Kredit:mstaronline
SOROTAN 2010 : Kecemerlangan Jadi Sandaran
MILA: Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 23, melakar pencapaian tersendiri dalam profil nyanyiannya apabila berjaya mengharumkan nama negara menerusi pertandingan Open Mic UK 2010.
Bermula dengan pentas saringan yang disertainya pada Ogos lalu di Newcastle, Mila berjaya melepasi peringkat itu bersama sembilan peserta yang lain untuk mewakilti Newcastle di pertandingan separuh akhir yang berlangsung di North England Dewsbury Town Hall, November lalu.Nasib kurang menyebelahi juara Akademi Fantasia 5 itu di peringkat separuh akhir ekoran faktor kekurangan undian penonton.
Sekalipun tidak berjaya menempah tiket ke pertandingan akhir, kembara Mila ke United Kingdom telah membuka mata beberapa wakil syarikat rakaman di sana terhadap potensi penyanyi dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini.
Terbaru, mStar Online difahamkan, Mila bakal terbang ke UK semula pada Januari ini untuk berbincang dengan beberapa agen syarikat rakaman di sana bagi proses rakaman dan pemasaran albumnya ke benua itu.
PS:Artikel 31/12/10 tapi kita baru terjumpa..kalo dah ada takpe kan ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |