CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misery2

Aku Isteri Kedua Yang Tidak Mendapat Giliran & Telah Diceraikan

[Copy link]
Post time 16-12-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bemyself replied at 16-12-2020 05:15 PM
Baca cite ni mcm cite senetron...
Bertabah la sis...jodohnye smpai situ jek
Bukan senang jadik jan ...

Kann. My sis laki dia jenis berdm pmpuan lain pun. I tgk how struggle dia nak maafkan laki dia. Even laki dia merayu melutut mntk maaf. Hari dia remuk dia xmampu nak terangkan melalui kata kata. Tu je dia ckp. Kesian sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 10:52 PM | Show all posts
jangan sesekali kawen laki orang. tunggu orang tu ceraikan bini dia kalau nak sangat.
banyak masalah.

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bloodyamuk replied at 16-12-2020 08:33 PM
yang ni iols setuju...cuba TT kat tempat 1st wife, tibe2 ada perempuan mana datang ambush kata die ...

Kann. Panas je baca. Dahla kau rosakkan rumahtangga org. Pastu kau play victim. Gila. Org tu dah kawen lama beranak pinak. Ntah2 sblm laki dia ada semuanya, wife tu la yg susah sng dgn dia. Apa punya org la kacau hak org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki notelo ada hati nak kawen lebih. Buat ko macam tempat persinggahan. Hujung2 ko makan hati, dia aman2 dengan first bini yg dia dah hancurkan hati jugak. Semoga ko temui bahagia sendiri. Buat masa sekarang fokus bahagia dengan anak. Semua org berhak bahagia, jangan buang masa dengan bersedih
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
benda dah lps, jdkan pglmn dan pengajaran.  lps ni jgn jd no 2 lg, sbb dah merasakan cmn... doa byk2 dpt jodoh yg ikhlas syg kita, dpt bersama buat amal ibadat, bkn buat kita mcm tukang msk, mcm perempuan simpanan, bg sy klu dah kawensy x nk la sembunyi
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 11:16 PM | Show all posts

... mana dak TT ni .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2020 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemahjemah replied at 16-12-2020 10:52 PM
Kann. Panas je baca. Dahla kau rosakkan rumahtangga org. Pastu kau play victim. Gila. Org tu dah k ...

baca tajuk pun dah mintak kena kecam...

iols ni membesar dalam keluarga poligami, iols anak 1st wife, dan my mother memang sampai skang tak pernah redha 2nd wife...at the same time 2nd wife ni pun baik, sedar diri, humble...tak pernah buat drama tau tak...iols dengan adik2 (anak2 2nd wife) baik2 je...boleh lepak2 sekali...

poligami ni ada cara, kena cara Alhamdulillah walau 1st wife jenis tak redha macam mak iols...

tapi si TT ni...hurm malas nak cakap. btw gugurkan anak plak, TT iols bukan nak kecam uols, tapi kena beza ujian dengan musibah...

TT asyik nak justify je kenapa TT janda kawen suami orang, kat komen2 baru nampak TT komen hantaran 50k, dapat keta...hurm malas la cakap...

helo TT hidup kawan iols balu anak sorang OKU tau, tabah je hadapi dugaan dan stigma...

okay sorry kalo kecam TT, tapi iols nampak TT nak orang kecam 1st wife...sorry iols side 1st wife...TT dengan ex husben tu yang bodo...

rasain lorh?

okay sorry bahasa kasar
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 16-12-2020 07:23 PM
Allah. one of the best advise so far.

tapi saya tekad dan nekad tak nak ada apa-apa hubungan ma ...

Ikut la nasihat kaka @Normabaru tuh
Minah tu time waras, input yg bagus2 je keluar. Time sewel, abis jampi serapah dia semburkan ekekekekek
Acik pun lebih kurang mcm dia

Awak jgn nak mengalah memanjang
Bekas suami mintak pulangkan hantaran serta keta? Dan kosongkan rumah?
Listen here
Jadi isteri ni, kita yg tentu kan mcmana suami patut layan kita. Kalo kita asyik semua takpe, mmg setan akan kuasai akal dia, maka mula lah dia pijak kita mcm dia tenyeh puntung rokok
You better wake up and get yourself a lawyer to help you buat list tuntutan. Dan sila fail kan kat mahkamah syariah. And of course sebelum buat semua tu, make sure perkahwinan tu dah berdaftar di msia

That's how we move on dear. Ni bukan sbb awak terluka dan taknak ada kaitan dgn bekas suami yada yada
Ini adalah nilai awak sebagai isteri yg tidak mendapat keadilan sepanjang perkahwinan
Redha awak tu citer lain. Redha tu antara awak dgn Allah, namun hak tetap hak

Satu lagi acik nak pesan, hati manusia ni rapuh. Berbolak balik. Jgn gantung hati kita dgn manusia walaupun status dia suami kita. Bergantung lah dengan Allah. Hanya Dia saja yg maha mengetahui. Jomm malamni bangun buat tahajud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 16-12-2020 11:16 PM
... mana dak TT ni .....

Eh eh kaklid pun betenggek kat tered ni ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 17-12-2020 12:00 AM
Ikut la nasihat kaka @Normabaru tuh
Minah tu time waras, input yg bagus2 je keluar. Time sewel, a ...

Hahahaa.. Smpi ke sini acik tag kaka. Ciskek tol acik ni!

bod org share masalah kita tolongla mana yang blh.. Ini hari org lain.. Hari kita blom tahu lg.. Harap2 xperlu diuji begini..
Nauzubillah..

Kat bod lain, tone kaka mmg kena senget..sebab porumer dlm tu pon melahar mcm jilaker esp manak kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
lmao nak kesian pun tak jadi.

in short, tak kesian. takde masalah pun jadi janda. org yg takut jadi janda sanggup stay dgn biawak tu pasal dia sendiri pun pikir yg buruk status janda. setakat godaan tu apalah sangat.

yg akak kenal bini no 2 semuanya birah. sebelum pegi siam nikah dah honeymoon merata2 post kat fb. org yg tgk yg malu. kawin tu bukan sekadar memuaskan nafsu je kak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 16-12-2020 05:05 PM
saya nak giliran yang paling minimum dan saya tak nak perkahwinan ini selamanya disorok.

zarina xainudin pon sorok ,
tt keje tak ...
ada perkara kita tak boleh paksa

sbb sedari awal tt pilih utk berahsia
x mudah tau tt
sbb berahsia ni hanya utk org yg kuat ..
patutnya tt and husband keep the baby sbb itulah pengikat kasih sayang tt ..
allah bagi rezeki dia nak bagi jalan
tapi ntah la
pilihan di tangan tt
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 16-12-2020 09:20 PM
Kuatkan hati ya TT. Kakburn berair mata juga baca kisah TT ni. Tapi Kakburn tak tau kalau suami Kakb ...

Kita pun hati tisu bila baca ni..tp klu laki sendiri buat hal mmg kena ganyang la kan..bertepuk sblh tgn x kan berbunyi..

Tt kena fikir anak tt tu..tu sumber kekuatan tt.. dpt kn sijil nikah cerai supaya xde masalah di kemudian hari.. betul kata kak normabaru tu..sbb exhusbd tu nk blk duit hntrn, jdkn benda tu cagaran utk mudahkn urusan tt.. jumpa lawyer yg berpengaruh utk bg nasihat & selesaikn urusan tt.. cukuplah spnjg perkahwinan ni tt beralah, skrg masa utk fight pulak.. jgn lekat kt otak ape yg madu tt ckp, dia sndr punya mkn pun tt yg masak..klu tt org yg jahat dh lama dia kena mandrem..
Iols pernah uruskn hal penceraian kakak iols..mmg hati kena kental sbb bkn suami isteri tu shj yg berurusan..semua org nk masuk campur..bezanya, ajal yg memisahkn mereka sblm sempat pendengaran kes
Moga allah permudahkn urusan tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 01:12 AM | Show all posts
Sedikit pembetulan untuk yang kecam mengatakan saya serang 1st wife. Saya tak serang madu. Saya minta dipertemukan 3 orang untuk merungkai kemelut dan aku tak mahu menipu madu lagi kerana cukup 5 tahun kami sorok-sorok. Dan saya rasa suami tak punya kekuatan mungkin dgn pusher itu dia akan mampu berterus terang. Alhamdulillah tiada adegan menyerang dan diserang. Kami bertiga hanya masing2 mengalirkan air mata dan banyak termenung. Aku malah ucapkan terima kasih pada madu kerana tidak agresif dan telah saya ucapkan beribu terima kasih apatah lagi berjuta permohonan maaf.

Dan pembetulan saya bukan berkahwin kali kedua kerana takut nista org. Saya takut saya gagal menjaga diri hingga terjebak menjadi janda liar ataupun saya memang amat memerlukan pelindung walaupun hanya sekadar isteri rahsia utk sementara waktu supaya saya terpelihara disebalik status isteri. Saya melihat contoh di depan mata bagaimana kawan-kawan saya gagal mengawal nafsu hidup sebagai janda dan kerap bertukar lelaki dan kebanyakkannya lelaki hanya niat touch n go. Alhamdulillah hikmah perkahwinan kedua ini berjaya mendidik saya dan melindungi saya dari hanyut dgn freedom.

Utk makluman, bekas suami mengajak saya berkahwin selepas 3 bulan mengenali saya dan melihat ada lelaki kirim video skodeng saya, ada lelaki yg sanggup hantar makanan dan tinggalkan atas kereta saya,  dan banyak lagi gangguan yg saya  terima. Saya juga ada lebih dari 10 laporan polis kerana pernah diganggu begitu teruk oleh lelaki pshyco.

Last but not least, saya sedar siapa diri saya. Saya tidak berniat utk play victim.  Saya tetap bersalah. Dan saya tetap di pihak yg salah. Tetapi setiap org yg bersalah itu masih punya hak-hak untuk diri sendiri. Banduan juga punya hak sebagai individu. Begitu juga saya. Utk awak yg mengecam dan mendoakan kemudaratan buat saya, dan bertepuk tangan di atas kesedihan saya, saya faham manusia mmg tak perfect dan saya tak salahkan awak kalau komen awak teramat kejam. Sakit mata awak membaca, sakit yang teramat dalam yg saya pikul hanya Allah yg tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa orang Kata byk dugaan jadi janda? Laki orang byk dtg mengacau? Biar betul? Kawan2 I yg bercerai takde pun kes camni, xde ceta kena pandang serong etc?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm... sorry... sy sokong 1st wife... sbb hati akan rasa sakit bila dikhianati suami.. lagi2 rupanya dh kawen lain... walaupun bini yg disorok tu dah diceraikan.. bertahun2 pun luka dikhianati tu belum tentu pulih lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 01:35 AM | Show all posts
Pada akak2 yg berjiwa besar, memndang saya sebagai isteri dan wanita walaupun saya isteri ke berapa, terima kasih. Korang buat saya meleleh air mata terharu dan rasa moral support korang.

Tentang mendapatkan keadilan, bukan nak lepaskan bekas suami. Tapi teramat pedih dan sakit utk saya berhadapan dengannya lagi. Terlalu pedih. Apa yg saya tahu, biarlah saya terus hilang dan lenyap dan saya tahu bila dia mendengar saya terus hidup dan bahagia bersama anak atau mungkin saya akan dijodohkan lagi (wallahualam) dia pasti akan merasa lebih dahsyat lagi dari kesakitan saya.

Walau apa pun yg telah berlaku dan terjadi,  bekas suami adalah antara yg terbaik pernah hadir dalam hidup saya. Selama 5 tahun, kebajikan saya dan anak tak terabai langsung. Walaupun dia tak ada tapi dia hadirkan pembantu untuk sentiasa menjaga saya. Dan bekas suami pertama saya telah buat nama saya blacklist. Tapi bekas suami kedua telah bayarkan semua hutang piutang dan selesaikan segala tanggungan saya di bank termasuk selesaikan pinjaman rumah yg ibu bapa dan adik beradik saya tinggal sekarang.

Maka saya banyak duduk berfikir, walaupun saya diduga tetapi Allah berikan banyak kebaikan melalui bekas suami kedua. Maka nikmat yg mana lagi hendak saya dustakan? Saya maafkan dia dan saya redhakan dia. Posting saya hanya nak mendapatkan moral support dan kata-kata indah untuk kuatkan jiwa saya. Saya sakit. Sakit sangat. Tak tertanggung sakitnya. Dan dalam sakit itu saya tetap merasa nikmat kebaikan dan kebahagiaan yg Allah titip.

Madu dan anak2 tiri telah jadi sebahagian dari kasih syg saya. Saya tak tahu macam mana nak gambarkan. Setiap petang selama 5 tahun saya masakkan makan malam untuk mereka. Mereka fikir bekas suami order dari restoran. Setiap ptg saya masak dgn penuh kasih syg. Kadang2 anak tiri akan order kalau ada mengidam.  Dan kalau madu saya sakit selalunya saya akan masakkan bubur dan sup ikan merah. Macam mana saya nak mereka tahu dan faham wallahi saya tak ada niat jahat langsung.

Saya masih waras alhamdulillahhhh cuma hati ini masih pedih dan sakit. Sakit yang tidak tertanggung ialah sakit rindukan dia. Sakit yang lebih sakit dari sakit ialah apabila saya tak mampu berkata apa2 dan terpaksa menahan diri dari apa pun waktu madu dan bekas suami datang ke rumah.  Dan lebih sakit nak terangkan pada anak apa yg berlaku.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 01:41 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 17-12-2020 12:00 AM
Ikut la nasihat kaka @Normabaru tuh
Minah tu time waras, input yg bagus2 je keluar. Time sewel, a ...

Antara best advise. Terima
Kasih kak. Akan saya jadikan panduan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 01:48 AM | Show all posts
becir replied at 17-12-2020 01:26 AM
Kenapa orang Kata byk dugaan jadi janda? Laki orang byk dtg mengacau? Biar betul? Kawan2 I yg bercer ...

Di fikiran lelaki termasuk suami org, janda tu perempuan gersang. Maka mereka dtg pd janda dgn harapan dapat beri servis touch n go. Ya janda mmg secara peribadinya gersang kerana tidak punya suami untuk melangsaikan fitrah. Teprulang pada individu bagaimana hendak meletakkan darjat dirinnya.

Birah yang dorang sebut2 tu tak perlu dikhususkan pada janda kerana banyak isteri org sendiri pun tak mampu lawan godaan digoda lelaki untuk dijadikan skandal. Malah ada je suami org dan isteri org berskandal.

Sedangkan ketika saya bersuami pun ada lelaki yang dtg kacau dan menggoda. Kalau korang tak pernah jadi janda maka korang takkan tahu berapa level gatal dan jahatnya lelaki yg berstatus suami dan ayah terhadap janda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 01:50 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 17-12-2020 12:00 AM
Ikut la nasihat kaka @Normabaru tuh
Minah tu time waras, input yg bagus2 je keluar. Time sewel, a ...

Saya suka sangat jangan bergantung dgn manusia. Terima kasih kak. Mengingatkan saya pada Dia yang maha berkuasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.099255 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list