CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hanieliza

ANEKA KUIH LAPIS

[Copy link]
 Author| Post time 11-5-2005 07:48 AM | Show all posts



KUEH LAPIS KELADI

Bahan  A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1/2 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple

Bahan C
1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan  adunan bahan B  dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C  berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.


Psssttt..:jeling:
oleh krana lapis keladi ni warna purple..so biorlah font ni warna purple jugak..
kasi cun jer..
lepas ni tetapi gak font warna hijau..identiti kak liza...:clap:


[ Last edited by hanieliza on 11-5-2005 at 08:57 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2005 08:35 AM | Show all posts
ekspressnya kak liza buat kuih lapis..harus buat buku resepi kuih lapis nih..mmg sold out nanti..kat luar pon nak amik course kuih talam/lapis mmg mahai ash cadangkan kat liza combine kan resepi kuih lapis dgn kuih talam

[ Last edited by ashra on 11-5-2005 at 08:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 08:44 AM | Show all posts
syabas atas usaha kak liza yang ingin menerbitkan buku masakan sendiri..... sila war-warkan pada kami semua bila bukut tu telah ada dipasaran kelak....tak sabar nak beli

kak liza pi mana semalam tak nampak dari pagi sampai petang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2005 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by ashra at 11-5-2005 08:35 AM:
ekspressnya kak liza buat kuih lapis..harus buat buku resepi kuih lapis nih..mmg sold out nanti..kat luar pon nak amik course kuih talam/lapis mmg mahai ash cadangkan kat liza combine kan resepi ...


memang kak liza dalam perancangan nak buat buku ni..
dah ada pun yg nak menerbitkan buku ANEKA LAPIS DAN TALAM...
tunggu amsa yg sesuai untuk kami kerjakan adunan tu...
insyaAllah dalam masa yg terdekat ni...:pray:

tungguuuuu..ada 50 LAPIS dan TALAM..:cak:


Originally posted by sitipayung at 11-5-2005 08:44 AM:
syabas atas usaha kak liza yang ingin menerbitkan buku masakan sendiri..... sila war-warkan pada kami semua bila bukut tu telah ada dipasaran kelak....tak sabar nak beli

kak liza pi mana semalam ...


ada kat rumah jer.. ..semalam kak liza dihujani oleh YM dan terpaksa melayani..
dan juga kak liza projek Lapis Keladi dan Talam Keladi berlauk..

ni semua gara2..nak trial kueh2 ni sebab kak liza tak mahu berikan resepi yg tidak di ujimasak dan makan dulu...
nanti nanya saja pembeli..kak liza juga yg dapat malu....:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 09:39 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 11-5-2005 08:54 AM:


memang kak liza dalam perancangan nak buat buku ni..
dah ada pun yg nak menerbitkan buku ANEKA LAPIS DAN TALAM...
tunggu amsa yg sesuai untuk kami kerjakan ad ...

kak lieza jangan lupa...1 buku utk maklang:ah:....alaaaahhh..kira sedekah ajelah ekkkkk.:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 09:55 AM | Show all posts
tak lama lagi kak liza akan jadi terkenal cam chef wan laa.......dan jadi jutawan juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2005 11:38 AM | Show all posts
wahhh kak liza.....itu kaler kuih lapis keladi...memang menawan selera dan kalbu.....:lol...cantik betulll....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 11:39 AM | Show all posts
jangan lupe kawan2 kat F&R dah ler..hehhehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2005 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by ummiauni at 9-5-2005 02:29 PM:
Kalau buat kuih lapis t/hari, mlm kena simpan freezer tak?
2 mgu lepas dah cuba buat kuih lapis jagung K'Liza...sedap.

satu soalan utk K'Liza cayang...4 cawan santan dari 1 biji kelapa ke...[k ...

sorilah kak liza terlepas pandang soklan ni..
santan tu kalau nak lemak.. 1 biji laa.
kalau nak biasa2 buh 1/2 biji jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2005 12:30 PM | Show all posts
kak liza x akan lupakan geng fnr..
sebab dari sinilah kak liza dapat ilham ni semuanya..
lagi stu kak liza ni mmg dah terkenai..dalam cyber world..
tapi nak jadi jutawan tu.. alahai....belum lagi laaa...

semoga projek ini akan berjalan saperti yg dirancangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 05:19 PM | Show all posts
Pinat ucapkan selamat berjaya untuk Kak Liza!

mudah-mudahan ramai antara kita yang akan mengikut jejak langkah kaka liza yang rajin dan kreatif ni..

good luck kak liza!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2005 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 11-5-2005 08:54 AM:


memang kak liza dalam perancangan nak buat buku ni..
dah ada pun yg nak menerbitkan buku ANEKA LAPIS DAN TALAM...
tunggu amsa yg sesuai untuk kami kerjakan ad ...


assalamualaikum kak liza
ramai betul ym ke kak liza. :lol :bgrin:... sedap tengok kuih lapis .....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2005 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 3-4-2005 01:55 PM:
KUEH LAPIS MERAH



Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b ...



Assalamualaikum kak Liza,

Untuk pengetahuan kak liza, mie dah cuba kueh lapis kak liza ni ari sabtu lepas...best la akak.  Tapi yang kelakarnya kuih lapis kak liza jadi macam kek lapis indo pulak sebab mie sukat guna senduk.........14 lapis :lol.  Tapi hubby dan anak2 suka...satu loyang tu cukup untuk kami 6 beranak.

terima kasih sekali lagi
:tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2005 02:54 AM | Show all posts
kak lieza...

jun tengah buat kueh ni...
dok kukus...baru lapisan kedua...so far so good..:bgrin:
nanti jun kasi report sepenuhnya bila dah siap ekk...
tq...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2005 03:02 AM | Show all posts
lapisan ke-empat dah... hehe.. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2005 03:16 AM | Show all posts
tak sabarnyerrrrr....:gila::gila::clap::clap:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2005 03:57 AM | Show all posts
dah pernah cuba tapi tak menjadi jadi - tak taulah kenapa memang tak ada rezeki agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2005 08:10 AM | Show all posts
nape tak jadi kak?terlembik ke ape tuh :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2005 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 3-4-2005 01:55 PM:
KUEH LAPIS MERAH



Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b ...


Kak Liza, Alin nak tanya, kalu kukus kuih lapis tu tak payah tutup ke pengukus tu? Maksudnya cenggini, bila kita dah letak sesenduk adunan putih then kukus 5 minit. Kendian tuang lagi adunan merah, jadi alin nak tau masa proses melapis tu kita nak kena tutup tudungnya? Sori yek pasal, I ni memang failed bab kuih2 kukus ni. Selalu tak menjadik. Tu yg. frust tuh. I memang tak pandai buat kuih jenis kukus ni. Kak Liza tolong explain ye. Jealous tul tengok kuih lapis Kak Liza, cantik dan kemas jer. Tenkiu kak liza.:hug:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2005 10:30 AM | Show all posts
maklang pun fail jugak bab kuih lapis melapis...nyampah tul.Tu sbb maklang maleh nak buat...nak menunggu sumer2 tu habis, skit punya lama daaaaa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.084681 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list