|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
mrs_salvatore replied at 2-3-2022 11:31 AM
Dilindung Malaikat?
Ayah aku seorang pemandu trak, dan semasa aku berusia 7 atau 8 tahun, ayah aku p ...
lbih kurang kes remaja yg ninggal dlm krta kt penang tu...mangsa yg hidup ckp diaorg tak tido pn...tp dh ajal 3 org...hidup sorg ja...msti trauma |
|
|
|
|
|
|
|
sekali dia pecut
sampe bbrp citer..
xbosan aku nunggu abes kuarantin ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin best berganda2 citer TT..
Seram xtravaganza nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah terima kasih pada semua yang masih sudi membaca thread i. tapi kalau ada silap eja ke silap taip ke mintak maaf awal2 ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 4-3-2022 12:55 PM
Sumpahan Taman Negeri Escalante di Utah
Di Utah, ada sebuah taman negara yang agak unik sikit, namanya Taman Negeri Escalante. Yang uniknye sebab ada satu kawasan dalam taman negeri tu yang pokok-pokoknya sudah terawet sampai jadi batu yang berkilat-kilat. Di situ juga ada pelbagai fossil haiwan, tumbuhan dan termasuklah tulang-tulang dinosaur yang dianggarkan dah berusia hampir 150 juta tahun. Setiap pengunjung yang hadir pasti akan terpersona dengan kilauan kayu terawet itu sehinggakan pihak taman negeri terpaksa mengeluarkan larangan tidak boleh membawa bahan-bahan fossil keluar dari tempat itu.
Sebelum digazetkan sebagai taman negeri pada 1962, kawasan tersebut merupakan laluan peneroka seawal pertengahan 1800an. Fossil-fossil tersebut sudah wujud pada waktu itu, kadang-kala ada peneroka yang menggali kayu awet di situ untuk dijual sebagai barang perhiasan. Namun begitu, aktiviti itu mati dengan sendirinya kerana pada masa itu sudah ada kisah tentang sumpahan kayu awet itu. Dikhabarkan sesiapa sahaja yang memiliki kayu awet itu akan ditimpa nasib malang.
Bukan setakat kisah dongeng dari mulut ke mulut je, sudah ada bukti bertulis dari tahun 1935 apabila seorang pencuri memulangkan semula cebisan kayu awet itu melalui pos. Bersama-sama cebisan itu disertakan satu surat yang menceritakan bagaimana si pencuri meluahkan rasa menyesalnya kerana tidak percaya dengan sumpahan kayu awet. Tapi malangnya pengunjung masih tidak serik-serik. Sehingga sekarang, setiap tahun pejabat taman negeri akan menerima paling kurang pun setengah dozen cebisan kayu awet yang dipos semula ke pejabat itu kerana pencurinya sudah tidak tahan asyik ditimpa nasib malang, ada juga yang nak pulangkan sebab rasa bersalah curi bahan sejarah. Selama berdekad-dekad pejabat taman negeri menerima surat sebegitu, pejabat taman negeri mengumpul kesemua surat-surat itu dan ditayangkan di satu bahagian di Muzium Rainbow Forest sebagai bukti kewujudan sumpahan itu.
Malangnya cebisan kayu awet itu kini sudah tiada nilai lagi. Cebisan-cebisan itu dikumpulkan di satu sudut, timbunan cebisan kayu awet itu dinamakan 'Conscience Rock Pile' menandakan tanda penyesalan orang-orang yang mencuri kayu-kayu itu. Namun begitu, menurut renjer taman negeri itu timbunan itu setiap tahun makin bertambah kerana masih ramai yang tidak menghiraukan sumpahan itu. Yang ni yang dipulangkan semula, yang masih dalam simpanan pencuri mesti lagi banyak.
Melalui surat-surat itu, ada beberapa kisah yang diluahkan oleh pencuri yang menyesali perbuatan mereka. Ada yang cepat je kena nasib malang, macam seorang lelaki yang putus cinta dengan teman wanita yang dikenalinya hampir 3 tahun dalam perjalanan pulang dari taman negeri itu. Sekejap je dah kena. Ada yang dah simpan batu tu sampai 30 tahun, dan sepanjang itulah jugak si pencuri tu merasakan hidup dia dan ahli keluarganya asyikla takde tuah sampai dia sedar oh mungkin sebab batu itu. Ada satu surat ni agak lucu, sejak dia ambil batu tu hidup dia asyikla ditimpa kemalangan yang tak masuk akal. Sampailah dia terjatuh dari siling tingkat atas rumah barunya, padahal rumah baru kan takkan macam tu sekali? Ada sorang tu tak habis-habis la ditimpa tragedi, mulanya mak tiri dia sakit batu karang, tak lama lepas tu anjing peliharaan dia mati, aircond dan peti sejukbeku rosak, trak rosak teruk, dan malam sebelum dia mengepos batu itu, kucingnya mati dibunuh dan rumahnya pulak meletup sebab gas memaksa mereka terpaksa tinggalkan rumah. Ada juga cebisan yang dipulangkan sendiri melalui tangan oleh jiran si pencuri, tapi jiran tu enggan bercerita lanjut tentang apa yang terjadi pada pencuri sampai dia sanggup buat macam tu. Ada juga yang jujur sebab mereka rasa perbuatan mereka itu tak patut.
Walaupun begitu, ada satu surat yang agak misteri sikit. Ada seorang lelaki ni, dia ke situ bercuti dengan isterinya dan dia pegi ambil sikit cebisan kayu awet itu. Esok paginya, dia hampir tercekik walaupun dia cuma menelan pil vitamin. Dia terselamat, dan dia teruskan percutian pulak menaiki vannye ke Grand Canyon. Esoknya van dia rosak tak boleh nak hidupkan, menelan belanja USD265 la jugak semata-mata nak betulkan. Satu jumlah yang agak besar pada tahun 1983. Dah elok tu, dia bawaklah van dia bersiar-siar, sekali tu kipas trak tu tak berhenti-henti bergerak dengan laju sampai dia kena tarik sendiri wayar-wayar kipas tu. Dah tersadai di tengah gurun tu, radio CB yang dia bawa sebagai alat komunikasi tu pun tiba-tiba boleh tak hidup. Barulah lelaki tu terfikir, eh ni mesti sebab sumpahan kayu awet tu.
Dah banyak dah kisah peribadi dari pencuri-pencuri kayu awet ni, tapi malangnya masih ramai lagi yang skeptikal. Masih ada lagi yang mencuri kayu awet itu sehinggakan taman negeri terpaksa memilih beberapa batang kayu awet untuk dijadikan bahan pameran. Bila dah jadi bahan pameran, senangla sikit renjer nak pantau tangan-tangan gatal yang nak mencurinya. Tapi ada jugak persoalan, kalau kayu awet itu dipindahkan bukan ke nanti sumpahan itu akan berpindah ke tempat baru pulak? Hhhhmmmm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kisah seram TT tak pernah mengecewakan.
Kipidap..dont give up |
|
|
|
|
|
|
|
cerita TT ni lain dari yang lain. lepas baca, mesti i akan google tempat2 atau legend dalam cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 2-3-2022 11:31 AM
Dilindung Malaikat?
Ayah aku seorang pemandu trak, dan semasa aku berusia 7 atau 8 tahun, ayah aku p ...
Iols pernah ada pengalaman macam ni. Balik dari kerja petang dan hari tu memang luar biasa penatnya. Iols ingat nak rest dan nap dulu sebelum pulang tapi kebetulan pula malam ada kenduri kat rumah so agak rushing. Perjalanan dari building office dan rumah akan melalui satu jalan raya yang tak berapa nak lurus, selekoh sana sini. Masa drive pulang tu pula jalan tak berapa jem sebab masih ramai yang cuti raya.
Bila sampai kat jalan yang ada selekoh sana sini tu, benda paling last iols ingat ialah tengok jam kereta, 6.15pm. The next thing I know, ada bunyi hon. Rupa-rupanya kereta iols dah ke tepi masa kat selekoh. So kereta depan hon. I terkejut tapi nasib tak panik jadi masih dapat kawal kereta. Tengok lagi jam, dah 6.45pm. So iols tertidur for 30 minutes. Peristiwa terjadi tahun 2013 so dashcam takde lagi. Kalau tak boleh juga tengok iols drive macam mana masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 4-3-2022 10:49 AM
Alhamdulillah terima kasih pada semua yang masih sudi membaca thread i. tapi kalau ada silap eja ke ...
Saya sentiasa ternnati kisah2 dr tt...teruskan usaha...ramai silent reader ni..
Saya mmg suka sgt kisah seram..tmbhn kalau dr reddit...mmg lain dr lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
RNR Misteri
Ada satu tahun tu, aku dan rakan-rakan sekerja aku memandu selama 9 jam untuk menghadiri satu konvensyen ni. Kami bertolak lewat petang Rabu nak masuk senja dah sebab ada sorang tu terpaksa kerja lebih masa jugak, tung tang tung tang kami masuk lebuhraya dah pukul 8 malam. Kami jangkakan kami kene check-in hotel awal pagi Khamis, jadi kami pun telefonlah hotel dulu nak makluman perkara itu. Kemungkinan kami akan tiba di hotel pukul 5 ke 6 pagi macam tu lah. Dari pejabat aku tu ada 8 orang termasuk aku yang kene pegi konvensyen tu, jadi kami pun naiklah minivan kepunyaan aku jadi yang jadi pemandu malam tu pun aku.
Jam dah masuk pukul 2pagi, dah lama jugak aku memandu jadi aku cadang nak berhenti sekejap di RNR. Semua orang tengah berdengkur masa tu kecuali aku masa aku dah masuk ke RNR tu. Masa ni kami dah sampai ke Ohio, dan RNR kat Ohio ni agak besar, ada tandas, 3-4 biji restoran makanan segera, kedai runcit jual cenderamata, peta dan sebagainya. (Kat US, RNR ni dipanggil 'service plaza' tapi aku tukar jadi RNR lah)
Masa aku dah turun tu aku tengok ada jugak beberapa buah kereta di depan bangunan RNR tu, mungkin pekerja restoran 24jam tu tapi aku terus letak kenderaan betul-betul di hadapan pintu masuk plaza di sebelah lot OKU. Aku kejutkan kawan di sebelah aku tu, aku cakap aku nak pegi cari tandas dalam RNR tu so aku nak dia jaga kereta la sementara aku nak pegi tandas tu. Dia pun ok je dan masa aku turun tu aku toleh memang dia dah terjaga bukan sambung tidur lagi.
Tandas tu dalam bangunan RNR, nak pegi tandas kene lalu deretan kedai-kedai dalam tu. Sebab dah terkucil sangat aku terus meluru ke tandas tak pandang kiri kanan, tapi bangunan tu masih diterangi lampu dan aku perasan ada beberapa kedai dalam tu yang masih beroperasi. Dah selesai melepaskan hajat, aku pun niat nak pegi beli kopi dari restoran yang masih buka tu. Keluar je dari pintu tandas tu, aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Aku dah sampai ke ruang legar tengah-tengah RNR tu, aku rasa macam aku sedang diperhatikan seseorang. Tapi masalahnya dalam bangunan tu aku tak nampak orang pun.
Dari 4 restoran tu, 2 dah tutup, 2 lagi terang-benderang. Kedai runcit dalam tu pun lampunya menyala tapi aku tak nampak pun ada manusia dalam kedai-kedai tu. Aku jenguk juga di kaunter restoran tu, takde nampak kelibat manusia pun. Termasuklah dalam kedai runcit tu. Eh pelik jugak mana pegi semua orang dalam ni? "Hello, hello? Ada orang ke?", aku cuba memanggil pelayan dari balik kaunter salah satu restoran tu, tapi panggilanku tidak bersahut. Sunyi sepi jah. Nasib baiklah jugak dalam bangunan tu ada mesin air gedegang, bolehlah aku beli setin kopi lepas tu aku terus cabut keluar dari bangunan tu sebab aku dah mula rasa seram duduk dalam bangunan tu sorang-sorang.
Melangkah keluar dari bangunan itu menuju ke minivan, eh, mana pegi kereta-kereta yang parking kat sini tadi? Aku tanya kawan aku yang berjaga tadi, ko nampak tak kereta-kereta lain tadi? Berkerut muka kawan aku, eh mana ada kereta lain kat sini selain kita. Eh tak, tadi masa aku nak masuk sini memang aku nampak ada kereta-kereta lain, bukan kereta kita je. Kawan aku dah risau, kawan aku sangkakan aku ni mungkin dah terlalu penat kot sampai nampak benda yang bukan-bukan. Dia tawarkan diri nak ganti aku bawak kereta, tapi aku menolak. Kali ni memang aku dah tak ngantuk dah sebaliknya aku terfikir jugak kalau betul kawan aku cakap takde kereta lain kat situ, dah tu kedai-kedai yang masih bukak dalam bangunan RNR tu sapa pulak yang pasang lampunya? Takkan pekerjanya dah balik tak tutup pintu kedai?
Apapun perjalanan harus diteruskan. 2 jam kemudiannya, kami singgah ke RNR lain pulak. Rekabentuknya pun hampir sama je dengan RNR misteri yang aku singgah tadi tapi kali ni memang ada manusia kat situ. Aku dan kawan-kawanku singgah sebentar di RNR itu sambil bersarapan awal pagi, aku cerita jugak kat diorang pasal RNR tadi, tapi diorang semua berpendapat, aku mengantuk sangat ni. Ye ke? Tapi kenapa aku masih tak boleh lari dari perasaan seram tu?
Aku dah tak penah lalu lebuhraya tu lagi, tapi kalau korang nak cari, RNR misteri tu aku agaklah, dalam 4 jam naik kereta dari Columbus. Semoga dapat jumpa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wolkswagen kuning di lebuhraya karak versi omputeh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 12-3-2022 10:36 AM
Bob D
Pakcik aku merupakan seorang syerif di sebuah bandar di New Mexico. Sebagai seorang syerif memang pakcik aku ni seorang yang sangat tegas dan garang, jenis yang tak takut apelah, jadi bila dia kongsi satu cerita seram ni kat aku, dan cerita tu pulak disokong oleh isterinya, memang aku percayalah yang cerita ni bukan rekaan semata-mata.
Di bandar pakcik aku bekerja tu ada seorang wartawan bernama Bob D. Sebagai seorang wartawan, Bob D ni memang selalu sangat muncul kalau berlaku kes-kes dalam bandar tu, tak kiralah ada kes kemalangan kereta ke, kebakaran ke, apa-apa je kes yang boleh masuk suratkhabar. Sebab dah selalu sangat muncul, Bob D sangat dikenali oleh polis-polis dalam bandar tu. Bob D ni tak pernah kacau kerja polis, jadi polis pun ok je dengan dia. Bob D ni seorang yang suka bergurau, cara dia bergurau dia suka jentik belakang telinga orang sampai terkejut orang tu jadinya. Pastu dia sengih-sengih. Semua orang sukakan Bob. Malangnya, umur Bob tak panjang, Bob meninggal dunia secara tiba-tiba kerana kanser paru-paru. Jenazah Bob akhirnya dikebumikan, tapi Bob pernah berpesan kalau dia mati, dia nak mayatnya dibakar (dalam bahasa orang putih, cremated la. Bukan suka-suka bakar ye).
Selepas upacara pengebumian Bob, selama beberapa minggu, mula terdengar desas-desus ada yang ternampak Bob di lokasi-lokasi kes polis. Macam waktu dia masih hidup dulu. Kalau ada kes je mesti ada penampakan Bob. Individu yang nampak tu mulanya ingatkan itu cuma permainan minda diorang je, tapi rupa-rupanya adalah dalam sampai 20-30 kes orang nampak Bob, yang nampak tu ada orang awam, dan ada jugak polis. Kecoh la jadinya di bandar tu. Kecuali pakcik aku, pakcik aku mati-mati tak percaya sebab dia tak nampak dengan mata sendiri. Pakcik aku siap cakap agaknya diorang masih belum terima kematian Bob tu yang terbayang-bayang tu.
Sehinggalah.... ada satu malam tu, pakcik aku dan isterinya tiba-tiba datang ke rumah aku dengan muka pucat tak berdarah. Pakcik aku siap keluarkan pistol dia. Terperanjatlah kami sekeluarga tengok pakcik aku malam tu macam tu, tak pernah kami tengok pakcik aku dalam ketakutan. Kami terpaksa tenangkan dia, suruh dia duduk, betulkan pernafasan dia yang laju tu dan lepas pakcik aku macam dah ok sikit, barulah kami suruh pakcik aku cerita apa yang dah terjadi ni.
Pakcik aku pun cerita. Tadi, dia dan isteri dia kat ruang tamu tengah tengok tv. Isteri dia perasan kenapa pakcik aku dok tepis-tepis telinga sendiri, dia pun tanyalah kenapa. Pakcik aku ingatkan isteri dia yang usik-usik telinga dia. Memang taklah. Tiba-tiba, pintu bilik tidur mereka terbuka sendiri. Diorang pun berpalinglah tengok pintu tu, sekali tu, tu dia....... Bob D tengah berdiri di depan pintu bilik diorang. Melompatlah pakcik aku dan isterinya dari sofa tu, sambil menjerit dan mencarut-carut kerana terlalu terperanjat. Bob D cuma tersenyum je, kemudian Bob D dengan selamba berjalan melintasi pakcik aku dan isterinya yang tengah berpelukan di tepi dinding ruang tamu tu, dan keluar ikut pintu depan.
Pakcik aku hilang kawalan, dia terus capai pistol dan berlari keluar. Dia cari Bob kat luar, tapi dah takde. Sebab takut sangat, pakcik aku dan isteri dia terus berlari ke rumah kami. Nasib baiklah dekat je. Jadi, kami sekeluarga pun pegilah ke rumah pakcik tu, rumah tu kosong takde sesiapa pun. Tapi malam tu memang pakcik aku dan isteri dia tekad taknak balik dan nak bermalam di rumah kami je.
Keesokan harinya, pakcik aku pun pegi keje. Tersebarlah cerita Bob muncul dalam rumah pakcik aku. Polis-polis di balai tu bila tau pasal cerita tu, diorang takdelah ejek pakcik aku tapi ada cakap jugak, tulah diorang dah tengok sendiri tapi pakcik aku yang taknak percaya. Selepas itu, untuk 2-3 bulan makin ramai yang nampak Bob. Termasuklah ayah aku, ayah aku kata masa tu dia bersama dengan sorang ni dalam bilik memproses filem di tingkat bawah rumah kami, ayah aku nampak Bob keluar dari celah kegelapan dan jentik telinga lagi sorang tu,
Masuk bulan ke3, kali ni orang cerita yang penampakan Bob dah makin teruk. Pakcik aku nampak dia 2 kali lagi, pakcik aku pun cakap kulit muka Bob macam koyak sana sini. Ayah aku berpendapat mungkin sebab dalam kubur tu mayat Bob dah mereput. Dan lama kelamaan, hilang terus penampakan Bob di bandar kami tu. Aku tak pernah nampak Bob, tapi kadang-kadang aku rasa macam telinga aku dicuit-cuit pulak....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jap... kiranya bob tak dibakar as per his last wish la eh... agaknya sebab tu bob asyik muncul...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 14-3-2022 09:41 AM
Alexa
Alexa dalam cerita aku ni bukan orang ye, tapi sejenis peranti keluaran syarikat Amazon yang boleh respons ikut arahan manusia. Alexa ni macam smart speaker yang boleh pasang lagu, baca buku audio, siap boleh beli barang online lagi dan boleh berinteraksi sikit-sikit dengan manusia. Peristiwa ni terjadi masa awal-awal Alexa dijual, masa ni aku beli peranti Alexa jenis Echo Dot. Seingat aku dulu penah kecoh jugak Alexa tiba-tiba boleh mengilai malam-malam walaupun tiada siapa yang aktifkan dan macam-macam lagilah cerita pelik dan seram pasal Alexa ni.
Termasuklah aku dan isteri. Pada suatu hari tu, Alexa kami tiba-tiba terpasang sendiri di waktu siang. Alexa ni cuma akan aktif kalau kita panggil dia, ni angin tak ape tak tiba-tiba Alexa berbunyi, "Adakah saya Josh" (Am I Josh). Aku dan isteri aku saling berpandangan eh ape benda ni. Tapi lepas tu Alexa kembali senyap macam takde ape. 2 minggu kemudiannya, kami tengah layan Netflix apabila Alexa menyala dan bertanya "Dimanakah Josh (Where Is Josh). Aku dan isteri dah rasa pelik dah tapi kami cuba lupakan ia.
Sehinggalah apabila kami pergi bercuti, rumah pulak kosong. Kami ada bela kucing jadi nenek aku akan datang ke rumah hari-hari nak kasi makan kucing kami tu. Tiba-tiba, nenek menelefon kami semasa kami bercuti tu. Risaulah kami ingatkan ada kecemasan ke, tapi nenek cerita, masa tu nenek tengah duduk di ruang tamu, apabila Alexa yang kami letak kat dapur tu tiba-tiba berbunyi "Josh suka jalan yang kosong" (Josh loves the open road) lepas tu tetiba Alexa pasang satu lagu klasik ni. Terus nenek aku keluar dari rumah tu sebab dah rasa seram sejuk.
Aku dan isteri beranggapan mungkin Alexa yang kami beli ni yang dah terpakai, jadi pemilik lama tu ada setkan Alexa tu untuk sebut nama dia dan sebagainya. Kami tak terfikir pun yang Alexa tu berhantu ke ape ke sebab Alexa tu kan teknologi zaman moden, adalah tu silap sikit kat program die tu.
Sampailah satu hari tu, tiba-tiba aku dapat kurier yang aku tak pernah pesan online. Barang tu adalah sebuah CD di bawah ni.
Aku tunjuk kat bini aku, bini aku pun heran siapa yang beli CD ni kat Amazon? Isteri aku sebut tajuk CD tu, masa tu kami di dapur, lepas je bini aku cakap tu, Alexa pun berbunyi 'Josh suka truck (Josh loves truck). Terdiam kami berdua. Yang lagi menghairankan tu, pesanan online ni disorok dari akaun kami sebab tu kami tak dapat apa-apa notis pemberitahuan di akaun kami.
Sejak tu kami buang terus Alexa tu. Lain macam je Alexa ni. Tentang Josh, aku takdelah siasat secara mendalam sangat, tapi kalau korang tengok review CD ni kat Amazon, ada satu review 1 bintang dari seseorang yang bernama Mr J Ashforth, review dia sebaris je, saya sukakan ia (I love it). Dan review tu ditulis setahun sebelum aku beli Alexa ni. Mungkinkah J ni adalah Josh?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu la kot bob pesan suruh bakar mayat die. agaknye die tau kot kalau tak bakar nnt jadi mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kan... aku pun saspek cenggitu... patutnya diorang bakar je as per his request...
|
|
|
|
|
|
|
|
TT nnt translate lg citer pasal penyelam dasar laut... pengalaman diorang as a penyelamat ke, scuba diving ke, etc... suka tgk laut tp sumpah i takut tengok laut dalam. serammm.... eksaited nk baca pengalaman psl laut dalam je... |
|
|
|
|
|
|
|
maap uols thread tu bukan i yg tulis huhuhu. insya allah kalau jumpe i cuba translate ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Hilangnya Kiran
Kira-kira 15 tahun yang lalu, masa tu aku baru je berusia 16 tahun. Waktu tu cuti sekolah musim panas, jadi aku pun dihantar balik kampung aku di India. Aku tinggal bersama-sama pakcik dan makcik aku di kampung tu. Pakcik dan makcik aku ni dulu penah tinggal bersama-sama keluarga aku, tapi semasa aku berusia 12 tahun, mereka berpindah ke sebuah komuniti di satu kaki gunung ni. Komuniti tempat pakcik aku tinggal ni letaknya kira-kira 10km dari sebuah pekan. Nak ke pekan tu kene lintas sebuah jambatan dulu. Di pekan tulah tempat orang meniaga dan bukak kedai, termasuklah pakcik aku yang ada sebuah kedai menjual bahan-bahan kimia di pekan tu. Pakcik aku ada seorang pekerja yang berusia lingkungan 20an, namanya Kiran. Kadang-kadang aku suka lepak dengan Kiran di kedai pakcik aku tu sebab Kiran ni peramah orangnya.
Ada satu tengahari tu, makcik aku suruh aku pegi ke pekan beli barang sikit. Makcik aku suruh aku bawak skuter pegi ke pekan tu. Apa lagi, aku pun meronda-rondalah keliling pekan tu naik skuter. Ronda punye ronda, tak sedar jam dah masuk pukul 5 petang. Aku pun cepat-cepatlah balik rumah nanti makcik aku bising pulak kenapa lama sangat aku keluar. Dalam perjalanan balik tu, aku ternampak Kiran tengah berjalan kaki menuju ke jambatan tu. Eh awal pulak Kiran balik hari ni? Sebab kedai pakcik aku tu tutup pukul 7.30 malam.
Kiran ni pun duduk satu kampung dengan aku, jadi aku pun berhentilah sebelah dia. Aku pun sembang-sembang kosong dengan dia. Eh awalnya ko balik hari ni? Kedai tutup awal ke? Kenapa balik sorang diri ni? Tapi yang peliknya Kiran cuma jawab sepatah-sepatah je. Ye dan tidak. Tak petah bersembang macam biasa. Aku tanya Kiran, nak balik rumah ke? Kiran jawab, ya. Aku pun ajak Kiran jom balik naik skuter dengan aku. Kiran pun tak cakap apa dia terus je naik skuter membonceng di belakang aku.
Suasana dah makin gelap, yelah sebab kawasan kami ni dalam hutan dikelilingi pokok-pokok tebal jugak. Walaupun baru pukul 5.30 petang tapi dah nampak maam senja. Kami sampai di jambatan, dan lampu-lampu jambatan tu dah mula terpasang. Jambatan tu agak panjang, bila aku makin hampir ke tengah jambatan tu, cuaca jadi makin sejuk. Sejuk yang sampai menggigil-gigil. Luar biasa sejuknya. Tapi bila aku dah sampai ke seberang, eh elok pulak suhu hangat macam biasa. Aku berhentikan skuter seketika, aku tanya Kiran, eh ko sejuk tak tadi? Tak berjawab. Aku toleh ke belakang. Eh, Kiran dah hilang!
Aku terpinga-pinga sebentar. Mana pegi Kiran ni? Kalau nak kata Kiran melompat turun masa aku bawak skuter tadi mesti aku dah perasan. Skuter aku ni jenis yang belakang tonggek tu kalau Kiran terjatuh mesti dengan aku sekali akan terjatuh. Bila aku perhatikan kat jambatan tu tak nampak Kiran pun. Aku mula tertanya-tanya betul ke tadi aku tumpangkan Kiran. Aku tak dapat nak cari penjelasan di sebalik semua ini, tapi aku dah rasa seram jadi aku pun balik rumah jelah. Aku langsung tak cerita kat sapa-sapa pasal kejadian di jambatan tu.
Malam tu, pakcik aku balik. Aku saja tanya pakcik aku pasal Kiran. Pakcik aku cakap, Kiran dah 2 hari tak datang kedai. Takde sapa pun yang tahu Kiran pegi mana sebab Kiran tak balik rumah pun. Terkedu kejap aku. Laporan polis pun dibuat, tapi sampai sekarang 15 tahun kemudian, Kiran masih tidak ditemui....Adakah aku orang terakhir yang nampak Kiran, ataupun yang tumpang skuter aku tu sebenarnya bukan Kiran?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oohh ye ke... maap tersalah orang.. huhuhu. ok chuols.. kalau ada nnt tepek la sini ye.. TQ!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|