|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 33
[Copy link]
|
|
Mahu rentas daerah mcm tahun lepas 
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah raya di perantauan 2.0 akan berulang?
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA | | 16 Mac 2021
SHAH ALAM - Selepas pelbagai sektor ekonomi mula dibuka dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ditamatkan di seluruh negara, sebahagian besar rakyat Malaysia berharap agar kerajaan membenarkan semula rentas negeri.
Tambahan pula, melihat kepada kes jangkitan Covid-19 harian, ia telah menunjukkan trend penurunan sejak bulan lalu.
Ramai yang sudah membayangkan untuk bertemu ibu bapa tercinta di kampung atau bercuti-cuti ‘Malaysia’ di lokasi percutian dalam negara.
Dengan kedatangan Ramadan dan Syawal tidak berapa lama lagi, harapan yang tinggi diimpikan rakyat Malaysia untuk menyambut bulan mulia di kampung halaman.
Namun persoalannya adakah peraturan rentas negeri akan dilonggarkan? Lebih tragis, adakah episod ‘raya perantauan’ tahun lalu akan bersambung menjadi episod 2.0 pada tahun ini?
Ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu, menyatakan belum masanya kebenaran untuk rentas negeri diberikan walaupun jumlah kes jangkitan menunjukkan penurunan.
Malah, salah satu sumber terdekat KKM memaklumkan kepada Sinar Harian, kerajaan sudah belajar daripada ‘kesilapan’ lepas apabila membuka pintu rentas sempadan terlalu cepat sehingga menjadi punca terjadinya gelombang ketiga Covid-19.
Sementara itu, pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani menjelaskan, mustahil kerajaan membenarkan rentas negeri semata-mata mahu menghidupkan kembali tradisi bulan Ramadan dan Syawal.
Walaupun trend kes positif menunjukkan penurunan daripada angka lebih 5,000 kes kepada angka 1,000, Mohd Dzulkhairi menegaskan, pada bila-bila masa sahaja gelombang keempat boleh meletus sekiranya rentas negeri dibenarkan seperti yang diinginkan oleh sebahagian masyarakat.
“Masih terlalu awal sebab kes masih empat angka. Kalau kita buka kembali rentas negeri tanpa ada pengawasan, dikhuatiri kes akan meningkat daripada kluster-kluster rentas negeri.
“Ia sudah terbukti. Kita lihat sebelum ini ada kluster rentas negeri yang terjadi sehingga menyebabkan peningkatan kes di tempat-tempat yang hijau,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Malaysia berlaku pada penghujung tahun lalu sehingga memaksa kerajaan melaksanakan kembali beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula 13 Januari lepas.
Dalam tempoh itu KKM melaporkan kes harian tertinggi iaitu 5,725 kes pada 29 Januari.
Selepas lebih sebulan pelaksanaan PKP 2.0, harapan diletakkan pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan apabila negara menerima 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan pertama pada 21 Februari lalu.
“Pada pendapat saya tunggu kes turun bawah 500. Yang kedua, selepas berakhirnya imunisasi fasa kedua (Ogos 2021). Bila kita sudah lindungi orang yang lebih tua dan berisiko, pada saya barulah selesa untuk membenarkan rentas negeri sepenuhnya,” tambah Mohd Dzulkhairi.
Katanya, mahu atau tidak, orang ramai perlu bersedia mental dan fizikal untuk sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan sama seperti tahun lalu.
Bagi mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, Datuk Dr Rohaizat Yon, tidak semudah yang disangka untuk kerajaan membenarkan rentas negeri dibuat walaupun pada ketika ini trend jangkitan mula menurun.
Tegasnya, empat faktor perlu diteliti oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana yang menjadi keutamaan adalah melihat kepada analisis taburan kes.
“Sekiranya kes-kes positif empat angka itu adalah kes terkumpul atau di lokasi tertentu, mungkin rentas sempadan itu dibenarkan tetapi kalau kes itu berselerak, mungkin tidak dibenarkan.
“Kalau kluster tempat kerja atau kluster penjara yang mendominasi, tempat-tempat itu yang perlu disekat dan yang lain dilepaskan tetapi kalau analisis menunjukkan ia berselerak, rentas negeri tidak boleh dibuka,” katanya.
Faktor berikutnya adalah melihat kepada capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kepatuhan rakyat dan penguatkuasaan kerajaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Kalau semuanya bertambah positif, kerajaan boleh pertimbangkan untuk rentas negeri,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 16-3-2021 05:41 PM
Den dah lama x p pasar ramadhan. Biasa masak je utk berbuka, tp yg simple2 je la. Serik kena mknn ba ...
hi sche... hmmm i think bazar tahun ni will be different.. but i mmg jarang beli kat bazar.. unless familiar... sbb jarang sedap... and i think kita beraya seadanya je ni |
|
|
|
|
|
|
|
hazfy replied at 16-3-2021 05:15 PM
Selamat minum petang ya.i ptg ni buat donut je.santai2 sebab wfh
gebunya donut hazfy |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 16-3-2021 03:39 PM
Tgh bujan lebat ni.. pagi td breakfast sate n kopi o
satay apa ni keypo? dari kedai mana tu |
|
|
|
|
|
|
|
hazfy replied at 16-3-2021 04:41 PM
I tepek dekat sini untuk those yg mengalami situasi mcm ni
Semoga bermanfaat
ohhh.. heheheh i ada buat dulu.. entahla maybe menjadi and tidak... tgk kucing.. kucing sekarang tak makan saman dah... it works for u? repellent? |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 16-3-2021 04:09 PM
Hai kaben sini dah bbrp ptg, hujan. Ada yg lebat ada yg renyai2. Ni dah mula guruh balik t ...
Hai sche apa khabar? Alhamdulillah kakben sihat. Kat sini panas berdenting. Berdebu rasanya. Alhamdulillah kat sana hujan |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-3-2021 03:52 PM
KB...beriyani emas
Nasi beriani sering menjadi menu utama di restoran yang menyajikan men ...
Waduh2 mampu tengok sajok ni |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-3-2021 03:52 PM
KB...beriyani emas
Nasi beriani sering menjadi menu utama di restoran yang menyajikan men ...
Ikan siakap goreng yang dimasak oleh lelaki berhati emas. Kekeke. Sedap suami kakben masak ikan goreng. Cicoh dengan sambal kicap aummm |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 16-3-2021 03:30 PM
hi kaben....sini hujan dah ...tapi belum all out lagi ni ...guruh berdentum je..sana panas ke? yea ...
Ya sini panas. Dila apa khabar? Rindu semua dalam ni. Seronok nya hujan. Sini rumput dah macam autumn semua. Kuning je |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-3-2021 03:20 PM
Ni awan nano berarak...tiada hujan gayanya...
Semoga ada hujan kendian hari |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-3-2021 03:15 PM
Kompaun ribu2 dah sekarang...takut nak kemana-mana
Jangan keluar. Duduk rumah saja |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 16-3-2021 11:38 AM
Abis dah la, kekekeke
ni sche... some of us call it sayur capcai |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 16-3-2021 07:09 PM
Ya sini panas. Dila apa khabar? Rindu semua dalam ni. Seronok nya hujan. Sini rumput dah macam aut ...
Dila sihat. kaben sihat ke? sana panas ya? aduhhh... sini pun baru je hujan... baby sihat? tengah buat apa?? mana lengan bambam tuu.... hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
kuihbakar replied at 16-3-2021 07:06 PM
Ikan siakap goreng yang dimasak oleh lelaki berhati emas. Kekeke. Sedap suami kakben masak ikan go ...
amboii lelaki berhati emas?? hahahha apa makna tu? sedap ni.. makan gitu je ya? |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 16-3-2021 07:04 PM
ohhh.. heheheh i ada buat dulu.. entahla maybe menjadi and tidak... tgk kucing.. kucing sekarang t ...
Ya its work for me sis.tapi kalau nak letak serbuk pencuci kena pilih yang bau lemon atau floral.kucing kn tak suka bau bunga yg wangi2 dan lemon.
Mak i ckp kucing jugak tak suka bau serai.boleh letak serai.rumah i tak tanam serai kalau beli pun guna untuk mkn je |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-3-2021 05:44 PM
Suke ayo balang & murtabak...kadang laksa...
Ayo balang tu apa sb? |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-3-2021 06:01 PM
Fwd- 19/3-30/3... rentas negeri tidak dibenarkan...
Pkpb masih on ka? I mean dilanjutkan ka or dah jd pkpp? |
|
|
|
|
|
|
| |
|