|
Originally posted by Gemukkkkkkk at 28-6-2007 09:48 PM
so kalau ikutkan info dari website, ctos masih beroperasi seperti yang aku ingat dahulu kah? that means, tiada private financial data disebarkan.
ctos dan ccris adalah dua sistem berbeza.
...
yup.. begitulah adanya gemukkkkkk (cukup ke huruf k tu?)
info yg mereka ada berasaskan public docs
pemerhatian aku, we lacked legal ground setakat ni kalau nak dakwa ctos atas ketakpatuhan undang2...
dari segi civil suit, boleh la cuba kot....
[ Last edited by fairy_hobbit at 28-6-2007 11:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
ponyett This user has been deleted
|
Salam semua...
Nk tanya, mcm mana prosedurnye nk check database kt CTOS ni??
adakah perlu pergi sendiri ke ofis CTOS kat Jln Tun Razak, KL nun? atau ada tak cara lain yg lebih mudah?
Saya tanya ni sbb baru-baru ni saya ada apply personal loan... tp pihak bank kata saya di'blacklisted' oleh Bank Negara...Pastu pi check kt BN melalui CCRIS, clear aje financial record saya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 ponyett's post
mintak lah officer bank tu buat cetakan apa yang dia dapat semasa buat ctos check.
lepas tu go through dan check setiap butiran. kalau ada notis kebankrapan dan ianya tidak betul, berhubunglah dengan jabatan insolvensi (betul ke ni?). kalau ada kes mahkamah dan ianya tidak betul, berhubunglah dengan mahkamah/peguam-peguam yang terlibat.
blacklisted by BNM? aikkk, itu bukan fungsi ccris. 'blacklisting', in a sense, biasanya ctos yang provide service.. tip-off le kononnya.
kalau BNM yang blacklist, adakah kerana nama anda dilaporkan ke BMC oleh mana-mana institusi kewangan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 fairy_hobbit's post
7k baru cukup civil suit, memang boleh sangat la tu. nak lagi best, buat report polis to put in on record  |
|
|
|
|
|
|
|
Sita operasi CTOS jika disalah guna
Tiada peruntukan undang-undang khas: Kayveas
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menyita dan menutup operasi Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) yang menyalurkan maklumat kewangan individu kepada bank atau pihak lain untuk digunakan sebagai rujukan jika terbukti ia menyalahi undang-undang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas, berkata setakat ini kewujudan CTOS masih menjadi tanda tanya kerana belum memberi penjelasan apakah peruntukan undang-undang yang membenarkannya beroperasi seperti sekarang serta pihak mana memberikannya kebenaran.
揥alaupun mempunyai lesen perniagaan, kegiatan menjual maklumat peribadi bercanggah dengan Perlembagaan negara dan mencabuli hak asasi orang lain. Ia bukan saja tidak beretika, malah menyalahi undang-undang.
揔erajaan hanya mengiktiraf Sistem Rujukan Maklumat Credit Berpusat (CCRIS) yang dikawal selia Bank Negara melalui Akta Bank Negara 1958. Semua yang lain seperti CTOS dan Bris Information Services Sdn Bhd (BRIS) kita anggap beroperasi secara haram.
揝ehubungan itu, saya minta semua agensi kerajaan, terutama pihak berkuasa tempatan tertentu, tidak lagi menggunakan perkhidmatan CTOS, |
|
|
|
|
|
|
|
Arahan henti rujuk CTOS
KUALA LUMPUR 28 Jun |
|
|
|
|
|
|
|
Aduan pengguna..
Bank Negara mesti pantau CTOS
SAYA di antara ribuan pengguna yang boleh dianggap teraniaya dengan kewujudan Credit Tip Off Services Sdn. Bhd. (CTOS). Saya merupakan penjamin (bayaran telah saya lunaskan sendiri baru-baru ini) namun nama saya turut tersenarai sebagai pengguna yang mempunyai rekod kurang memuaskan.
Saya tidak faham apakah peranan Bank Negara dalam hal sebegini kerana saya pernah mengadukan masalah ini kepada bank pusat itu namun mereka seolah-olah lepas tangan dan mengatakan terpulang kepada budi bicara pihak bank.
Sekiranya saya seorang peminjam, maka adalah sesuatu yang boleh diterima jika nama saya dikategorikan sebagai pemegang rekod pinjaman kurang memuaskan, namun saya hanyalah seorang penjamin.
Pihak bank juga sewajarnya dipersalahkan kerana menggunakan CTOS sebagai rujukan. Boleh dikatakan hampir 90 peratus bank yang ada menggunakan khidmat CTOS untuk dijadikan rujukan.
Adakah pihak Bank Negara tidak mengawal tindakan yang diguna pakai oleh bank-bank tersebut?
Baru-baru ini, saya ingin membuka akaun semasa syarikat di sebuah bank terkemuka. Malangnya akaun tersebut tidak dapat dibuka dengan alasan, pengarah syarikat yang mempunyai sejarah kredit dalam sistem CTOS tidak dibenarkan membuka akaun semasa.
Jadi lihatlah bagaimana CTOS telah menganiaya saya, sudahlah memohon pinjaman tidak boleh, membuka akaun pun tidak boleh.
Saya jelaskan kepada pihak bank bahawa saya penjamin dan bukan peminjam dan saya perlu membuka akaun bagi mengembangkan perniagaan saya sedikit demi sedikit.
Jumlah hutang tertunggak cuma RM4,900 dan si peminjam masih dalam proses bayaran secara ansuran bulanan.
Saya berterima kasih kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas kerana mengetengahkan hal ini.
Setelah pendedahan dibuat oleh seorang Timbalan Menteri barulah perkara ini dapat diberi perhatian.
Saya berharap satu tindakan yang lebih adil diambil bagi kepentingan rakyat. Pihak bank tidak sewajarnya mengguna pakai maklumat CTOS sahaja bagi memudahkan tugas mereka.
Mereka sewajarnya menyelidik kedudukan kewangan semasa pemohon sebelum mengambil keputusan menolak permohonan individu berdasarkan CTOS.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi yang teraniaya oleh CTOS, sila buat aduan rasmi ke website kerajaan yang baru dilancarkan.
Saya telah pun menjalankan tanggungjawab saya. Anda bagaimana??..
www.insolvency.gov.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pengetahuan forumners, ini adalah copy aduan yang i buat, diterima dari Jabatan Insolvensi Negara, Putrajaya.
Please do not reply to this email address as it is an automated email system. Kindly use the online submission form if you have more comments. Thank you.
IP: XXXXXXXXX
Date and Time: Friday, 29 June 2007, 10:16 am
Name: XXXXXXXXXXXX
NRIC / Passport: XXXXXXXXXXXX
Contact Number: XXXXXXXXXXX
Email: XXXXXX@pd.jaring.my
Comments: Nama saya masih & telah disenaraihitam oleh CTOS beberapa tahun lepas walaupun telah membuat pembayaran penuh bagi pinjaman MARA. Baru-baru ini, permohonan saya untuk membeli kereta telah di tolak oleh sebuah bank terkemuka walaupun saya mempunyai kemampuan dan kewangan yang kukuh. Menurut bank, saya masih mempunyai rekod senarai hitam didalam system CTOS. Saya telah menunjukan pada bank, surat pelepasan (clearance letter) dari MARA. Namun, bank tetap menolak permohonan pinjaman saya.
Suggestion:
Tutup operasi CTOS, dan kekalkan CCRIS. |
|
|
|
|
|
|
ponyett This user has been deleted
|
Reply #83 Gemukkkkkkk's post
Thanks Gemukkkkkkk... jasa mu tetap dikenang
Maaf ye kalu silap bg info,
Bukan BNM yang blacklisted kan, tp sebenarnye staff bank yg saya apply loan tu bagi alasn gitu. mgkin staff tu nak pendekkan crita atau sbg jalan mudah utk tolak permohonan saya.
Masa saya buat semakan kat BNM hari tu sempat jg saya tanya kt pegawai BNM pasal blacklisted ni, dan ditegaskan oleh pegawai BNM bhawa BNM tidak pernah sewenang-wenangnya menyenarai-hitamkan siapa pun. Dan alasan oleh bank (tmpat yg saya apply loan ni) bahawa saya disenarai hitamkan oleh BNM adalah tidak benar sama sekali.
Lepas tu br la pegawai BNM tu suruh saya buat semakan kat CTOS nih. gitulah critanya. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada lawyers di sini, boleh tak bagi opinion?
CTOS buat profit mudah dengan cilok info yang freely available (eg. notis dalam suratkhabar) tapi tak mau bertanggungjawab follow-up dan kemas-kini info bila info lama tu sudah tidak betul.
sebagai entiti yang make a business by extracting & compiling data (dari public records) untuk sediakan senarai tip-off (yang supposedly relevant) bagi kegunaan pelanggan, adakah wujud tanggungjawab kepada CTOS untuk, in turn, exercise due care dan diligence untuk reasonably ensure that its compiled data adalah reasonably accurate & up-to-date supaya sentiasa relevant?
so cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
CTOS memang ler mcm gampang jer :@
aku faham ler siapa yang terlibat tuh rasa mcm mana.. coz orang terdekat aku dah kena jugak ngan CTOS nih.. gamoknya, tokey CTOS nih tokey along kot kan haaa.. tuh ler bila semua nama orang blacklisted, tak boleh pinjam bank, maka, orang pi pinjam along ler kaedahnya..
kes hb aku:
dulu2 jamin kawan dia buat loan kreta.. bukan manyak pun.. kreta lama rm20k kalau tak silap.. bila kawan dia berpindah, maka, boss kawan dia beli kreta itu untuk anak dia.. anak dia tuh eksiden, kreta total lost dan of coz lah dapat ganti rugi insuran.. tapi memang ler makan masa jugak.. walaupun baki loan sekitar 4k saja.. surat tanggung bayar dari insuran sudah di kasik pun pada bank.. ctos tetap lekat.. pelik betul droang nih.. time nih, laju jer amik data pengguna.. time nak update, mcm siyal!! pepasal ler nama hb aku blacklisted dalam CTOS dan dia tak boleh pulak buat loan kreta.. taram jer ler nama aku.. seb baik lepas..
kes kawan aku:
dia buat pinjaman belajar dari MARA.. masa gawat dulu2 mmg ler susah dapat kerja.. so, delay ler bayaran tuh.. pendek cerita, nama dia sangkut CTOS.. yang nih aku tak faham ler kan.. bila dia dah dapat kerja, dia dah atur bayaran balik ngan MARA dan dia keep on bayar melalui potongan gaji coz kerja ngan gomen jugak.. lepas confirm dari jawatan, dia nak pinjam personal loan dari bank rakayat, bank rakyat kata tak bole coz ada blacklist CTOS.. puas gado ngan ctos kawan aku nih, nama tak clear jugak.. CTOS kata kalau nak surat pelepasan nama, kena bayar abis dulu loan MARA tuh.. bongok!! kalau orang mampu bayar sekali gus, tak der ke jadahnya nak pinjam personal loan dari bank rakyat.. member tuh baru nak belajar idup
last2 dia buat pinjaman melalui koperasi.. sama jugak ler aku tengok bayaran melalui bank rakyat ler jugak. tapi, interest tinggi siot.. kawan aku pinjam rm20k.. potongan sebulan rm370 untuk 10 tawon.. sedangkan, kalau dia boleh pinjam direct ngan bank rakyat, cuma perlu bayar rm266 sebulan saja.. kan dah membazir RM104 sebulan duit kat situ.. kalau 10 tawon, dah berapa beb? RM12, 840..00 hanya kerana banyak songeh siot si CTOS tak guna nih!!
kena kat aku, aku bakar jer opis CTOS tuh  |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar..sabar.. i pun hot jugak ngan CTOS.
Kita tunggu 10hb Julai ni (Selasa). Kayveas akan melawat pejabat CTOS kat Phileo Promenade, Jalan Tun Razak bersama pegawai2 Jabatan Insolvensi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM, kastam, polis dan Badan Pencegahan Rasuah (BPR).
Kita sebagai rakyat jelata nak tengok sejauh mana CTOS leh menentang kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
hapuskan CTOS..hapuskann CTOS..yeyyyyyyyy...
bebankan rakyat..jom demo..ececece...
even aku tak penah kene..tp aku simpati yg dah kene...CTOS hanye tau untung..ni sapa DIRECTOR dia ni..
ca ya nun alif ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti la ca ya nun alif...tp atas dia lak mesti melayu...takpun beregu campuran, sbb tu leh bertahan lama dan berani lawan kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
ponyett This user has been deleted
|
Originally posted by ronnishi4369 at 2-7-2007 05:51 PM 
hapuskan CTOS..hapuskann CTOS..yeyyyyyyyy...
bebankan rakyat..jom demo..ececece...
Sokong 100% |
|
|
|
|
|
|
|
CTOS officials to be charged
By M. MAGESWARI
KUALA LUMPUR: The Companies Commission of Malaysia is taking four CTOS officials to court for contravening the Companies Act 1965.
CTOS directors Chung Tze Keong, 55, his brother Tze Wen, 58, and company secretaries Leonie Lee Shuet Fong, 41, and Chiam Tow Loon, 51, are expected to be charged in court today with:
FAILURE to table their audited accounts (an offence under the Act which carries a RM30,000 fine or five years' jail);
FAILURE to file their annual return reports (RM5,000 fine);
FAILURE to hold an annual general meeting (RM5,000 fine); and
FAILURE to display their company抯 name (RM1,000 fine).
Meanwhile, a former bank executive lodged a police report yesterday against CTOS for selling information on her personal finances to her ex-husband.
In her report, Norhayati Abdullah, of Bukit Antarabangsa, Ampang, said she had been 搊ppressed |
|
|
|
|
|
|
|
elok la dititup company mcm ni... bankruptcy office boleh diguna kalau nak check status bankrup...dah la diaorg tak update, lepas tu bank lak buat decision based on unupdated records.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak update status tu satu hal la
ini sewenangnya customers CTOS can file anything..how to verify is true or not, in law term?maknanya ada valid reason
and info can be available to everyone not just banking institution |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|