CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chumpon

~MERGED~Teori Darwin vs Adam & Hawa

[Copy link]
Tsunamie This user has been deleted
Post time 9-9-2005 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by Tsunamie at 9-9-2005 01:35 AM

Harun Yahya - Communuism In AmbushAn Invitation to the Truth

According to Stephane Courtois,reserach director of The National Scientific Research Centre in France and an ex ...

Darwin menegahkan fahaman Darwinisma ...dia bukan Komunis ,tahun1850 belum ade fahaman komunis.Tetapi sesudah 1917 Komunisma muncul dari theori Darwin dan diimplementasi oleh bangsat Karl Max,bangsat Lenin,theori berusulkan xbertuhan.Dimane puluhan juta rayaat Russia mati kebuluran sebab pemerintahan kominis. Stephane Courtois merlibelkan Darwin sebagai penyebab munculnya komunisma dan akibatnya  berpuluh juta rayaat Russia terhapus oleh kerana kekejaman pemerintah komonis.Darwin berugama keristian . Cam mane pula dia jadi komunis. Kominis curik dia punya cirta dan mereka buat satu buku untuk mereka belajer maka mereka belejer fahaman komunis. Cikgu deorg Karl Max anak muridnya Tok Lenin, Tok Stalin dan cunchu2. Mereka buat cirta xbertuhan manusia asal dari binatang,mereka buat manusia cam anjing,mereka bunuh siapa xikut fahaman mereka. Masa tu Darwin sudah mati dan jikalau dia hidup masa tu mungkin dia sedih tengok owang kenak bunuh sebabkan fahaman DARWINISMA menjadi KOMUNISMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Tsunamie This user has been deleted
Post time 9-9-2005 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 9-9-2005 12:35 PM

ko tau yg ko ceduk kat atas pun kajian org putih mengenai evolusi? ko yg bagi bukti evolusi dan ko plak minta bukti evolusi? lepas tu ko menafikan evolusi plak? kemudian ko mengunakan kajian evol ...

Ponder xceduk theori EVOLUSI tu mmg kajian saintifik sebagai bukti bahawa Adam mucul ratus ribu tahun dulu bukannya juta tahun dulu.Ini mmg Theory Adam bukan evolusi DARWIN manusia asal dari binatang.Penghuni bumi sebelum Nabi Adam adalah dilibel sebagai binatang .Penghuni ini adalah makhluk2 Tuhan jugah tetapi xsemulia ADAM n FAMILY
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 06:47 PM | Show all posts
bila org tegur dia marah, tetapi lihatlah manusia bodoh ini. darwin tu komunis???   
lihatlah kebodohannya. mengarut tak habis. kajian yg dia ceduk tu mengenai evolusi dna manusia dahulu. kajian ini berasaskan fosil2 tengkorak yg dijumpai. manusia bodoh macam ini lah yg menyesatkan kita. mesti dia akan kata fosil yg dijumpai kepunyaan nabi adam dan siti hawa. banggang sangat ke nak paham? nasib baik ramai org islam di dunia ini tak sebahlol manusia macam ini.  bangau oh... bangau.
:lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol

[ Last edited by riccckyyy at 10-9-2005 03:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Tsunamie This user has been deleted
Post time 9-9-2005 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 9-9-2005 12:12 PM
kita boleh nampak sebabnya islam dipandang rendah, hina, lemah, mundur, ganas, degil dan bodoh. dgn adanya golongan yg jahil lagi degillah yg bukan shj menjadikan golongan ini sendiri yg bodoh satu ...

   
Nampenya hujah kau ker betul beruk Darwin.......kau gali ler kubur si DARWIN ntah2 cam
kau.Beruk nie cakap cam beruk aje lari sane sini.Kau hendak lari kemane manusia hendak tembak kau.
                                                                                       
                                                                                        :devil:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2005 07:03 PM | Show all posts
ko ni umur berapa? kenapa cakap macam budak2 bodoh? apa yg ko merepek? kata   aku pulak beruk. sedarilah hoi tsunami, ko dah teruk sangat sesatnya. penuhilah diri ko dgn ilmu agama supaya ko tidak merugikan diri ko sendiri. benggang betul otak ko ni.
:lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol

[ Last edited by riccckyyy at 11-9-2005 05:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Tsunamie This user has been deleted
Post time 9-9-2005 07:33 PM | Show all posts

Kau pon Budak2 Gah

KO libel manusia bodoh ukur badan sediri dulu.Ko seorang aja merpertahan siberuk tu.
Ko ingat kami nie bodoh ker yang ko aje HERO AGAMA.
Yang ako cakap fahaman beruk yang ko melinting buat apo.......betul ker u nie beruk.
Cakap kami nie bodoh sesuka hati ko......ape punya Islam nie.

Umo berapa

:blah::blah::blah::blah::blah::blah::blah::blah::blah::blah::blah::blah::blah::blah:
Reply

Use magic Report

Follow Us
ponder This user has been deleted
Post time 9-9-2005 07:38 PM | Show all posts
Tsunamie,

Jangan buang masa lah dengan dia ni. Dia cuma tong kosong yang tak ada fakta dan bukti. Saya dah berkali2 mintak bukti, tapi saya tahu dia tak boleh bagi. Biarkanlah dia membebel sorang2.

Saya dah malas dah nak layan!
Reply

Use magic Report

Tsunamie This user has been deleted
Post time 9-9-2005 07:45 PM | Show all posts
Alhamdullillah Ponder.........saya pon tarik diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2005 08:05 PM | Show all posts
nampaknya ko berdua2 bukan sahaja bodoh dan banggang, tapi juga haprak dan bacul. hujah jahil tapi mengaku nak jadi hero islam. cakap macam bodoh nak minta bukti. perangai macam org bodoh meludah ke langit. biar semua org menjadi saksi hujah2 bodoh korg di sini. kalau ko masih lagi tak ubah, ko adalah sampah masyarakat islam. jgn sesekali ko mengaku islam sbb ko memalukan islam. islam diketawakan org bukan islam kerana ada org yg jahil lagi bodoh macam korg yg degil tak mahu berubah. semoga tuhan menunjukkan jalan yg benar kpd korg dari terus memalukan islam.

[ Last edited by riccckyyy at 10-9-2005 03:45 AM ]
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 9-9-2005 11:34 PM | Show all posts
abende la gaduh sampai maki2
konon pandai sgt la tu
tak nampak pandai pun dgn cara post ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 03:31 AM | Show all posts
:lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 10-9-2005 03:31 AM
:lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol  :lol



Dah habis gelak ke belum..... ? Ni nak minta Riccckyyy jawab... apa dia, masa kecik berkaki empat, bila besar berkaki dua, bila tua... berkaki tiga... he... he... he... mudah aje kan soalan saya ni....:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 01:24 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 10-9-2005 11:01 AM
Dah habis gelak ke belum..... ? Ni nak minta Riccckyyy jawab... apa dia, masa kecik berkaki empat, bila besar berkaki dua, bila tua... berkaki tiga... he... he... he... mudah aje kan soalan saya...


siti, aku sebenarnya gelakkan forumer tu yg masa kecil kaki 4, masa besar kaki 4, masa tua pun dia kaki 4, masa berforum pun berkaki 4..... :lol :lol :lol :lol :lol :lol
Reply

Use magic Report

Tsunamie This user has been deleted
Post time 10-9-2005 05:22 PM | Show all posts
:dia:            Beruk intelek



:dia:            Diam dalam parit
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 06:39 PM | Show all posts
.                                                                                                                              
Originally posted by Remy_3D at 9-9-2005 11:34 PM
Nielah keluhan kawan aku ketika kami sedang makan tengah hari tadi. Aku kengkadang terpaksa bersetuju dengan pendapat dia tentang isu nie. Majoriti orang Islam akan menggunakan agama sebagai helah untuk melepaskan diri mereka dari terus berbincang sesuatu yang terjadi, tak kiralah tentang sejarah, geografi, sains dan sebagainya.

Kita bukan menidakkan kewujudan Allah, tetapi kita berusaha untuk memahami sesuatu yang berlaku menggunakan akal. Dikala ilmuan ilmuan barat mengkaji dan terus mengkaji, malangnya ilmuan kita cuma berdiam diri dan menunggu dan terus menunggu.
Originally posted by Bateesta at 9-9-2005 11:55 PM
Aku sokong pendapat diatas , x caya tgk thread2 dibawah (atas), dimana dorang yg sendiri x blh berfikir , berasa begitu marah bila ada org lain yg Allah anugerahkan kelebihan dan menggunakannya , terpaksa menggunakan " alasan islam , x blh tanya lebih2 , nanti syirik"  , "takut bila mati nanti , kena tanya macam2 nanti psl x ikut pendapat bodoh cam dorang " dan "berdosa kalau kau berpendapat berbeza dr dorang yg majoriti " ...

benar sungguh skrg ramai manusia jahil yg tak berilmu dan degil utk menimba ilmu, lepas tu berlagak sombong, macam kera sumbang, yg memalukan islam. sampah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 06:46 PM | Show all posts
Kisah Adam dalam Al-Quran.
Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25


Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oelh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dpt mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2005 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 10-9-2005 01:24 PM


siti, aku sebenarnya gelakkan forumer tu yg masa kecil kaki 4, masa besar kaki 4, masa tua pun dia kaki 4, masa berforum pun berkaki 4..... :lol :lol :lol :lol :lol :lol



Amboi.... gelak lagi... tak baik kata cam tu.... mai le kita berbincang baik2.... tak yah le gaduh.... dulu cikgu saya pernah tunjukkan satu gelas air yang berisi susu... dia suruh terangkan apa yang kami lihat... ada yang kata satu gelas berisi susu, ada yang kata separuh gelas diisi susu, ada yang kata separuh gelas berisi udara... dan macam2 lagi... bila difikir semua jawapan ada kebenarannya... tapi yang manakah yang paling benar.... jadi disini le kita kena berbincang... masing2 kena buka minda... dengar pendapat orang lain... fikir... bincang... dan cari penyelesaian... setiap orang ada persepsi masing2... itu yang  membezakan mereka dari yang lain akibat perbezaan pengalaman dan latar belakang... Forumer yang lain pun jangan le emosinal sangat... sabar... he..he..he... maaf ya.... budak baru belajar tumpang lalu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 08:22 PM | Show all posts

Kisah Nabi Adam a.s.

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu,disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari.Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami!Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya,sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu,nescaya akan bertengkar satu dengan lain,akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya,sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman,menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah,karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."

Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.
Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh allah dari Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya.Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah bujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena bujukan Iblis.Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."

[ Last edited by riccckyyy at 10-9-2005 08:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 08:26 PM | Show all posts
Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.

Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu.Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah,hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya.Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya,akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu.Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disan sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
Reply

Use magic Report

Tsunamie This user has been deleted
Post time 10-9-2005 08:38 PM | Show all posts
:dia:           Belok Darwin


    :dia:          Bertopeng Islam


    :dia:          Hujah makan sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.370286 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list