|
Tolong!! suami aku curang dgn 2 perempuan serentak!!
[Copy link]
|
|
Reply #943 ziela657's post
ko potong gaji and bayar hutang kat maner? bank?
aku cadangkan ko pi HR, buat surat ker haper... suruh terminate potong gaji ko tuh. btw nama pemilik motor tuh nama saper?
nombor tepon tuh penyakit sebenar nyer... sebab selain family, aweks dia pun ader nombor tepon tuh. ko save nombor2 tepon tuh siap2 dalam sim card lain or tepon ko... pastuh ko buang simcard tuh. kalo tak tau buat, org jual simcard/tepon tau buatkan utk ko.
yg nombor family sumer tuh, ko antar sms setiap sorang ckp nombor nih akan di matikan... nombor baru akan di update kelak (if at all). pastuh ko kasik list nombor tepon tuh kat laki ko... senang dia nak dail kat public phone...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #945 kikilalat's post
Saya amat bersetuju dengan cadangan kiki... suruh suami Ziela simpan syiling banyak-banyak lam pocket, senang nak call awek nanti kat public phone |
|
|
|
|
|
|
|
"..kdg2 terlintas ugutan suami yg sy akan susah bersalin sbb menderhaka kat dia..."
Menderhaka yang bagaimana? Tidak menanggung suami itu menderhaka? TIDAK.
Menarik balik segala kemudahan untuk suami seperti telefon, kereta. motor dan sekaligus menghalang dia membuat maksiat itu menderhaka? TIDAK.
Berkasar/meninggikan suara/bermasam muka dengan suami sewaktu bergaduh itu menderhaka? YA/MUNGKIN.
Tidak ikhlas berbakti untuk suami itu menderhaka? YA/MUNGKIN.
Mengungkit-ungkit segala kebaikan yang diberi kepada suami itu menderhaka? YA/MUNGKIN.
Tidak mengikut kehendaknya itu derhaka? Jika kehendaknya itu seperti yang digariskan agama, YA...tetapi jka kehendaknya itu di luar batasan agama (contohnya, Ziela sudah tidak mahu menanggung telefonnnya yang diguna lebih kepada untuk buat maksiat bukannya untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga), TIDAK.
Cubalah Ziela tanya kepada suami dan juga kepada diri sendiri...
Suami tidak pernah sembahyang, tidakkah itu menderhaka kepada Tuhan namanya? YA.
Suami mengabaikan amanah yang diberikan Tuhan kepadanya iaitu Ziela dan anak yang bakal dilahirkan, melayan Zura dengan sebegitu kejam sekali, tidakkah itu menderhaka kepada Tuhan namanya? YA.
Suami berbuat maksiat, di depan mata dan di belakang Ziela, masih mahukan berseronok2 dgn yang haram walaupun yang halal ada di rumah, tidakkah itu menderhaka kepada Tuhan namanya? YA.
Saya tidak kata segala penderhakaan suami kepada Tuhan itu lesen kepeda Ziela untuk menderhaka kepadanya, dan saya sekali-kali tidak mengesyorkan Ziela menderhaka kepada suami tetapi bijaklah dalam memahami definisi derhaka. Hanya Allah sahaja yang menilai Ziela derhaka atau tidak, suami boleh kata macam-macam, tapi akhirnya Allah jua yang menilai, apa yang ada dalam hati Ziela, apa yang ada dalam hati suami.
Saya tahu sukar kini untuk Ziela mengikhlaskan hati untuk berbakti kepada suami (seperti yang ditetapkan syara' saja ya, bukan berbakti membuta-tuli hanya kerana sayang/ketakutan tanpa tahu hukum dan kewajaran), tetapi cubalah sebaik mungkin di dalam sisa-sisa waktu sebelum Ziela keluar dari segala kesulitan ini. Hanya yang ikhlas sahaja yang dinilai nanti. Jika buat kerana terpaksa, atau juga mungkin diungkit-ungkit nanti, buat penat badan sahaja, pahala tak dapat pun, buat apa?
Buat dengan ikhlas, tidak perlu diungkit-ungkit sama ada kepada suami atau orang lain, kecuali kepada hakim di mahkamah nanti (jika Ziela sudah bulat hati untuk berpisah), mengadulah kepada Tuhan sahaja. Sukar untuk mengunci mulut sebenarnya, lagi sukar pula untuk mengikhlaskan diri dalam keadaan diri dianiaya begitu tapi fikirlah, itu lebih baik, kerana balasan kepada keikhlasan itu hanya datang dari Tuhan. Teruskan lah juga memperbaiki segala kelemahan diri yang mungkin menyumbang kepada suami bersikap seperti dia yang hari ini. Mungkin menjadi untuk merubah suami, mungkin juga sudah terlambat, tapi itu tidak penting, yang utamanya Ziela puas hati. Sesiapa pun merasa puas hati jika mampu memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.
Yang pentingnya, Ziela ambil tindakan untuk merubah keadaan, tidak membiar diri diperbodoh dan diperhambakan lagi, dan carilah kekuatan diri, walau selama mana pun tempoh yang diambil. Sejujurnya, jika saya, sudah lama saya angkat angkat kaki, buat apa saya menanggung biawak hidup, hendak seks dapat, hendak duit/kemudahan dapat...hanya semata kerana sayang, tapi Ziela bukan saya dan setiap orang ada cara dan "pace and degree of urgency" yang tersendiri untuk keluar dari sesuatu kesulitan. Yang pentingnya, ADA usaha walau sekecil mana dan ADA perubahan walau seperlahan mana.
Oh ya, tidak bijak sebenarnya terus menyimpan sim card itu kerana bilnya masih perlu dibayar walaupun tidak diguna. Untuk apa dibazirkan wang membayar bil sesuatu yang tak diguna? Berkiralah setiap ringgit dan sen mulai hari ini, kerana ada mungkin anak itu nanti sepenuhnya ditanggung oleh Ziela tanpa sedikit pun dibantu suami, seandainya ditakdirkan Ziela berpisah nanti. Mengikut pengalaman mereka yang pernah di dalam keadaan seperti Ziela ini, jika semasa berkahwin pun tidak bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak, usahlah diharap si suami ini tiba-tiba menjadi manusia bertanggungjawab selepas tiada lagi ikatan suami isteri. Arahan mahkamah pun mereka tidak takut, inikan pula jika isteri tidak membawa kes tuntutan nafkah ke mahkamah.
Biarlah, itu urusan mereka dengan Tuhan, yang pentingnya kita tahu hak kita dan hak anak kita, dan berjuanglah demi hak secara maaruf...jika mereka masih ingkar walau kuat mana pun kita berjuang, pujuklah hati sendiri kerana sekalipun mereka terlepas daripada mahkamah dunia, mahlamah akhirat masih ada dan tiada sekelumit ruang pun untuk mereka melepaskan diri kelak.
Kepada kikilalat, saya pun pernah bodoh sebenarnya, kini tidak lagi... dan segala apa yang saya utarakan kepada Ziela ini hasil daripada pengajaran yang saya dapat daripada episod kebodohan saya sebelum ini... walaupun tidak sekronik keadaan Ziela, tapi saya sudah cukup belajar...been there, done that, moved on...
Saya rasa seperti radio buruk pula, dalam masa kurang 12 jam sudah 2 komen panjang berjela bebelan dari saya... saya rasa saya perlu berhenti dahulu di sini...takut page ni penuh dengan mesej saya saja.... gila kuasa namanya tu... , nantilah ada masa saya bebel lagi...
p/s: Ziela jgn pening kepala ya baca nasihat berjela saya, kami semua cuma mahukan Ziela bahagia, di dunia dan terutama di sana nanti..sukar memang sukar, tapi kita semua diberi akal pertimbangan kan? Gunalah sebaik mungkin. Kami cuma mampu memberi input, dari segala sudut pandangan, namun segala keputusan terletak di tangan Ziela. Sekali lagi, kita semua diberi akal pertimbangan kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kikilalat at 21-5-2008 10:22 AM 
ko potong gaji and bayar hutang kat maner? bank?
aku cadangkan ko pi HR, buat surat ker haper... suruh terminate potong gaji ko tuh. btw nama pemilik motor tuh nama saper?
nombor tepon tu ...
duit motor tu dia akan potong terus dr akaun maybank sy tanpa melibatkan payslip...sy kena pastikan dlm akaun maybank sy ada duit je...
andai kata sy keluarkan semua duit sy dr akaun bank nnti nama sy black list lg ssh terus sy x leh guna services maybank....
motor atas nama sy... |
|
|
|
|
|
|
|
Ziela,
Dr most posting2 kat sini, kami sume sygkan ziela sbg kwn (wpun alam maya), sbg saudara seagama, sbg sesama kaum hawa...kami mahukan yg baik2 sj utk ziela lalui selepas ini...
It's not bad at all being a single mother...or janda! Apatah lg u masih muda...
Just doakan jpdoh yg lebih baik selepas ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ziela657 at 21-5-2008 12:12 PM 
duit motor tu dia akan potong terus dr akaun maybank sy tanpa melibatkan payslip...sy kena pastikan dlm akaun maybank sy ada duit je...
andai kata sy keluarkan semua duit sy dr akaun bank ...
Motor nama u, tp sapa yg pakai? Ada tak kegunaan motor tu byknya utk kesenangan u?
If tiada kegunaan pun pd u motor tu, jual je balik...habis citer. Duit ansuran tu u boleh buat simpanan!
Andai tiada kegunaan motor tu pd u, tp masih nak maintain, nampak sgt u masih kesian pd hb u...bg lg hb u peluang perbodohkan u, pijak kepala u...
So, wake up! |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan saya:
Handphone itu, hubungi Maxis dan laporkan saja hilang tanpa perlu pergi service centre, automatik ditamatkan perkhidmatan tanpa perlu sebarang dokumen. Setahu saya, Maxis cuma perlukan nombor kad pengenalan Ziela dan di mana tempat hilangnya, itu sahaja. Dalam beberapa minit saja sudah selesai.
Motorsikal itu, jika maju terus bayar, bayar saja tapi berikan kepada kaum keluarga Ziela atau pun boleh dijual saja jika ada orang yang hendak, hasil jualan itu gunakan untuk selesaikan ansuran itu, mungkin akan masih ada baki, tapi sekurangnya beban Ziela makin berkurang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #948 ziela657's post
aku rasa bukan maybank yg akan blacklist ko... ko pi maybank and buat stop standing instruction (SI) nyer order jer ler... ko pakai maybak2u.com utk buat SI tuh tak?... kat situ pun ko bley cancel SI ko...
pastuh ko pegi ke kedai jual motor tuh, suruh dia tarik balik... ko kasik jer ler alasan takder duit dah nak bayar ker haper... |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan saya:
Handphone itu, hubungi Maxis dan laporkan saja hilang tanpa perlu pergi service centre, automatik ditamatkan perkhidmatan tanpa perlu sebarang dokumen. Setahu saya, Maxis cuma perlukan nombor kad pengenalan Ziela dan di mana tempat hilangnya, itu sahaja. Dalam beberapa minit saja sudah selesai.
Motorsikal itu, jika maju terus bayar, bayar saja tapi berikan kepada kaum keluarga Ziela atau pun boleh dijual saja jika ada orang yang hendak, hasil jualan itu gunakan untuk selesaikan ansuran itu, mungkin akan masih ada baki, tapi sekurangnya beban Ziela makin berkurang |
|
|
|
|
|
|
|
mendapppppppppp... teh? ko kat ner? buat keja ek??  |
|
|
|
|
|
|
|
Double posting pulak tadi...dan macam sepesen pulak cadangan-cadangan kita ya? 
Tapi yelah, kadang-kadang bila kita di dalam keadaan serabut, penyelesaian yang paling mudah dan paling nyata pun di depan mata kita tak mampu nampak atau mungkin tiada kekuatan untuk laksanakan, kecuali bila ada yang tunjukkan kepada kita..dan kita sejenak itu akan kata..."kenapalah aku tak terpikir untuk ke arah itu?"
KUAT YA ZIELA...ZIELA MESTI KUAT. ZIELA TIADA PILIHAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana Mod ramai2 dalam FD ni. Tak ada kredit ke untuk post #934 & #947 ? |
|
|
|
|
|
|
|
semlm aku tunggu suami aku balik keje...dlm keadaan perut yg x berapa sedap aku harap sgt aku x bersalin sbb aku duduk srg2 kat umah...suami aku x tel lgsg tanya khabar anak dlm perut ni pun x...aku tunggu dia blk smpi kul 3pagi...nmpk nya mcm dia x kan balik mesti marah sbb aku ambil sim card dia...pg td waktu aku bgn kul 6pagi aku tgk bilik satu lg terkunci bermakna suami iaku dh blk entah kul bpe lah dia blk pg td....aku ambil kunci master (aku ada semua kunci2 umah) aku buka pintu bilik aku tgk suami aku tido lena rasa nk aje peluk dia mungkin sbb aku rindu tp aku keraskan hati...ingat benda2 jahat yg dia buat kat aku....aku yg dlm keadaan mcm pencuri tu buka beg dia ambil kunci motor aku bwk masuk kebilik aku...aku kunci semula pintu bilik..
dlm perjalanan ke tempt keje td aku tertanya2 samada tindakan yg aku buat ni betul @ x...perasaan aku ketika ni bercampur2...syg,rindu,kesian,marah,geram semua menjadi satu...tp bila aku kenang blk ape yg dia lakukn pd aku...aku rasa tindaka aku ni berbaloi...cuma sekrg ni aku kena ambil risiko berani aku buat beranilh aku tanggung...aku x tahu ape tindakan yg dia akn ambil...mungkin akn tinggalkn aku trus....aku x tahu...
yg pastinya aku akn melalui detik2 bersalin aku keseorangan.....aku dh kemas semua brg2...andai kata aku ditakdirkn bersalin awal akn aku gagah utk bawa kereta @ ketuk pintu jiran sebelah utk minta bantuan...aku harap Allah akn memudahkn aku bersalin nnti....aku akn jaga ank ni baik2...kami akan bergantung di ant satu sama lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #957 ziela657's post
aku dah cakp...ada laki pun..belum tentu nko bersalin ada dia kat sebelah  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #957 ziela657's post
the best action of the day...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #960 cienoet's post
dan belum tentu, dia berubah bila dah ada anak... |
|
|
|
|
|
|
|
Ziela .... akak mendoakan agar dipermudahkan segala urusan bila nak bersalin nanti. Allah maha mengetahui segala rintihan insan yang teraniaya mcm Ziela. Pedulikan lah suami Ziela tu, dah dinasihatkan pun tak makan saman. Fokus untuk diri Ziela dan anak yg bakal lahir. Perbanyakkan doa....insya Allah semuanya selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhhh...ssh btl nk harungi hari ni...buat keje pun air mata menitik2.....Ya Allah kuatlah hamba mu ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|