CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: catstitch

Kisah Mistik Catstitch Vol. II

[Copy link]
Post time 16-11-2009 01:16 PM | Show all posts
rasalah
sbb ilah pnah kata klo jin tu tau baca myb jin tu islam
waallahualam
catstitch Post at 16-11-2009 12:26


sbb ada yg bkn islam tp fasih baca quran..
sama cam manusia..

jin sama cam manusia..
boleh dbunuh..
kekdah merawat diri yg cedera guna air kencing tu utk yg bkn islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2009 01:16 PM | Show all posts
jin tak le dimusnahkan kew???
kencing berdiri merawat luka jin kew??
mak ai ilmu baru niy
catstitch Post at 16-11-2009 12:24
tu ustad cakap la.. sebabtu x bg kencing berdiri.. ustad de gak cakap bila je azan berkumandang.. segala syaitan akan berlari tunggang langgang samapai la mereka cedere.. nak baikkan dia senang je.. pakai mandi dari air kencing.. heheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 08:44 PM | Show all posts
tu ustad cakap la.. sebabtu x bg kencing berdiri.. ustad de gak cakap bila je azan berkumandang.. segala syaitan akan berlari tunggang langgang samapai la mereka cedere.. nak baikkan dia senang je.. p ...
selimutpurple Post at 16-11-2009 13:16



betul2... sbb tu kena ajar anak2 dr kecik terutama yg lelaki ni... jgn berdiiri... suka jer berdiri... sabo jo laa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 08:50 PM | Show all posts
betul2... sbb tu kena ajar anak2 dr kecik terutama yg lelaki ni... jgn berdiiri... suka jer berdiri... sabo jo laa
haneiy79 Post at 17-11-2009 20:44

Mano ekau tau? Ngondap yo????
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 08:53 PM | Show all posts
Mano ekau tau? Ngondap yo????
azredclaw66 Post at 17-11-2009 20:50


apo lak ngondap.. takdo pekdah tul nak ngondap org ... apa daa pakcik.. tgk budak2 kecik pun dah tahu.. tk yah ngondap2 eiihhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 08:58 PM | Show all posts
apo lak ngondap.. takdo pekdah tul nak ngondap org ... apa daa pakcik.. tgk budak2 kecik pun dah tahu.. tk yah ngondap2 eiihhh
haneiy79 Post at 17-11-2009 20:53

Budak kocik pun ngondap ler tuhhh! Ekau sihat ko tak sihat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2009 09:06 PM | Show all posts
Budak kocik pun ngondap ler tuhhh! Ekau sihat ko tak sihat?
azredclaw66 Post at 17-11-2009 20:58


apa laa pakcik nih.. ngondap apa nya.... sah2 laa anak buah... kita suh duduk baru nak duduk.. isk isk... kalau tk.. berdiri gitu laa dia... eeeiiii.. pakcik... udah2.. sudah lari topik..nanti cat marah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2009 09:32 AM | Show all posts
betul2... sbb tu kena ajar anak2 dr kecik terutama yg lelaki ni... jgn berdiiri... suka jer berdiri... sabo jo laa
haneiy79 Post at 17-11-2009 20:44


tapikan.....
kat tandas lelaki kompom ada tmpat kncing berdiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 03:32 PM | Show all posts
huhu.. naik kan thread cat..

cat.. tadok citer baru ker?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 03:35 PM | Show all posts
best pulak baca cerita2 dari umah pertama cat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 03:50 PM | Show all posts
tapikan.....
kat tandas lelaki kompom ada tmpat kncing berdiri....
catstitch Post at 18-11-2009 09:32
mang ader...  terpulang la pada individu itu,, kalau dalam tandas pompuan pown ader nayer jerk.... sape nak pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 12:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 10:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by secawankopi at 26-11-2009 23:13

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 12:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 02:02 PM | Show all posts

Koleksi Mistik Wak Takrib

Post Last Edit by catstitch at 28-11-2009 22:10

Asalamualaikum WBT...

Thread ni cat bukak khas untuk Wak Takrib, seorang pengamal perubatan alternatif / Islam. cat sdr akan menginterview dia secara terus dan cat akan kongsikan cerita cerita mistik beliau di thread ini. Harap anda semua dapat mengambil iktibar daripada cerita yang di kongsikan oleh beliau itu.... Apa yang ingin cat smpaikan ni terpulanglah kepada anda masa ada ingin mempercayainya atau tidak..

Kisah Pertama
Kisah Sekumpulan Pelajar Mengamalkan Amalan Khurafat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2009 02:28 PM | Show all posts
tak sabaaaaaaaaaarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 02:33 PM | Show all posts
taip laju sikit.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 02:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by catstitch at 28-11-2009 20:50

Sekumpulan Pelajar Mengamalkan Ajaran Khurafat

Kisah yang ingin Cat kongsikan ni berlaku pada tahun 2004 dan berlaku di Sebuah sekolah Menangah di Johor Bahru. Cat rahsiakan nama sekolah itu ya. Kisahnya bermula apabila sebilangan pelajarnya sering di rasuk atau histeria dan boleh dikatakan tiap tiap hari ada sahaja pelajarnya yang terkena histeria. Sampai pada satu ketika, pernah sekolah itu megistiharkan cuti darurat selama sehari dek kerana terlalu kerap berlaku histeria dalam beberapa bulan lamanya.

Ada sekumpulan pelajar yang bijak dari segi akademiknya sering membantu mana-mana pelajar yang terkena histeria. Namun yang peliknya, setiap kali ada pelajar histeria, pasti ada sebilangan kumpulan pelajar itu turut terkena histeria. Pelik kan? Dia yang membantu dalam mengawal histeria, dia juga yang terkena histeria. Lama kelamaan, pelajar yang pintar ini semakin merosot prestasi persekolahan mereka. Mereka semakin lemah dalam pelajaran dan juga semakin berkelakuan biadap terhadap ibu bapa dan guru. Dalam masa yang sama, hal terkena histeria masih lagi tiada jalan penyelesaian. Hal ini membimbangkan Pengetua sekolah dan guru bimbingan dan kauserling sekolah lalu merujuk perkara ini ke pengetahuan Wak Takrib dan seorang Ustaz.

Hasil daripada olahan Ustad dan Wak takrib mendapati bahawa terdapat sekumpulan pelajar yang menuntut ilmu khurafat. Tapi pada awalnya , mereka tidak tahu darimana ilmu itu mereka pelajari. tapi ustad dan Wak Takrib telah scan "mahluk" itu dari jauh. Mahluk tu cat kata jin la eks. Rupa rupanya, pelajar-pelajar itu tadi telah bersekutu dengan Jin. Dan bukan hanya 8 ke 9 orang tetapi ada 25 orang pelajar yang mempelajari ilmu tersebut. Ya ampun.. ramainya.... Ok, menurut Wak takrib, mereka ini mengambil ilmu tersebut kononnya untuk lebih pandai belajar, lebih bertenaga, lebih berkeyakinan dan sudah pasti mempunyai kelebihan daripada pelajar pelajar lain. tapi apa yang mereka tuntut ni salah dan salah bawak pulak tu. Sebenarnya mereka ini belum cukup kuat untuk mengawal jin-jin mereka itu. Sebab itu jin-jin itu selalu membuat kacau di sekolah. maklumlah mereka ini juga ada perasaan betul tak? Jika ada yang tak kena, sudah pasti akan berlakulah kejadian-kejadian yang tak diingini. Di pendekkan cerita, terperanjatlah para guru dan juga ibu bapa pelajar.

Biasanya, Wak Takrib dan ustaz melakukan perawatan dari jauh sahaja. maklum la terdapat 25 jin yang pelbagai jenis yang mengikut pelajar tersebut. Jadi Wak dan Ustaz menarik jin2 tersebut daripada badan pelajar. bagaimana proses tersebut cat tak pasti dan Wak tak cerita lebih mendalam. Maaf ye. Semasa proses menarik jin-jin tersebut, pelajar itu akan meronta-ronta dan tak mahu keluar daripada badan pelajar terbabit. tapi yang cat pasti, Wak dan Ustaz telah menangkap jin-jin itu ke dalam botol kaca Redbull. Dan setiap botol boleh memasukkan sehingga 7 ekor jin. Kata Wak lagi, jin tersebut terperangkap di lapisan kaca. Tak semestinya menangkap jin menggunakan botol kaca, malah hanya menggunakan kaca sudah memadai. Lalun Wak dan Ustaz menyoal siasat dari mana pelajar ini mempelajari ilmu tersebut. Rupa-rupanya melalui seorang pengusaha kantin sekolah, iaitu seorang wanita............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2009 02:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by catstitch at 29-11-2009 20:37

Sambungan Pelajar Mengamalkan Amalan Khurafat

Wanita Pengusaha kantin ni memang durjana! mengajarkan perkara yang bukan-bukan kepada pelajar. Sebenarnya, ustaz dan Wak memang sudah mengagak bahawa makcik kantin yang punya angkara. Namun untuk kepastian di hadapan Pengetua dan guru sekolah, Semasa proses rawatan wak bertanya siapakah yang telah memberikan mereka ini ilmu. Lalu mereka berkata wanita pengusaha kantin ini. Maka sah la ini angkara dia. Ok, dah tentulah guru dan ibu bapa merasa marah dengan perbuatan wanita ini langsung ingin memanggil wanita berkenaan. tapi wanita ini telah bercuti sakit selama dua minggu dan dia terlantar di wad hospital. Perjumpaan tersebut ditangguhkan...

Masuk balik kepada kisah wanita ini. Wanita ini, setelah disoal siasan oleh  Wak dan Ustaz, mengaku yang dia yang menyebarkan Ilmu khurafat tersebut kepada pelajar-pelajar itu. Dan yang bestnya dia berkata yang dia mendapat ilmu tersebut daripada seorang puteri gunung ledang . Ish ish ish........ Ok, Wak dan Uztaz dengan izin Allah telah dibuka hijabnya, (kira khusuf la ek) telah memanggil "uteri Gunung Ledang" itu. Bagaimana caranya, biasalah mereka duduk diam-diam dengan muka yang serius dan berkerut dahi dan beberapa pergerakan risngkas dan nampak macam bermeditasi dan berkomusikasi dgn "uteri"itu. Dan "uteri' pon datang dengan lemah gemalainya, lembut, cantik dan memang selayaknya seorang puteri.

Bila ditanya sapakah dia, dia mengatakan yang dia adalah Puteri Gunung Ledang berasal dari Gunung Ledang dan sebagainya. Namun, Wak dan Ustaz tidak percaya. lalu Ustaz telah melakukan sesuatu yang menunjukkan bukti bahawa dia bukanlah "uteri Gunung Ledang". Dan serta merta itu dengan ketakutan, "uteri Gunung Ledang" telah bertukar kepada wajah Iblis yang hodoh dan terlalu buruk rupanya. Masyaallah!!! Rupanya, pelajar sekolah, termasuk wanita yang mengaku belajar ilmu dari Puteri Gunung Ledang telah tertipu dengan tipu helah iblis dan syaitan yang memperdaya umut islam..... Jin yang menyamar itu ditangkap oleh wak dan ustaz bersama sama dengan 25 ekor jin yang lain.. Marah betul wak dan Ustaz.:@

Sekarang barulah kita tahu kenapa wanita itu, terlantar sakit kerana kekuatan dia selama ini punah sama sekali. tiada jin dan kekuatan ajaib yang menolong dia. Dia pon tertipu dengan tipu daya syaitan. Wanita ini menjadi lemah, lesu, tidak bermaya, deman panas dan sebagainya. Take time juga la wanita ini nak baik semula. maklumlah tenaga dirampas serta merta betul tak? tapi lebih baik la tenaga macam ini dirampas. Lagipon wanita ini juga tertipu dan tiadalah azab apabila menghadapi sakaratul maut kelak.

Ok, bagaimana pulak dengan jin-jin seramai 25 ekor termasuk otainya seekor?? Haaa... Segala jin-jin tersebut telah dibuang ke laut dan mati beragan. Dengan izin Allah, dalam masa 3 hari jin-jin tersebut akan mati.

Sekarang ni, Alhamdulillah tiada lagi kes gangguan pelajar histeria di sekolah terbabit dan para pelajar pula sudah dapat mengembalikan semangat mereka dan belajar seperti biasa dan mendapat keputusan yang cemerlang. cat pasti, sampai sekarang pelajar terbabit akan sentiasa mengingati peristiwa yang mereka alami.

Sekian lah untuk kali ini. Dan Insya Allah pada minggu hadapan, cat akan ketengahkan cerita yang baru pula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052690 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list