Post Last Edit by Eiman_Syami at 4-3-2012 22:22
Akim tak pernah cintai Stacy
Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
[email protected]
SAYA tidak pernah bercinta dengan Stacy tetapi saya akui hubungan kami rapat. Jadi bila timbul cerita kami bercinta, saya rasa pelik. Mungkin orang nampak kami rapat dan orang anggap kami bercinta," jelas Akim saat ditebak dengan persoalan cinta baru-baru ini. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum dengan 'cerita cinta' mereka. Hubungan rapat yang terjalin sejak rasmi bergelar anak seni tidak pernah habis diperkatakan apatah lagi mereka sama-sama popular.
Tidak mudah melenting dengan pelbagai asakan soalan yang melemaskan, Akim menjelaskan dia masih lagi solo dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana gadis termasuklah Stacy. "Belum jumpa orang yang betul-betul saya suka rasanya. Saya tak suka perempuan yang manja dan mengada-ngada. Kalau boleh saya nak cari teman istimewa yang boleh berdikari. "Saya faham peminat nak tahu dengan siapa saya berkawan, dengan siapa saya berkasih dan macam-macam lagi. Kalau betul dah ada nanti akan saya dedahkan," kata Akim tertawa.
Melihatkan perjalanan seni yang semakin berkembang, ramai yang mula perasan populariti Akim kian tenggelam sejak kebelakangan ini. Ramai yang melihat kehadiran muka-muka baru dalam industri seni telah menenggelamkan nama Akim sedikit demi sedikit. Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut Akim cukup terkesan dengan soal itu. Tetapi baginya itu bukan satu isu yang besar memandangkan dia kini sudahpun muncul dengan album baru yang sudah menjengah di pasaran bermula bulan ini.
"eminat saya masih lagi seperti dulu. Saya tahu mereka masih menyokong kerjaya seni saya di samping menantikan album sulung yang tertangguh selama tiga tahun. "Ini cabaran bagi penyanyi macam saya. Soal populariti memang menjadi keutamaan untuk meneruskan kelangsungan karier. Dengan adanya produk yang tak putus-putus, itu dapat membuatkan saya bertahan.
"Lagi satu saya kena terima hakikat ini. Lumrah bila ada orang baru peminat kita akan beralih arah. Jadi apa yang penting adalah untuk mengekalkan kesetiaan yang lama dan tarik minat orang baru," jelasnya yang muncul dengan album Akim.
Ramai yang percaya bakat yang dimiliki oleh Akim masih boleh digilap dan pergi lebih jauh seperti yang berlaku pada Hafiz. Mereka sama-sama 'keluar' daripada program AkademiFantasia musim ke tujuh dan sudah pasti masing-masing sering kali dibandingkan oleh peminat.
Tidak menganggap isu perbandingan itu boleh mencalarkan hubungan baik mereka, Akim menegaskan yang dia memang cemburu dengan kejayaan yang diraih Hafiz menerusiAnugerah Juara Lagu baru-baru ini. Malah kejayaan yang lebih manis apabila rakan baiknya itu mampu mempertahankan kategori vokal terbaik dua tahun berturut-turut. "Sebagai kawan saya memang cemburu dengan kejayaan Hafiz. Dia pergi jauh dan membuktikan yang dia mampu meraih kejayaan yang luar biasa berbanding dengan penyanyi baru yang lain.
"Tipu kalau saya cakap saya tak mahu berjaya seperti dia. Cuma mungkin jalan yang saya kena lalui sedikit panjang jika dibanding dengan dia. "Tapi saya bangga dengan kehebatan Hafiz. Dia dah buktikan yang penyanyi realiti macam kami juga ada bakat dan ada potensi besar untuk berjaya. "aling tidak, orang tak boleh anggap semua penyanyi realiti sebagai mi segera yang muncul hanya seketika dalam industri ini. Platform yang ada telah digunakan sebaik mungkin untuk terus memacu kejayaan," jelas Akim yang akan menyertai program terbaru, Mania.
Menyentuh soal album baru pula, kata Akim, album tersebut memuatkan 11 buah lagu termasuk tiga lagu lama yang menjadi single sebelum ini. "Semua pemilihan lagu saya buat sendiri. Sejak tiga tahun lalu, saya banyak mengumpulmaterial untuk dimuatkan dalam album baru. Kalau tak ada aral melintang album ini akan berada di pasaran April ini," jelasnya.
credits: Utusan Malaysia
Hurmmm kata Mac...postpone lg... ke..April la pulak...
. |