CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 1-6-2004 08:06 AM | Show all posts
Tertuduh menangis bertemu anak selepas 6 bulan


I k l a n






KUALA LUMPUR: Suasana di Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes bunuh Noritta Samsudin, bertukar menjadi sayu seketika, apabila tertuduh, Hanif Basree Abdul Rahman, buat kali pertama selepas enam bulan dipertemukan dengan dua anaknya.

Hanif Basree, 36, tidak dapat menahan sebak lalu menangis teresak-esak sebaik mendakap kedua-dua anaknya yang berusia sembilan dan dua tahun itu, yang dibawa untuk menemuinya di galeri awam mahkamah, kira-kira jam 12 tengah hari.

Pada masa itu, galeri awam masih dipenuhi pemerhati ketika mahkamah berhenti rehat, sekali gus menyebabkan suasana menjadi pilu terutama apabila tangisan Hanif disusuli pula beberapa ahli keluarga yang lain, termasuk ibu bapa dan isteri serta saudara maranya.

Hadirin yang berada dalam galeri turut tersentuh dengan suasana penuh emosi dan dramatik itu, menyebabkan ada di antara mereka tidak dapat menahan sebak dan kelihatan mengesat air mata.

Inilah kali pertama Hanif berpeluang bertemu secara langsung dengan kedua-dua anaknya sejak dia ditahan di Penjara Sungai Buluh selepas dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Noritta, pada 22 Disember lalu.

Keadaan amat menyedihkan apabila pada mulanya anak bongsu Hanif enggan mendekati bapanya mungkin disebabkan tidak berapa mesra dengannya setelah sekian lama tidak bersua muka. Keadaan itu menyebabkan Hanif tidak dapat mengawal perasaan.

Isteri Hanif, Noraidah Mohamed, yang sedang mengandung tujuh bulan kemudian memujuk anaknya dan meletakkan kanak-kanak itu di atas riba suaminya. Hanif segera menyambut dan terus memeluk anaknya itu dengan erat sambil menangis teresak-esak.

Bagaimanapun, anak sulungnya kelihatan biasa saja tanpa menunjukkan sebarang emosi sedih ketika mencium pipi bapanya.

Difahamkan, sebelum ini Hanif pernah bertemu anaknya yang dibawa ke Penjara Sungai Buluh, namun dalam setiap pertemuan, mereka hanya dapat menatap wajah tanpa berpeluang menyentuh antara satu sama lain kerana dihalang cermin yang memisahkan tertuduh dengan pelawat.

Bagaimanapun, Hanif hanya dibenarkan melepaskan rindu terhadap kedua-dua anaknya itu buat seketika saja apabila mereka terpaksa dibawa keluar dari mahkamah kira-kira 10 minit kemudian. Hanif kemudian meminta kebenaran polis untuk ke bilik air bagi membolehkannya mencuci muka.

Sementara itu, ketika perbicaraan bersambung pada sesi petang, seorang pakar perunding forensik memberitahu mahkamah, Hanif ada bertanya beliau sama ada ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dapat menentukan masa sebenar sesuatu kejadian pembunuhan.

Dr Mohammad Shah Mahmood berkata, beliau hanya menjawab: 慣idak boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2004 08:07 AM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Peneroka tukar pengakuan

Oleh Said Omar
saido@hmetro.com.my

TEMERLOH: Seorang peneroka Felda menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap lima pertuduhan merogol anak kandungnya yang masih di bawah umur.

Tertuduh, Saupi Ali, 47, yang beralamat di Felda Melati, Jengka 11, Bandar Jengka, mengubah pengakuan bersalah yang dibuat pada 29 April lalu kepada tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap lima pertuduhan.

Pada tarikh pengakuan dibuat di hadapan Majistret Mohammad Suhairy Zakaria yang ketika itu bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun tertuduh mengubah pengakuan selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan semula kepadanya di hadapan Hakim Sarimah Hashim, semalam, yang sepatutnya menjalankan prosiding menjatuhkan hukuman.

Dalam prosiding berkenaan pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Wan Razali Hasan dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Saupi yang ditangkap pada 21 April lalu, dituduh melakukan sumbang mahram dengan merogol anak kandungnya yang berusia 10 tahun 3 bulan yang mana tertuduh tidak dibenarkan mengahwini anak perempuannya mengikut undang-undang atau adat.

Dia dituduh melakukan jenayah terkutuk berkenaan di rumahnya di Felda Melati, Jengka 11, Bandar Pusat Jengka, Maran, pada suatu hari dalam bulan Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Saufi juga dituduh melakukan perbuatan keji berkenaan di tempat dan mangsa yang sama ketika usianya 10 tahun 4 bulan, pada suatu hari dalam bulan Mei 2003.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, peneroka berkenaan juga dituduh melakukan sumbang mahram di rumahnya di Felda Melati Jengka, terhadap mangsa sama yang ketika itu berumur 10 tahun 5 bulan, pada suatu hari dalam bulan Jun 2003.

Saupi juga dituduh melakukan sumbang mahram ke empat dengan merogol mangsa sama yang ketika itu berusia 11 tahun 2 bulan, di rumahnya pada suatu hari dalam bulan Februari lalu.

Bagi pertuduhan kelima, Saupi dituduh merogol anaknya Mac lalu yang ketika itu berumur 11 tahun 3 bulan, juga di rumahnya di Felda Melati.

Dengan itu dia dituduh melakukan lima kesalahan jenayah mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2002) Akta A1131.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman tidak kurang enam tahun sehingga 20 tahun penjara serta boleh dikenakan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hakim membatalkan permohonan ikat jamin kerana dibimbangi tertuduh boleh mengganggu saksi dan kesnya akan dicebut semula untuk perbicaraan pada 1 dan 2 September ini dan meminta tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang buruh dikenakan hukuman denda RM1,000 dan diperintah membayar semula kerugian akibat tindakannya membakar kanopi serta pentas yang akan digunakan untuk menyambut lawatan Sultan Pahang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2004 08:09 AM | Show all posts
Haruan makan anak ni.... tak senonoh betul!! ni yang pepagi nak baran jer baca berita gini!!  Bila la diorang ni nak sedor????
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2004 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 1-6-2004 08:09 AM:
Haruan makan anak ni.... tak senonoh betul!! ni yang pepagi nak baran jer baca berita gini!!  Bila la diorang ni nak sedor????


La gadis kau ni jangan la baran nak wat camana.....dunia dah akhir zaman. bykkan berdoa supaya kes camtuh takde lagi........adios ok lapor lagi......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2004 08:33 AM | Show all posts
Kesiannya ................

Kanak-kanak terbunuh digilis bas dipandu bapa
Oleh: ZAINI RABAN

KUALA SELANGOR 1 Jun - Keriangan seorang kanak-kanak, Muhammad Izwanul Faiz Mohammad. Azany dan tiga adik-beradiknya berlari keluar rumah kerana mahu menyambut kepulangan bapa mereka, berakhir dengan tragedi apabila dia mati digilis bas kilang yang dipandu bapanya sendiri.

Muhammad Izwanul Faiz, 4, terbunuh selepas digilis tayar belakang bas itu di pekarangan rumah mereka di Jalan Teratai, Kampung Bukit Kuching, Jeram dekat sini pada pukul 9.15 malam tadi.

Lebih memilukan apabila adik-beradik mangsa berusia 2 hingga 8 tahun, melihat sendiri kemalangan itu.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, bapa Muhammad Izwanul Faiz terus memangku anaknya dan bergegas ke Klinik Jeram berhampiran.

Bapa mangsa yang hendak meletakkan bas berkenaan tidak menyedari anak-anaknya berada di belakang bas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Supritendan Che Hussin Omar berkata, kanak-kanak yang malang itu cedera parah di kepala.

``Sebelum itu, bapa kanak-kanak tersebut yang selesai menghantar pekerja kilang di Klang, terus pulang ke rumahnya.

``Ketika dia hendak meletakkan bas di pekarangan rumah, anak-anaknya meluru keluar. Mohammad. Azany mengundurkan bas tanpa menyedari anak lelakinya itu berada di belakang bas,'' katanya di sini hari ini.

Jenazah Muhammad Izwanul selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran pagi ini.

Ketika kejadian ibu mangsa berada dalam rumah, katanya.

Muhammad Izwanul adalah anak ketiga daripada empat adik beradik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2004 08:34 AM | Show all posts
Isteri parah dibelasah dengan tukul besi kerana cemburu


KUALA PILAH: Seorang isteri cedera parah ditumbuk dan dipukul dengan tukul besi oleh suami sendiri, yang cemburu melihat wanita itu berbual dengan bekas teman lelakinya.
I k l a n




Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam kelmarin, wanita berusia 44 tahun itu, bersama suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum berhenti di sebuah gerai buah bersebelahan sebuah stesen minyak di Jalan Melang, dekat sini.

Wanita itu difahamkan turun dari kereta berseorangan membeli buah dan secara kebetulan bertemu bekas teman lelakinya, yang juga rakan suaminya di gerai berkenaan.

Mereka dikatakan berbual sambil bertanya khabar sebelum tiba-tiba suami wanita itu datang dalam keadaan marah. Tanpa banyak soal, dia terus menumbuk muka isterinya sebelum memukulnya dengan tukul besi, menyebabkan mangsa cedera teruk di kepala, pipi dan badan.

Lelaki itu terus meninggalkan tempat kejadian, manakala isterinya dihantar ke Hospital Kuala Pilah (HKP) oleh orang ramai untuk menerima rawatan.

Mangsa dikatakan masih dirawat di hospital itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Najib Mohamad, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan serius.

揔ita akan menahan suami mangsa bagi membantu siasatan berhubung kes ini,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2004 09:03 AM | Show all posts
ONE has earned his stripes at international level. The other is his Form 5 classmate at the Bukit Jalil Sports School (BJSS).

Completing the Malaccan trio, who delivered two gold medals yesterday for the State who have no shooting range, was a left-handed hyperactive reject from BJSS who pulls the trigger with his right finger.

Azlan Johari, Muhammad Taufiq Hood and Shahril Irwan Hashim, all 17, were in joyous mood after helping Malacca to the 10m air rifle double at the new range in Mantin.

While Azlan's victory in the individual event with a new Games record was expected, Malacca had Shahril, who had just recovered from an accident, to thank for the team gold.

"We are happy with this win. We have known each other since our schooldays at SMK Bukit Baru," said Shahril.

Unlike Azlan and Taufiq, who come under the elite development programme helmed by Russian Anatoly Filippov, Shahril was forced to return to shooting at a shoplot in Malacca Baru last year.

"I was the first Malaccan shooter to be placed at BJSS. But then I had problems in my studies while the tremors on my left hand did not stop.

"As a result, my form dipped. I was sent back to Malacca.

"I continued shooting at the shoplot where all the shooters in the State practise.

"Now doctors say I have to undergo an operation
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2004 08:37 AM | Show all posts
Budak perempuan dibunuh, leher hampir putus
Oleh: BORHAN ABU SAMAH

KUCHING 2 Jun - Seorang budak perempuan berusia 13 tahun yang hilang Isnin lalu ditemui mati dibunuh dengan kejam dengan lehernya hampir putus ditetak di kampung setinggan Siol Kandis, di sini, hari ini.

Mayat Utine Muyang ditemui keadaan tertiarap dan tengkuknya terkulai, kira-kira 300 meter dari rumahnya pada pukul 1.30 tengah hari ini.

Ia ditemui oleh dua wanita yang mencari pucuk paku di kawasan itu.

Jurucakap polis berkata, polis masih menyiasat kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh dan setakat ini motifnya belum diketahui.

Ibu mangsa, Sana Misa, 46, ketika ditemui berkata, anaknya keluar rumah pada pukul 10 malam 31 Mei lalu bersama adik lelakinya yang berusia 6 tahun.

Menurut Sana, anak lelakinya pulang ke rumah seorang diri tanpa kakaknya; dan dia kemudian memberitahu suaminya mengenai kehilangan Utine.

Suaminya, Muyang Semingat, 51, dan penduduk kampung kemudian menjalankan gerakan mencari.

``Tengah hari ini saya dimaklumkan mayat anak saya ditemui di kawasan semak itu,'' katanya.

Utine anak keempat daripada sembilan adik-beradik dan tidak bersekolah lagi.

``Selepas dia keluar rumah dan tidak pulang, kami mencarinya kerana dia tidak pernah tidak pulang,'' katanya.

Wanita yang menemui mayat itu, Ding Deri, 43, berkata, dia masuk ke kawasan semak tersebut bagi mencari pucuk paku bersama rakannya, Piri Tumpa.

``Saya terkejut menjumpai mayat dengan kepala yang hampir putus dan terus berlari keluar dari semak dan memaklumkan kepada penduduk kampung,'' katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2004 09:07 AM | Show all posts
Tiga maut pergaduhan pendatang Aceh, Flores
Oleh Norakmah Mat Youb


BANTING: Seorang bayi berusia 18 bulan adalah antara tiga warga Indonesia yang terbunuh dalam pergaduhan membabitkan kumpulan pendatang dari Flores dan Aceh di kawasan rumah kongsi di Bukit Kechil Seri Cheeding, di sini malam semalam.
I k l a n




Nurul Izati Afandi dan bapanya, Afandi Ali, 30, ditemui mati kira-kira 20 meter dari rumah mereka, manakala mayat seorang lagi mangsa, Mohammad Hasdar, 20, ditemui mati berhampiran sebuah 憀ori hantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2004 09:08 AM | Show all posts
Ibu, anak dalam kandungan maut


IPOH: Seorang wanita yang menunggu masa untuk melahirkan anak kedua terbunuh, manakala anak saudaranya cedera selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Talang-Kuala Kangsar di sini, malam kelmarin.
I k l a n




Mangsa, Normala Hazari, 21, dari Kampung Talang, Kuala Kangsar bersama anak dalam kandungannya meninggal dunia selepas sejam menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar (HKK) di sini.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohammad Sabri Mohamad, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika mangsa bersama anak saudaranya dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit di kampung itu.

Beliau berkata, sebaik tiba pada satu selekoh yang sempit, sebuah kereta dari arah hadapan merempuh motosikal yang ditunggangi mangsa.

揗angsa yang tercampak di atas jalan cedera di kepala dan mengalami banyak pendarahan manakala anak saudaranya yang berusia empat tahun turut cedera.

揔edua-dua mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh pemandu kereta terbabit sebelum membuat laporan polis,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2004 09:09 AM | Show all posts
Anak bekas datuk bandar dituduh bunuh
Oleh Munaarfah Abu Bakar


IPOH: Anak bekas datuk bandar Ipoh yang sebelum ini diburu polis selama lima bulan, semalam didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh bekas pelajar Kejuruteraan Mekanikal, Mohammad Hosni Fadzli Mohammad Amin, Disember lalu.
I k l a n




Azman Ismail atau lebih dikenali sebagai Man Datuk, 24, dituduh melakukan perbuatan itu bersama empat lagi yang sudah dihadapkan ke mahkamah pada 10 Januari lalu dan seorang yang masih bebas.

Tertuduh bersama-sama lima lelaki berkenaan menghadapi tuduhan membunuh Mohammad Hosni Fadli, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di sini antara jam 3 hingga 8 pagi 22 Disember lalu.

Azman didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati.

Majistret Teoh Chin Chong menetapkan tarikh 7 Julai depan untuk sebutan semula kes itu. Tiada pengakuan dicatat selepas pertuduhan dibaca terhadap tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazura Mohammad Mokhtar, manakala tertuduh diwakili peguam bela Naran Singh dan Iszam Kamal Ismail.

Anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini dengan ditemani peguamnya, Naran Singh, kira-kira jam 6.35 petang 25 Mei lalu.

Tertuduh yang memakai kemeja kuning tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 10 pagi semalam. Turut kelihatan bersamanya ialah isterinya, Raja Saidatul Mardiah Raja Idris Shah dan beberapa anggota keluarga.

Empat lelaki lain yang dihadapkan ke mahkamah sebelum ini ialah Mohammad Hafiz Ibrahim, 20; Mohammad Shafiq Azren Mohammad Salleh, 21; Mohammad Faizal Radzali, 23; dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 21.

Pada 22 Disember lalu, Mohammad Hosni Fadzli, dipukul oleh sekumpulan enam lelaki yang datang ke rumahnya dengan menaiki dua kereta di Taman Silibin kira-kira jam 3 pagi sebelum menculiknya.

Berdasarkan siasatan, polis mendapati punca kematian Mohammad Hosni Fadzli disebabkan dipukul dengan objek tumpul dan keras pada bahagian dada.

Sehingga kini, polis masih berusaha mengesan seorang lagi suspek iaitu Mohammad Nizam Ariffin, 26, atau dikenali dengan sama panggilan 慣ok Mat Crane
Reply

Use magic Report

Blink5o5 This user has been deleted
Post time 8-6-2004 09:34 AM | Show all posts
dunia2..muda dah buat jenayah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2004 09:35 AM | Show all posts
kesian kat budak yang diorang belasah tu....
Reply

Use magic Report

Blink5o5 This user has been deleted
Post time 8-6-2004 09:43 AM | Show all posts
emmm..susah nak percaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2004 09:57 AM | Show all posts
Mungkin dia ingat dia anak bekas Datuk Bandar... dia boleh buat sesuka hati.  Harap2 biarlah hukuman setimpal dijatuhkan.  Ikutkan nafsu muda tu sangat..
Reply

Use magic Report

AssamBoi This user has been deleted
Post time 8-6-2004 03:42 PM | Show all posts
Kalo cam nie.. tak yah beli paper.. Terima kasih gadis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2004 08:55 AM | Show all posts
Nenek 74 tahun dicekik, dirogol
KUANTAN 8 Jun - Usia lanjut tidak menjamin seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol.

Di Maran semalam, seorang nenek berusia 74 tahun dicekik sebelum disamun dan dirogol seorang lelaki di rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, ACP Ahmad Noordin Ahmad Mustafa, berkata hari ini kejadian pada jam 7 pagi itu berlaku ketika mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan selepas anak dan menantunya keluar bekerja.

Beliau berkata, ketika sedang tidur dalam biliknya seorang lelaki tiba-tiba menerpa ke arahnya sebelum bertindak mencekik leher mangsa dan meminta sejumlah wang.

Bagaimanapun, katanya, selepas mangsa menyatakan dia tidak mempunyai wang, penjenayah terbabit terus mengikat kedua-dua tangan mangsa sebelum menanggalkan dua bentuk cincin emas dan subang yang dipakai dianggarkan bernilai RM400.

``Suspek kemudiannya bertindak merogol mangsa sebelum melarikan diri,'' katanya kepada pemberita di sini.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian bibir ketika bergelut dengan suspek membuat laporan polis di balai berhampiran bersama anak lelakinya.

Ahmad Noordin berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Mentakab untuk pemeriksaan doktor.

Katanya, pada jam 12.15 tengah hari semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2004 09:05 AM | Show all posts
Gila apa diorang nih... dah ler menyamun.... rogol lak orang tua tu....  tak senonoh langsung..... nf:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2004 09:07 AM | Show all posts
Edisi Utara: Man Datuk didakwa

Oleh Mazlan Hasan
am@hmetro.com.my

IPOH: Anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Azman Ismail atau lebih dikenali sebagai Man Datuk, 24, hanya mengangguk kepala dan berkata 慺aham
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2004 09:09 AM | Show all posts
bodoh betul lelaki tu....org tua pun jadik.....dah  la barang kemas diambiknyer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.066455 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list