CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dayangku_Azie

NOVEL

[Copy link]
Post time 18-2-2005 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 18-2-2005 10:16 AM:
Aries baru habis baca buku "OMBAK RINDU" karya Fauziah Ashari ni....best citer ni....



Si ...


wah aries...bestnyer sipnosis tu...murah dari buku yg i tengah baca skarang..now i'm reading novel 'Diusik Sayang' by Siti Zabedah Ibrahim..Rm 25.90, 582 muka surat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2005 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by rosslyn at 18-2-2005 10:38 AM:


wah aries...bestnyer sipnosis tu...murah dari buku yg i tengah baca skarang..now i'm reading novel 'Diusik Sayang' by Siti Zabedah Ibrahim..Rm 25.90, 582 muka surat.


Rosslyn, u baru baca sipnosis nya dah cakap best....baca buku dia lagi lah bestnya....

Sebenarnya karya2 Fauziah Ashari di kirakan jalan cerita nya bagus tak membosankan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 11:35 AM | Show all posts
Novel-novel karya Fauziah Ashari :-



Sinopsis : PERGILAH SEPI
Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.

Harga : RM 12.00
Halaman :368





Sinopsis : SETIA MENANTI
Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Akid Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.


Harga : RM 19.90
Halaman :552
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 02:25 PM | Show all posts
semua buku tu me dah baca....

mmg karya Fauziah Ashaari semua best....

paling suka OMBAK RINDU.....dah 10 kali baca, best gilerrrr!!!! dlm byk novel yg aku pernah baca.....ni paling best.....belum dpt ditandingi...siap nangis2....terasa cam aku je jd Izzah tu

lepas tu SETIA MENANTI.....

PERGILAH SEPI biasa aje
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 03:56 PM | Show all posts
aku tak berapa suke novel fauziah ashari.. especially pergilah sepi yang bagi aku citernye hampeh sungguh.. banyak sangat watak.. bosan sungguh.. aku paling minat novel Aisya Sofea.. best la susunan ayat ngan jalan citer dia.. novel paling best bagi aku "Kau Untukku".. besttt.. so touching..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by mesmerize at 18-2-2005 03:56 PM:
aku tak berapa suke novel fauziah ashari.. especially pergilah sepi yang bagi aku citernye hampeh sungguh.. banyak sangat watak.. bosan sungguh.. aku paling minat novel Aisya Sofea.. best la susuna ...
:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju:

Aisya Sofea's the best :clap:

sometime's fauziah ashari ni byk sgt watak.. and certain times, watak tu tak well-developed. Cuba korg baca Aisya Sofea.. gerenti tak nyesal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2005 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by mesmerize at 18-2-2005 03:56 PM:
aku tak berapa suke novel fauziah ashari.. especially pergilah sepi yang bagi aku citernye hampeh sungguh.. banyak sangat watak.. bosan sungguh.. aku paling minat novel Aisya Sofea.. best la susuna ...


hi mes..critelah sikit..tentang novel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 01:16 PM | Show all posts
ian suka dengan penulis ramlee awang murshid........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2005 08:26 AM | Show all posts
Gelora Jiwa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2005 07:23 PM | Show all posts
baru abih baca SEPI TANPA CINTA...Damya Hanna...rasanya...
correct me if I'm wrong...my cousinnyerr...

NorHaziqah...jilted by Yusri masa nak hampir hari perkahwinan...tingat lak
kes pemain bola tu...pastu kawen ngan anak bekas majikan ibu
angkatnya, Fakhrul...yg gf kena tangkap basah lak ngan Idzwan...
dr. benci jadi cinta...ok gak le citernyer...

satu lagik...pasal heroin kawen ngan seorg doktor...pastu konflik...pi
obersea...dpt anak sorang...lupa lak tajuk dier n pengarang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 08:45 AM | Show all posts
aku pun dah baca SEPI TANPA CINTA.....bagi aku best gak citernya!!!

utk buka tulisan AISYA SOFEA tu...mesmerize & my_sara....

aku tak pernah baca lansung, pinjam boleh tak????
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 01:24 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 18-2-2005 10:16:
Aries baru habis baca buku "OMBAK RINDU" karya Fauziah Ashari ni....best citer ni....



Si ...



dah baca citer nie..memang best..  ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 01:27 PM | Show all posts
buku aisya sofea yg latest tu tak kuar ke pasaran lg ke??..apa tajuk dia ekkk.. klau tak silap aku, gelora di jiwa kot..hari tu dah advertise kat mingguan wanita, tapi pi kedai, takdak pun..

novel sharifah abu salem pun best..suka novel bersambung, tak seindah mimpi & tak semanis impian..  ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 15-2-2005 16:10:
hai...ian pun sebenarnya ulat buku jugak......ian lebih minat buku buku terbitan alaf21.  kalau craetive tak minat sangat.  sekarang nie tengah kumpul buku dari alaf21....
sejak mu ...



sama la kita..kancil pun suka beli & baca buku terbitan alaf21.. buku creative tak minat sangat la..suka sangat kumpul buku..klau lalu kot kedai buku mesti singgah..ada buku baru, beli..  ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 03:16 PM | Show all posts
Originally posted by kancilbiru at 21-2-2005 01:27 PM:
buku aisya sofea yg latest tu tak kuar ke pasaran lg ke??..apa tajuk dia ekkk.. klau tak silap aku, gelora di jiwa kot..hari tu dah advertise kat mingguan wanita, tapi pi kedai, takdak pun..

novel sharifah abu salem pun best..suka novel bersambung, tak seindah mimpi & tak semanis impian...


:setuju: dgn kancil...novel2 karya sharifah abu salem mmg best....Aries dah pun baca novel "Tak Seindah Mimpi" & "Tak Semanis Impian"....best giler...




Sinopsis : TAK SEINDAH MIMPI
Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.  

Harga : RM 24.00
Halaman :655





Sinopsis : TAK SEMANIS IMPIAN

NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
揕upakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 03:21 PM | Show all posts
Aries baru habis novel "Pesona Rindu" oleh Sharifah Abu Salem...best....




Sinopsis : PESONA RINDU
RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.

Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.

Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.


Harga : RM 19.90
Halaman :576
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2005 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 21-2-2005 15:21:
Aries baru habis novel "Pesona Rindu" oleh Sharifah Abu Salem...best....




Sinopsis : [ ...



pesona rindu pun dah baca dah...5 novel sharifah abu salem, kancil dah baca...best kan...pesona rindu tu yg latest kan...  ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 04:04 PM | Show all posts
Minggu lepas baru habis baca novel
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 04:13 PM | Show all posts
Baru habis baca PERGILAH SEPI  Fauziah Ashaari...menyesal sungguh beli buku tu...tak best lah..

tapi terubat sikit hati lepas baca AIR MATA KASIH Norhayati Berahim..buku tu dah lama..dah masuk cetakan ke 4 pun..tapi saya baru berkesempatan baca..Best lah!

Kisah Farah Diba yang cekal hati menghadapi kebencian bapa kandungnya..Sebagai mangsa sebuah dendam,dia membuktikan bahawa anak perempuan juga mempunyai hak dan berhak!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by pinatbate at 21-2-2005 16:13:
Baru habis baca PERGILAH SEPI  Fauziah Ashaari...menyesal sungguh beli buku tu...tak best lah..

tapi terubat sikit hati lepas baca AIR MATA KASIH Norhayati Berahim..buku tu dah lama..dah masuk c ...



kancil baru jer beli AIR MATA KASIH ptg smlm..buku tu mmg dah lama..tapi baru nak baca..  ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.384698 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list