara yang dapat ditadbir
secara langsung.
Melalui Perjanjian Kuala Lumpur, detik bersejarah tercipta apabila Kuala
Lumpur diisytiharkan secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Feb
1974 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak.
Perwakilan Perikatan UMNO-MCA ke Rundingan Pilihanraya 1955 di London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah selamat pulang ke tanah air. Keputusan untuk menghantar anggota perwakilan ini telah dicapai dalam satu Mesyuarat Agong Tergempar UMNO yang telah diadakan di Melaka pada 18 April 1954 yang telah turut dihadiri oleh pemimpin tertinggi MCA sebagai pemerhati.
Antara yang turut serta dalam perwakilan yang berlepas pada 21 April 1954 ini, ialah Dato’ Abdul Razak Hussein dan Encik T.H Tan selaku Setiausaha Perwakilan. Pertemuan serta rundingan hanya dapat diadakan pada 14 Mei 1954 dengan Setiausaha Tanah Jajahan British, mengenai Penyata Pilihanraya Persekutuan yang tidak menepati kehendak rakyat yang diwakili oleh Perikatan UMNO-MCA.
Perikatan menuntut agar 60 orang ahli daripada 100 orang ahli Dewan dipilih melalui pilihanraya dan juga berkenaan dengan kelayakkan pengundi-pengundi. Setiausaha Tanah Jajahan telah menerima lima tuntutan pihak perwakilan kecuali satu iatu tiga perlima daripada ahli Mesyuarat Undangan Persekutuan hendaklah dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya Umum.
Gambar takde
At least masih ada sesuatu yang boleh dibanggakan dengan BN ni tau
Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (4 Oktober)
HARI INI DALAM SEJARAH DUNIA
Tarikh 4 Oktober merupakan hari ke 277 (hari ke 278 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 88 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.
Sputnik 1
Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemerdekaan di Lesotho (1966), Hari Perayaan Francis dari Assisi (Katolikisme) dan Hari Haiwan Sedunia.
Peristiwa
1830 - Revolusi Belgium: Kerajaan sementara di Brussel mengumumkan pembentukan negeri merdeka dan neutral Belgium, dalam pemberontakan terhadap Kemaharajaan Bersatu Belanda.
1883 - Kereta api Orient Express mula beroperasi.
1910 - Raja Portugal terakhir Manuel II lari ke Gibraltar apabila pemberontakan meletus di Lisbon dan istananya dibedil. Republik Pertama Portugal diisytiharkan hari berikutnya.
1957 - Kapal angkasa Soviet Sputnik 1 dilancarkan oleh roket R-7 dari Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh dan menjadi satelit buatan pertama mengorbit Bumi.
1993 - Krisis Perlembagaan Rusia: Kereta kebal membedil Rumah Putih di Moscow, di mana ahli parlimen terperangkap, atas arahan Presiden Boris Yeltsin.
2004 - SpaceShipOne memenangi Hadiah X Ansari untuk penerbangan angkasa lepas swasta, dengan menjadi pesawat persendirian pertama terbang ke angkasa.
2007 - Di Sidang Kemuncak Korea Utara-Selatan, pemimpin Korea Utara dan Selatan, Kim Jong-il dan Roh Moo-hyun menandatangani deklarasi bersama untuk menamatkan Perang Korea.
2009 - Kerajaan Persekutuan Malaysia mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun 2010.
2011 - Lebih 130 orang terbunuh dalam pengeboman berani mati di Mogadishu, Somalia, yang terburuk di kawasan itu sejak 2007.
Kelahiran
1822 - Rutherford B. Hayes, Presiden Amerika Syarikat ke-19.
1980 - Tomáš Rosicky, pemain bola sepak Arsenal F.C.
Kerajaan Belanda Menghadiah Buku-Buku Sejarah Belanda Di Negara Ini Kepada Malaysia.
Tarikh Peristiwa : 11-03-1966
Pada hari ini dalam tahun 1966, satu majlis penyerahan buku-buku yang mengandungi dokumen sejarah Belanda oleh Kerajaan Belanda kepada Kerajaan Malaysia telah berlangsung di Jabatan Arkib Negara, Petaling Jaya, Selangor. Buku-buku yang mengandungi dokumen-dokumen perjanjian itu telah diserahkan oleh Duta Besar Belanda ke Malaysia Encik L.Kruythbosch kepada Dato’ Abdul Jamil Rais, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri. Antara buku tersebut termasuklah 5 buah buku catatan perjanjian antara Syarikat Dutch East Indies dengan Sultan-Sultan Melayu beberapa abad yang lalu.
Dalam ucapan ringkasnya, Dato’ Abdul Jamil Rais telah menyatakan sejarah pemerintahan Belanda di Melaka antara tahun 1641 hingga 1825, masih belum lengkap. Menurut beliau, Arkib Negara sedang merencanakan suatu projek untuk menulis sejarah Belanda di Melaka. Beliau juga merakamkan penghargaan Kerajaan Malaysia kepada Belanda atas sumbangan buku-buku sejarah yang penting tersebut. Manakala Duta Belanda dalam ucapan balasnya menyatakan bahawa penyerahan buku-buku tersebut merupakan langkah permulaan ke arah mengeratkan lagi hubungan dua negara dalam bidang kebudayaan dan penyelidikan.
Majlis penyerahan buku-buku tersebut telah dapat melengkapkan lagi usaha mengumpul dan menyusun semula penulisan mengenai sejarah negara ini.
PERJANJIAN PENGANGKUTAN UDARA AWAM DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN REPUBLIK RAKYAT POLAND DITANDATANGANI
Tarikh Peristiwa: 24 Mac 1975
Pengangkutan udara merupakan sebahagian daripada kemudahan perjalanan dan pengangkutan barang-barang bagi jarak jauh yang sangat berkesan. Keperluan kepada hak pendaratan dan perkhidmatan boleh mendorong kepada perkembangan aktiviti ekonomi di antara dua buah negara yang terlibat. Pada hari ini 24 Mac 1975, satu perjanjian Pengangkutan Udara telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Datuk Wan Abdul Kadir bin Ismail, Timbalan Menteri Perhubungan dan Jan Raczkowski, Timbalan Menteri Pengangkutan Republik Rakyat Poland di Kuala Lumpur. Perjanjian udara yang mengandungi 17 artikel itu bertujuan membolehkan penerbangan dua hala dilakukan di antara kedua-dua negara.
Di antara perkara-perkara penting perjanjian itu adalah:-
- Hak melalui ruang udara, mendarat, berlepas, menurunkan penumpang, kiriman pos dan kargo di tempat-tempat dan laluan tertentu.
- Hak menentukan syarikat penerbangan yang akan beroperasi di kedua-dua pihak.
- Hak membatal atau menggantung perkhidmatan.
- Kelayakan operasi memenuhi taraf perkhidmatan udara berdasarkan kepada Konvensyen - -
- Penerbangan Awam Antarabangsa, Chicago 1944.
- Pengecualian cukai atau duti.
- Penetapan undang-undang dan peraturan kemasukan, menetap dan berlepas.
- Penetapan tarif.
- Pengesahan penyesuaian perjanjian dan tempoh notis bagi menamatkan perjanjian atau pindaan.
Dengan termaktubnya perjanjian ini pada tahun 1975, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telah mendapat hak pendaratan di Warsaw. Manakala Syarikat Penerbangan Nasional Poland pula mendapat hak yang sama di Kuala Lumpur.