|
copyright KTM Berhad 1985 |
|
|
|
|
|
|
|
mok nik ada satu thesis mengenai sejarah perkembangan keretapi Muar, kawan mok nik punya. semasa ijazah pertama dulu kami kena buat thesis, jadi kami bertukar2 thesis sebagai kenangan. Nanti bila mok nik habis sibuk mok nik akan salin thesis tuh kat sini. thesis beliau tuh dapat A. tapi sayang beliau sudah meninggal dunia di usia muda. |
|
|
|
|
|
|
|
564.15 "Katong" runs alongside the main Singapore - Kuala Lumpur Road with a northbound freight. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesiapa di sini yang tahu pasal sejarah Jurong Line tak ?? kalau sesiapa yang ada maklumat tolong paparkan kat sini ye .. saya tak ada masa lah nak tanya kat Mr. Google :bgrin:
setahu saya Jurong Line dibina pada tahun 60-an tetapi kini tinggal dalam lipatan sejarah aja .. track itu ditutup pada tahun 90-an (sebab apa saya tak tahu) , pekerja2 KTMB juga telah dismantle landasan laluan Bukit Timah - Jurong (Jurong Line) pada tahun 1998 (tak silap) ..
mungkin orang Singapura dapat membantu:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
JB
KL |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku tolong paste kan tuk ricky.. (tgh dok carik kot) hehhehehe
HISTORY OF MUAR STATE RAILWAY (1889-1925)
Muar is the biggest and most important district under the Johor empire and the first to be significantly developed by Johor. Parit Jawa is an important area under Muar where are community there plant gambir, coconut, pinang and other commercial plant during the 19th century.
Journey from Parit Jawa to Muar town in those days were difficult. Travellers by sea or river are exposed to pirate attacks, while there are no proper roads being built between the two places.
In 13th. November 1887, the Johor government solved this problem. A discussion was held between Residen Ungku Sulaiman and Dato' Bentara Luar who at that time was the head for the Land Office and Agriculture Affairs of Muar district.
An agreement was reached in this discussion where railway will be constructed in early 1889 with the objective to service the population at the south of Muar town and improve transportation of goods. It is also to provide free transportation for school children who went to English school in Muar town.
The construction of this railway was done mostly by Malay and Javanese workers who migrated in masses to the Malay peninsular. Most of these Javanese immigrants do not have permanant job and their pay was cheap. Between 1889 - 1890 was the initial stage of the construction work if this railway. All materials were supplied from Europe.
The triain has a steam engine and the seating coach were arrange facing each side. There ten coaches. Five for passenger and three coaches for carrying goods. The passenger coaches were divided into first class, second class and third class which was always full.There were other facilities. Each pessenger were charged five sen per mile.
The railway starts from Jalan Sulaiman in Muar town to Parit Jawa in 1890. In 1894, the railway was extended another three miles until Sungai Pulai. The railway services five times a day.
There were five permanant stations and eight temporary stations along the railway.
Permanant stations:
1. Bandar Maharani, Muar
2. Parit Bakar
3. Parit Jawa
4. Parit Pecah
5. Parit Pulai
Temporary stations:
1. Parit Perupok
2. Parit Keroma
3. Parit Raja
4. Parit Unas
5. Parit Samsu
6. Parit Jamil
7. Parit Bulat
8. Parit Seri Menanti
The railway service was very profitable. The main factors that contribute to the profitability was because of the two types of service coaches, increase in economic activities and sea transportations were stopped.
In 1915, income for Muar State Railway reached RM86,701.92 compared to estimated expenditure of RM63,216.77.
With this positive development, His Mejesty Sultan Johor suggested to extend the railway service until Batu Pahat river but it was not done due to financial reasons and geographical condition. There were a lot of soft ground along the way, it had to be piled every time the train pass through the area resulting increase in expenditure.
Profitability began to reduce when the engine is getting old and the high cost incurred in maintaining the railway and stations. With the opening of a road called Jalan Abdul Rahman from Maharani town to Parit Jawa, the Muar State Railway ceased its operation in 1925. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah nampak lagi lah signboard ni, superimpose ke? |
|
|
|
|
|
|
|
KTMB kaya artifak sejarah
Oleh Riadz Radzi
[email protected]
Pelbagai barangan digunakan sejak era FMSR tersimpan di gudang stesen KTMB Klang, Ipoh, Tapah Road
BANYAK sejarah boleh disingkap mengenai perkhidmatan kereta api negara. Bermula dengan landasan kereta api pertama dari Taiping ke Port Weld di bawah kendalian Perak State Railway pada 1885, ia diambilalih Federated Malay State Railway (FMSR) pada 1901 hingga 1942.
Ini diikuti dengan penubuhan Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada 1946 sebelum diswastakan pada 1992 dan dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Perkhidmatan kereta api yang berusia lebih 100 tahun itu melalui pelbagai perubahan. Bermula dengan lokomotif arang batu, enjin diesel, elektrik diesel sehinggalah kepada perkhidmatan Komuter menggunakan tenaga elektrik yang pertama kali diperkenalkan pada 1995.
Dalam usia itu, KTMB memiliki banyak artifak bersejarah seperti peralatan kereta api, dokumen, gambar, tiket dan pelbagai barangan yang digunakan sejak era FMSR. Kebanyakan barangan terbabit kini disimpan dalam gudang di stesen KTMB Klang, Ipoh, Tapah Road dan beberapa stesen lama.
Kunjungan penulis ke gudang KTMB di Klang baru-baru ini, mendapati terlalu banyak artifak sejarah yang sepatutnya dipamerkan kepada orang ramai. Dengan koleksi yang ada, KTMB sewajarnya memiliki muzium mereka sendiri.
Apa yang pasti, selain memberi pengetahuan, ia mampu menerbitkan nostalgia kepada orang ramai. Contohnya tiket kertas tebal yang digunakan ketika era perkhidmatan kereta api mel pada tahun 70-an dan 80-an. Begitu juga dengan tiket memasuki platform berharga 20 sen yang kini tidak lagi digunakan.
Bagaimanapun, penulis difahamkan pihak KTMB memang mempunyai perancangan untuk menubuhkan muzium. Tambahan pula, KTMB turut memiliki Unit Muzium yang bertanggungjawab mengumpul dan menyimpan artifak lama.
Pegawai Unit Muzium KTMB, Kamalul Arifin Muhamad berkata, ada cadangan untuk menjadikan bangunan stesen kereta api lama Kuala Lumpur akan dijadikan muzium.
揅adangan memang ada, tapi bila ia akan bermula belum diberitahu. Kami juga di dalam proses untuk mengemaskini dan mengumpul barangan lama yang tersimpan di Klang itu, |
|
|
|
|
|
|
|
artikel untuk dikongsi
PELANCARAN PERKHIDMATAN PERTAMA JOHORE STATE RAILWAY
Tarikh Peristiwa: 01.07.1909
Perkhidmatan keretapi adalah antara perkhidmatan pengangkutan yang sudah lama wujud di Semenanjung Malaysia. Sejak pembukaan jalan keretapi pertama dari Kuala Sepetang (Port Weld) ke Taiping pada 1 Jun 1885 perkhidmatan ini terus dimajukan di negeri-negeri di Semenanjung ketika itu. Di peringkat awal perkhidmatan keretapi adalah dikendalikan sendiri oleh Kerajaan negeri masing-masing seperti di Perak oleh Perak State Railway dan di Selangor oleh Selangor Government Railway.
Di Negeri Johor pula pada hari ini 1 Julai 1909 Johore State Railway telah merasmikan pelancaran perkhidmatannya yang pertama di Stesen Keretapi Segamat. Perasmian ini dibuat bersempena dengan siapnya landasan sejauh 105 batu yang menghubungkan landasan dari Segamat ke Johor Bahru. Landasan ini telah melengkapkan landasan keretapi bagi negeri Johor dari sempadan Negeri Sembilan pada akhir bulan Jun 1909 dan menyambongkan terus jalan keretapi utara - selatan.
Perkhidmatan keretapi Johor sebenarnya telah bermula dari tahun 1866 lagi apabila landasan Johor Bahru - Gunong Pulai telah dibuka pada zaman Sultan Abu Bakar dan diikuti dengan projek keretapi di Muar, tetapi kedua-dua perkhidmatan ini tidak kekal lama sehinggalah satu usaha baru dijalankan oleh Residen General, Federated Malay State, Frank Swettenham yang mengemukakan cadangan membina jalan keretapi di Johor.
Beberapa siri perbincangan telah diadakan di antara Kerajaan Negeri Johor dengan pihak Inggeris mengenai pembinaan jalan keretapi ini termasuklah dari segi pembiayaannya. Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk memberikan konsesi kepada syarikat yang dipilih sendiri oleh Lembaga Penasihatnya. Sementara Kerajaan Inggeris mempunyai matlamatnya sendiri iaitu menjaga kepentingan pentadbiran mereka. Setelah beberapa rundingan yang menemui jalan buntu akhirnya pada tahun 1904 satu perjanjian telah ditandatangani antara Sultan Ibrahim dan Frank Swettenham mengenai pembinaan landasan keretapi di Johor.
Melalui perjanjian 1904 ini FMSR (atau Federated Malay State Railway) bersetuju untuk membina landasan keretapi dari sempadan Johor/Negeri Sembilan sejauh 120 batu. Satu pindaan perjanjian telah dibuat kemudiannya pada 1908 di mana FMSR telah memberikan kuasa penuh kepada Johore State Railway (JSR) untuk mengendalikan operasinya di Negeri Johor. Landasan di Negeri Johor siap sepenuhnya pada 30 Jun 1909 dan pada hari ini 1 Jun 1909 upacara pelancaran perkhidmatan pertama oleh JSR telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang. |
|
|
|
|
|
|
|
nak masuk stesen jb
lain kali senang sambung |
|
|
|
|
|
|
|
salam utk semua
atas permintaan muor76, mok nik scan muka depan thesis yg muor76 tanyakan tu
isi thesis insyallah mok nik scan sedikit demi sedikit nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum mok nik teruskan paste scan thesis kawan mok nik nie, marilah kita sedekah kan alfatihah utk Allahyarhamah yg telah kembali ke rahmahtullah seawal usia 24 tahun , ketika kami sama sama menyudahkan diploma pendidikan di UM setelah sakit terkena santau.
ini adalah sebahagian thesis beliau .. moga ilmu kajiannya Beliau ini menjadi manafat kepada kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by mok_nik at 5-11-2006 06:51 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|