CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: itikganas

JAC @ SEMI FINAL IKON - VIDS @ PG.6

 Close [Copy link]
Post time 5-7-2007 12:46 AM | Show all posts

Reply #80 error_mirror's post

itula kan..aku pernah dgr jac nyanyi live sekali jek..so ni kali ke-2 la.. tasabar nak tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2007 07:56 AM | Show all posts
menakjubkan... tinggi betul dia tarik mic dan suara masih tinggi dan jelas kedengaran....

intro tiada lagi indah diiringi oleh violin

semua penonton bersorak.....

undilah banyak2 hope dapat masuk akhir dan jadi juara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 08:16 AM | Show all posts

Reply #82 badiuz's post

ya Allah..tasabarnye nak tgk... kedengaran cam gempaq
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 10:32 AM | Show all posts
memang gempaq giler....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 02:38 PM | Show all posts
masa Jac nynyi lagu Inilah Masanya, ada satu part tu tinggi gile dia tarik pastu angkat mic pun tinggi gile..!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 03:00 PM | Show all posts
10 artis IKON berentap di separuh akhir
05-07-2007 02:41:04 PM
oleh WAHIDA ASRANI  


Pertarungan Pentas IKON Malaysia bagi kategori berkumpulan dan solo kini telah pun sampai ke peringkat separuh akhir di mana hanya lima artis bagi setiap kategori berjaya mara ke tahap ini, setelah berentap pada pusingan pertama yang berlangsung pada 19 Jun (kategori berkumpulan) dan 22 Jun lalu (kategori solo).

Rakaman peringkat separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi menyaksikan sepuluh artis yang iaitu Farah, Mawi, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Reshmonu, Flop Poppy, Jinbara, Gerhana Ska Cinta, May dan OAG mempamerkan kehebatan masing-masing di mana persembahan mereka telah diadili oleh tiga panel juri iaitu komposer terkenal Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi akan ditentukan menerusi undian SMS.

Program tersebut akan disiarkan di saluran Astro Ria 7 Julai ini pada jam 9.30 malam.


Flop Poppy cukup kreatif memberikan kelainan pada persembahan mereka (Foto The Star oleh Kamal Sellehuddin)

Manakala pengumuman khas siapa yang bakal mara ke peringkat akhir akan dibuat pada 11 Julai ini di mana hanya dua artis solo dan dua berkumpulan yang terus mendapat markah tertinggi menerusi format penjurian itu akan mara ke peringkat akhir pada 28 Julai ini dan sekaligus berpeluang untuk bergelar juara IKON Malaysia.

Melihat kepada persembahan keseluruhan malam tadi bagi kedua-dua kategori, dapat dilihat peningkatan persembahan bagi semua artis terbabit.

Mungkin juga kerana mereka mempunyai peruntukkan masa yang lebih untuk persembahan masing-masing di mana lapan minit diberikan untuk setiap artis menunjukkan kehebatan persembahan mereka, berbanding empat minit setengah yang diperuntukkan pada pusingan pertama dulu.

Gerhana Ska Cinta memulakan persembahan dengan mengenengahkan muzik Ska seperti Tetris, Is There Any Soul In Your Music, Things of the Past dan Senyuman Ragamu. Walaupun persembahan mereka dilihat 'biasa-biasa' saja, tetapi tetap menghiburkan.

Begitu juga Farah yang membuat persembahan seterusnya menerusi lagu Tak Pernah Ada dan Gembira Hidup Ini. Dari segi vokal, penyanyi ini memang tidak menghadapi masalah besar, namun bintang AF ini belum benar-benar menyerlah untuk bergelar IKON.


Vokalis OAG, Radhi dengan aksi 'gila' memanjat drum ketika persembahan mereka. Persembahan Radhi sangat 'simple' tetapi 'showmanship' OAG memang cukup mengagumkan (Foto The Star oleh Kamal Sellehuddin)

Flop Poppy yang muncul kemudiannya dengan lagu Sewaktu Dulu dan Keliru nyata berjaya memberi satu kelainan pada persembahan mereka. Kumpulan ini cukup kreatif dengan menampilkan kumpulan pancaragam mengiringi persembahan mereka.

Satu persembahan yang lain dari yang lain dan cukup menghiburkan!

Dayang Nurfaizah yang mengambil alih pentas muncul dengan gaya 'stylo'nya menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta, Inginku Miliki dan Dayang Sayang Kamu.

Pemilihan lagu yang 'kena' dan rasanya Dayang bijak apabila memilih untuk membawakan lagu-lagu yang familiar oleh penonton. Begitu juga dengan Reshmonu yang berjaya memberikan satu persembahan yang tidak mengecewakan.


Persembahan Mawi kurang menyerlah (Foto The Star oleh Kamal Sellehuddin)

Membawakan lagu Walk Away, Where There Is Love There Is You, Hey Waley dan Understand, Resh mempunyai kekuatan tersendiri kerana muzik yang diketengahkan berbeza dengan kebanyakan artis-artis lain.

OAG pula muncul seterusnya dengan lagu popular mereka, Slumber. Tampil dengan imej 'selamba' mereka, vokalisnya Radhi dengan gaya yang 'sempoi' dengan berbaju Melayu berjaya memberikan aksi menarik pada persembahan tersebut.

Sangat 'simple' persembahan yang dipamerkan, tetapi showmanship OAG memang cukup mengagumkan.

Persembahan penyanyi sensasi Mawi bagaimanapun agak sedikit mengecewakan. Membawakan lagu Demi Dia dan Yasallam, persembahan Mawi dilihat seperti 'hilang arah'.

Vokal yang kurang menyerlah daripada penyanyi ini juga sedikit menjejaskan persembahan Mawi pada malam itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan, Mawi sebenarnya belum 'bersedia' untuk mendapat jolokan IKON Malaysia.

Kumpulan May pula meneruskan persembahan dengan lagu Cintamu Mekar Di Hati dan Dari Kaca Mata. 'Otai' rock ini nyata berjaya memukau penonton yang hadir dan memang benar tiada siapa yang boleh menyangkal keunggulan kumpulan ini lebih-lebih lagi dengan kehebatan vokal Mus.

Begitu juga dengan persembahan yang ditonjolkan oleh Jaclyn Victor. Tidak dinafikan, Jac mempunyai kekuatan tersendiri dan rasanya dia memang layak untuk mewakili negara bagi program ini.


Kelantangan vokal Jac tiada tandingannya (Foto The Star oleh Kamal Sellehuddin)

Kehebatan vokalnya yang dipamerkan menerusi lagu Tiada Lagi Indah dan Inilah Masanya memang mengagumkan dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan bahawa itulah kekuatan Jac yang mampu memberi saingan hebat kepada artis-artis lain di dalam program ini.

Tirai Pentas IKON Malaysia bagi peringkat separuh akhir ini dilabuhkan dengan persembahan daripada kumpulan Jinbara. Persembahan penutup yang cukup membanggakan oleh kumpulan ini yang membawakan lagu hits mereka, Farhana.

Masih menyelitkan elemen tradisional di dalam persembahan muzik rock mereka dengan menampilkan kumpulan gamelan di pentas, Jinbara nyata menunjukkan kesungguhan mereka untuk memberikan satu persembahan yang bertenaga.

Dalam pada itu, peringkat akhir IKON Malaysia dan IKON Asean bagaimanapun akan dinilai sepenuhnya oleh juri tetap.

IKON Asean akan diadakan pada 12 Ogos depan yang akan menyaksikan IKON Malaysia berentap dengan juara IKON Indonesia dan Filipina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2007 07:36 PM | Show all posts

Reply #86 Syd's post

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 08:45 PM | Show all posts
kena tgk nih....hopefully masa jac nyanyi rancangn macam2 aznil dh habis....hiik...hik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2007 11:18 PM | Show all posts
waaaa lamenye nak ari sabtu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 11:20 PM | Show all posts
ramai ramailah kite vote....untuk jac......aku yakin jac akan dapat membanggakan kite suma di mata dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 11:27 PM | Show all posts

Reply #90 yusmar's post

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 10:42 AM | Show all posts
x sabar nak tunggu malam esok......9.30pm.....Ikon.....hmmm....rase cam mase MI plak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 11:51 AM | Show all posts
Vote Jac ok! walaupun dah tengok, tapi tak sabar nak tengok lagi. hehehehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 12:50 PM | Show all posts

Reply #79 jac_diehard_fan's post

x sabar nak tgk ni..................... bila ditayangkan kat astro?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 02:22 PM | Show all posts
Jac nyanyi tiade lg indah....

wooo besh nyer.....

vote 4 jac...

yeeey~
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 03:31 PM | Show all posts
kita mesti vote jac gile2!! mmg superb giler persembahn jac malam tu.. dengan gaya diva dia atas sofa ala2 bollywood tu..  mmg fabulous!!

lagu inilah masanya pun mmg best.. dari serendah2 note ke setinggi2 note.. best!! part mic tinggi tu mmg salah satu tujuh keajaiban dunia la! hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 07:23 PM | Show all posts
lambatnye nak ari sabtu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 07:40 PM | Show all posts
ARGHHHHHHHHHHHHHH Esok ESOK ESOK ESOKKKKKKKKKKKKK! lamanya nak tunggu!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 03:54 AM | Show all posts
x sabo nk nengok... spoil betul r si mawi ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2007 03:55 PM | Show all posts

Reply #99 DDT_pacak85's post

huhuhuhu............... weyyy WWE smackdown dtg spore ujung bulan ni ko x tgk ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.237354 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list