|
Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted
[Copy link]
|
|
JAIS: Waran Kehadiran Kepada 12 Individu Islam
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
PETALING JAYA: 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama di sini Rabu lalu akan dikenakan waran kehadiran ekoran kegagalan mereka tampil membantu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan kes berkenaan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, waran tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas pihaknya membuat permohonan daripada Mahkamah Syariah.
“Setakat ini, kita telah serahkan surat dan menelefon mereka supaya hadir dan beri keterangan kepada JAIS.
“Bagaimanapun sehingga kini tidak ada seorang pun daripada 12 individu tersebut hadir. Kami difahamkan mereka telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya tidak hadir memberi keterangan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap 12 individu Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.
Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya akan tetap memberikan masa kepada individu terbabit untuk hadir dan beri keterangan sebelum waran kehadiran daripada mahkamah dikeluarkan.
"Sepatutnya mereka hadir untuk beri keterangan bermula hari ini. Namun tidak ada seorang pun hadir ke JAIS," katanya.
Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.
Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.
Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.
Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.
Beliau turut mengeluarkan arahan melarang mana-mana Exco Kerajaan Negeri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut sehingga siasatan berhubung perkara itu siap dijalankan.
credit to mStar online......
jangan pandai2 nk ngasut org islam kuar islam, boleh kene penjara tau..... |
|
|
|
|
|
|
|
ko baca la betul2 ngok....kan jais ckp xde istilah serbu...mcm la kawan2 ko xpenah kena ser ...
AppropriateNick Post at 9-8-2011 15:07
huhu... serbu la tu kalau main masuk x bagitau dari mana, nak apa..
indahnye bahasa.. Muslimkah anda? malu siket.. ramai non Muslim memerhati kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
masih in denial. dah serbu tu serbu le |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 961# sinceyesterday
harap tindakan di ambil secepat mungkin kalau betul seperti yg didakwa |
|
|
|
|
|
|
|
artikel mstar tu pon kata serbuan |
|
|
|
|
|
|
|
huhu... serbu la tu kalau main masuk x bagitau dari mana, nak apa..
indahnye bahasa.. Muslim ...
LostSoul Post at 9-8-2011 15:19
yang kurik itu kundi soul oiii...sebab tu la org murtad katanya
ha..tau pulak ckp pasal keindahan bahasa kan..sorri to say, len kali baca la betul2 sebelum menerjah...neutral katanya kan?...padahal dlm hati nan adoo... |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya mmg ni punca utama kan?..sebab die nak mintah bantuan tpi x dpt...sebab tu la ak ...
AppropriateNick Post at 9-8-2011 15:10
masyarakat Islam punyelah ramai... x seorgpun yg membantu, cuma pandai mengecam bila jadi perkara mcm ni, spt anda, bukan begitu?
apa hak anda nak ckp perempuan2 ibu tunggal yg bernaung atas bantuan gereja mcm tu? kenalke dgn dorang ni? tau ke sejarah hidup dorang, atau main serkap jarang & memfitnah?
malu la siket ye sedara.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang kurik itu kundi soul oiii...sebab tu la org murtad katanya
ha..tau pulak ckp pasal ke ...
AppropriateNick Post at 9-8-2011 15:24
kalau indah, jgnlah senang2 gelar org 'ngok'.... tgklah diri sendiri dulu ye sedara.. |
|
|
|
|
|
|
|
berkudis ke kalau dia mintak maaf? jatuh ke ego seorg muslim tu kalau dia mintak maaf pd yg buka ...
LostSoul Post at 9-8-2011 14:57
berkudis memang tak berkudis lah...tapi pelik seorang MB boleh minta maaf sebelum mengetahui apa yg sebenarnya berlaku, seolah2 menyatakan kekesalannya krn JAIS serbu gereja..dan JAIS plak yg salah.
dan apa kata kalau Khalid Gagap ni tahu memang gereja tu nak murtadkan orang2 islam tu...apa dia nak tarik balik ke minta maaf dia dan seterusnya meminta maaf dgn JAIS dan Hassan Ali?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.
sinceyesterday Post at 9-8-2011 15:11
ayat2 quran tu untuk semua manusia & sekalian makhluk, tak kira kapiaq ka muslim, so what's the problem mengucapkan perkataan quran? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting sama2 tunggu laporan . Biarkan saja loporan yang bekerja .
Macam buat kertas kerja , ...
mamicun Post at 9-8-2011 15:04
sementara menunggu laporan tu..mestilah ada campur politik sekali...lepas tu ada plak yg komplen kat mod..alahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
seolah2 menyatakan kekesalannya krn JAIS serbu gereja..dan JAIS plak yg salah.
Anak_Nogori Post at 9-8-2011 15:30
Jurisdiction Jais hanya masjid & surau, Jais takde kuasa mengawal gureja..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mod katup thread ni mmg aku salahkan AN
aku tak pernah pedajal thread org
atira Post at 9-8-2011 14:45
sikit lagi aku nak muntah. |
|
|
|
|
|
|
|
yg peliknya tira sendiri yg bukak thread ni ada campur adukkan dgn politik dgn mempastekan statement ...
Anak_Nogori Post at 9-8-2011 15:35
okay AN. teruskan meratib.
nak politik pon pandai2 la. ni mod dah berkali2 ugut nak katup thread . aku pon minah politik gak. gian nak meratib jugak. tapi kontrol2 la |
|
|
|
|
|
|
|
sikit lagi aku nak muntah.
pondanblonde Post at 9-8-2011 15:43
loya?
pondan peknen ka? |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya mmg ni punca utama kan?..sebab die nak mintah bantuan tpi x dpt...sebab tu la ak ...
AppropriateNick Post at 9-8-2011 15:10
bunyi awak cakap mmg kasar tapi ada kebenarannya.semua org ada rezekinya di dunia ini. allah swt dah sediakan,
cuma cara kita berusaha utk mendapatkannya aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 978# arasham
setengah org akal singkat. payah nak survive. bila desperate mereka terima shj apa bentuk bantuan pon. nak2 mereka dah cuba mintak bantuan tapi tak dpt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply arasham
setengah org akal singkat. payah nak survive. bila desperate mereka terima ...
atira Post at 9-8-2011 15:51
sbb tu dlm agama kita ni tira hidup berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat.kata lainnya berjemaah. bila berjemaah ni kita bersatu kita kuat tak adalah
benda mcm ni. lagi satu kebanyakan yg miskin lagi kufur ni mmg pegangan agama
terlalu longgar. sbb tu tepuk dada tanyalah iman... |
|
|
|
|
|
|
| |
|