Tanggal 16 Oktober 2007 bersamaan dengan 4 Syawal 1428 berlangsung satu pertemuan yang menggamit perasaan antara penulis dengan seorang dara sunti dari Pulau Pinang. Anda semua mengenali beliau dengan panggilan BSHA. Pertemuan ini sebenarnya tidak pernah dirancang penulis, berlaku dgn tiba2 sahaja. Sebenarnya penulis yang jahat menipu sedari BSHA utk mengadakan pertemuan ini. Nasib baik sedari BSHA tak marah sangat (dia kena drive jauh).
Pertemuan ini berlangsung di area Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pada permulaannnya tempat pertemuan ditentukan di PLAZA CARNIVAL MALL, atas sebab2 tertentu (BSHA sesat), tempat pertemuan beralih tempat. Pertemuan berlaku kira2 pada pukul 5.30 ptg. BSHA hadir dgn MyVi silver barunya.
Setelah penulis dibelasah 3 suku nyawa sebab pekena dia (BSHA), kitaorang pun jalan2 ler area Seberang Jaya tu. Byk topik yg dibincangkan termasuk pasal THREAD KENA DELETE (![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ), isu2 semasa dan byk lagi. Kira2 pukul 6.00 ptg, setelah letih dok drive dlm MyVi baru, maka kami patah balik ke PLAZA CARNIVAL MALL utk upacara seterusnya iaitu upacara melantak.
Pilihan kami sebagai tempat menjamu selera adalh di Nando's, member kami yg sorang lagi belanja. Sopan jer anak dara sorang ni makan, penulis pun kagum. Sambil makan, aktiviti menyembang diteruskan lagi. bertalu2 soalan ditujukan penulis kepada sedari BSHA. Dia pun tak loket utk menjawab. Selesai makan, maka pertemuan tersebut tibalah ke penghujungnya. Sebagai tanda pertemuan tersebut, BSHA telah menghadiahkan penulis dgn sebekas kuih raya yg habis dimakan dlm perjalan balik ke Alor Star.
Sekian itu saja laporan saya, ini sebahagian dari gambar2 pada pertemuan tersebut.....![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|