|
KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM
[Copy link]
|
|
Soundcheck by Hafiz, a popular local artist. #VMY2014 #MalaysiaTrulyAsia
|
|
|
|
|
|
|
|
RN ‏@RzaNrsyzwn 1m
Selfie with @hafizsuip when he was rehearsing. Hahaha kering tak kering kan :p Thank you for being so sporting!
|
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz kecewa?
SUDAH dianugerahkan sebagai pemenang Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) tahun lalu, namun jualannya masih tidak memberangsangkan. Terpaksa akur dengan keadaan itu penyanyi Hafiz Suip hanya mengharapkan sesuatu akan berlaku terhadap jualan album Luahan Hati Anak Seni.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa di atas kelembapan jualan album tersebut, Hafiz berkata, apa yang penting produknya kini sudah berada di pasaran.
"Album saya sudah berada di pasaran sejak Jun tahun lalu dan belum lagi tahu berapa penjualannya, namun saya sedar trend sekarang memang penjualan album fizikal lembap kerana banyak medium lain untuk mendapatkan lagu. Semuanya kerana kemodenan dan kecanggihan teknologi yang kita miliki sekarang.
"Secara jujur saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk penjualan album tersebut, cukuplah jika ia boleh terjual tanpa ada yang memuat naikan lagu secara haram.
"Sekarang, kami fokus jualan terhadap muat naik yang dilakukan di laman sesawang. Apa yang diharapkan agar semua peminat terus menyokong karier nyanyian saya," kata Hafiz selepas ditemui sebelum melakukan persembahan sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Menurut Hafiz, sebagai artis dia hanya mampu berusaha untuk memberikan yang terbaik dan terpulang kepada peminat untuk menilai dan mendapatkan hasilnya.
'Pada masa sekarang saya sendiri keliru apa formula yang paling sesuai yang peminat mahu. Ada yang lebih suka mendapatkan lagu tersebut melalui muat turun, ada juga yang mahu album fizikal.
'Pada saya sebagai artis saya hanya berusaha untuk memberi yang terbaik dan sedar bahawa kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
"Tentang album yang lembab itu, saya tidak boleh katakan yang saya sedih tetapi saya boleh katakan saya akan berusaha lebih lagi," katanya.
Perkembangan terkini, Hafiz masih lagi mempromosikan album Luahan Hati Anak Seni dan lagu Salahkah nyanyiannya bersama Datuk Rossa yang dijadikan runut bunyi untuk drama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Untuk TMM 2014, Hafiz berkata, dia akan melakukan yang terbaik dan penuhi tanggungjawabnya sebagai penyanyi dalam mempromosikan Malaysia ke mata dunia.
"Apa yang ingin saya lakukan ialah mempromosikan kaum dan makanan yang pelbagai di Malaysia. Itu yang patut orang luar tahu tentang uniknya Malaysia," ujar Hafiz dengan bersungguh-sungguh.
~~~ utusan.com.my ~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Rabu Januari 8, 2014
AJL28: Penggiliran Artis Secara Undian Mansuh Elak Masalah
Oleh KEMALIA OTHMAN
Antara artis yang terlibat dalam Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28)
SUBANG JAYA: Giliran persembahan peserta dalam Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28) kali ini ditetapkan sendiri oleh penganjur berbanding pada tahun-tahun sebelum ini yang dilakukan mengikut cabutan undi.
Penerbitnya, Khalijah Mohamed berkata, ia bagi melancarkan perjalanan sepanjang pertandingan tersebut yang bakal disiarkan secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini pada 26 Januari ini.
"Pada kali ini kita telah menetapkan sendiri giliran persembahan artis dan tidak menggunakan sistem undian seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Banyak masalah timbul jika persembahan artis bertanding dibuat mengikut giliran melalui undian dan keadaan akan menjadi kelam kabut," katanya pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke 28, di Empire Subang, di sini, Selasa.
Tambahnya, susunan giliran kali ini dibuat mengikut persembahan yang bakal dilakukan peserta termasuk kegunaan peralatan muzik di atas pentas. Katanya, perkara tersebut telah dibincangkan dan mendapat persetujuan daripada kesemua peserta yang bertanding pada malam tersebut.
Giliran yang dibuat akan memperlihatkan Salammusik membuka tirai pertandingan menerusi lagu Aku Pelat diikuti Takkan Terpisah (Black), In Love With You (Aizat Amdan & Noh Saleh), Hanya Aku (Hype Act), Bosan (Stacy) dan Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip).
Turut bertanding lagu Penglipur Lara (Hazama & The Penglipurlara), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Sahabat (Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kau Yang Terindah (Alyah) dan Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet).
Sementara itu, katanya, AJL28 kali ini berkonsepkan Game On (pertandingan bermula) bersesuaian dengan senario perubahan muzik yang sentiasa berubah dan mahukan pembaharuan.
"Elemen Game On akan direalisasi dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa. Kita mahu peserta tampil dengan idea yang paling kreatif dan menghiburkan," katanya.
Selain finalis bertanding penonton turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada beberapa artis popular seperti Shila Amzah, Mus (May), Waris, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Dali (Ahli Fikir) dan Zaidi (One Nation Emcees).
~~~ mstar.com.my ~~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|