CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 18-3-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hatida replied at 12-3-2022 01:05 PM
TT nnt translate lg citer pasal penyelam dasar laut... pengalaman diorang as a penyelamat ke, scuba  ...

Mcm ada thread berkenaan kisah penyelam laut dlm..
Cuba cari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lamer tak jengah .. kali tgk banyak cerita..
Terima kasih tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2022 04:54 PM | Show all posts
Werewolf of Morbach : Serigala Jadian Terakhir (?)

Kisah ni aku dapat semasa aku tinggal di Jerman, dan kebetulan memang Morbach ni sebuah daerah di Jerman yang tak berapa jauh dari tempat aku tinggal masa tu.  Kisah ni sangat popular di kalangan tentera Amerika sebab orang terakhir yang nampak serigala ni adalah seorang tentera udara Amerika. Tapi sebelum tu ada baiknya aku cerita serba sedikit tentang latar belakang Morbach ni.

Kisah ni bermula seawal 1800an, semasa perang Napoleon tu.  Masa tu, negara Jerman pun tak wujud lagi, sebaliknya Jerman waktu tu merupakan pecahan dari Empayar Rom.  Jadi di Jerman masa tu ada banyak negeri-negeri kecil yang masih merdeka dan belum bersatu lagi dan negeri-negeri ni akan menjadi sekutu kepada kuasa besar lain, ada yang jadi sekutu Prussia, bersekutu dengan Empayar Austo-Hungary ataupun dengan rejim Perancis.  Kebanyakan negeri yang terletak bahagian barat daya ni dah memang ada hubungan sejarah dan budaya dengan Perancis masa tu, jadi bila Napoleon kembali berkuasa, negeri-negeri ni bersekutulah dengan Perancis.  Napoleon sebagai pemerintah Perancis masa tu bercita-cita nak takluk Rusia, jadi sekutu-sekutu Jerman dia pun ikut sekali Napoleon pegi ke Rusia.

Malangnya, kempen penjajahan Napoleon tu berakhir dengan kekalahan yang sangat teruk.  Ramai tentera-tentera Napoleon masa tu mati sebab cuaca Rusia yang sejuk melampau, tentera Napoleon juga kekurangan bekalan sebab Rusia amalkan polisi 'bakar tanah', yang mana Rusia akan bakar mana-mana kampung, ladang, stesen keretapi atau apa-apa jelah yang boleh bekalkan barangan keperluan untuk Perancis.  Sepanjang pengunduran Napoleon tu pun, tentera Perancis tak habis-habis kena serang hendap dengan Rusia, jadi ramai tentera-tentera Perancis terutamanya dari negeri-negeri bersekutu tu ambil keputusan nak tinggalkan je bala tentera Perancis.

Salah seorang tentera tu adalah Thomas Johannes Baptist Schwytzer yang berasal dari Alsace. Alsace ni asalnya milik Jerman tapi diberikan kepada Perancis dan sekarang kekal jadi milik Perancis.  Thomas nak lari ke barat, dan kebetulan dia terserempak dengan tentera pelarian dari Rusia, dah semua pun pelarian diorang ni pun bergabunglah jadi perompak jalanan.  Sambil-sambil nak ke barat tu, mereka akan merompak mana-mana rumah yang diorang jumpa.  Sehinggalah mereka sampai ke Kampung Wittlich, kumpulan ni terjumpa sebuah rumah ladang yang jauh dari jiran-jiran.  Pada mulanya mereka cuma nak merompak je, tapi berlaku sedikit pergelutan dan keluarga petani yang mendiami rumah itu habis dibunuh oleh perompak-perompak ni. Isteri petani itu sempat menyumpah Thomas, "mulai dari hari ini kau akan bertukar menjadi serigala gila di setiap malam bulan purnama, dan semua orang akan nampak kau sebagai seekor raksasa!'.  Thomas pun bunuh isteri petani tu dengan memecahkan tempurung kepalanya.

Sejak tu, Thomas mula berubah, dia jadi lebih ganas, dia dah tak rasa bersalah nak membunuh dan merogol mangsa-mangsanya.  Thomas dan jadi makin melampau sampaikan ahli kumpulan dia pun dah tak boleh terima dia, lalu Thomas pun dihalau dari kumpulan tu.  Thomas cuba nak menyertai kumpulan penjenayah lain, tapi penjenayah pun tak boleh nak terima dia sebab dia terlampau ganas dan tak boleh dikawal, akhirnya Thomas melarikan diri masuk ke dalam hutan.

Memang betul sumpahan isteri petani tu, pada satu malam bulan mengambang, Thomas bertukar menjadi serigala jadian.  Sejak tu, banyak laporan tentang kehilangan binatang ternakan dan jugak manusia, orang kampung situ pun dah faham sendiri jangan keluar rumah malam-malam terutamanya di malam bulan mengambang kalau sayangkan nyawa.  Nak dijadikan cerita, pada satu malam ni, anak perempuan seorang petani di situ yang bernama Elizabeth Beierle tengah jalan kaki di waktu malam seorang diri, Thomas nampak dia, Thomas tangkap Elizabeth ni dan rogol si Elizabeth ni. Tapi nasib baiklah Elizabeth ni panjang nyawa lagi.  Beberapa hari kemudian, agaknya mungkin dah tak tahan dengan si Thomas ni, orang kampung berpakat ramai-ramai nak bunuh Thomas.  Mereka masuk ke dalam hutan, dan cuba mengepung Thomas, tapi Thomas berjaya lari sampai masuk ke kawasan kampung Morbach.  Di situ, Thomas akhirnya berjaya dibunuh oleh orang kampung tu.  Di tempat di mana Thomas menghembuskan nafas terakhir, orang kampung mendirikan satu tugu kecil ni dan atas tugu tu dinyalakan sebatang lilin.  Dikhabarkan bahawa ada legenda menyatakan, selagi mana lilin tu masih menyala, selagi itulah serigala jadian tu takkan muncul lagi.

Habis ape kene mengene legenda pasal serigala jadian ni dengan tentera Amerika? Pada satu malam di tahun 1988, ada beberapa orang tentera udara yang berpengkalan berdekatan dengan Morbach tu tengah dalam perjalanan balik nak ke kem mereka.  Mereka kene lalu tugu kecil tu dan masa tu diorang ni terperasan, eh kenapa lilin dalam tugu tu dah terpadam?  Ada seorang tentera Amerika tu dia pernah dengar cerita tentang serigala jadian tu, tapi tentera-tentera tu anggap ah benda tu tahyul je diorang siap gurau-gurau lagi, habisla serigala jadian tu dah muncul balik.  Diorang pun balik la ke kem. Malam tu, kecoh satu kem sebab penggera keselamatan di kem tu tiba-tiba berbunyi tanda ada pencerobohan.  Tentera-tentera pun di hantar ke kawasan pagar tu. Seorang tentera ni mendakwa dia nampak ada satu makhluk berbulu hitam merenung dia sebelum makhluk tu melompat dengan mudahnya melepasi pagar setinggi 3 meter tu.  Tentera siap bawak anjing pengesan ke lokasi tu, tapi sebaik sahaja anjing tu tercium bau makhluk tu anjing tu terus menggigil ketakutan dan enggan nak bergerak ke mana-mana. Dikhabarkan anjing pengesan tu sampai trauma dan terpaksa dibersarakan sebab lepas kejadian tu anjing tu dah tak boleh nak jalankan tugas dia.  Memang kecohla satu kem malam tu, dan esoknya diorang pun pasang balik lilin tu dan sejak tu takde dah gangguan seumpama itu lagi....

Sehingga sekarang, tugu kecil tu masih ada lagi dan lilinnya sentiasa dipastikan tidak terpadam oleh penduduk tempatan.  Korang masih boleh lawat tugu tu kalau kebetulan pegi ke Morbach tu.

Pastu ingat tak gadis yang dirogol oleh Thomas tu? Gadis tu termengandung dan melahirkan seorang anak lelaki bernama Martin.  Keluarga Beierle masih wujud lagi dan ada yang masih tinggal di Morbach, sehingga sekarang keluarga ni mengaku diorang nilah keturunan serigala jadian terakhir tu tapi tiada sorang pun keturunan Thomas yang mewarisi sumpahan itu.  Jadi sukar untuk menyatakan adakah kisah serigala jadian terakhir ni cuma metaforikal ataupun betul-betul terjadi....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-3-2022 04:54 PM
Werewolf of Morbach : Serigala Jadian Terakhir (?)

Kisah ni aku dapat semasa aku tinggal di Jerman, ...

Kemon tt msih mnunggu cerita seram..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2022 11:52 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 29-3-2022 11:55 AM

Gereja di Ireland

Kampung aku di Ireland ada sebuah gereja yang dikatakan dibina di atas bekas tapak pemujaan pagan zaman dulu-dulu.  Mengikut ceritanya, atas tapak tu dulu penah dijalankan ritual yang agak kejam, iaitu ritual yang melibatkan korban kanak-kanak dan bayi.  Bagi aku tu semua mengarut la walaupun orang sebelum kami ni pagan takkanlah pagan sekejam itu, tapi bagi orang-orang tua khususnya diorang memang percaya dengan kisah tu.

Apepun, kalau korang masuk gereja tu, korang memang akan rasa lain macam skit.  Masuk-masuk je bulu roma terus merinding gitu, seolah-olah dalam gereja tu penuh dengan elektrik statik. Masa tengah menghadiri ceramah atau mass, lampu dalam gereja tu berkelip-kelip, mikrofon yang digunakan oleh pader pun kejap bukak kejap tutup padahal takde orang usik suisnye pun.  Yang agak pelik tu benda ni cuma terjadi semasa paderi kami angkat cawan suci atau communion sambil menuturkan doa.  Bila sampai bahagian doanye 'Body of Christ' masa tulah gangguan elektrik tu terjadi.  Bila panggil juruteknik diorang kata semua ok takde masalah pun.

Lagi satu, kalau korang bawak bayi masuk ke gereja ni, bayi tu automatik akan menangis beriya-iya, tahap melalak-lalak macam tengah dalam kesakitan.  Aku tak pernah la menyaksikan dengan mata kepala aku sendiri insiden bayi menangis tu, orang lain yang nampak tapi aku yakin mungkin sebab tu takde orang kampung aku nak bawak bayi mereka masuk gereja ni. Tak seperti gereja-gereja lain, kat gereja aku pun takde kolah kecil untuk membaptiskan bayi.



Kenapa takde? Orang kampung percaya ianya ada kaitan dengan kisah seorang ibu malang bernama Margaret Kinnane.  Pada hari Easter tahun 1890, Margaret hadir ke gereja yang masa tu kosong takde orang bersama-sama seorang bayi baru lahir.  Margaret berniat nak baptiskan anak dia sorok-sorok.  Sebabnye Margaret dah beranak anak luar nikah, masa tu kan zaman kuno lagi jadi takde paderi yang sanggup nak baptiskan anak luar nikah sebab pada diorang budak tu dah lahir dalam dosa. Kecuali paderi di kampung aku tu, seorang paderi yang dah tua tapi lembut hatinya, dia bersetuju nak baptiskan bayi Margaret tapi dia suruh Margaret datang ke gereja tu sebelum waktu matahari terbit sebab taknak orang lain nampak.  

Margaret pun datanglah ke waktu yang dijanjikan.  Sampai-sampai je gereja tu, paderi tu dah siap-siap tunggu dah depan kolah pembaptisan tu memakai jubah dia dan kepalanya ditutup dengan hud jubah tu.  Margaret pun serahkan bayi dia kepada paderi tu, paderi tu pun celup-celup bayi Margaret ke dalam air suci.  Legalah hati Margaret sebab bayi dia dah masuk Kristian, tapi tengah upacara tu, tiba-tiba pintu utama gereja tu terbuka. Margaret menoleh ke arah pintu itu, dia dah mula rasa panik sebab dia ingatkan orang kampung nak serang dia sebab dah cemarkan kesucian gereja tu buat upacara pembaptisan untuk anak luar nikah.  Rupa-rupanya yang bukak pintu tu adalah paderi tua tu.  Terkejutlah Margaret.  Paderi tua tu memandang ke arah belakang Margaret, dia cuba nak berkata sesuatu apabila tiba-tiba wajahnya mengerekot menahan kesakitan seolah-olah diserang sakit jantung. Paderi tu rebah tak bergerak-gerak.  Margaret memalingkan pandangan dia ke depan pulak, tapi 'paderi' yang pegang bayi dia tadi dah ghaib! Bayi Margaret terapung-apung dalam kolah pembaptisan tu. Bayi Margaret mati lemas dalam kolah tu. Margaret menjerit kesedihan sekuat-kuat hatinya, dikatakan jeritan Margaret tu dapat didengari sampai 5 batu jauhnya.

Adakah sebab itu bayi tak suka masuk gereja itu? Entahle....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2022 02:06 PM | Show all posts
Kisah Seorang Polis di London
Aku seorang polis yang ditugaskan dalam Unit Tindakan Kecemasan di sebuah kawasan di London yang boleh tahan sibuknya. Pada suatu malam kami dapat panggilan kecemasan dari seorang orang awam, pengadu tu kata dia terdengar suara menjerit dan bunyi bising dari sebuah unit rumah flat di tingkat atas.  Pengadu tu kata bunyinya macam ada laki bini bergaduh, jadi aku dan rakan setugas aku malam itu pergilah ke flat tu.



Mula-mula, kami pergi ke rumah pengadu tu dulu. Pengadu tu pun cakaplah bunyi bising tu datang dari tingkat atas, jadi aku pegi naik tingkat atas tu sorang diri sementara rakan aku tu tunggu di rumah pengadu.  Aku naik ikut tangga je dan sepanjang perjalanan naik tu memang aku tak dengar bunyi apa pun apatah lagi bunyi pertengkaran.  Aku sampai ke rumah yang dimaksudkan. Aku ketuk pintu, agak lama jugak aku menunggu apabila pintu rumah tu dibuka oleh seorang nenek tua yang nampak sangat baru terjaga dari tidur. Nenek tu agak terkejut sebab nampak aku dalam pakaian seragam polis tu.  Aku pun ceritalah kat nenek tu macam mana kitorang dapat aduan yang rumah nenek ni bising sangat sampai mengganggu ketenteraman awam. Padahal masa aku dah sampai ke rumah nenek tu bunyi bising tu dah takde dah.

Nenek tu pun terpinga-pingalah jugak, nenek tu cakap dia duduk sorang diri dalam rumah ni. Aku pun mintak izin nenek tu boleh tak aku nak masuk rumah nenek tu kejap, nenek tu pun persilakan aku masuk.  Rumah flat nenek tu kecik je, flat 2 bilik tidur, dan rumah tu gelap gelita sebab cuma lampu kecil tepi katil dan lampu depan pintu masuk je yang dipasang.  Aku pun menjelajah ke setiap bilik dan ruang yang ada dalam rumah tu, aku baru nak bukak pintu bilik terakhir apabila rakan aku menghubungi aku melalui radio.  Rakan aku macam cemas sangat, dia tanya adakah aku okay kat atas tu sebab sekarang ni dia nak naik atas. Aku pun cakap kat dia tak perlulah sebab keadaan okay je, tak jumpe pun pasangan yang bertengkar tu.  Flat ni senyap sunyi je.  Rakan aku kata dia tak percaya sebab dia dan pengadu kat tingkat bawah tu sama-sama terdengar bunyi bising orang bergaduh tu makin kuat, siap ada bunyi orang bergelut kena tumbuk.

Aku dah rasa seram sejuk dah. Eh mustahillah sebab flat tu memang sunyi sesunyi sunyinya.  Dahle gelap gelita, pastu sejuk beku sampai tahap aku bernafas je keluar asap.  Aku teruskan pencarian di bilik terakhir, aku akui bulu roma aku menegak bila aku bukak pintu tu. Aku cuma jengah suluh-suluh macam tu je, nak masuk tak berani sebab entahlah aku memang rasa tak sedap hati masa tu. Rakan aku hubungi aku balik, dia cakap bunyi bising tu dah takde.  Ngam-ngam aku bukak pintu bilik terakhir tu.  Aku saja nak uji aku tanya rakan aku, dengar tak bunyi tapak kaki aku? Dia kata dengar je.

Aku pun keluar dari rumah tu tapi aku sempat mintak maaf kat nenek tu sebab kejutkan dia dari tidur.  Syukurlah gangguan malam tu berakhir tapi sampai sekarang aku dan rakan aku tak tau macam mana nak jelaskan pasal kejadian bunyi bising tu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2022 05:13 PM | Show all posts
Annie Moats

Aku membesar di Pergunungan Appalachian. Appalachian ni paham-paham lah dah memang kawasan taman negara paling besar dan panjang di USA, jadi memang tak heran la kalau ada benda-benda pelik jadi kat tempat ni.  Walaupun aku anak jati sini aku pun tak terlepas dari kene kacau jugak.  Pengalaman aku ni terjadi kawan aku pada awal 2000an dulu. Tapi sebelum tu aku nak cerita latar belakang lokasi kawan aku kene kacau tu.

Pada penghujung 1800an ada seorang wanita bernama Annie Moats yang tinggal di belah Virginia ikut laki.  Ikutkan Annie Moats ni berasal dari sebelah West Virginia.  Malangnya suami Annie ni kaki pukul, dan agaknya sebab tak tahan sangat kena dera, Annie ambil keputusan nak lari balik rumah makbapak.  Annie lari pada satu malam di musim sejuk tapi untuk sampai ke West Virginia tu, Annie kena mendaki gunung-ganang.  Dalam perjalanan tu terjadi ribut salji dan Annie akhirnya terperangkap dan mati kesejukan sebelum sempat sampai ke rumah makbapak dia.  Bagi memperingati Annie, satu memorial kecil ditegakkan di atas lokasi Annie menghembuskan nafas terakhir.  Aku ada tangkap gambar memorial tu tapi dalam telefon bimbit la pulak



Tempat dia mati sekarang ni dah jadi jalan hutan tapi penduduk-penduduk situ tau yang tempat tu dah berhantu.  Legenda menyatakan kalau korang tersesat kat kawasan itu malam-malam, roh Annie Moats akan muncul membawa pelita, korang ikut je hantu tu nanti ia akan bawak korang keluar dari tempat tu.  Ramai pemburu-pemburu mendakwa diorang selalu je nampak cahaya pelita terapung-apung kat kawasan tu.

Balik kepada cerita kawan aku pulak, kawan aku ni malam-malam suka meronda-ronda dalam hutan ikut jalan hutan, saja buang masa. Satu malam tu dia dan kakak dia lalu jalan hutan di kawasan kubur Annie Moats tu apabila tiba-tiba muncul seekor rusa dari hutan masuk ke jalan mereka. Yang peliknya rusa tu melutut, kaki depannya diturunkan seolah-olah tengah menyembah sesuatu.  Kawan aku ni punyalah terpana sampai dia tak sedar yang brek kereta pacuan 4 roda dia dah terbakar, padahal kawan aku bukan bawak laju pun.  Kawan aku pun berhentilah tepi jalan cuba nak padamkan api di tayar kereta dia, kakak dia yang tengah duduk dalam kereta pulak tiba-tiba menjerit-jerit, badannya bergerak-gerak dengan ganas seolah-olah macam tengah bergelut dengan sesuatu. Kawan aku dah panik, dengan tayar terbakar lagi, kakak dia dah macam kena rasuk lagi. Kawan aku akhirnya lompat masuk dalam kereta dan memandu keluar dari kawasan hutan tu, lantaklah kereta dia terbakar ke tak.  Lepas keluar dari kawasan hutan tu barulah kakak dia jadi tenang semula, tapi seluruh lengan dan bahagian belakang kakak dia macam ada kesan cakaran.  Aku pun nampak jugak kesan cakaran tu. Memang pelik mana datang cakaran tu sedangkan diorang berdua je kat situ.

Yang lagi pelik keesokan harinya kawan aku bawak kereta dia kat bengkel, tapi kata mekanik tu kereta dia elok je takde kesan kerosakan pun. Habis tu asap dan api apa dia nampak malam tadi? Itulah yang menjadi misterinya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 29-3-2022 02:06 PM
Kisah Seorang Polis di London
Aku seorang polis yang ditugaskan dalam Unit Tindakan Kecemasan di seb ...

Berani polis ni....nenek ni pun ntah2 tak sedar pun ada penghuni lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 29-3-2022 02:06 PM
Kisah Seorang Polis di London
Aku seorang polis yang ditugaskan dalam Unit Tindakan Kecemasan di seb ...

bkn hanya di Malaysia...bunyi bising2 tapi xda org pn
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin seram..
Tenkiu tt.. teruskan usaha tt translate kisah2 seram
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lady_bonia at 1-4-2022 04:45 PM

Terbaik TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2022 05:02 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 1-4-2022 05:03 PM

Hijabku Terbuka

8 tahun lalu, aku lepak-lepak di sebuah bar.  Atmosfera masa tu ceria dan seronok je yelah dah semua orang tengah mabuk-mabuk kan. Nak dijadikan cerita aku nak terkencing la pulak jadi aku pun pergilah ke tandas di bar tu. Nak ke tandas tu kena lalu  satu lorong dalam bangunan tu. Masa tulah aku ternampak ada seorang budak lelaki tengah berdiri di lorong tu. Budak tu aku rasa dalam lingkungan 6 ke 7 tahun, pakai seluar pendek hitam dan kemeja putih berbutang sampai ke leher dan berambut pendek. Masa tu dah jam 1 pagi, aku pun tanyalah budak tu, 'adik buat apa kat sini? Datang dengan siapa?'.  Budak tu tak menjawab soalan aku sebaliknya muka dia nampak macam terkejut sangat bila aku tegur dia.  Budak tu berdiri tegak je kat situ, pastu budak tu tiba-tiba ghaib macam tu je.  Terperanjatlah aku sampai gosok-gosok mata tapi  sebab masa tu aku pun ada minum-minum bir jadi aku beranggapan aku mabuk sangat dah ni sampai nampak benda bukan-bukan.




6 bulan kemudiannya, aku ditawarkan kerja sebagai bartender di bar yang sama.  Dah keja kat bar memanglah kerja aku ni memerlukan aku untuk melayan pengunjung bar sampai lewat malam.  Dahle aku baru lagi jadi memang tugas tutup bar pukul 3.30 pagi ni diberi pada aku.  Bar aku ni di tingkat bawah sebuah bangunan perniagaan.  Kadang-kadang bila bar dah takde orang dan aku masih di bar, aku selalu dengar bunyi budak-budak, sorang lelaki dan sorang perempuan, kat tingkat atas tu bermain dan berlari, siap gelak-gelak lagi tu.  Aku pun mengadu la pada bos aku, bos tingkat atas ni ada keluarga duduk ke? Kesian pulak anak-anak diorang terdedah dengan persekitaran mabuk-mabuk macam ni."Ko cakap ape ni?" bos aku bertanya balik pada aku siap pakej muka macam pelik. Bos aku cakap tingkat atas tu mana ada orang, aku pulak mati-mati tak percaya, jadi bos aku pun bawaklah aku naik ke tingkat atas.  Ye memang betul tingkat atas tu memang kosong jangankan orang perabot pun takde. Yang ada cuma sawang labah-labah. Aku dah rasa seram sejuk dah. Nasib baiklah masa tu kami naik ke situ waktu siang jam 4 petang.

Pada satu malam lepas kejadian tu, masa tu bar dah tutup dah tapi sebelum balik aku pergilah ke tandas dulu.  Dalam bar tu cuma ada aku sorang je, pintu utama bar pun aku dah kunci. Jadi tak mungkin ada orang boleh masuk.  Tengah memerut tu tiba-tiba pintu tandasku diketuk orang, disusuli ketawa kecil seorang budak. Tapi bila aku bukak pintu takde sapa-sapa. Pastu barulah aku teringat tentang budak lelaki yang hilang depan mata aku tu dulu.

Esoknya, aku beli bola getah, trak mainan dan anak patung lepas tu aku letak dalam bilik kosong atas bar tu.  Untuk beberapa bulan selama aku bekerja di situ, dah tak dengar bunyi orang berlari kat atas tu, sebaliknya aku dengar ada orang main lantun-lantun bola atas tu.  Aku tersenyum sendiri sebab aku rasa benda tu masih budak kecik lagi, diorang pun nak jugak bermain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2022 05:24 PM | Show all posts
Si Penyamar

Semasa di sekolah tinggi, aku ada bekerja sambilan sebagai seorang pembantu kedai di Albertsons. (Albertsons ni adalah sebuah pasaraya di USA).  Sebenarnya lepas aku keja di sinilah ramai mendakwa nampak 'aku' padahal aku ada kat tempat lain.



Aku ni setiap hari lepas je habis sekolah akan terus ke situ untuk memulakan kerja aku jadi memang aku tak singgah mana-mana pun.  Masa tu shift aku berakhir jam 9 malam jadi lepas tu aku pun baliklah ke rumah. Sampai rumah je mak dan adik-beradik perempuan aku dah ada, aku pun tegurlah diorang hi gitu.  Tapi diorang semua nampak keliru.  Mak aku tanya, aku datang dari mana? Aku baru balik dari tempat kerjalah.  Tapi mak aku cakap, dia ingatkan aku hari ni ada kat rumah, sebab petang tadi diorang nampak aku balik rumah, sapa diorang hi pastu terus masuk bilik tak keluar-keluar.  Semua orang, masa tu ada 3 orang kat rumah mak dan adik-adik aku, diorang nampak aku kat rumah tadi. Aku dengan keras menafikan, sejak aku pegi sekolah pukul 7 pagi memang aku langsung tak balik rumah. Habis tadi tu sape? Jadi kami berempat pun naiklah ke bilik aku.  Pintu bilik aku bertutup, padahal aku memang jarang tutup pintu bilik kalau aku keluar. Hati kitorang dah berdebar-debar.  Bukak pintu bilik je, lampu dan television dalam bilik aku dah terpasang, padahal takde orang pun.

Ni tak pelik lagi.  Di sekolah aku kami ada satu bangunan yang dipanggil Pusat Asah Bakat.  Kat sini disediakan pelbagai kelas vokasional dan pelajar kat situ boleh mohon nak belajar apa. Macam aku, aku memang ada mintak nak masuk kelas penyiaran TV, rekabentuk web dan kelas perhutanan.  Pada suatu hari, usai kelas penyiaran tu aku pun tunggulah bas nak balik rumah, apabila tiba-tiba ada seorang pengajar yang aku tak kenal ni bersungguh-sungguh kejar aku. "YYY, kamu kene  masuk kelas sekarang!".  Eh kelas ape kelas aku dah habis dah. Aku tak penah pun masuk kelas pengajar tu.  Pengajar tu pulak cakap, aku dah beberapa kali ponteng kelas dia. Ha?

Aku cuba terangkan pada pengajar tu, aku tak penah mohon kelas dia, ni pun pertama kali kami berinteraksi, tapi pengajar tu cam aku siapa.  Sudahnye pengajar tu bawak aku pegi pejabat pentadbiran.  Kami pun sama-sama semak pendaftaran kelas, terkejut beruk aku bila aku nampak memang nama aku dah berdaftar dalam kelas dia, tapi siapa yang daftarkan?  Tapi untuk kelas pengajar tu, aku pakai nama keluarga ayah tiri aku pulak.  Aku selama ni memang guna nama keluarga asal, jadi tak ramai yang tau nama keluarga ayah tiri aku. Dan nama keluarga ayah tiri aku tu agak unik sikit.  Yang lagi pelik tu, pengajar tu kata aku dah belajar bawah dia hampir satu semester, aku ada hantar kerja rumah dan sebagainya apabila tiba-tiba aku dah tak muncul dah. Bila aku semak kerja rumah yang dihantar tu, siap ada tandatangan aku lagi tu!

Entah macam mana, si penyamar tu hilang begitu sahaja jadi aku pun tak sempat nak terserempak dengan 'dia'....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-4-2022 05:24 PM
Si Penyamar

Semasa di sekolah tinggi, aku ada bekerja sambilan sebagai seorang pembantu kedai di Al ...

Aiseymen..read more laa pulok
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 1-4-2022 05:02 PM
Hijabku Terbuka

8 tahun lalu, aku lepak-lepak di sebuah bar.  Atmosfera masa tu ceria dan seronok j ...

Mujurlah lepas dah dibagi mainan, dia x muncul pulak utk ajak main sama2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2022 10:25 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 2-4-2022 10:27 AM

Ahli Sihir Dari Gordonstoun
Pengalaman aku ni ada kaitan dengan sebuah legenda dari Scotland ni.  Aku belajar di sebuah asrama yang dipanggil Gordonstoun di Scotland. Sekolah aku ni dibina di sebuah bangunan yang dahulunya merupakan kediaman keluarga Gordon. Keluarga Gordon ni suatu ketika dulu merupakan kerabat diraja Scotland tapi kerabat yang tak berapa terkenal la.  Tapi dalam keluarga Gordon ni ada seorang ahlinya bernama Sir Robert Gordon, pangkat baronet ketiga yang juga terkenal dengan panggilannya sebagai The Wizard of Gordonstoun.  Sir Robert ni digelar ahli sihir sebab beliau sangat meminati bidang alkimia dan ilmu ghaib ni.  

Sir Robert membina sebuah bangunan yang dinamakan Roundsquare, bangunan ni menurut cerita penduduk dari Elgin dan Duffus dibina khas untuk Sir Robert ni melakukan eksperimen dan jampi-jampi dia. Ada gosip mengatakan Sir Robert dah jual jiwa dia pada syaitan, tapi untuk perangkap syaitan tu dia pun buatlah bangunan berbentuk bulatan ni supaya syaitan tu terperangkap kat situ dan tak boleh nak pergi mana-mana dah.  Dikatakan yang Sir Robert berjaya mengurung syaitan tu dalam sebuah batu yang kemudiannya disimpan di tengah-tengah bangunan tu, tapi semasa malam Hallow's Eve atau Halloween, syaitan tu berjaya melepaskan diri, dengan marahnya dia pun terus rampas roh Sir Robert dan orang kata, tulah punca Sir Robert mati.



Atas nilah pandangan sisi Roundsquare tu, yang kini dah jadi bangunan asrama aku. Korang nampak tak macam ada batu kat tengah-tengah tu?  Ada legenda mengatakan kalau korang ketuk batu tu 3 kali, syaitan akan keluar dari batu tu dan mengikut orang yang mengetuknya.  Pada satu malam, aku dan kawan-kawan aku balik berjalan kaki ke asrama setelah selesai satu majlis tari menari sempena Halloween, kami kena lalu padang ni.  Kitorang kan budak lelaki suka buat benda bodoh, jadi kami pun cabarlah satu sama lain ha sape yang berani ketuk batu tu?  Lagipun, kat sekolah kami ni sebenarnya ada satu peraturan tak rasmi, budak junior macam kami tak dibenarkan lalu merentasi padang tu, kalau buat jugak tunggulah nanti senior datang ragging kami.  

Pendekkan cerita, aku pun sahutlah cabaran kawan-kawan aku tu. Aku pun berlari ke tengah padang dan ketuk batu tu 3 kali dengan penumbuk aku. Pastu lari balik ke kawan-kawan aku tadi sambil gelak-gelak.  Sebenarnya aku bukan takut hantu, tapi aku lagi takut kalau senior nampak aku masuk padang. Semua orang memuji keberanian aku. Kitorang pun lepak-lepak kejap sambil makan gula-gula dan lepas tu kami pun baliklah ke dorm masing-masing untuk tidur.

Jam 3 pagi, aku terjaga. Dan untuk pertama kali dalam seumur hidup aku ni, aku kena tindih, atau bahasa orang putihnye, sleep paralysis.  Aku tak boleh nak gerakkan badan aku, kecuali bola mata je.  Dan dari lirikan mata aku, aku nampak ada semacam satu lembaga, aku tak pasti manusia atau binatang, tapi ianya merayap di lantai dorm aku. Perlahan-lahan lembaga tu memanjat naik ke katil aku, bermula dari kaki katil dan ianya merangkak naik ke badan aku. Aku boleh rasakan jisim lembaga tu menindih badan aku, sebab panik sangat aku lupa nak bernafas tapi bila lembaga dah ada di atas badan aku, aku terus menghembuskan nafas yang kuat.  Lembaga tu terus menyelubungi badan aku, aku dapat hidu bau nafasnya dan aku nampak gigi lembaga tu walaupun aku tak nampak mukanya.  

Aku rasa nak menjerit tapi tak boleh. Nak bernafas pun jadi sukar, aku rasa macam dicekik.  Tapi, dalam masa sekelip mata jugak lembaga tu tiba-tiba hilang, dan aku spontan terjaga dan menjerit sekuat-kuat hatiku.  Aku pandang kiri kanan dan lembaga tu dah takde dalam bilik aku.  

Setakat itu jelah gangguan yang aku alami tapi aku dah cukup serik dah nak pegang batu tu lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia, sekali kasi berderet.. Memang the best among the best.. Selamat berpuasa n Salam Ramadan untuk TT n famili.. Million thanks
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Layan betul cerita2 TT ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 04:04 PM | Show all posts
tq tt

best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh…thanks tt..Selamat berpuasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.628520 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list