|
Sedekah duit n sedekah doa |
|
|
|
|
|
|
|
Perkataan REZEKI adalah satu perkataan Melayu yang diadaptasi daripada perkataan Arab iaitu rizq, yang bermaksud apa sahaja bantuan Allah diberikan kepada umatnya yang meminta bantuan daripada-Nya.
Kebanyakan orang beranggapan bahwa Rezeki adalah dalam bentuk material atau harta benda sahaja , bahkan ada pula yang mengatakan rezeki adalah duit semata2. Ini adalah satu tanggapan yang salah. Rezeki datang dalam berbagai2 bentuk seperti :-
Bekalan makanan yang mencukupi,
Kesihatan yang baik,
Kehidupan yang bahagia ,
Kesabaran yang tinggi,
Ketenangan Jiwa selau,
Ilmu pengetahuan,
Persekitaran dan jiran2 yang baik,
Pengalaman yang berharga,
Ahli keluarga yang ramai dan baik,
Isteri / suami yang cantik/lawa serta pandai menjaga maruah pasangannya dll
Cuma jgn lupa , untuk bersyukur atas segala rezeki yang diberikan Allah serta sabar dan redha jika rezeki ada terkurang dimana2. Yang penting usaha & tawakal bak kata pepatah ...
" Rezeki ada dimana2 , datang tanpa diduga , tepat pada masa... yang penting usaha & tawakal "
Pada yang ada rezeki harta benda yang lebih jangan lupa untuk bersedekah pada yang memerlukan & jangan sesekali melupakan kedua Ibu Bapa ....
" Tidak akan terputus Rezeki seseorang itu selagi mana dia tidak meninggalkan doa kepada kedua Ibu Bapanya dalam kehidupan sehariannya "
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sentiasa la bersedekah sikit atau banyak...and rezeki menjadi berkat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setiap masalah ada jalan keluarnya. Kamu mungkin tak melihatnya, namun Tuhan tahu jalan keluarnya. Yakin dan percayalah padaNya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Percayalah didalam setiap hasil gaji kita ada hak org lain didalamnya
Jgn lupa Hak ibubapa
Jgn lupa hak saudara kita yg memerlukan
Jgn berpaling andai ada yg minta bantuan
Jgn mengeluh jika kita perlu menolong secara tiba tiba
Kerana allah sedang menguji kita
Iman , sabar dan redha kita
Percayalah rezeki itu bukan hanya duit
Cabang rezeki kita berbagai
Rahmat dan ketenangan itu adalah rezeki yg paling besar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Betul..
Dulu kawan aku selalu cakap..
Rezeki tak pernah salah alamat..
Jadi syukur apa yg kita dapat..
Aku pernah down SBB increment sikit..
Beberapa tahun yang lepas..
Pastu kawan aku nasihat..
Rezeki tu bukan setakat duit..
Tapi macam2..
Ko dikurniakan anak2 yg baik..keluarga bahagia..
Hidup pun aman2 jer..
Serba cukup..
Ada mak ayah yg sentiasa happy dan doakan utk kau..
Dan..
Bila ko kusut kat tempat keje..
Ramai je offer nak sup port ko..
Dan aku selalu kagum dgn kau.. Sbb kau selalu dapat settle kan masalah kerja dgn sgt baik..
Bukan ke itu rezeki yg lebih baik?
Jadi..syukur lah
Naper nak kenang benda yg tak de dlm tangan..
Kan bagus ko syukur apa yg ko dapat..
Hati senang.. Allah suka..
Insaf...
Sampai sekarang aku ingat pesan dia tu..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah..i learn a lot from this thread |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki drpd Allah swt berbagai bentuk.rezeki setiap org lain2.yg penting kita wajib bersyukur.rezeki xpenah salah alamat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukur dgn ape yg kita miliki
Rezeki harus dikongsi ia membawa berkat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar berkongsi...
Saya ada seorang sahabat, cita2 dia mudah je. Nak jadi cikgu. Itu je. Dia dpt offer buat master tp die tolak. Sbb die mmg nak jd cikgu. Tp Allah aturkan aturanNya sgt cantik. Allahuakbar. Dia mohon lebih 5 kali permohonan utk jd cikgu. Semua ditolak. Dalam waktu yg sama, tunang dia curang kahwin dgn org lain (tgkp basah). Sy yg dgr crite die lebih sedih drpd tuan bdn. Kire dalam 3-4 tahun tu hidup shbt sy ni sgt2 diuji. Tp satu yg sy cukup kagum, waktu subuh dia bgn dia xpenah xsenyum. Tak penah xceria. Sy smpi rs die ni pelik orgnya. Hehehe. Mcm xde masalah. Dlm mase 3-4 tahun struggle tu die keje guru ganti je. Alhamdulillah, rezeki Allah xpenah salah alamat. Allah makbulkan doa die utk jd cikgu selepas beberapa tahun mencuba dan kemudiannya die bertemu jodoh dgn suaminya. Rezeki dari Allah.
Pesan ibu saya: utk bukak pintu rezeki, bile bgn pg senyum. Kerana senyuman membuka pintu rezeki. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
*Hilang Keberkatan dan Rezeki Dalam sesebuah Keluarga*
1. Sering bergaduh.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.
2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
4. Kikir dengan pasangan dan anak-anak.
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah.
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. Kurang sabar.
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.
7. Kurang berdoa.
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antara sebab rezeki susah nak masuk:
1- Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2- Asyik mencanang perihal duit tidak cukup untuk urusan itu ini
3- Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4- Berkira-kira untuk memudahkan hal yang baik
5- Riak bila bersedekah
6- Banyak berbuat maksiat dan kemungkaran
7- Kurang beristighfar
8- Tidak bersyukur dan kerap mengeluh
"Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima."
"Jangan takut memberi kerana risau rezeki makin berkurangan kerana rezeki yang kita keluarkan untuk orang lain pasti akan di balas berlipat kali ganda oleh Allah swt."
|
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki allah yang paling kita tak perasan adalah bila kita dlm rahmatnya, bila kehidupan bahagia, anak anak yg sihat dan berjaya, allahu lagi kita tak puas, asyik meminta minta yg tak patut padahal kita tidak memberi secukup nya pada allah.
#muhasabahdiri |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ablishan at 2-1-2018 01:52 PM
Sentiasalah mohon kepada Allah moga diberikan rezeki yang berkat kerana sesungguhnya rezeki yang berkat itu lebih bermakna daripada rezeki yang melimpah ruah.
Ada orang yang rezekinya melimpah ruah tetapi untuk mengisi perut dan kemahuan sendiri pun masih mengharapkan duit orang lain. Mungkin bimbang hartanya berkurangan/tidak mencukupi. Atau mungkin tidak cukup segunung intan yang dimiliki, perlu dikumpul untuk segunung intan lagi.
Ada pula orang yang rezekinya cukup untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri serta keluarga, tanpa perlu meminta-minta. Malah boleh diinfaqkan pula kepada yang lebih memerlukan. Hatinya tenang dan sentiasa mensyukuri rahmat yang diberikan Allah. Tidak perlu menyimpan bergunung-gunung intan kerana yakin rezeki datangnya dari Allah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|