|
♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Jom Request Cinta Kasih @ Radio! ★
[Copy link]
|
|
dari fb MilaJirin
taurus-71 Post at 7-8-2011 14:52 
Yay! Mila kembali beraksi  |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni dalam bpop Berita Harian ada artikel gosip 'Mila kembali bercinta dgn Ebi'
Betul ke cik M ...
taurus-71 Post at 7-8-2011 14:55 
Erkkk..ape isi gossip tu? X sempat nak baca paper semalam..cer citer sikit  |
|
|
|
|
|
|
|
Tengahari Milanians..wazzup2  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam tengah hari semua....dah seminggu berpuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kak tores dah tepek artikel Mila kat MH
Kita baru beli pagi tadi ..jadi tak payah le nak scan |
|
|
|
|
|
|
|
Hati nyamuk sama dicicah
Hati gajah sama dilapah
Memang adat kena acah
Kalo betol pon kita tak kisah 
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati nyamuk sama dicicah
Hati gajah sama dilapah
Memang adat kena acah
Kalo betol pon kita tak ki ...
seraiwangi Post at 8-8-2011 12:49 
Amboiiiiiii cik serai siap berpantun lagi tu... lama tk baca pantun2 serai kt sini  |
|
|
|
|
|
|
|
Ini jawapan Mila pasal gosip dlm bpop bh semalam kt fb Mila
Maria Abdurrashid > Akum mila...betul ke gossip hari ni dlm b.harian...??? "mila n ebi kembali terjalin..." x suke5....
MilaJirin > kak maria, Gosip mengenai mila dan ebi tu tidak benar.. Mila sendiri dah lama tidak berhubung dengan beliau.. tetapi persahabatan kami OK... cuma usik kan oleh media tu ;D hehehehhehe mila xkisah Mila ok ja 
cuma sekarang ni memang Mila nak fokus pada kerjaya Mila dan lebih senang hidup bergini... kerjaya diutamankan 
apa apa pun, mila harap anda doakan yg terbaik buat Mila dan juga buat kerjaya Ebi... |
|
|
|
|
|
|
|
Erkkk..ape isi gossip tu? X sempat nak baca paper semalam..cer citer sikit
aFViRGo Post at 8-8-2011 09:30 
tk beli paper bh semalam cuma baca kt kedai je..sori dh tk igt..tmbhn citer tu tk betul..abai je ler  |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by taurus-71 at 8-8-2011 15:11
Sumber: Gua.com.my
Mila Kongsi Cerita Bawa Diri ke London
by 2067120 08 Aug 2011
Juara Akademi Fantasia musim kelima, Nor Sharmila Jirin atau Mila baru sahaja pulang ke tanah air pada minggu lalu setelah hampir dua bulan membawa diri ke London. Jelas Mila dia pulang kerana ingin menyambut Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Selain itu, gadis kecil molek ini juga mengakui dia sudah terlalu rindu kepada keluarga di sini.
“Mila memang tidak pernah terpisah jauh dan lama dengan keluarga sebelum ini. Jadi dalam tempoh sebulan lebih itu, Mila memang rasa sangat rindu kepada mereka. Jadi, apabila semuanya telah selesai, Mila pun cepat-cepat pulang ke sini. Lagipun, sekarang dah puasa dan tidak lama lagi kita beraya pula,” ujar Mila yang ditemui di majlis pelancaran album ‘Siapa Peduli’ Sabtu lalu.
“Selepas ini Mila tidak akan pergi semula ke London. Tunggulah dulu. Lagipun banyak perkara yang perlu Mila selesaikan di sini. Kalau pergi pun, mungkin selepas dua tahun,” ujar Mila lagi.
Tetapi, apa sebenarnya Mila lakukan di London? Merajuk hati atau ada urusan perniagaan yang perlu diuruskan? Mungkin persoalan ini bermain di fikiran anda. Kalau anda hendak tahu, Mila ke London bukan kerana merajuk atau patah hati dengan industri muzik tempatan, tetapi Mila merebut peluang keemasan merakamkan album di sana. Bukan bersama syarikat rakaman di sini, tetapi syarikat rakaman di sana.
“Kepada yang masih tidak tahu, Mila ke sana bukan kerana hendak ‘makan angin’ atau merajuk. Tetapi Mila ke sana kerana merakamkan album Inggeris yang pertama. Album ini diterbitkan sepenuhnya oleh BGM Music, London. Sebab itu Mila harus ke sana. Mila tidak gunakan duit sendiri pun untuk album ini. Cuma keluarkan duit belanja sepanjang tempoh berada di sana sahaja,” ujar Mila membuka cerita.
Mengimbas detik permulaan langkahnya di negara ‘mat salleh’ itu, Mila memberitahu semuanya bermula selepas dia menyertai pertandingan Open Mic UK di Manchester pada Disember 2010. Setelah memenangi pertandingan itu di New Castle, pihak BGM Music telah menghubungi melalui email dan menawarkan peluang untuk merakamkan album Inggeris bersama mereka.
“Mila pun tidak sangka ada pihak yang berminat dengan suara Mila. Mula-mula dapat email, Mila memang susah hendak percaya sebab sekarang ini banyak sangat kes penipuan. Namun, setelah berhubung melalui telefon dan berbincang beberapa kali, barulah Mila yakin. Bulan Januari lepas, Mila ke London untuk jalani ujibakat. Setelah mereka berpuas hati barulah projek ini diteruskan,” cerita Mila lagi.
Berbeza dengan album pertama dan kedua sebelum ini, album Mila kali ini berkonsepkan Pop Dance kerana mengikut permintaan pasaran di United Kingdom (UK) ketika ini. Album yang diterbitkan oleh Laurence Hobbs yang pernah bekerjasama dengan Pixie Lott ini bakal memuatkan 10 buah lagu kesemuanya dan ia dijangka akan dilancarkan selepas Aidilfitri ini.
“Sebenarnya Mila sudah rakamkan 15 buah lagu ketika di sana. Tetapi BGM Music hanya akan pilih 10 buah lagu terbaik untuk dimuatkan dalam album. Walaupun album ini diterbitkan oleh syarikat rakaman di UK, tetapi Mila akan lancarkan album di sini kerana peminat Mila berada di sini. Di sana tidak ada yang mengenali Mila, jadi ia hanya dilancarkan di iTunes. Selepas lagu-lagu itu dikenali, mungkin kita akan lancarkan album di sana pula.
Sebab itu Mila cakap tadi, selepas dua tahun barulah Mila akan turun padang bersama BGM Music untuk sama-sama promosikan lagu-lagu ini. Untuk permulaan, mereka akan promosikan lagu-lagu dalam album ini tanpa kehadiran Mila. Mila kena kumpulkan duit untuk bergerak di sana. Kos perbelanjaan hidup di sana bukannya murah. Sepanjang tempoh rakamkan album tempoh hari pun, Mila dan pengurus menumpang di rumah penerbit,” ujar Mila yang sempatkan menjalani penggambaran muzik video untuk single pertamanya ‘Breakdown’.
Mahu lancarkan semula album kedua?
Dalam perkembangan lain, Mila memberitahu yang dia sebenarnya dalam perancangan untuk mempromosikan semula album keduanya, Mila Jirin. Jelas Mila, setakat ini dia kurang berpuas hati dengan Erama Records Sdn Bhd yang bertanggungjawab mengedarkan albumnya itu.
“Kalau boleh Mila mahu keluarkan album ini daripada Erama. Banyak perkara yang Mila tidak puas hati. Bagi Mila, mereka tidak jalankan apa yang dijanjikan kepada Mila sebelum ini. Walau apa pun, Mila tidak boleh bercerita panjang tentang perkara ini. Mila kena berbincang dengan mereka dahulu. Kalau mereka lepaskan album itu, banyak juga perkara yang perlu Mila buat semula. Salah satunya, Mila kena buat balik cover album. Memang kena keluarkan duit, tapi, tak kisahlah asalkan lagu-lagu dalam album itu mendapat sambutan baik,” ulas Mila. |
|
|
|
|
|
|
|
kredit to Anok tupa KPH |
|
|
|
|
|
|
|
salam 
aik dah mula berpantun cik serai yer.... jap nk cari idea nk reply pantun itu  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah, mesti Mila gelak je
Kalau Mila gelak, makna nya gosip tu tk betul la.. ...
taurus-71 Post at 8-8-2011 12:32 
............. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Alhamdulillah, dah sembilan hari kita berpuasa...semoga puasa dan segala amalan kita di bulan yg Mulia ini diterima Allah swt...amin 
Hari ini jugak banyak berita/artikel pasal Mila keluar  |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa Ogos 9, 2011
Kecewa Dengan Erama Record, Mila Tarik Penjualan Album
Oleh KEMALIA OTHMAN
AMPANG:
Penyanyi Mila Jirin merancang untuk menarik balik album keduanya yang kini telah berada di pasaran daripada Erama Record Sdn Bhd kerana kecewa dengan edaran syarikat itu. Tambah Mila, album yang baru dilancarkan pada Februari tahun lalu itu dikatakan tidak mendapat sambutan kerana promosi yang kurang dilakukan oleh syarikat tersebut. "Saya sedang merancang untuk menarik balik album kedua saya yang kini berada di pasaran dari syarikat Erama Record Sdn Bhd dan membuat edaran semula. "Kemungkinan album tersebut akan diuruskan oleh syarikat saya MJ Panacea Records Sdn Bhd sepenuhnya dan merangka semula promosi album tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Album “Siapa Peduli”, di sini, Sabtu lalu. Katanya, dia sanggup membelanjakan sedikit wang bagi menjalankan proses tersebut dari awal. "Saya tidak kisah keluarkan sedikit duit daripada membiarkan sahaja album tersebut di pasaran tanpa sebarang promosi, "Ya sudah tentu banyak perkara yang akan dibuat semula terutamanya pembungkusan semula album tersebut dan edar semula ke pasaran," jelasnya. Tambah Mila, dia akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak Erama Record dalam masa terdekat bagi menyelesaikan peralihan itu secepat mungkin. "Saya tiada masalah untuk ambil semula album berkenaan kerana saya belum menandatangani apa-apa kontrak dengan pihak Erama. "Saya akan duduk semeja dan membincangkan perkara ini secara baik," ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mila yang baru sahaja pulang dari Farrington, United Kingdom bakal menghabiskan rakaman 10 buah lagu berbahasa Inggeris untuk album terbarunya. "Saya baru sahaja pulang ke Malaysia selepas merakamkan album Inggeris dengan s buah syarikat rakaman BGM Music, "Single pertama berjudul “Breakdown” akan keluar selepas raya dan album tersebut juga akan dijual melalui I-Tunes di pasaran Eropah," jelasnya.
sumber; mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber; mStar Online
Selasa Ogos 9, 2011
'Siapa Peduli' Gabungan Artis Popular Bantu Rakyat Palestin
Oleh KEMALIA OTHMAN
AMPANG: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) telah melancarkan album mengenangkan kesusahan rakyat Palestin berjudul Siapa Peduli yang telah menggabungkan artis-artis popular tanah air.
Setiausaha Agong MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelancaran album ini adalah suatu usaha mengumpul dana untuk tabung Gaza- MAPIM bagi menjayakan beberapa projek membantu pemulihan Gaza khasnya pembinaan Hospital Kanak-kanak.
"Album ini adalah sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa.
"Dari hasil penjualan album ini, kami akan salurkan untuk projek utama iaitu pembinaan sebuah Hospital Kanak-kanak di Gaza," ujarnya pada sidang media pelancaran Album Siapa Peduli, di sini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif MAPIM, Zulkifli Ibrahim, Mawi, Alyah, Mila, Syafinaz dan Liza Hanim.
Album yang mempunyai 10 buah lagu ini turut memuatkan sebuah puisi istimewa daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said.
"Kami berterima kasih kepada artis-artis yang sudi merakamkan lagu dalam album ini dan menghargai semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," tuturnya.
Antara artis yang terlibat ialah Mawi, Jay Jay, Azhan Atan, Liza Hanim, Hafiz, Alyah, Mila, Syafinaz dan Kumpulan Putra.
Kesemua lagu dan lirik digubal khas menyentuh peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Palestin seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Shatila, Al Aqsa dan serangan ke atas Gaza.
Album “Siapa Peduli” akan berada di pasaran mulai minggu ini dengan harga RM 25.90.
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|