ekceli ada jek yg maybe akan masuk liverpool dlm masa terdekat nih..tp on loan la..
kalu tak silap lorenzo namanye left back paraguay...
skang nih men ngn benfice rasanye...
"Saya begitu kecewa dengan keputusan pihak pengurusan Liverpool yang telah meminjamkan saya ke Napoli tanpa melakukan apa-apa perbincangan dengan saya terlebih dahulu. Saya rasa kelab perlu melayan saya dengan lebih baik dari ini selepas apa yang telah saya lalui bersama Liverpool".
"Saya mempunyai peluang untuk menyertai Barcelona namun saya masih sayangkan kelab ini dan memilih untuk kekal. Saya mampu memberikan saingan dalam skuad utama dan saya yakin kami akan bertarung dengan baik. Jelas pihak pengurusan melakukan sesuatu yang tidak baik untuk diri saya".
"Namun saya masih sayangkan kelab ini,bandar ini dan peminat disini. Perkara ini tidak boleh melenyapkan rasa sayang kepada Liverpool".
-Pepe Reina-
P/s: Yang setia dibuang,yang nak berambus disimpan...
- Liverpool FC dan Luis Suarez telah mendapat kata putus yang positif. Penyerang Uruguay itu telah bersetuju untuk terus bersama Liverpool FC dengan gaji sebanyak £120k per minggu.
- Luis Suarez akan menandatangi kontrak baru bersama Liverpool FC setelah bersetuju untuk terus berada di Anfield semusim lagi.
- Sekiranya Liverpool FC gagal untuk berada di tangga ke-4 teratas pada penghujung musim, Luis Suarez akan pergi meninggalkan LFC (Syarat ini akan termaktub di dalam perjanjian)
- Namun begitu, sekiranya terdapat Non-English Club membida sebanyak £50m dan ke atas untuk Luis Suarez, Liverpool FC akan melepaskan Suarez pergi tetapi mestilah dibuat sebelum 17 Ogos (Salah satu syarat)