Sheliza This user has been deleted
|
kadang2 batuk tu terasa macam ada darah...u guys rasa macam tu tak?
ker ini resdung tahap kritikal ni?
kalau nak beli nostril spray tu kena ada prescription dari dr. ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sheliza,nasal spray tuh rsnyer ada beb jenis.kalo jenis yg nak mencuci idung je tuh ader over the counter.penah nampak kat guardian.apa ke namanyer ntah.ngk dr precribe 2 jenih kat hubby.1 tuh mcm nak legakan idung.tuh rsnyer dr precribe.lagik 1 pakai ms biasa2 je..
riyal..at mean time mmg dia pakai antihistamine+surbex when necessary..tp kalo dah kerap je dtg selsemanyer..kerap le kena telan antihistamine tuh.ok ker?
how about using honey to treat sinus? |
|
|
|
|
|
|
|
SINUS@RESDUNG
Lately ni bahagian antara hidung ngan tekak ader rasa cam kahak yg tak boleh dikeluarkan..Dan akan rasa sakit terutama bila sembahyang time sujud.. Tapi hidung tak gatal dan tak berair...muka pun ok...dah pernah jumpa Dr...tapi cuma bagi antibiotik je...rasanya dah dekat sebulan masalah ni tapi still tak hilang jugak...Apa harus aku buat ..nak cari ubat untuk resdung ke atau nak jumpa PAKAT ENT |
|
|
|
|
|
|
|
try la jumper ENT..kasik dia ngk... |
|
|
|
|
|
|
|
Hi owencute, sinus ni boleh diperbaiki hanya dgn minor surgery, tapi bagi sesetengah orang ia akan datang balik, oh satu lagi jangan anggap salah bahawa sinus tu kanser hidung, banyak orang salah anggap kerana ni, cuba google untuk lebih informasi. |
|
|
|
|
|
|
|
yeap..better jumpa ENT specialist |
|
|
|
|
|
|
excel This user has been deleted
|
abanag saya pun ada... tapi...
abanag sayapun ada resdung. in fact saya dulupun ada ciri-ciri resdung macam bersin pagi2. jerawat. lepas itu kawan saya kenalkan satu produk dari e-excel international. ACT dan NOCO. mengandungi herba dan tumbuhan yang sangat elok unutk sinus. alhamdulillah, sekarang jerawat kurang, bersin pun jarang. ACT dan NOCO mengandungi ganoderma, alfalfa, papmermint, jilin ginseng dan likoris ekstrak, sanga baik untuk sistem pernafasan kita. kalau nak cuba bagitahu saya. excel: 019-3816981 |
|
|
|
|
|
|
|
well, me nk tnye..
my hidung(blah kiri je) cam berhingus je..me da buang dat thing like almost everyday pon but still ade lagi..adekah itu symptom resdung? thanks.. |
|
|
|
|
|
|
|
Resdung berkaitan dengan kerosakan gigi
Rongga sinus ialah rongga yang terdapat dalam tulang pipi dan dahi. Ia mempunyai hubungan dengan hidung. Oleh sebab itu, tanda-tanda penyakit sinusitis adalah berkaitan dengan hidung seperti hidung berhingus, tersumbat dan berbau busuk.
Tetapi tahukah anda bahawa penyakit sinusitis atau resdung ini mempunyai kaitan dengan kerosakan gigi?
Sebenarnya kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas merupakan salah satu punca utama penyakit sinusitis.
Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke dalam rongga sinus menyebabkan sinusitis. Ini adalah kerana kedudukan gigi bahagian atas (upper jaw) yang amat dekat dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat dalam tulang pipi (mixillary sinus) merupakan rongga sinus yang paling sering mendapat sinusitis akibat dari kerosakan gigi paling atas.
Gigi paling atas mempunyai akar yang panjang di dalam tulang gusi. Kadangkala akar gigi tersebut terlalu panjang sehingga ia menembus rongga sinus maxillary yang terdapat di dalam tulang pipi.
Oleh itu sebarang kerosakan atau jangkitan pada akar gigi dengan mudah merebak ke rongga tersebut menyebabkan 'sinusitis'.
Apakah perkara-perkara yang berlaku pada gigi bahagian atas yang boleh menyebabkan sinusitis? Di antara punca utama ialah mencabut gigi. Mencabut gigi meninggalkan kesan lubang pada gusi.
Jika akar gigi tersebut panjang, lubangnya akan terlalu dalam sehingga boleh menghubungkan rongga sinus maxillary dan mulut.
Akibatnya, kuman atau bakteria dari mulut boleh merebak di rongga sinus menyebabkan sinusitis. Biasanya lubang tersebut akan pulih dan ditutup semula melalui rawatan ubat-ubatan.
Tetapi jika lubang berterusan ia boleh mengakibatkan 'fistula' di mana bahan makanan yang dikunyah atau air minuman boleh keluar melalui hidung. Sebaliknya, nanah dari dalam rongga sinus pula boleh meleleh melalui lubang tersebut ke dalam mulut.
Selain mencabut gigi, prosedur menampal gigi atau menanam gigi prostesis juga boleh menyebabkan sinusitis. Oleh itu, seseorang yang menjalani sebarang prosedur pada gigi bahagian atas haruslah waspada dan prihatin terhadap kemungkinan berlaku sinusitis atau resdung.
Tanda-tanda penyakit sinusitis biasanya mula timbul seminggu atau dua minggu selepas prosedur pada gigi dilakukan. Biasanya, jika disyaki gigi tersebut boleh mengakibatkan sinusitis, doktor gigi harus memberi antibiotik kepada pesakit selama sekurang-kurangnya seminggu.
Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud.
Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.
Sinusitis yang disebabkan oleh masalah pada gigi bahagian atas perlu mendapat rawatan tertentu untuk sembuh. Cara rawatannya harus terlebih dahulu menjurus kepada rawatan gigi kerana masalah gigi merupakan puncanya.
Oleh itu, pesakit harus berjumpa doktor gigi terlebih dahulu. Jika ia berpunca dari jangkitan kuman pada gigi, antibiotik harus diberi. Biasanya dengan rawatan gigi yang sempurna dan antibiotik, masalah sinusitis juga boleh sembuh.
Tetapi, jika sinusitis masih berterusan walaupun penyakit gigi telah sembuh, rawatan khusus untuk sinusitis harus dilakukan. Rawatan awal yang biasa dilakukan ialah mencuci rongga sinus untuk mengeluarkan hingus dan nanah.
Prosedur ini dipanggil 'antral washout'. Prosedur ini mungkin terpaksa dilakukan berulang kali sehingga rongga sinus betul-betul bersih dari jangkitan.
Jika ia masih belum sembuh, rawatan pada peringkat seterusnya memerlukan pembedahan sinus. Melalui pembedahan di antara bibir dan gusi bahagian atas, pakar bedah dapat meneroka ke dalam rongga sinus maxillary dan mengeluarkan segala kotoran dan kulit dalam sinus yang berpenyakit.
Kadangkala akan terdapat serpihan gigi atau bahan menampal gigi yang berada di dalam rongga sinus.
Melalui pembedahan ini juga jika terdapat lubang antara rongga sinus dan gusi boleh ditutup.
Oleh itu semua pesakit yang memerlukan rawatan pada gigi bahagian atas harus berwaspada dan peka terhadap kemungkinan berlaku sinusitis agar langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan dan rawatan awal dibuat.
Oleh: PROF. MADYA DR. LOKMAN SAIM |
|
|
|
|
|
|
|
Rawatan penyakit RESDUNG
RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini?
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Abdullah Sani Mohamad menegaskan, penyakit resdung sebenarnya dapat dirawat dengan rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik atau antihistamin atau ubat analgesik bagi mengurangkan radangan. Selain mengurangkan radang dan alahan terhadap sesuatu ia juga berfungsi untuk membuka ostia (ruang) yang tersumbat.
"Kebanyakan sinus akut dapat diredakan dengan rawatan ubat-ubatan di mana antibiotik berfungsi untuk membunuh kuman yang telah membiak," katanya.
Sebaliknya, sekiranya ia tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan, penyakit ini perlulah dirujuk kepada pakar.
Menurut Dr. Abdullah Sani, pakar-pakar ENT akan menggunakan endoskop dan meletakkan ubat-ubatan di pintu-pintu ostia terus masuk ke rongga hidung untuk membuka ostia ini.
Bagaimanapun, sekiranya prosedur ini tidak berjaya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil iaitu dengan menusuk jarum masuk ke dalam rongga sinus maxilla dan menyembur air untuk mengeluar dan membasuh rongga sinus.
"Melalui kaedah ini, ia dapat melegakan sakit yang dialami serta merta dalam tempoh 24 jam," katanya.
Beliau memberitahu, kaedah terbaru dalam rawatan sinus ialah kaedah pembedahan yang dikenali sebagai endoscopic sinus surgery untuk membesarkan pintu-pintu ostia tersebut.
Kaedah pembedahan
Menurut beliau, dengan menggunakan kaedah ini, doktor dapat melihat lebih dekat pintu ostia dan faktor-faktor yang berpunca dari keturunan (polip), laluan turbinate.
Ini kerana punca-punca inilah yang menyebabkan ostia tersumbat. "Kaedah pembedahan ini bukan sahaja dapat membuka ostia menjadi lebih besar, malah ia dapat membesarkan pintu ini supaya ia tidak tersumbat lagi," katanya.
Pada masa yang sama ia juga dapat mengeluarkan polip (ketumbuhan) di samping memperbetulkan kelainan turbinate hidung dan memastikan faktor-faktor yang menyebabkan sinusitis. Bagi pesakit yang menghidap sinus kronik, kaedah yang sama juga digunakan untuk membuka ostia atau rongga sinus supaya semua cecair dapat mengalir semula secara normal.
APAKAH DIA SINUS
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka.
Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.
Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.
Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.
APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.
Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.
Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.
Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.
Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penya-kit-penyakit hidung.
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
APAKAH SINUSITIS
Sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus
Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.
Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan sinusitis.
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinusitis.
b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.
Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan berlakunya sinusitis.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus.
Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi.
Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik
Sinusitis bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
JENIS SINUSITIS
* Sinus akut
* Sinus kronik
SINUS AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung.
Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian kepala bahagian depan terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
SINUS KRONIK
Sekiranya sinus akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu semuanya dikeluarkan dengan rawatan.
Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk sinusitis pada peringkat akut.
Serangan sinusitis akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap sinusitis pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
* Sakit di muka berkurangan
* Tanpa demam tetapi hingus bertambah
* Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
* Cecair akan keluar melalui belakang hidung
* Ada kalanya hidung tersumbat
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para.
Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat sinusitis kerana ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Sinusitis yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
* Kanak-kanak
Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.
Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus. |
|
|
|
|
|
|
|
saya dulu pernah kene resdung jugak...hidung berair, mata, telinga & semua bahagian muka gatal2. bersin pun selalu gak...lepas tuu kawan saya rekemen kat satu perubatan tradisional kat tingkat atas pertama complex...die letak ubat dalam hidung kita & kita kene meniarap utk atleast 1/2 jam...banyak hingus yang keluar dr hidung saya...kalau tak silap saya process ni ambil masa setengah jam hingga satu jam...tapi perit sikitlah hidung, kene tahan lah...lepas berubat saya kene berpantang tak bole makan ayam, ikan, telor (tak ingat semua) selama 2 minggu...makan sayur je..
sampai sekarang alhamdulillah resdung saya dah kurang sangat ( orang tu kata suruh saya datang 3 kali untuk full recovery, tapi saya pegi sekali je...haha)...kalau tak silap saya cost cuma $ 60 atau $70 tapi tu 4 tahun lepas...tempat berubat tu kat tingkat atas pertama complex....kalau dah tutup saya mintak maaf yekkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak syorkan sesape yg ade resdung, amalkan makan herba.saya lebih syorkan anda semua guna herba HPA.mmg cukup bagus.semua kwn2 saya yg ade resdung berubat dgn amalkan herba HPA.mmg terbukti berkesan.sampai skrg ni,diorang berterusan amalkan herba ni...mmg cukup bagus.HPA ni sykt melayu bumiputra muslim..so,support lah produk muslim kita. |
|
|
|
|
|
|
|
apply manuka honey onto ur face for 30 mins. then bilas...sesapa yg resdung tu, masa honey tu bertempek kat muka, dia akan start merenyam2 kat muka. it is bcos manuka honey is high in anti bacteria |
|
|
|
|
|
|
|
Resdung/Sinus
hi,
saya nak bertanya la camner nak atasi masalah resdung ni ye. Saya tak tau la resung saya ni dah peringkat macam mana sebab skang ni side effect yang saya alami macam gatal2 kat mata sampai naik luka jugak sebab tak tahan digaru, then nafas berbau sikit, kalau pepagi tu memang la asik bersin kalau cuaca sejuk. Tension jugak bila memikirkan masalah nih. Boleh tak sesiap suggestkan apa2 yang boleh mnegurangkan /mengatasi masalah ni. Harapnya ada yang dapat membantu. TQ. |
|
|
|
|
|
|
|
Dedulu dah ada thread nie tapi mana entah hilang......cari tak jumpa, pasai haku pun ada masalah yg sama. Ingat nak cuba makan madu, tapi pernah terbaca dalam paper dlm sehari dua lepas pasai banyak sangat madu yg tak ori yg boleh memberi kesan pada hati ke apa tah. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan cepu emas yg aku nak tanya kat korang berdua....korang isap rokok tak?..sebenarnyer..salah satu sebabnyer..ialah rokok tue sendiri...ini dialami kawan aku sendiri...dier kater sebelum nie bf dier kuat isap rokok n dier jugak ader resdung.biler time macam nie bau badan kuat tau..n kiter org pompuan nie memang tak tahan....so biler dier ader niat berenti..kesan nyer memang mujarab...bau badan pun dah kurang..even walaupun tgh berpeluh..memang tak berbau..lepas tue...selesema pun kurang.n bersin pun kurang...one thing yg aku saran kan..ialah merokok ngan akar kayu yg dibuat khas utk org yg ader resdung..cuberlah...ini pun depends pada body org tue lah utk terima cara perubatan mcm nie...sometime ader yg tak menjadi..but so far yg aku nengok n yg aku suruh semuanyer menjadi...rugi kalau tak mencuba...jgn sampai idung kiter rosak disebabkan resdung dah la..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 bawang-putih's post
Haku tak merokok.
Kat mana nak dapat rokok resdung berkenaan? |
|
|
|
|
|
|
|
rokok utk resdung nie..i selalu dapat dari kampung...atuk i yg bagi.....ruper rokok tue..dier actually akar pokok..tapi i tak tau namer nyer aper...tapi kalau u nak beli..i penah nampak kat jalan tar....bentuknyer mcm ranting kayu..cuber la g cari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 bawang-putih's post
salah satu ubatnya ialah bwg putih kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 29-8-2006 11:50 AM
salah satu ubatnya ialah bwg putih kan?
yang tue..saya tak pasti la....kalau guna bwg putih..:hmm:mcm maner? mungkin boleh menolong diaorg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|