Originally posted by masarju at 27-4-2007 07:32 AM
seluruh badan penuh dgn tatoo
sambil bertatoo makan berangan
biar kita jauh beribu batu
hilang dimata dihati jangan
Originally posted by masarju at 27-4-2007 10:34 PM
minum kopi sampai x toleh2
makan juga bersama dgn Nini
tunggu sesiapa pun boleh
kan betul tempatnya disini
Masukkan sayur kedalam guni
Bawa dgn sopan jgn berlaga
Tempat menunggu bukan disini
Kat sanun situ ditepi tangga
Originally posted by masarju at 28-4-2007 01:15 AM
suka mandi dgen air telaga
sambil mandi pakai sepatu
tungu sanum ditepi tangga
sampai hati V kata mcm tu
Bermain-main siikan laga
Air tempias terkena dagu
Apa salah tunggu kat tangga
Disana kawanmu menunggu
Originally posted by NBI86 at 28-4-2007 03:42 AM
hujung minggu ke pasar tani
hajat membeli sayur keladi
lambat tuan hamba malam ini
adakah dah boleh tidur tadi?
burung bangau warnanya putih
di belakang kerbau menumpang makan
tidur tidak walaupun letih
ada sesuatu yg hamba selesaikan....
Originally posted by NBI86 at 28-4-2007 07:20 AM
kalaulah kaca menjadi intan
tentulah suasana lebih berseri
selamat bertugas saya ucapkan
selamat perjalanan pergi dan kembali
banyak cakap dikata peramah
diam pulak dikata org nanti
buat saudari yang berada di rumah
semoga nikmati hari bercuti....
Originally posted by masarju at 28-4-2007 08:06 AM
sungguh cantik tidak terkata
petik sekuntum sibunga cina
Asalamualaikum pembuka kata
apa khabar semua disana??
.
musim cuti banyak kenduri
hidangan yg sama nasi beriyani
waalaikumsalam jawapan diberi
sihat sejahtera saya di sini 牋