CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ziela657

Tolong!! suami aku curang dgn 2 perempuan serentak!!

[Copy link]
Post time 22-5-2008 11:45 AM | Show all posts
sabar ziela..be a strong ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 12:25 PM | Show all posts
dik ziela..

tabahkan hatimu..kuatkan semangat...
anggap sahaja kehadiran adik di sisi suami adik tu tidak lagi diperlukan oleh suami adik..
apelah perangai suami adik nie..sampaikan khabar zuriat dia dalam perut adik pun dia xtanye khabar..

pasal simcard tu..cuba ikut cadangan hzln..motor tu memang hak adik..nama adik..jadi suka hati adik lah nak amek kunci tu..kalo suami adik ckp adik sampai hati buat camni pada dia..bagitau dia lagi sampai hati buat macam2 pada adik..sampai nak bersalin nie pun dia still buat macam2 pada adik..kata macam2 pada adik..itu ke sikap suami yang bertanggungjawab..

orang lain kalo berniaga pun..xde modal nak rolling bussiness still baik & bertanggungjawab pada keluarga....bisnes suami adik ok ke? kalo x ok salah satu sebabnya..dia aniaya adik sebagai isteri dia & bakal ibu zuriat dia..doa orang yang dianiaya nie ALLAH angkat dik..tu sbb orang cina yang buat bisnes cukup jaga kebajikan isteri pertama sbb diorang pun tau bisnes bleh lingkup kalo diorang aniaya isteri pertama diorang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2008 12:41 PM | Show all posts
sy rasa mcm nk balas dendam aje kat suami buat sebijik mcm dia uat kat saya....curang...tp sy x tergamaklah...rasa mcm berdosa sgt sbb sy dh kahwin lg pun sy selalu doa supaya Allah tutupkn hati sy pada lelaki lain...sy rasa doa tu termakbul sbb bila ada lelaki kat office ni nk ngurat sy je terus sy ckp sy dh kahwin...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 12:54 PM | Show all posts
dik..

xpayahlah tanam dalam hati nak balas dendam pada suami adik yang xberguna tu..dendam2 nie boleh makan diri dik..

lepas amek tindakan yang betul, serahkan pada ALLAH..tawakkal pada ALLAH..ALLAH saje yang MAHA BERKUASA..

sekarang nie pikirkan masa depan adik & anak yang bakal lahir nie..dah pilih nama ke?nanti ziela berpantang di mana?aritu scan baby tau ke boy @ girl?jangan lupa standby bag isi barang2 adik & baby..letak bag tu dalam kete atau tempat yang senang dicapai..banyak2 zikir & mengaji supaya kuat hati kita & anak kita pun dapat dengar suara kita mengaji..amalkan surah Maryam utk senangkan kita bersalin..surah Luqman supaya anak kita bijak..surah yusuf supaya wajah anak kita cantik berseri2..surah yassin pun bagus amalkan mudah2an anak kita murah je rezeki..

So..ALL THE BEST DIK!!  Tanamkan dalam fikiran adik mampu lakukan apa sahaja & mampu berdikari!! Fikirkan yang positif aje..adik mesti kuatkan semangat untuk anak adik yang bakal dilahirkan kelak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 01:01 PM | Show all posts
Ziela, anugerah terindah drpd Allah adalah bila hati Ziela menjadi kuat dan tegas dlm menyelamatkan suami drpd terus bergelumang dgn dosa.

Jgnlah rs perbuatan simpan sim dan sembunyikan motor itu satu kesalahn besar. Dia gunakan benda2 tu kejalan mungkar, bukan? Sim dan motor tu hak Ziela, so if you terus terusan biar dia dan bagi dia guna benda2 tu, can u see that u juga contribute pd kemungkaran yg dia buat...

Jgn fikir sgt ttg ugut derhaka dan susah bersalin tu... Penghakiman kita hanyalah Allah yg buat, bukan makhluk lain, waima suami...

Sy faham bagimana Ziela sayangkan suami... setiap og yg ada suami suemua begitu, kita pernah tidur bersama dan berkongsi nafas dan degup jantung... Ziela, kasih sayang pd suami Ziela tu bukan hanya boleh zahirkan dgn pelukan rindu pd dia. Doakanlah buat dia agar Allah memberi taufik dan hidayah.. itulah hadiah kasih sayang terbaik.... Jgn putus berdoa keran Allah tak pernah biarkan kita sendirian...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2008 02:07 PM | Show all posts
try happykan diri sendiri....bzkan diri dgn kerje dan anak yg bakal lahir...kawan2 ..

jgn pk la pasal suami yg mcm tuh..
biarla die hanyut dgn hidup die..kalau die sndiri tak nak berubah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2008 03:33 PM | Show all posts
Originally posted by ziela657 at 22-5-2008 08:21 AM


nape sedih kikilalat?



aku sedih bacer citer ko lah... perut tgh memboyot nak melahirkan... tapi dapat suami macam syial yg tak bertanggungjawab... aku teringat masa aku pregnant... berseri-seri muka laki aku bila tgk anak... tak pernah ler aku nampak dia happy giler cenggituh... full of pride and love... aku sedih sebab aku rasa ko akan miss out on that... the experience of sharing the joys of birth dgn insan tersayang...

oh well, mebbe ader perancangan yg lebih baik untuk ko in future... and ko akan dapat experience it as well...Wallahualam.

on the other hand, ko bley share your joys dgn mak ko... lagik bagus dari laki yg mcm syial kikis ko kan ... aku gembira sebab ko dah mula tunjuk kekuatan and hati kering dgn sikap tak bertanggungjawab/ penganiayaan suami ko nih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 08:45 AM | Show all posts

Reply #957 ziela657's post

ala syian nye Ziela...mungkin ada rahmat disebaliknya,
bersyukurlah sbb Tuhan dah tunjuk awal awal kesyialan laki tu,
so tak le membuang masa hidup ngan dia,
mungkin Ziela akan temui kebahagian suatu hari nanti

(akupinjam words kiki ...siol jadik syial)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 08:51 AM | Show all posts
haku ingat suma somi akan excited menunggu kelahiran anak pertama..ghupenya ada gak yg tak alert bab ni..  ehem2 nak tapi sakit sensorang..haku doakan semoga ziela diberi kekuatan...biarla ngan somi ko tu..ko ader family kan...mintak tolong ngan family...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 09:40 AM | Show all posts
ermm kes ko ziela lebih kurang sama cam pinkish ..cuma pink dah bergerak ke depan..ko jer yg belum mengorak langkah...cuba belajar dari pink camner dia kumpul kekuatan untuk bela nasib dia dan anak2 dia..

wallahhualam...mula2 kesian dgn ko pastu boring  la pulak..jgn marah nih apa yg aku rasa sekarang nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 11:23 AM | Show all posts
Ziela,

ApaKhabar hari ini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 11:26 AM | Show all posts
Saya sarankan Ziela buatlah jadual waktu, perinciankan setiap langkah yang Ziela mahu buat dan jangkaan tempoh masanya. Jika buat sesuatu tanpa target pun susah juga. Bila mahu mengadu ke pejabat agama, ambilkira juga tempoh kaunselingnya, proses di mahkamah, bila Ziela mahu suami tinggalkan rumah, semuanya sekali perlu diambilkira. Pendapat saya apa yang Ziela buat sekarang tidak menggugat langsung suami Ziela, tidak menakutkan dia langsung sebenarnya. Lelaki ini kadang-kadang kita perlu tunjuk keseriusan kita tentang sesuatu perkara, bukan hangat-hangat tahi ayam saja, kena pujuk sikit sudah lembik, kena belai sikit sudah hilang segala pertimbangan. Namun kes Ziela lebih parah, Ziela yang pergi pujuk balik suami, tak tahan rindulah,itu, ini....kalau pujuk lepas dia tunjuk perubahan lain juga, ini tidak, macam itu juga. Sampai bila pun suami Ziela tidak akan ambil serius jika Ziela sendiri tidak serius untuk menuntut hak Ziela.
Baguslah Ziela sudah mula buat kering hati tapi saya bimbang, ini semua bersifat sementara. Kita semua maklum, hormon perempuan hamil ini lain macam sikit. Yang saya bimbang, perubahan Ziela ini hanya semata disebabkan oleh kacau-bilau hormon dalam badan, bukannya kesedaran yang datang dari hati dan minda. Suami pun fikir begitu agaknya, pembawak budak saja ni, lepas bersalin esok baiklah semula...
Saya sudah terlalu banyak mendengar hal-hal yang sebegini. Si isteri mengadu siang malam tentang masalah rumahtangga, sudah berbuih mulut kita sarankan itu dan ini, tapi malangnya si empunya badan masih tidak berganjak juga, kita yang memberi nasihat yang penat. Nasihat saya bila saya sudah penat mendengar dan menasihat senang sahaja..."Sama ada buat sesuatu atau diam dan terima sahaja keadaan itu. Saranan saya hanya berguna jika awak mahu bergerak ke hadapan, jika awak tidak mahu bergerak ke depan, awak sudah hilang hak awak untuk komplen itu dan ini. Orang yang redha tidak sekali-kali komplen itu dan ini, awak jadilah orang yang redha jika awak tidak mahu merubah nasib diri awak"
Pergilah ke pejabat agama Ziela, pergi ke pejabat agama bukan maknanya Ziela mahu bercerai, tapi Ziela mahu menyelesaikan masalah. Jika dengan kaunseling suami boleh berubah, baguslah, jika gagal, barulah mulakan proses perceraian. Segala ini mengambil masa, lagi cepat Ziela mulakan, lagilah cepat masalah Ziela boleh diselesaikan. Setakat mogok, tarik balik kemudahan, itu cuma penyelesaian jangka pendek, setakat untuk puaskan hati Ziela saja. Mulalah fikirkan penyelesaian jangkamasa panjang pula. Itu lebih baik dan lebih membuktikan yang Ziela ini betul-betul serius untuk keluar dari masalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 11:34 AM | Show all posts
rasa nak je melawat ziela bile dia bersalin nnt sbb saya dok dekat je ngan hospital tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 11:36 AM | Show all posts
mana ni posting aku, adakah page mendap?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 12:08 PM | Show all posts
menitis air mata aku baca the last 2 postings from tuan rumah.

ziela, i think your delivery date can be anytime now. so, u jgn byk sgt pikir benda yg tak relevan, just concentrate of having a baby. byk zikir, byk cakap2 ngan baby, minta the baby pilih waktu yg sesuai utk kuar.

my neighbour bagi petua, dia selalu cakap kat all her 5 babies, nak kuar tu pilih la waktu mama tak sibuk, nak kuar tu jgn la cause mama too much pain, and alhamdullillah all her babies ikut kata.

i got a fren yg safely drives herself to hospital masa lepas her water broke. hubby dia kat oversea masa tu.

i think the trick is, bila tande2 awal kelahiran dah ada, if you have no one to drive you, you cecepat gi hospital. insyaallah, Allah will protects you to safely get to the hospital.

else, pls confide with someone yg close to you, bukan nak buka aib, but to provide assistance to you. so that person can standby to help if you go into sudden labour.

i will pray for your safety and safe delivery.
Ya Rahman, Ya Rahim please provide Ziela the strength and wisdom for her to face the days to come. Please ease the burden of her mind and her soul. Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 12:46 PM | Show all posts

Reply #977 maksubita's post

hospital mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2008 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by owenkatz at 23-5-2008 12:08 PM
i will pray for your safety and safe delivery.
Ya Rahman, Ya Rahim please provide Ziela the strength and wisdom for her to face the days to come. Please ease the burden of her mind and her soul. Amin.


Amiinnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 01:21 PM | Show all posts

Reply #980 cienoet's post

zila dok putrajaya rasanyer umah saya dekat je ngan spital tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 08:28 AM | Show all posts

Balas #1 ziela657\ catat

sapa sorang lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2008 08:30 AM | Show all posts

Balas #957 ziela657\ catat

napa jadi macam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.091238 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list