|
Kasik upp skett..mlm nih start P.Ramlee The Musical..gud luck to the whole productions..CT wat leklok..jgn kasik malu diri sendrik oqqay.. :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa lagi sesuwai maya karin jadi azizah...:re: bukn siti:cf: |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 esok masuk paper dak lagi aa???
kalau tak esok mesti lusa kan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #83 calmille's post
goooddddddddddddddddd luckkkkkkkkkkkkk for ct.... |
|
|
|
|
|
|
|
yay...jap lagik aku pi IB.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hi!!!
Sultan Muzaffar, kasilah review kat sini nanti, jgn bias OQAY !!!...huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk kat last2 buletin utama tadi ada dia tunjuk skit...
siti pakai selendang purple. sean ghazi dok nyanyi lagu azizah.... |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 yg dh pegi tgk tu sila2 la buat ulasan di sini yerrrrrr ... |
|
|
|
|
|
|
|
flop ka? |
|
|
|
|
|
|
|
siti tampil sebagai penampilan khas. boleh lah tahan lakonan dia. bab nyanyian mmg superb lah. bab lakonan tuh mmg setakat biasa-biasa jer lah.
tapi yg penting, siapa2 yg berhajat nak pi tengok baik lupakan hasrat tersebut kerana semua tiket telah pun habis dijual.
siti hanya muncul di Act 1 untuk 4 babak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #93 sultanmuzaffar's post
takde rekod utk siaran tv ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #93 sultanmuzaffar's post
Baru first day..kene warm up 2-3 ari lagi tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
SM~ btol ke tiket dh abes?????? waaaaaaa..................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #93 sultanmuzaffar's post
mimik muka dia camner?? ke asyik senyum jer??? |
|
|
|
|
|
|
|
19-10-2007 03:46:30 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ BUKAN mudahmenjadi P.Ramlee. Itulah yang dapat diluahkan setelah menonton teatermuzikal P.Ramlee yang membuka tirainya pada malam semalam di IstanaBudaya, Kuala Lumpur. Muzikal yang dipersembahkan selama dua jamitu menceritakan perjalanan hidup, kisah cinta dan sumber inspirasiAllahyarham P.Ramlee sebelum dan semasa beliau bergelar anak seni.
| Babak Norizan dan P.Ramlee adalah antara babak yang memberi impak kepada penonton (Foto The Star oleh Ricky Lai) | Diakuitidak banyak pendedahan tentang kisah beliau yang sentiasa menjadipujaan ramai terutama kegilaan kaum wanita yang mengimpikan lelakisehebatnya.Bermula daripada kisah cintanya yang terhalang dengan Azizah dan kemudian berkahwin dengan Junaidah.
Akibatcemburu dan kurang mendapat perhatian daripada anak kelahiran PulauPinang ini, Junaidah minta diceraikan dan perkahwinan kedua berlangsungpula dengan Norizan.
Perkahwinan kedua mereka gagal bertahan menyebabkan Norizan diceraikan. Akhirnya Saloma menjadi wanita terakhirdi dalam hidup insan yang digelar Remy ini.
Jika diamatibetul-betul, perasaan kasihan terhadap P.Ramlee juga terdetik dihatiapabila menonton muzikal yang menampilkan Sean Ghazi selaku P.Ramlee,Datuk Siti Nurhaliza sebagai Azizah, Atilia berjaya melakonkan watakJunaidah dan dituruti Melissa Saila dalam jelmaan Norizan serta LizaHanim yang menghidupkan watak Saloma.
Melalui 31 buah lagu yangdinyanyikan, kebanyakan lagu yang lebih berentak moden dan kontemporariciptaan Adlin Aman Ramlie dan Dick Lee itu. Tidak banyak lagu ciptaanP.Ramlee yang dipersembahkan.
Tatkala mendengar lagu-lagu sepertiAzizah, Engkau Laksana Bulan dan Di manakan Ku Cari Ganti, lagu-laguciptaan P.Ramlee itu mengabadikan rasa cinta P.Ramlee terhadap Azizahyang menjadi inspirasinya ketika mencipta lagu.
Walaupun merekaberdua tidak berjaya disatukan secara zahirnya namun jelmaan Azizahboleh dikatakan sebagai irama manakala P.Ramlee menjadi lagunya.
Didalam ilusi P.Ramlee, Azizah hidup dan sentiasa berada disisinyasehingga beliau mengilhamkan kisah cintanya yang terhalang denganAzizah dalam filem pertama arahannya, Penarek Becha.
'Teaser' melalui penampilan Saloma dan P.Ramlee sebagai permulaan
babak dalam muzikal P.Ramlee Menyentuhtentang lakonan tunggak utama muzikal di bawah arahan Adlin ini, merekaberjaya menghayati watak masing-masing dan yang paling berkesan adalahwatak yang dilakonkan oleh Melissa Saila, Liza Hanim dan sudah tentuSean Ghazi sendiri.
Kelemahan yang wujud dari segi teknikalseperti audio dan sarikata bahasa Inggeris yang kadangkala memudarkansemangat penonton boleh diperbaiki lagi pada masa akan datangmemandangkan ia pertama kali dipersembahkan.
Muzikal yangditerbitkan oleh Enfiniti Productions dengan kerjasama kumpulan Berjayadan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ini dimulakandengan cuitan yang biasa sahaja melalui penampilan P.Ramlee dan Salomasetelah berumahtangga dan seterus menceritakan kisah silam P.Ramlee.
Selain itu, permulaan kredit nama-nama pelakon agak menarik perhatian ibarat menonton wayang dahulu kala.
Latar set dan 'props' yang menarik perhatian penonton 'Props'yang digunakan berjaya menghidupkan gambaran di dalam perjalanan hidupP.Ramlee seperti rumah-rumah kedai yang terdapat di Pulau Pinang,keretapi yang membawa seniman agung ini ke Singapura dan banyak lagiyang begitu mempesonakan setanding dengan kredibiliti pelakon yanghebat.
Pakaian dan bahasa yang dituturkan dalam muzikal ini jugamelambangkan pelbagai budaya yang berada di Pulau Pinang dan tidakketinggalan babak yang memaparkan hari Raya.
Kisah hidup wartawan pada zaman itu juga dikaitkan dalam hidup P.Ramlee yang tidak lari dari menjadi buruan paparazzi.
Nampaknyawartawan dahulu dan sekarang tidak banyak bezanya dari segi membuatspekulasi tetapi diakui mereka lebih berani, telus dan pandai 'menghiduberita' sehingga memecahbelahkan rumahtangga P.Ramlee.
Adegan Keretapi yang membawa P.Ramlee dari Pulau Pinang
ke Singapura Secarakeseluruhannya, segmen kedua lebih memukau penonton berbanding segmenpertama kerana tepukan yang gemuruh selalu diberikan dan merekaseolah-olah seronok
menyaksikan keletah Norizan dan Saloma yang bercanda dengan P.Ramlee.Menurutpenonton Kim, 23, beliau memuji 'props' dan latar set yang digunakandalam muzikal tersebut tetapi masih terdapat kekurangan yang perludiperbaiki.
Empat wanita dalam hidup P.Ramlee"'Props'yang digunakan menarik dan latar set yang agak berwarna-warni. Audiokurang baik kerana saya kurang mendengar dengan jelas dialog dan laguyang dinyanyikan.
"Selain itu, saya berasa kecewa kerana tidak dapat mendengar lebih banyak lagu P.Ramlee.
"Darisegi skrip mempunyai stail tersendiri. Ada babak yang bosan dan adajuga yang menyeronokkan," komen Kim yang menggemari babak permulaanyang memaparkan suasana kampung serta interaksi antara penduduk.
Watak kanak-kanak juga berkesan dan memaparkan pelbagai budaya ManakalaMaznah Mazlan, 50 datang menonton muzikal tersebut disebabkan keinginanuntuk mengetahui kisah hidup P.Ramlee dengan lebih mendalam.
"Sayarasa berbaloi dengan mengeluarkan RM50 untuk menonton muzikal inikerana ia memberi pengertian dalam kehidupan berumahtangga mahupunkerjaya.
"Lagipun saya menggemari semua lagu P.Ramlee yang tiadatolok bandingannya," kata Maznah yang paling tertarik dengan babakP.Ramlee bersama Norizan.
Antara babak yang memukau penonton dengan set berwarna-warni bersambung di bawah |
|
|
|
|
|
|
| |
|