|
[Tempatan]
Polis masih siasat kehilangan Acap
[Copy link]
|
|
Selingan :
Pengalaman mistik depa
|
|
|
|
|
|
|
|
bab2 mistik,gangguan dia tak nak cite.
''ko tak lalui nya,mesti ko tak caye kalau abang cite'',katanya sambil hembus asap rokok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 12-4-2019 01:16 AM
Acik, xmo marah2 ek. Kang tambah kedut pulak. Terpaksa kita tukar nama tu jadi NenekGomen pulak.. ...
Gigih beklog zisss |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 11-4-2019 07:35 PM
e eh... makin teruk pulak ko petik2 aku ni makcik... ko dah kenapa... petik fitnah segala ni... ...
Abis sherry ke sapa tah dgn sape lagi nama sorang tu yg kena rasuk dgn jin kat tgh2 utan tu bukan kawan chuols ke
Dan2 ilang ingatan
|
|
|
|
|
|
|
|
dgr berita kt hotfm pagi td katanya polis x menolak kemungkinan acap di CULIK
tp xtau lh maksud culik tu diculik manusia or diculik makhluk lain |
|
|
|
|
|
|
|
messymimi replied at 12-4-2019 08:39 AM
dgr berita kt hotfm pagi td katanya polis x menolak kemungkinan acap di CULIK
tp xtau lh maksu ...
Ya dalam radio |
|
|
|
|
|
|
|
messymimi replied at 12-4-2019 08:39 AM
dgr berita kt hotfm pagi td katanya polis x menolak kemungkinan acap di CULIK
tp xtau lh maksu ...
Mak aaaiii kena kidnap pulak dah |
|
|
|
|
|
|
|
Gua kecil yang kita jumpa berair terjun yang agar pelik semasa pencarian didinding belakang Gua Tempurung.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-4-2019 01:00 AM
Sah2 bedaah naaak bedaaaah naaaaaak tu inspired by poromer sebenar @Bedah.Cun
Hahaahahha .. bunian tu titisan bedahcun kot . Menghenyam semacam . Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 12-4-2019 01:51 AM
tadi ada borak2 dgn sorang abang ni pasal kes acap ni.
dia orang ipoh,dlm sejam camtu nak ke tempat ...
Benda ni la aku nak ckp .. beratus org dtg tlg cari acap .. tapi memasing ngn puak sendiri , masing2 nak gerak sendiri . Seolah2 bertanding sape jumpa acap dulu . .. why not kan semua sukarelawan tu bersatu hati bergabung semua , bincang dgn kelebihan masing2 . InsyaAllah dimudahkan , just my 2cent .
Tapi anak dara cantik2 tu ade x anak cik D dalam tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 11-4-2019 09:51 AM
tadi ada borak2 dgn sorang abang ni pasal kes acap ni.
dia orang ipoh,dlm sejam camtu nak ke tempat ...
ooooo ramai perempuan cantik....no wonder lah pontianak kurang rupa menakut kan .....
|
|
|
|
|
|
|
|
Radio lagi laju kuaq dari news eh. Sebelum ni laku duk habaq acap kat johor. Hat ni kena culik pulak. Radio dapat sumber dari pandangan awam ja ka
|
|
|
|
|
|
|
|
katanya masih ada di alam sana...
tak boleh di bawa keluar...
|
|
|
|
|
|
|
|
takayama replied at 12-4-2019 09:04 AM
X sure nk tanya kat thread sini ke sana
Kang salah tanya ke a lahar plk
Since cam curiosity ...
Huhu awal2 follow gak thread B tu.. sampai part puteri nora bagai panglima ohh makin mengarut aih.. tak payah lah percaya, tah org ni ada split personality... |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 12-4-2019 02:09 AM
bab2 mistik,gangguan dia tak nak cite.
''ko tak lalui nya,mesti ko tak caye kalau abang cite'',ka ...
Memang la. Mostly orang takkan percaya. Cuma orang yang alami je tahu. Tapi bagus la dia tak cerita all mystical things happened to him. Kalau cerita nanti, ada yang mengata kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau yang culik tu orang, mesti dah contact family, etc.. mintak ransom ke apa ke.
Kalau yang culik tu Jin.. memang senyap je ahh.
Kan ada kisah zaman nabi yang ada orang ni kena kidnap dengan jin kafir bertahun2..
Pastu puak jin kafir tu kena serang dengan puak jin Islam, diorang kalah..
Jin Islam tu jumpalah orang tu kat kampung jin kafir tu, pastu dibebaskan.. WAllahu'Alam
|
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 12-4-2019 09:23 AM
Radio lagi laju kuaq dari news eh. Sebelum ni laku duk habaq acap kat johor. Hat ni kena culik pulak ...
Aku kadang skeptikal nak percaya radio ni tambah lagi radio hiburan camni. Kalau radio RTM, aku percaya la news dia. Tapi kena culik dengan siapa? Bunian? Hurmm.
Kalau manusia culik, motif? Acap bukan orang kaya.. n cam pelik. Lain la kes ni kat sipadan ke.. ni kat hutan gopeng.. atau acap ternampak kes bunuh dalam hutan n ditangkap? |
|
|
|
|
|
|
|
Usah pertikai kewujudan alam ghaib
12 Apr 2019
NURULFATIHA MUAH
PADA tanggal 23 Mac lalu, barangkali tiada peristiwa penting berlaku ke atas diri kita. Namun, berlainan pula dengan keluarga Mohammad Ashraf Hassan atau Acap.
Ibu bapa, adik-beradik, isteri termasuk saudara-mara lelaki berusia 29 tahun itu dirundung rasa duka dan bingung. Acap yang menyertai larian Gopeng Ultra Rail tidak muncul di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 teratas bagi peserta 25 kilometer.
Seperti yang dilaporkan media, bukan sahaja pihak berkuasa malah masyarakat setempat, agamawan termasuk golongan paranormal muncul membantu mencari Acap. Pun demikian, setakat artikel ini ditulis, usaha mencarinya masih menemui jalan buntu.
Pada asalnya, kes Acap seperti kes-kes lain yang menyaksikan mereka akan muncul dua hingga tiga hari selepas operasi menyelamat. Namun, selepas 18 hari tiada sebarang signal positif, ia menyebabkan pelbagai spekulasi liar bertebaran.
Ada yang mendakwa, Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar itu disorok bunian, dibawa makhluk halus ke alam mereka dan beberapa andaian yang menakutkan.
Di sebalik misteri kehilangan ini, natijahnya, masyarakat kita dilihat terbahagi kepada dua kelompok.
Golongan pertama ialah mereka yang terlampau percayakan kononnya Acap kini berada di alam bunian. Golongan kedua pula yang bermati-matian menolak andaian itu. Mereka lebih memikirkan kemungkinan kes Acap seperti Nur Umaisarah Sameon yang dijumpai semula selepas 19 hari hilang di Gunung Tahan, 10 tahun lalu.
Namun, dalam konteks agama, kita wajib untuk percaya perkara-perkara dan alam ghaib ini.
Kewujudan jin Bagi mengulas lanjut hal tersebut, Sinar Islam mewawancara Presiden Gabungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Ustaz Fauzi Mustafa.
Ustaz Fauzi berkata, alam bunian, jin, syaitan, malaikat mahupun kubur, semua itu adalah alam ghaib.
"Ia memang tak boleh disaksikan oleh pandangan mata kasar manusia," ujarnya.
ALLAH SWT berfirman: "Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, ia melucutkan pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan aurat mereka berdua.
Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu di mana kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman." (Surah al-A'raf: 27)
Berdasarkan ayat itu, katanya, makhluk halus, syaitan, jin, bunian, langsuir atau hantu raya boleh melihat kita. Namun, manusia tidak boleh berbuat demikian.
Justeru, bagaimana situasi yang mengaitkan kehilangan Acap yang didakwa telah disorok jin atau makhluk halus? Ustaz Fauzi berkata: "Kita hanya boleh membuat kebarangkalian semata-mata."
Merujuk kes mangsa, beliau berkata, segala usaha secara fizikal telah dilakukan iaitu melalui operasi mencari dan menyelamat oleh bomba dan pihak berkuasa lain. Malangnya, tiada perkhabaran positif.
"Maka, ia akan pergi kepada kebarangkalian nombor dua sebab hutan ini kawasan makhluk halus dan seumpama dengannya. Bukan sahaja hutan, bahkan, paya, sungai, laut, bukit dan gunung iaitu semua kawasan yang bukan menjadi tempat tinggal manusia, dihuni mereka.
"Saya sebutkan di sini hanya kebarangkalian sahaja sebab memang itulah tempat makhluk halus. Namun, tidak pasti lagi sama ada benar atau tidak. Tidak kiralah tok bomoh, tok batin, dukun atau pawang, semuanya hanya buat andaian saja.
"Lagipun, mereka pun tak nampak makhluk halus. Andai kata jin yang sorok mangsa, mungkin yang membisikkan perkara itu kepada mereka adalah jin juga kerana hanya jin saja boleh nampak. Kita kena ingat, jin boleh boleh berbohong," jelas beliau.
Apa sekalipun, kata Ustaz Fauzi, realitinya memang manusia boleh disorok oleh jin. Perkara tersebut pernah berlaku ketika zaman sahabat Nabi SAW yang bernama Khurafah.
Cerita Ustaz Fauzi, ketika Khurafah berjalan, beliau ternampak seekor ular melintas di depannya. Lalu, beliau mengambil tongkat dan memukul ular itu sehingga mati.
Kemudian, Khurafah merasakan seolah-olah dirinya dibawa ke satu alam lain yang belum pernah dilihatnya. Ketika itu, lelaki itu merasakan ada makhluk-makhluk tertentu yang mengiringinya. Beliau dibicarakan di mahkamah atas sebab membunuh ular itu tadi.
"Maka, kalangan bunian atau jin yang mengiringi Khurafah tadi memberitahu hakim bahawa Khurafah telah membunuh kalangan kita (jin) yang telah menjelma menjadi seekor ular yang masuk ke alam manusia.
"Lalu, hakim membuat keputusan, manusia (Khurafah) tidak bersalah. Sebab kenapa? Sebab bunian menjelma ke alam manusia menjadi ular, sedangkan haiwan itu menjadi musuh mereka. Pastinya manusia akan membunuh ular. Khurafah akhirnya dibebaskan," cerita Ustaz Fauzi.
Begitupun, dalam kes kehilangan Acap, Ustaz Fauzi menitipkan pesan agar kita perbanyakkan amalan solat hajat memohon petunjuk daripada Yang Maha Esa. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jumaat keberapa dah ni.
Semoga dipermudahkan segala urusan pencarian acap.
Kalau diculik entah dah kemanalah si acap ni.
I lagi lagi terfikirkan terowong tu.
Kalau diculik kat situ memang tak ada siapa perasan lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|