ALOR STAR - Pertembungan pembuka tirai Liga Super Kedah menentang Perlis yang juga merupakan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah malam ini bertambah menarik apabila kedua-dua pasukan dilihat cuba melancarkan perang psikologi, lapor SHARIZA ABDULLAH.
Ketika Penolong Pengurus pasukan Perlis, Mohd. Noor Aziz menyatakan pasukan Singa Utara tidak gerun dengan kelibat Sang Kenari yang berstatus juara, Pengurus pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz pula menjawab: 憫Kita lawan dulu.拻
Dalam pada itu, Mohd. Noor menyifatkan misi Kedah untuk mempertahankan status kejuaraan yang dirangkul musim lalu adalah lebih sukar daripada memenanginya.
Malah, katanya, kehadiran bekas pemain Kedah, K. Soley dalam skuad Perlis bakal menjadi duri dalam daging kepada bekas pasukannya itu.
Othman pula berkata, meskipun skuad Kedah mempunyai tanggungjawab yang berat musim ini, namun para pemainnya telah memahami peranan masing-masing dengan diingatkan supaya memberi komitmen dan persembahan terbaik dalam perlawanan tersebut.
揔ami akan turun dengan misi mesti menang untuk melengkapkan kejuaraan selepas merangkul Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia,