Khas buat TT:
Kau tidak tahu apa yang akan kau lakukan saat penceraian itu terjadi. Kau takut untuk menghadapi benak emosi saat penceraian itu berlaku. Kau takut.
Sejujurnya aku merasakan bahawa kau tidak pernah takut untuk menghadapi keperitan emosi pasca penceraian yang kau hebahkan di thread ini.
Mengapa?
Jika kau benar-benar takut, kau takkan sesekali memungkiri janji perkahwinan yang kau lafazkan satu masa dahulu dengan berlaku curang. Kau tak akan pernah berani untuk mengkhianati hati seorang isteri yang berpenat-lelah bertarung nyawa bagi melahirkan tiga cahaya mata untuk suaminya yang tercinta. Kau takkan sesekali menginjak nafsu serakah itu untuk berlaku curang jika kau masih waras berfikir akan tanggungjawab kau sebagai seorang suami dan bapa.
Malangnya kau terlalu berani untuk memungkiri janji perkahwinan itu tanpa mahu berfikir kesan dan akibat dari perbuatan terkutuk itu.
Sekarang, kau takut akan keperitan yang kau lalui saat penceraian itu terjadi?
Pernah sesaat kau terfikir bahawa isteri dan anak-anak kau jauh terseksa hati dan nurani saat kau mengkhianati mereka dengan berlaku curang? Pernah?
She’s being consistent in this marriage. How about you? Masih berfikir tentang emosi diri sendiri tanpa mahu langsung fokus pada emosi isteri kamu.
She’s being consistent in this marriage! Percayalah, dalam benak isteri kamu dia akan sentiasa mengatakan itu. Saat pengorbanan dan keikhlasan dia dicemari dengan perbuatan curang kamu, percayalah she’ll question everything.
Apa salah dia? Apa lagi yang tak sempurna tentang diri dia? Apa kurangnya diri dia sebagai seorang isteri? Apa lagi yang tak cukup sehingga kau sanggup mencari wanita lain untuk berlaku curang semata-mata kerana wanita itu murah? Persoalan-persoalan tersebut secara tidak langsung akan menghantui emosi pemikirannya. Jika tidak dikawal, it will ruin your wife.
I believe you did something to save your marriage. Percayalah memujuk dengan menggunakan unsur-unsur materialistik seperti memberi bunga dan sebagainya takkan pernah cukup untuk mengubati jiwanya yang terluka. Takkan pernah cukup untuk mendamaikan emosinya yang terseksa akibat perbuatan terkutuk kamu itu.
Kalau kamu benar-benar sayang akan perkahwinan kamu ini takkan sesaat hati kamu terdetik untuk bercerai walau penceraian itu diminta oleh isteri kamu sendiri.
Oleh sebab TT hadir untuk mendapatkan nasihat then I will give mine.
TT please fight for your marriage. Fight like there’s no tomorrow. Remember this, second chance is to be earned not to be given. You have to earn it.
Kalau betul TT sudah insaf, you won’t simply give up. Kau dikurniakan akal untuk berfikir jadi gunalah dengan sewaras-warasnya.
Bila kau memilih untuk berkahwin, banyak perkara yang kau harus perhalusi. Bukan kehidupan kau saja yang perlu difokuskan. Bila masalah ini datang, kau lupa akan tiga orang anak yang masih memerlukan sebuah keluarga yang sempurna. Kau boleh ambil keputusan untuk bercerai, tapi pernah tak kau tanya diri kau, adakah ini keputusan yang tepat dan terbaik buat anak-anak kau juga?
Jangan nafikan hak anak-anak kau. Walaupun mereka masih anak-anak, mereka tetap punya hak akan setiap keputusan yang kau buat. Tambah-tambah dalam isu penceraian ini. Aku nak tanya, adakah kau bersedia untuk melihat anak-anak kau dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah jika kau memilih jalan penceraian?
Tolong buat yang terbaik untuk anak-anak kau. Pedulikan apa pun hasilnya, yang penting kau tahu kau dah buat yang terbaik untuk anak-anak kau.
Bukan mudah hidup berkeluarga. Tapi saat kau memilih untuk hidup berkeluarga, setiap cabaran dan dugaan itu ada harga dan bayarannya. Yang penting kau mengatasinya dengan cara terbaik. Jangan pernah mudah menyerah.
Komunikasi sangat sangat sangat penting dalam hal ini. Beri ruang, peluang dan masa untuk isteri kamu meluahkan perasaan satu per satu. Biarkan isteri kamu jika dia mahu marah, jerit, menangis dan sebagainya. Isteri kamu memerlukan luahan perasaan tersebut. Sebagai suami, dengarkanlah isteri kamu. Fahami dan hayatilah perasaan yang ingin diluahkan. Then, you talk her down. Bincang baik-baik. Perhalusi satu-satu permasalahan rumahtangga kamu.
It’s not gonna be easy TT but it’s gonna be worth it. Buktikan kamu benar-benar mahu mempertahankan rumahtangga kamu walau ke titisan darah yg terakhir.
Always remember your wife and you kids not YOUR HAWA NAFSU!!!
Good luck and all the best.
|