CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cyclops_psycho

JAC @ IKON MALAYSIA - [vids jac@pentas icon inside]

 Close [Copy link]
Post time 26-6-2007 02:53 AM | Show all posts
jac sure menang cam pompuan kat avatar ak tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 12:48 PM | Show all posts

Reply #81 DDT_pacak85's post

avatar ko ni siapa? candice ke???
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 12:35 AM | Show all posts

Reply #82 itikganas's post

Dustin & Kandice...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 10:56 AM | Show all posts
Peluang cerah untuk Jaclyn Victor di Ikon Malaysia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


DARIPADA 10 peserta, enam daripadanya lahir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) dan Malaysian Idol. Ada yang baru tampil dengan album kedua dan ada pula yang masih dengan satu album.

Berapa banyak pula lagu mereka yang dikenali? Ada pula yang balik-balik menyanyikan lagu yang sama, pencapaian pula tidaklah seberapa dan apakah mereka ini sudah wajar bergelar ikon?

Di awal pengenalan, Pentas Ikon Malaysia sudah ada kontroversi apabila ada artis senior yang bertindak menarik diri tetapi pertandingan itu diteruskan juga. Ramai yang mempertikaikan, apakah semua 10 calon solo Adam, Farah, Daniel Lee, Dayang Nurfaizah, Dina, Ezlynn, Jaclyn Victor, Reshmonu dan Shanon Shah sudah layak dipanggil ikon?

Ketepikan aspek negatif dan cuba melihat dari sudut positifnya pertandingan ini walaupun ramai lagi penyanyi yang berpotensi seharusnya disenaraikan. Mungkin mereka turut ditawarkan ke pentas ini tetapi kerana tidak mampu untuk memberikan komitmen mereka merasa mungkin lebih baik untuk tidak menyertainya.

Jika penyanyi baru tidak diberikan peluang dan ruang seperti ini sampai bila pun mereka tidak akan mempunyai kesempatan seperti ini. Walaupun masih baru dalam gelanggang seni, ada yang menampilkan persembahan yang tak mengecewakan. Justeru, gelaran baru tidak bermakna mereka tidak layak mewakili negara untuk bertanding dengan Indonesia dan Filipina.

Barangkali penulis dangkal ilmu muzik tetapi daripada 10 persembahan yang ditampilkan selama dua jam itu, penulis berpendapat Jaclyn Victor mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke pusingan separuh akhir yang bakal disiarkan di kaca televisyen pada 7 Julai nanti. Walaupun dalam arena seni suara, Jac boleh disifatkan sebagai masih terlalu baru (baru muncul dengan album kedua) tetapi persembahannya sangat memuaskan hati.

Lagu Cinta Tiada Akhirnya mungkin kedengaran masih baru dan ini kali kedua dibawanya selepas Anugerah Planet Muzik (APM) baru-baru ini tetapi Jac berjaya mengalunkan lagu itu dengan amat baik sekali. Seandainya dia yang akan mewakili negara nanti, itu kerana dia sememangnya layak.

Dayang Nurfaizah juga mempunyai potensi untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Mungkin kesilapan Dayang apabila memilih lagu yang belum pernah diputarkan di corong radio. Hilang, tajuk lagu yang dinyanyikan. Sedap tetapi ada kalanya vokal Dayang seperti tersasar sedikit. Mujur lagu baru yang dimuatkan dalam album terbarunya itu boleh dikategorikan sedap, jika tidak pasti persembahannya akan bertukar menjadi bosan.

Sebagaimana konsert berkumpulan yang diadakan Rabu lalu, konsert solo ini juga seperti medan kepada penyanyi untuk memperkenalkan lagu baru mereka.

Ezlynn yang ditemui sebaik selesainya konsert berpendapat, maksud Ikon itu tidak hanya untuk orang lama. Baginya orang yang berbakat tidak dinilai dengan berapa tahun dia di dalam arena nyanyian. Tempoh bukan faktor tegas penyanyi itu, asalkan suara mereka bagus sudah memadai untuk mereka digelar sebagai ikon.

Barangkali gementar kerana pertama kali beraksi di pentas Ikon, suara Ezlynn ketika mendendangkan dua buah lagu Jikalau Aku dan Selagi tidak dilontarkan dengan sebaiknya.

Daniel Lee, penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti sama dengan Jac ini hanya dikenali dengan lagu Mimpi. Andainya Daniel berjaya ke peringkat seterusnya, apakah dia akan menyanyikan lagu penyanyi lain?

Tarian yang bertenaga daripada Adam membantu menutup kekurangan vokal anak muda ini. Walaupun lagu yang dinyanyikan Adam berjudul Hi tidak begitu menguji kekuatan vokal Adam namun, kehebatan gerak tarinya amat membantu persembahan Adam. Mungkin tiga juri profesional Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew lebih tahu apa yang mereka inginkan.

Teman seperjuangan Jac, Dina juga salah seorang peserta yang memiliki vokal yang baik. Dia juga ada potensi untuk melangkah ke peringkat seterusnya jika nasib berpihak kepadanya selepas menyampaikan dua lagu Setia Cintaku dan Cinta Datang Lagi dengan penuh semangat.

Reshmonu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Memilih lagu Inggeris Its You That Matters, membuatkan persembahannya nampak berbeza kerana iringan muzik percusion dan sejenis gendang yang katanya didatangkan khas dari Afrika.

Farah juga antara salah seorang penyanyi yang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan lagu untuk album terbarunya Kau Yang Bernama Cinta. Bagi gadis ini, ikon membawa maksud yang sangat besar dan dia amat berterima kasih meskipun baru tiga tahun bergelar artis namanya sudah tercalon dalam pertandingan ini. Katanya juga, hanya penganjur yang tahu sama ada dia layak atau tidak bergelar ikon.

Memilih lagu daripada kumpulan Gersang, Masih Aku Terasa yang diiringi dengan petikan piano dari dirinya sendiri, Shanon Shah yang pernah memenangi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album pada Anugerah Industri Muzik ke 13, kurang berjaya menampilkan nyanyian yang baik.

Dia yang memilih lagu berkenaan kerana minat sejak kecil memang tidak dinafikan seorang penyanyi yang baik tetapi mungkin pemilihan lagu yang kurang sesuai dengan vokalnya menyebabkan keseluruhan persembahannya nampak seakan tidak kena.

Walaupun kurang sihat, Mawi menunjukkan komitmennya dan sanggup hadir biarpun suaranya serak. Sedaya upaya dia menyanyi, katanya demi peminat yang menyokong. Pada malam itu, Raja SMS itu mempersembahkan lagu terbarunya Angan dan Sedar.

Persembahan penutup daripada penyanyi lama Datin Paduka Julie Sudiro sepatutnya diambil sebagai contoh oleh penyanyi baru. Usia tidak menghalang penyanyi itu menyampaikan tiga lagu dengan baik sekali. Beliau menyanyikan sebanyak tiga buah lagu yang diambil daripada tiga negara yang menyertai Ikon iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 05:52 PM | Show all posts

Reply #84 Syd's post

:pray:

harap2 JAC menang....:pray:

takmo kejutan2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by itikganas at 26-6-2007 12:48 PM
avatar ko ni siapa? candice ke???


yor lah.. candice michelle..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2007 08:33 PM | Show all posts

Reply #86 DDT_pacak85's post

ff:

kenapa aku susah nak tukar avatar kepada gif??? mcm dah x bleh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 08:46 PM | Show all posts
pakai avatar yg jpg jer .. snang ... save kt phobucket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 12:59 PM | Show all posts
save kat imageshack pon leh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 27-6-2007 10:56 AM
Peluang cerah untuk Jaclyn Victor di Ikon Malaysia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


DARIPADA 10 peserta, enam daripadanya lahir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) dan Malaysian Ido ...



aku paling x suka bila wartawan buat andaian cam ni pasal peminat peminat raja sms akan memastikan dia menang manakala peminat peminat jac pulak akan leka....itulah yang aku x suka sekali.

VOTE for the BEST.......Vote for JAC!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 06:22 PM | Show all posts
gooooooo jac....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 02:44 PM | Show all posts

Reply #90 yusmar's post

bagusla camtu.....nanti baru peminat jac tak leka...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 03:43 PM | Show all posts

Reply #78 ruffleen's post





sape yg lg terror ??
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 03:44 PM | Show all posts


ADAM ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 04:25 PM | Show all posts

Reply #93 Ustaz_SUFI's post

mcm langit ngan bumi.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 04:27 PM | Show all posts

Reply #94 Ustaz_SUFI's post

:jeling:

ADAM : come here bebeh...

USTAZ SUFI :

aku :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2007 04:32 PM | Show all posts

Reply #96 Raindancer's post

wei...

lain mcm je bunyik nye ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 07:49 PM | Show all posts

Reply #93 Ustaz_SUFI's post

sorg tarik atas...sorg lg tarik ke bwh...

atas lg besh....huhuhu....

go jac...msk final plak pas nie......
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 08:09 PM | Show all posts

Reply #97 Ustaz_SUFI's post



dialog tersebut tidak berkaitan dgn yg idop atau yg tlah mati..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 08:09 PM | Show all posts

Reply #98 tipahditipu's post

tarik bawah apa kes....

kang buasir kang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.754473 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list