CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

Hotel lima bintang diskriminasi dua gadis ayu bertudung.

[Copy link]
Post time 18-4-2017 11:50 AM | Show all posts
hurmmm..xnak amek sudah laa x perlu nak mention bagai...apa laaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 11:57 AM | Show all posts

Remaja Dakwa Hotel Lima Bintang Diskriminasi Gadis Melayu Bertudung

Dua remaja perempuan Melayu yang masing-masing berusia 22 tahun mendakwa didiskriminasi oleh sebuah hotel bertaraf lima bintang di Petaling Jaya ketika menjalani temuduga, semata-mata kerana mereka bertudung.


Memetik laporanUtusan Online, salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Nur Elyna Hasan berkata, dia dan rakannya Norfazliana Mohd. Nasir berasa sangat kecewa dengan tindakan pengurusan hotel berkenaan kerana syarat tidak bertudung tidak dinyatakan sebagai salah satu kriteria dalam iklan pemilihan bagi jawatan penyambut tetamu yang ditawarkan.


Dilaporkan sebaik sahaja mereka memasuki bilik temuduga, panel yang merupakan seorang wanita bukan Melayu berkata untuk jawatan yang ditawarkan, calon tidak boleh mengenakan tudung. Seterusnya pun menanyakan mereka samada mahu meneruskan temuduga atau tidak?


“Kalau hendak kerja, awak kena buka tudung khususnya di hotel seperti ini. Apabila saya cakap tidak mahu buka, panel itu langsung tidak mahu meneruskan proses temuduga berkenaan."


Mengulas lanjut, Nur Elyna yang kini bekerja sebagai guru taska berkata, selain dia dan kawannya, calon muslim yang lain juga diberi layanan yang sama iaitu buka tudung barulah dibenarkan temuduga.


“Dalam borang permohonan tak ada dinyatakan semua ini tapi bila pergi temuduga semua benda yang diminta tidak diperiksa, lain pula yang jadi."


“Bayangkan jika ada calon yang dari jauh datang ke sini untuk temuduga tetapi akhirnya ‘dihalau’ keluar tidak sampai lima minit pun ditemuduga bagaimana?”


“Saya berharap agar penindasan secara halus ini dapat dihentikan dan pihak berwajib mengambil maklum perkara ini. Jika tidak, golongan ini akan terus mengambil kesempatan daripada situasi seperti ini,” tegasnya.- CARI

sumber foto: Utusan Online




Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ape pakai tudung, asalkan nampak presentable. Hotel lain relax je. Ini samada si interviewer tu bongok, atau ada cerita lain (cerita tak habis)
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:12 PM | Show all posts
mmg ade hotel yg letak syarat cm ni.. huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena pakai tudung biarkan buah dadah jelas kelihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:35 PM | Show all posts
myoujin replied at 18-4-2017 11:33 AM
Kalau macam tu sepatutnya dia interview macam biasa tapi tak payah ambil..  

Macam orang gemok. ...

Dalam hal ni, yang interviewer tu yang bodoh kan.Dah duduk membiak kat negara multiracial pun tak faham2 lagi.
Tak selayaknya jadi interviewer hotel 5 bintang.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2017 12:40 PM | Show all posts
cocorex replied at 18-4-2017 09:47 AM
Isu yg minah nie nk ketengahkan ialah kenapa xbgtau awal2 yg staff bertudung xleh mintak keje kt sit ...

letaklah dalam iklan tu hijabis need not apply.. ala macam requirement nak fluent in mandarin tu la.. apa ke susah sgt kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:44 PM | Show all posts
tak pun pakai hijab cenggini



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2017 12:58 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-4-2017 07:07 AM

Lain kali pergilah minta kerja di hotel taraf melayu seperti hotel di jalan tu razak tu.

Ini bertotop gigih nak kerja hotel 5* taraf international .. nanti nampak arak complain pula. Heeeiii..serba salah dengan ummah seperti ni!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw...apa rasional hotel ni x bg btudung

Bg ak xde masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 01:49 PM | Show all posts
Mulan replied at 18-4-2017 12:40 PM
letaklah dalam iklan tu hijabis need not apply.. ala macam requirement nak fluent in mandarin tu l ...

Yup..tu isu yg awek tu nk ketengahkan..susah sgt ker nk letak syarat tu @ takut kena hencap ngan ummah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 01:52 PM | Show all posts
rasanye memang rata2 hotel pun mcm tu kan sejak dr dlu kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 02:47 PM | Show all posts
white_musk replied at 17-4-2017 11:46 PM
Akak cadangkn adik2 ni duduk atas sejadah sambil tadah tangan Dan tunggu rejeki turun Dari langit. ...

Dia berusaha pergi interview untuk kerjakan...
Kalau faham agama, mesti dia terus berusaha.  Entah mana datangnya rezeki turun dari langit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 03:01 PM | Show all posts

Eventhou ..iolss jenis liberal sikit ..
Tapi bab ni .. memang sah2 discrimination

Kazen iolss bertudung ..ok jer keje kat hotel Langkawi ..
X perlu la bimbo sangat sampai nak suruh Muslim jaga bar ...
Ada byk dept kot dalam hotel ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Take or leave it
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 org mas ni igt melayu dan islam je kot hidup kt neg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 04:06 PM | Show all posts
ni kira ok la.. boleh diterima pakai sebab nak interview kat hotel

rilek la dik.. iols dulu penah je interview candidate pakai tudung and dah dapat pun candidate tu.. sekali CEO tak suka sebab pakai tudung.. terus aku x jadi offer budak tu.. kahkah.. CEO melayu islam okkay..

benda kecik je ni pun.. harap bertabah and cari je kerja lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:09 PM | Show all posts
Edited by CrowneGlory at 18-4-2017 04:13 PM

hotel apa ni... mohon viral nama hotel....kalau PJ ...hilton, one world...

kasi tgk sikit terkincit2 tak mcm hamleys kena viral terus mohon maaf... korg boleh hidup kah kalau semua yg bertudung x bg ko bisnes... nak harap geng2 kapir lahanat jah bg bisnes...melingkup la ko situ....
mentaliti2 mcm ni akak suggest kat pintu masuk korg tulis signboard besar2 "KAMI TAK PERLUKAN BISNES DR ORG2 BERTUDUNG" .... tgk berapa lama boleh hidup.... amboi kerja xmo bg...duit org bertudung nk pulak ko khenn...

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:11 PM | Show all posts
bebal dan tak professional betul HR hotel tu. aku pun line HR, airlines lagi. kalau nak reject, interview jer la dulu. lepas tu bagitau jer la application tak lulus by phone or email. ini terang2 tanya boleh tanggal tudung ker tak, nampak benar diskriminasi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu aku pon x amik set2 hijabista stylista kuat melawa fesyen kepelikang lilit sana sini  nih..sama ada amik yg bertudung proper tak over atau yg free hair je trus..hijabista stylista boleh blah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.078537 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list