CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: a.ceCCo

[Penulis] BIKASH NUR IDRIS

[Copy link]
Post time 2-11-2008 08:13 PM | Show all posts
Kepada fan bikash


NOVEL 'KAU SAYANGKU' DIADAPTASIKAN KE LAYAR PERAK

NOVEL 'Kau Sayangku', hasil nukilan Bikash Nur Idris sudah siap pembikinan drama bersirinya yang akan ditayangkan pada 3 November 2008 ini di stesen RTM 1, jam 9.00 malam.

Dengan barisan pelakon yang ternama dan hebat, drama bersiri ini yang diberi tajuk 'Dari Mata Arisa' mampu membuai perasaan anda. Bagi anda yang pernah membaca novel 'Kau Sayangku' tentu ingin melihat watak-watak yang dicipta oleh Bikash beraksi di hadapan kaca TV anda.

PADA majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Datuk Adilla Sheikh Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, RTM, beliau berkata kerjasama daripada penerbit, Raja Alawiah, penulis skrip, Sujiah Salleh dan pengarah, Mior Hashim Manap telah berjaya mengisi slot untuk menarik penonton menyaksikan 'Dari Mata Arisa'.

Alaf 21 sendiri memberi kerjasama sepenuhnya dengan mengizinkan terbitan novel ini ke layar perak. Malah, drama ini bakal dicalonkan untuk Anugerah Seri Angkasa yang dijangka kembali menyemarakkan industri seni tahun depan.

Wartaweb yang turut menghadiri majlis tersebut sempat menemu bual Bikash tentang novel beliau yang diadaptasikan ini.

"Saya sendiri terasa teruja apabila novel saya ini ingin dijadikan drama oleh penulis skrip, Puan Sujiah, terbitan Bright Network Sdn. Bhd. Bila difikir-fikirkan, apa salahnya watak-watak yang saya cipta ini dihidupkan untuk disaksikan oleh ribuan penonton. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan perjalanan cerita ini. Saya juga ingin saksikan bagaimana rupanya watak dan perwatakan, latar masa, latar masyarakat dan latar tempat yang saya wujudkan dalam bentuk buku dipaparkan di kaca TV. Selama ini, saya yang mengarahkan cerita dalam novel. Kali ini pengarah Mior Hashim Manap sendiri yang mengarahkan cerita saya."

Antara bintang yang membintangi 'Dari Mata Arisa' ini adalah Ashraf Muslim, Linda Jasmin, Maizura Hamzah, Ayu Raudah, Syed Aiman, Sharuddin Tamby, Tony Yusof dan ramai lagi. Jika anda ingin tahu siapa yang memegang watak seperti Eddy Sham, Amal, Marina, Ayana/Arisa, Akif dan beberapa watak lain lagi, jangan lupa setkan minda anda pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
INFO

Tajuk : Dari Mata Arisa
Durasi : 60 minit x 40 episod
Tayangan : RTM 1
Pengarah : Mior Hashim Manap
Adaptasi : Novel terbitan Alaf 21, 'Kau Sayangku' oleh Bikash Nur Idris
Lakon TV : Sujiah Salleh
Lagu Tema : Dari Kerana Mata - R. Azmi
Terbitan : Bright Network Sdn. Bhd

sumber : http://www.alaf21.com.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2008 06:23 PM | Show all posts

Reply #81 mijot's post

cecco tak sabar nak tengok. lebih2 lagi ashraf muslim and linda jasmin berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 11:22 PM | Show all posts

Reply #82 a.ceCCo's post

Baru tengok DMA (Dari Mata Arisa) tadi
pelakunnya (heroin) Ayu Raudhah & (hero) Syed Aiman; Ashraf Muslim ada
tapi Linda Jasmin tak perasan pula? Dia pelakun tambahan kot?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 12:09 AM | Show all posts
okla ayu raudhah jd arisa/ayana
xsaba nk tgk syed aiman jd akif zamani
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 04:08 PM | Show all posts
Rasanya nama penulis ini sudah lama bertapak di dalam dunia novel melayu tetapi bila tengok orangnya masih lagi muda belia. Mungkin dia sudah mula menulis novel yang diterbitkan sejak dia di bangku sekolah lagi.

Novel-novelnya banyak menyerapkan elemen cinta penuh romantis. Kelihatannya seperti penulis ini gemarkan kisah-kisah cinta ala-ala hindustan. Penulisan scene-scene romantisnya menjadi dan membuai perasaan membawa pembaca sama-sama merasai saat-saat manis dua hati yang dibuai rasa cinta.

Penulis ini juga mempunyai sentuhan istimewa menyelitkan kisah lucu dalam cerita romantisnya. Tentunya akan banyak memikat hati pembaca-pembaca remaja dan pembaca-pembaca muda untuk menghayati kisahnya. Orang yang sudah lanjut usia seperti saya pun suka juga sekali sekala membaca kisah-kisah cinta manis yang mencuit hati seperti karya penulis ini.

Saya cuma berkesempatan membaca karya-karya beliau dengan Alaf dan Fajar Pakeer sahaja. Buku-buku lamanya bersama penerbit Rhythm sudah agak sukar untuk dijadikan koleksi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 08:28 PM | Show all posts
baru beli td
cinta datang lagi -bikash nur idris [alaf 21]


cerita pasal si fariz daniel, romeo yg penah minat kt qistina.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2009 09:43 PM | Show all posts
baru beli td
cinta datang lagi -bikash nur idris [alaf 21]


cerita pasal si fariz daniel, romeo yg penah minat kt qistina.
mijot Post at 25-11-2009 20:28


nanti dah habis baca bagi review k....
sebelum ni beli buku atas nama cinta tak berapa menarik...

harap cinta datang lagi lebih menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 10:26 AM | Show all posts
baru beli td
cinta datang lagi -bikash nur idris [alaf 21]


cerita pasal si fariz daniel, romeo yg penah minat kt qistina.
mijot Post at 25-11-2009 20:28


qistina ni pun ada novel dia ke, x ingtlah....
bila bc cinta dtg lg tiba2 mention psl dia x qistina.... citenya tajuk apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2009 02:15 AM | Show all posts
qistina ni pun ada novel dia ke, x ingtlah....
bila bc cinta dtg lg tiba2 mention psl dia x qistina.... citenya tajuk apa?
mazz2009 Post at 26-11-2009 10:26


Ria Qistina.
Mengikut kata penulis, beliau kaitkan novel Cinta Datang Lagi Dengan Ria Qistina
tapi bukan kisah sambungan cerita RQ.
mmg cari novel Cinta Datang Lagi. Kat Popular belum kuar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 10:19 AM | Show all posts
kan cite dh dibuat dramakan???DARI MATA ARISSA...Ayu Raudah ngan syed Aiman belakon....
novel nie pong dh lme kuarkan???kt umah 2 pong..dh nk lunyai dh....tp mmg best ar cite nie..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 09:57 PM | Show all posts
dh abes bc..skit kisahnya...

igt x adegan reunion dlm RQ dimana Fariz bw shereen ke reunion tersebut..novel ni bermula dgn kisah tersebut..fariz & shereen manakala raisya & jaspal tp fariz dan raisya kecewa apabila shereen&jaspal berlahwin atas nama keluarga.mereka berjumpa di majlis perkahwinan bekas masing2 yg selapas tu mereka menjadi teman baik..

cara fariz mendekati raisya membuatkn raisya jatuh cinta pd fariz tp rahsia terpecah apabila raisya mengetahui bhw fariz mendekatinya semata2 utk memiliki shereen semula dan raisya akan memiliki jaspal kembali.raisya kecewa manakala fariz sebenarnya tidak pasti perasaan sebenarnya.dia berjaya mendptkn shereen semula tp dia rs kekurangan.akhirnya fariz sedar yg dia tlh jatuh cinta pd raisya dan pergi ke kg raisya utk memujuk raisya..dorang kawin akhirnya..

suker dgn watak sampingan g ada dlm cerita ni seperti neesa,zairy,dona,aha yg byk berada di samping watak utama,dgn gelagat neesa dan aha yg kelakar dan slamber membuatkan aku ketawa..

ps : sory, aku xreti nk karang ayat la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 03:36 PM | Show all posts
oho.. ritu pegi popular xde lagi.. slalu oreo gi beli kat minerva je.. tp sbb laa masih bercuti pjg xde mase nk g kl..x sabar nak bce cita cinta datang lagi..so far oreo x penah laa miss cite bikash..bg oreo jln cite die not bad..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 03:23 PM | Show all posts
Baru pas abis bc buku nie..... Ok karektor dalam nie.... Kelakar, asal blh, jadi diri sendiri.....:-p
So, 4 stars......:-)
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 02:28 PM | Show all posts
KAU SAYANGKU tu takde kuar lagi ke?
semlm gi pesta buku tak nmpk la novel tu..
mmg dh lama carik..
kat mana lagi ada jual ye??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:57 PM | Show all posts
94# Asdira
cerry gi ari jumaat...banyak lagi lah buku tu...

tak tahulah kot dah abis org borong...
(bukan cerry tau..cerry tak beli )
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 06:31 PM | Show all posts
Inang pn baru saja menghabiskan citer Cinta Datang Lagi..
kalau rasa boring2 tu, baca la citer ni, boleh buat kita senyum dan
kdg2 meledak juga tawa...tp tak digalakkan baca dalam pengangkutan awam
nanti apa pulak kata orang...
memang menghiburkan walaupun ada juga la yg bg inang tak la logik sgt
contoh masa si fariz tu kena terjun tasik kerana nk mencari cincin yg disangka hilang.
tp kira gila2 la idea bikash ni..inang mmg berkenan dengan kewujudan watak neesa
adik fariz dan dona kawan baik raisya serta tidak lupa zairy suami neesa.
baca prolog mula2 tu pn inang dh ketawa..bila neesa genggam duit syiling dan bagi
kat zairy yg menggantikan ayahnya utk mengajar agama kt shereen..sbb zairy tu
pakai jeans yg terkoyak..jd neesa derma utk tampal seluar..ni ala2 perli zairy tu la
tp watak zairy tu mmg watak suami mithali la...mana nk cari suami penyabar,
caring dan boleh layan jea sikap keanak-anakan neesa dan dalam masa yg sama
dia juga seorang yg matang..sentiasa sedia membiarkan tshirtnya utk basah
dek air mata isteri..tersentuh sungguh..

apa pn adegan romantik fariz dgn raisya yg dikisahkan penulis menyebabkan inang
berfikir sepuluh kali kalau nak bg anak-anak sedara baca atau pinjam buku ni.
bukan apa takut juga kalau mereka ambil idea dlm buku ni utk kawin cepat esk..
ngaku dh terlajur dpn ibu bapa supaya dpt kawin segera..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 03:53 PM | Show all posts
Anyone ada nak letgo Princess - Bikash Nur Idris, please let me know.. Thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.090607 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list