CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Bukan Kerana Didera, Kematian Mohamad Thaqif Berpunca Kencing Tikus

[Copy link]
Post time 11-7-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian makcik felda tak dapat terima kenyataan...tapi makcik pon silap lewat hantar anak ke hospital tau..berlapang dadala mak cik...dah tak tau nak alahkang sesiapa sampai kkm lak makcik nak saman....ustaz tu dah dilepas dan dibebaskan

Ada member hampir maut sebab kencing tikus sbb minum lopak air dlm hutan...3 week warded nasib umur panjang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 02:45 PM | Show all posts
Credit to RootOfScience

Setelah beberapa bulan berlalu, keputusan berkenaan punca kematian adik Thaqif telah pun keluar. Ia disebabkan jangkitan kuman leptrospirosis yang juga dikenali sebagai kencing tikus. Ia dirumitkan lagi dengan keadaan yang dipanggil sebagai nekrosis kulit iaitu dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Purpura Fulminans dan juga pembentukan dara beku mikro(Microthrombi) yang berlaku di seluruh saluran darah.

Pelbagai spekulasi yang dikeluarkan oleh Netizen sebelum ini. Ada yang mengatakan kematian adik Thaqif disebabkan pukulan yang diterima pada kaki adik Thaqif. Disamping itu ada juga yang mengatakan ia disebabkan kuman kusta yang aktif setelah pukulan pada kaki adik thaqif.
Setelah keputusan forensik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dikeluarkan, pelbagai spekulasi lagi dinyatakan oleh Netizen. Sebagai contoh mempersoalkan kenapa kaki Adik Thaqif perlu dipotong sedangkan dia hanya mempunyai jangkitan kuman kencing tikus, kenapa keputusan dapat lambat, kenapa itu dan kenapa ini.
Mari kita kupaskan satu persatu berkenaan apa yang dihadapi oleh adik Thaqif
Adik thaqif menghidapi penyakit apa sebenarnya?

Kami telah membuat post sebelum ini berkenaan dengan apa yang mungkin di alami oleh adik Thaqif. Iaitu dia mungkin mengalami Disseminated Intravascular Coagulopathy. Ini disebabkan jangkitan kuman yang sangat teruk dan dalam hal ini penyebab kepada perkara tersebut adalah kuman leptospirosis.
Ini bertepatan dengan simptom dan tanda-tanda yang telah dialami oleh adik Thaqif yang diceritakan sendiri oleh Ibunya.
Simptom dan tanda yang dialami oleh adik Thaqif.
Bengkak pada kaki adik thaqif sangat pelik. Ini kerana ia melibatkan dua belah kaki dan ianya merebak pada bahagian bawah lutut. Seolah-olah berlakunya pendarahan dibawah kulit. Jarang untuk orang pukul pada tapak kaki tapi bengkak sampai naik ke atas. Kemungkinan dia mengalami pendarahan yang teruk disebabkan darah tidak dapat membeku.
Gambar sebelah kiri menunjukkan bengkak yang dialami oleh Adik thaqif yang merebak sehingga ke kawasan bawah lutut. Sumber Gambar: Sinar Harian online
Didalam jangkitan kuman yang teruk(severe sepsis) keadaan darah yang tidak dapat membeku boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai Disseminated Intravascular coagulopathy. Ketika ini, terdapat kecelaruan di dalam sistem pembekuan darah. Ia menyebabkan penggunaan protein pembekuan darah berlaku di seluruh badan sehingga mana menghasilkan darah beku yang dipanggil sebagai Microthrombi. Setelah mana protein pembekuan habis digunakan, jika adanya pendarahan berlaku di dalam bahagian badan, ianya tidak akan dapat membeku. Hasilnya pesakit akan mempunyai risiko untuk berdarah di seluruh bahagian badan termasuk pada bahagian kaki

Apakah itu Purpura Fulminans?
Ia merupakan keadaan dimana berlakunya pembekuan darah yang teruk di saluran darah bahagian kulit sehingga menyebabkan kematian saluran darah tersebut. Saluran darah yang mati akan pecah menyebabkan darah daripada dalam saluran darah keluar ke dalam kulit. Perkara tersebut akan menyebabkan kulit kelihatan lebam disebabkan darah yang terkumpul dibawah lapisan kulit. Bahkan ia juga akan menyebabkan kulit di bahagian tersebut mati juga.
Keadaan inilah yang dilihat pada kaki adik thaqif.
Kenapa kena kencing tikus sampai kena potong kaki?
Sangat jarang mereka yang kena jangkitan kuman leptospirosis boleh menyebabkan gangrene pada bahagian kaki. Tetapi ia boleh berlaku dalam DIVC kerana keadaan DIVC boleh menyebabkan sumbatan yang teruk pada saluran darah hingga menyebabkan tiada darah yang disalurkan pada bahagian kaki.
Ini menyebabkan sel pada bahagian kaki mati dan menjadi gangrene. Sel yang telah mati sangat sesuai untuk pembiakan bakteria. Mungkin disebabkan perkara itu doktor yang merawat membuat keputusan untuk membuang kaki yang sudah gangrene dan dijangkiti kuman untuk menyelamatkan nyawa pesakit
Kenapa lambat sangat dapat keputusan?
Ketika membuat penyiasatan forensik, pelbagai sampel akan diambil dan dihantar pada jabatan kimia mahupun jabatan lain. Perlu diketahui bahawa jabatan tersebut bukan melakukan penyiasatan pada sampel adik Thaqif sahaja tetapi terdapat beratus sampel daripada kes forensik mahupun kes perubatan yang lain.

Malah untuk melihat keadaan samada ia melibatkan trauma ataupun tidak, sampel kulit perlu diambil dan dilihat bawah mikroskop. Jabatan histopatologi iaitu jabatan yang terlibat dalam melihat sampel dibawah mikroskop memang selalunya mengambil masa 2-3 bulan untuk mendapatkan keputusan. Pada ketika ini, ia bukanlah sampel yang ‘urgent’ seperti sampel untuk pengesahan kanser. Maka, untuk sampel tersebut di analisa selama 2- 3 bulan adalah sesuatu yang normal kerana banyak sampel lain yang sedang menunggu gilirannya untuk diperiksa.
Di dalam sampel adik Thaqif mungkin kelihatan microthrombi di dalam saluran darah. Sebab itu, laporan daripada KKM ia menyatakan spesifik tentang kehadiran ‘Microthrombi’.

Kesimpulan:
Kesimpulan yang kami dapat berikan adalah kes tersebut bukanlah disebabkan penderaan yang diterima oleh adik Thaqif tetapi jangkitan kuman leptospirosis yang menyebabkan semua simptom di atas.
Walaubagaimanapun, tidak sepatutnya seseorang kanak-kanak itu didera sedemikian rupa jika benar perkara tersebut berlaku.
Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan keputusan berkenaan kes adik Thaqif, netizen masih mengeluarkan pelbagai spekulasi yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Seperti biasa spekulasi hanyalah spekulasi. Kebanyakkan mereka tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan.
Kepada keluarga adik Thaqif, kami mengucapkan takziah lagi sekali terhadap pemergian adik Thaqif. Semoga dia menjadi pemberi Syafaat kepada kedua ibubapanya di padang mahsyar kelak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 03:08 PM | Show all posts
faham kalau mak arwah terkejut & xnk terima kenyataan..tahu pulak dr org luar..kenapa kkm x hubungi family arwah dulu..?tu yg keluar statement bukan2 tu..

tp ape2 pon keputusan post mortem dh keluar.. harap2 keluarga dapat duduk bertenang sebentar.. redha & dapat terima kenyataan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknya pun lambat hantar anak ke hosp, siap bagi makan ubat tahan sakit dia punya kan. Dapat result pakar tak boleh terima pulak. Ko cikgu sains ke doktor forensik?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:09 PM | Show all posts
pihak hospital pun kenapa tak maklum ahli keluarga/waris dulu? bukan ada akta ke maklumat pesakit adalah rahsia... kalau iols pun dapat tahu dari mulut orang lain dulu sebelum diri sendiri iols terkilan sangat2
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:22 PM | Show all posts
skinsandstars replied at 11-7-2017 01:36 PM
Kemain confident mak dia. You put a bad name to cikgu cikgi lah makcik felda.

Soalan jujur: cikg ...

ye lah tu.........tuhan nak tunjukkan jangan kita salah menghukum....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2017 04:29 PM | Show all posts
i see, jadinya kencing tikus , jangkitan leptospira menyebabkan / asbab kematian dan kes ini dirumitkan dengan pembekeuan salur darah dalam anggota yg dipotong tu sebelum ia menjadi serious/ gangrene.

yg kita speculate dera  dera ru sebelum ni sebagi asbab  bab kematian tu salahlah

okay mohon maaf zahir batin pada si pendera tu walaupun ade kes dera

kes dera wujud, okaylah ni sebabnya polis mohon bantuan pendakwaraya untuk menaged perjalanan dan hala tuju kes ni berdasarkan laporan forensik ( perkataan forensik in english  disebut frensik ye bukan fo ren sik )


i see...tak pelah kita ambik ikitibar agar menjaga sanitasi kawasan yg mempunya tumpuan public dan ini termasuk sekolah.

yg penting kat sini  ialah banyak org nak tahu mekanisme jangkitan leptospirosis dan bagaimana ia complicated/ merumitkan keadaan allahyarham adik Thaqif.


mohon pihak KKM citer sikit dalam media elektronik ke radio IKIM ke.




Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:36 PM | Show all posts
mybluegetz replied at 11-7-2017 02:45 PM
Credit to RootOfScience

Setelah beberapa bulan berlalu, keputusan berkenaan punca kematian adik T ...

brilliant posting!!!

sebab anda menerangkan atau article anda menarangkan mekanisme atau proses jangkitan itu

so saya faham dah sekarang thank u so muchh


okay now


leptosprosis  - severe form - DIVC - pemebekuan darah pada salur darah= gangrene , sebab teralu teruk keadaan thaqif so badan dia dah shut down...


kalau buat serology testing masa tu , pun ??/ ajal is ajal kan

ni asbab la kan...


okay thank you awak sebab paste article yg berguna ni.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknya hidup dalam penafian. Salah sendiri lambat bawak anak ke hospital. Cuba juga nak tuding jari pada orang lain. Salah ustaz. Salah sekolah. Salah kkm. Salah getah paip.
Sekolah tu patut upah pest control datang setiap bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:47 PM | Show all posts
Kanciang tikuih sano eh......
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:51 PM | Show all posts
net_level replied at 11-7-2017 04:09 PM
pihak hospital pun kenapa tak maklum ahli keluarga/waris dulu? bukan ada akta ke maklumat pesakit ad ...

kalau dah jadi kes polis or dah bawak masuk mahkamah, dah tak pakai dah akta pesakit adalah rahsia...  cuma sepatutnya dari segi moral, sampaikan la dulu kat mak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:55 PM | Show all posts
Ayda89 replied at 11-7-2017 11:47 AM
Habistu pembantu warden tu tak terkait atas apa2 pertuduhan pun ke?

ada rasanya...  terkait dengan penderaan...  tapi bukanlah penderaan sehingga mengakibtkan kematian...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ayda89 at 11-7-2017 05:19 PM
eyansss replied at 11-7-2017 04:55 PM
ada rasanya...  terkait dengan penderaan...  tapi bukanlah penderaan sehingga mengakibtkan kematia ...


Ermmm..Sebab mmg arwah adik Thaqif kena dera juga kan..Sekurang2 pembantu warden tu dikenakan hukuman juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 05:05 PM | Show all posts
Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad yang kecewa dengan keputusan bedah siasat itu, mempersoalkan pihak hospital kenapa perlu memotong kaki anaknya jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan dengan awal.
lain kali jangan simpan anak lama sangat kat rumah kalo nak spital kesan awal2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 05:07 PM | Show all posts
Ayda89 replied at 11-7-2017 05:04 PM
Ermmm..Sebab mmg arwah adik Thaqif kena dera juga kan..Sekurang2 pembantu warden tu kena hukuman j ...

aah...  kena pulak ada diari dari arwah...  so, family dia boleh proceed dengan kes dera cuma takleh nak mintak mahkamah sabit membunuh sebab punca kematian bukan sebab dipukul...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 05:09 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-7-2017 07:33 AM
Jap cmne pihak hospital xblh detect kencing tikus masa kt hospital

aku assume memula diorang buat test based on kata2 mak dia yang dia didera...  so takde la buat test kencing tikus kot...  sebab tu keluar la test gangrene segala (kencing manis yang mana bila terkena apa2 trauma baru nampak kesannya)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 05:10 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 11-7-2017 08:46 AM
Walaupun kematian berpunca dari kencing tikus,
tapi penderaan terhadap budak ni tetap ADA.
Sudahl ...

aku pun berharap kes penderaan tu akan berjalan jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 05:40 PM | Show all posts
mybluegetz replied at 11-7-2017 02:45 PM
Credit to RootOfScience

Setelah beberapa bulan berlalu, keputusan berkenaan punca kematian adik T ...

alhamdulillah banyak istilah biologi yang akak headache untuk faham. cmne ye ada kencing tikus kt madrasah? moga ada siasatan lanjut
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
marumaru replied at 11-7-2017 09:05 AM
typical cikgu...keluar ayat hikmat saya cikgu saya tau la kan gitu....menyampah bila dengar ayat gin ...

Akak setuju dgn you dik.apa dia ingat dia cikgu semua benda dia tahu le tu.kalau dia cerdik xde lah lewat hantar anak dia kat hospital.entah2 sebab dah termalu sendiri.geng2 cikgu yg rasa mereka paling cerdik lah kot ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 06:10 PM | Show all posts
eyansss replied at 11-7-2017 04:51 PM
kalau dah jadi kes polis or dah bawak masuk mahkamah, dah tak pakai dah akta pesakit adalah rahsia ...
ha`ah ..
mesti ada rasa terkilan .. mengapa kita pula dapat tau dari media

kurang-kurang dari segi kemanusiaan .. tak nak bersekemuka ke .. telepon .. whatsapp .. sms

kita2 pun baca dari media juga
tak tahu mungkin juga media ada tokok tambah kes ni dari awal
kadang orang tengah sedih ni .. dia main cakap ja

tunggu kat mahkamah je la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.301309 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list