|
[MERGED] Occupational Safety & Health /NIOSH
[Copy link]
|
|
Originally posted by areneep at 29-11-2008 11:52 PM
ehhh...jgn lupe satu bab pasal environment ni..iaitu GHS ataupon nama panjang dia Globally Harmonized System of Classification and Labeling of Chemicals...benda ni sgt penting n jrg orang buka ci ...
share ek |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah yang dimaksudkan dengan Globally Harmonized System (GHS) of "Classification and Labeling of Chemicals" ni???
"Globally Harmonized System (GHS) of Classification and Labeling of Chemicals" ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan dalam satu persidangan antarabangsa bagi mencapai satu kriteria standard yang baru untuk mengklasifikasikan bahan kimia yang bersesuaian dengan tahap kesihatan, fizikal dan hazad sekeliling. Sistem ini juga telah digubal dan dikembangkan pada tahun 1992 di Persidangan United Nation Rio . Antara yang menghadiri dalam persidangan ini adalah seperti International Labour Organisation (ILO), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), dan pelbagai kerajaan dari seluruh pelusuk dunia.
Apakah yang terkandung didalam "Globally Harmonized System (GHS) of Classification and Labeling" of Chemicals ini???
Seperti didalam pengisytihaaran Persidangan United Nation Rio pada tahun 1992, perkara2 yang terkandung didalam "Globally Harmonized System (GHS) of Classification and Labeling of Chemicals" adalah seperti:
1. Safety Data Sheet
2. Penggunaan Simbol yang lebih bersesuaian dan mudah difahami
"Globally Harmonized System (GHS) of Classification and Labeling of Chemicals" ini juga menggunakan "pictogram", "hazard statement" dan "signal words" seperti "Bahaya" dan "Awas" untuk menyampaikan informasi komunikasi hazad terhadap label produk dan "Safety Data Sheet (SDS)" secara logikal dan lengkap.
Mengapakah sistem GHS ini menggunakan "Safety Data Sheet (SDS)" dan bukannya "Material Safety Data Sheet (MSDS)"???
Ini adalah sebagai pendekatan baru yang diambil dengan membuang huruf M pada perkataan "MSDS" menjadikan "SDS" iaitu "Safety Data Sheet", bertujuan untuk mensasarkan kegunaannya yang lebih sesuai dengan tempat kerja. Perbezaan antara maklumat mandatori didalam "MSDS" dan "SDS" ialah "SDS" mempunyai penambahan satu lagi maklumat mandatori iaitu "Accidental Release Measure". Secara keseluruhannya maklumat mandatori didalam "SDS" ini boleh disenaraikan kepada 16 bahagian iaitu:
1. Identification
2. Hazard(s) identification
3. Composition/ information on ingredients
4. First-aid measures
5. Fire-fighting measures
6. Accidental release measures
7. Handling and storage
8. Exposure control/ personal protection
9. Physical and chemical properties
10. Stability and reactivity
11. Toxicological information
12. Ecological information
13. Disposal considerations
14. Transport information
15. Regulatory information
16. Other information.
Dalam sistem GHS ini juga terdapat beberapa Simbol baru untuk melabelkan bahan kimia. Diantara simbol-simbol baru untuk Hazard Fizikal adalah seperti simbol gas dibawah tekanan, cecair pyrophoric, pepejal pyrophoric, bahan yang menyebabkan karat besi dan sebagainya. Simbol2 baru untuk Hazad Kesihatan juga diperkenalkan seperti simbol "Acute Toxicity","Skin Corrosion", "Eye Irritation", "Carcinogenicity" dan sebagainya. Bagi Hazad Persekitaran, simbol baru yang diperkenalkan adalah seperti simbol "Acute Aquatic Toxicity " dan "Chronic Aquatic Toxicity". Kesemua simbol2 baru yang diperkenalkan ini adalah lebih efektif dan dapat mempertingkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap hazad2 disekitar mereka.
ok ini saja artikel yg aku share-kan hari ini...
kepada forumer yg nak tau lagi pasal GHS ni leh la g tgk dekat website2 lain seperti:
http://en.wikipedia.org/wiki/Globally_Harmonized_System
atau
http://www.epa.gov/oppfead1/international/globalharmon.htm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #903 areneep's post
Salam semua
Mengenai GHS ni, kalau tiada aral yang melintang, tahun 2010 atau 2011 akan menggantikan Classsification, Packaging & labelling of Chemical 1996 regulation dalam OSHA.
Dapat info semasa hadir seminar Latest Issue of Chemical anjuran DOSH. Certain kilang juga perlu ikut CHemical Weapon COnvention Act untk listed chemicals.
Dgr kata juga GHS ni dimulakan oleh Japan & New Zealand. PBB pun dah setuju. Boleh check laman web DOSH untuk lebih lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
byknye info...............Originally posted by areneep at 30-11-2008 04:59 PM
Apakah yang dimaksudkan dengan Globally Harmonized System (GHS) of "Classification and Labeling of Chemicals" ni???
"Globally Harmonized System (GHS) of Classification and Labeling of Chemical ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by naufal74 at 29-11-2008 08:56 PM
dlm byk2 safety... yg mana lebih/paling penting....sekali.....,
dlm safety ada tak konsep berteraskan motivasi..
selain mengarah/menasihat org hal safety... (abg buah cempedak d luar pagar)
Salam bro naufal,
In reality (based on my own experience dan kawan2), mana2 tempat tak suka safety. Depa anggap safety officer ni polis kilang. Mencari kesalahan je keje. Sebab tu skang kita dah perkenalkan konsep Behavioral Based Safety. Masih baru di Malaysia dan course nya juga mahal.
So secara mudah untuk membantu newbie dalam OSH, ada beberapa cara praktikal boleh digunapakai.
1) Safety awareness - ini perlu dibuat jika kilang tersebut zero mengenai safety. Bro perlu tingkatkan awareness di kalangan pekerja atasan hingga bawahan. saya punya cara, untuk pekerja bawahan pakai konsep "Safety by fear" manakala untuk atasan konsep "educate the educated executive"
2) Apabila dah ada awarenes, kita pergi ke level next iaitu safety by compliance. Kita wujudkan SOP,SWP, safety intruction, merit, demerit, warning letter, show cause letter dll. Perlu ingat selain punishment untuk orang yang buat kesalahan safety, kita juga perlu appreciate untuk orang yng membantu safety. Sebagai contoh, pekerja memadamkan kebakaran atau melaporkan kemalangan, saya bagi sijil penghargaan yng MD sign di perhimpunan bulanan. Kembang sikit hidung depa + increase other employee safety motivation.
3) Next safety by culture. Level ni menjadikan budaya safety sebagai budaya utama bukan sahaj ditempat kerja malahan dirumah. So bila mai saja kerja, takpayah supervisor or manager marah2, semua dah pakai safety helmet, semua dah ikut safety intruction, semua dah tahu fungsi masing2 dalam safety. Ada dua tiga tempt saya dah tgh diorang implement safety culture dngn baik sekali antaranya intel kulim, renesas semicon (sifoo kalau baca jgn marah haaa ) toyota dan oil & gas company.
4) Last sekali safety by heart. maknanya dia sendiri nak safety tuh walaupun dia tea lady je!!! Semua orang nak safety, dari CEO sampai gardener. Kalau ini berlaku, bukan setakat takde accident kat tmpt kerja, jalan raya pun xed accident.
Harap penerangan di atas membantu. Ini coretan saya berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman kawan2 dan sifoo, attend beberapa seminar pasal safety culture, readings and books. Kalau bro atau sapa nak powerpoints slide pasal safety culture dari beberapa MNC company dan contoh surat amaran pasal Safety, please PM me your email.
Peace and Best Regards
Decent_Sho
[ Last edited by decent_sho at 30-11-2008 06:48 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by emiliahani at 30-11-2008 06:29 PM
byknye info...............
Sharing is caring can..good job areneep |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #908 areneep's post
Ye ke.Murahnye. Apa lagi join wei, amik kursus ni + info.
p/s areneep, awek avatar ko mancing ke main pedang |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #909 decent_sho\ catat
|
|
|
|
|
|
|
nak p kos tuh,tapi takleh
harap ada peluang lagik nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...salam sejahtera..
Aku ahli safety picisan ni nak join korang bole tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslaa...aku kan per ada gak carik forum yg mengumpulkan safety practioner ni. Sebelum ni tak der (aku tak jumpa). Ada try nak masuk kat NIOSH nyer forum tapi takleh nak register (samada aku tak reti atau member nya reserve untuk safety officer shj).
Orang kata network kena mantap baru senang nak carik makan.. tak gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by areneep at 30-11-2008 16:59
Apakah yang dimaksudkan dengan Globally Harmonized System (GHS) of "Classification and Labeling of Chemicals" ni???
"Globally Harmonized System (GHS) of Classification and Labeling of Chemical ...
ooooo...baru ku tauuuu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #911 pressor's post
alaaaa....ko amik la cuti ke hapa ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #918 kambeng_masam\ catat
bang beng..i ni dalam probation..cuti maknanya tolak gaji..huhu..rugi lah..huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|