|
Lanjutan Insiden David Teo Ditampar, NGO Berhimpun Di Ibu Pejabat MIG
[Copy link]
|
|
Korang ni sibuk bergaduh pasal lempang la, melayu la, cina la.. benda remeh.
Cuba spekulate apa sebenarnya yang David Teoh nak sampaikan pada PM hingga dia disekat oleh Rosyam Nor.
Kan lagi elok dari asik memaki hamun antara satu sama lain. |
|
|
|
|
|
|
|
bagilah david teo habiskan pantun dia |
|
|
|
|
|
|
|
dapat berapa ringgit sorang berhimpun? |
|
|
|
|
|
|
|
Macai mesti laa bekap macai |
|
|
|
|
|
|
|
Bo bo lah serabutnya.. menda dah setel lah
Tang mana kuang ajarnya bknnya david teoh g lempang pm ke apa.
Tp dia yg kena lempang |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku jadi matover... aku cepuk najib, cepuk david teo buat apa.
Lagi sorang patut kena cepuk... si castello tu, off mic la kalau nak mengata orang pun. hilang respek aku kat mamat ni.
kata melayu beradab, macam tu ke cara ajar kaum lain cara beradab dengan menggunakan kekerasan? |
|
|
|
|
|
|
|
RN x layak jadi moderator sebab xmampu kawal keadaan. Mat over mmg over. DT pon sila la gi kelas public speaking ke hapa sebab memanjang cakap kuat macam meniaga kat pasar malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tujuk hero la tu. Nak ajar org salah pun salah jugak caranya. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.msn.com/en-my/news/na ... -BBBgKYw?li=BBr8Hnu
PETALING JAYA: Penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar seorang pelakon semalam mempersoalkan logik di sebalik tuntutan 2 NGO untuk beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia dalam tempoh 3 hari.
Bercakap kepada FMT, ketua pegawai eksekutif syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) berkata: “Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?”
Beliau merujuk kekecohan yang berlaku di Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Datuk Seri Najib Razak yang dipengerusikan pelakon, Datuk Rosyam Nor di Putrajaya, semalam.
Kejadian itu bermula daripada tindakan Teo mempersoalkan Rosyam tidak memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang mengajukan soalan kepada Najib.
Selepas Rosyam membuka ruang kepada Teo untuk bertanya soalan, pelakon veteran – Sulaiman Yassin yang lebih dikenali sebagai Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo. Pasukan keselamatan segera meleraikan pergelutan itu dan mengiringi mereka berdua keluar dari dewan di Seri Perdana.
Insiden itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook semalam. Najib kemudiannya dilihat menenangkan keadaan dengan berkata “Relaks, relaks”.
Teo yang menerbitkan lebih 100 filem tempatan dipetik Harian Metro sebagai berkata, beliau tidak mengenali Mat Over dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana sudah memaafkannya.
Mengulas lanjut, Teo berkata, Najib sudah menerima permohonan maafnya dan kes itu selesai malam tadi di tempat kejadian.
“Jadi, tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi, melainkan perdana menteri mahu saya berbuat demikian. Tetapi, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku.”
Dalam pada itu, Teo menafikan dakwaan Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kononnya beliau ialah tali barut DAP dan dibayar parti pembangkang untuk mengganggu Dialog TN50 semalam.
Katanya, beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ali Tinju, selepas berunding dengan peguam.
“Saya sudah menjadi seorang ahli perniagaan lebih 17 tahun. Wang saya datang daripada filem yang menjadi box office dan jualan tiket.
“Dan saya tidak mempunyai latar belakang politik atau hubungan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” katanya.
Teo juga meminta mereka yang mendakwanya kurang ajar terhadap Najib supaya menonton rakaman video insiden itu dengan teliti sebelum menuduhnya.
Ini kerana, tegasnya, beliau sedang bercakap dnegan Rosyam apabila Mat Over tiba-tiba muncul dan menamparnya.
“Saya belum pun mula tanya perdana menteri ketika itu,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daedah Putrajaya, ACP Rosly Hassan dilaporkan berkata, setakat ini, 2 laporan polis berhubung kejadian tampar itu diterima, dengan 1 daripadanya dibuat orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan 1 lagi laporan dibuat pihak polis sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
“Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi, memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.
“Pada 1 tengah hari, barulah ada 1 laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu,” katanya pada sidang media hari ini yang dilaporkan Bernama.
Rosly berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat, sebelum memanggil individu terbabit dan saksi kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. |
|
|
|
|
|
|
|
yg acah2 hebat ni keyboard warrior jek..dlm alam maya hebat..kat luar menikus...
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib rasa terhinanperntu mainsoh askar bodow ngo dia buat kecoh plak.dasar kepit |
|
|
|
|
|
|
|
palmolive replied at 19-5-2017 11:06 AM
yg acah2 hebat ni keyboard warrior jek..dlm alam maya hebat..kat luar menikus...
Mana idoknya....kang baru nak menjenguk2, cakaran maut terkam duluan. |
|
|
|
|
|
|
|
serupa dengan yang buat report 1MDB jee....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alieyrina at 19-5-2017 12:16 PM
Ni nak alih perhatian isu apa pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
rindu zmn tun.m memerintah dulu. bijan nie nk jd hero pd mata rakyat kononnya. zmn tun dlu x lyn la benda merepek cmnie sbb kementerian kn ada biar la menteri wat keja dia. nie sebok jdi t.rumah tpi menikus. patutnya dia amik mic tu ckp kes nie abis sini je xyh pnjg kn lgi.org mesti dngr sbb dia t.rumah dn pm nie dia cma renyeh je. betul tun ckp k'jaan merintah je x yh wat KEJA lain.....pndpt aku je la |
|
|
|
|
|
|
|
Yang biadap sebenarnya NGO NGO yang sebuk nak buat perhimpunan ni.
Benda tu dah settle, dah bermaafan pun, David Teoh dah cool tak nak ambil tindakan walau dia kena lempang, so why nak panjangkan lagi.
Masing masing nak menangguk di air keruh , nak dapat habuan dari bodekan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau cakap ke debit telo tu bukan semua orang suka cara dia yg celupar tu... cakap bersepah air liur babi... gelak konon....
|
|
|
|
|
|
|
|
takde komen dari presiden Seniman ke? sonyap yo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 19-5-2017 07:01 PM
zorrro_03 replied at 19-5-2017 01:06 PM
Kau cakap ke debit telo tu bukan semua orang suka cara dia yg celupar tu... cakap bersepah air liu ...
Kalo mat over tu x datang kaco,dt carry on je dgn pantun dia tu x akan jd isu pn..majlis akn berlgsung spt biasa dgn gelak ktawa hadirin smpai habis..dt bknnya celopar tp dah style dia bcakap pelat dia mmg mcm tu, ko baru kluar gua tak penah tengok tv ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|