Edited by seribulan at 27-6-2022 09:37 PM
Kenyataan Akhbar KPK 27 Jun 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 25 (19 – 25 Jun 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JUNE 27, 2022
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 11% pada minggu epidemiologi (ME) ke-25 tahun 2022 (ME 25/2022) berbanding ME 24/2022 (Rajah 1); Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 1/2022 sehingga ME 25/2022
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 28% (Rajah 2); - Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 14%; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 45%.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 populasi dari ME 1/2022 hingga ME 25/2022
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 tiada perubahan berbanding ME-24 (Rajah 3): - Katil bukan kritikal tiada perubahan;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) tiada perubahan.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 25/2022
Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1% (Rajah 4): Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 25/2022
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) KKM ingin memaklumkan bahawa, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan trend peningkatan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 24/2022 dan ME 25/2022 (Rajah 5): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 22.0%;
- Bilangan kes COVID-19 baharu
- baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 16.5%; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 18.9%.
Rajah 5:Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan ke PKRC atau hospital dari ME 8/2022 hingga ME 25/2022
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1% pada akhir ME 25/2022 berbanding pada akhir ME 24/2022 (dari 27,247 kes kepada 34,639 kes); seperti di Rajah 6: Rajah 6: Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya berdasarkan keadaan klinikal pesakit dari ME 1/2022 hingga ME 25/2022
STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 25 Jun 2022 (ME 25/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,554,661;
- Kumulatif kes sembuh: 4,490,907 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,745 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,019 kluster (kluster aktif: 8 kluster).
Perbandingan antara ME 24/2022 dan ME 25/2022: - Bilangan kes sembuh pada ME 25/2022 meningkat sebanyak 33.8% (10,524 kes kepada 14,078 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 25/2022 meningkat sebanyak 10.9% (14,195 kes kepada 15,739 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 7.1% (14,187 kes kepada 15,201 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 67.3 kali ganda (8 kes kepada 538 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 25/2022 menunjukkan penurunan kepada 38.1% (21 kes kepada 13 kes) berbanding ME 24/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 25/2022 adalah 26,946 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 12.1% berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 sehingga ME 25/2022
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 sehingga ME 25/2022
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/06/rajah-9.png?w=941)
Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari ME1/2022 hingga ME 25/2022
NILAI RT Purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.9% pada ME 25/2022 berbanding ME 24/2022 (Rajah 10). Rajah 10: PurataNilai RT tahun 2022 sehingga ME 25/2022
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19 KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 25/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: - Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dalam trend statik sebanyak 6.0% pada ME 25/2022 dari ME 24/2022 (Rajah 11); dan
- Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 pada ME 25/2022 menunjukkan trend menurun daripada 4.4% pada ME 24/2022 kepada 0.0% pada ME 25/2022 (Rajah12).
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari klinik kesihatan sentinel sehingga ME 25/2022
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 25/2022
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara. KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 27 Jun 2022 @ 10.00 pagi
|